Oleh Mansor
Puteh
(Dan sejarah
ringkas lagu Melayu asli dan perlunya diwujudkan Dewan Kemasyuran muzik Melayu Asli Music Hall
or
Fame)
untuk memberi penghargaan kepada jasa dan sumbangan tokoh dan lagenda lagu
Melayu asli lama dan kini.)
Sejak
kebelakangan iui lagu-lagu Melayu kian menarnpilkan unsur-unsur keasliannya dengan mengguna
nada atau irama lagu asli, joget, inang, zapin, masri, langgam, keroncong,
ghazal, dikir barat, boria, nasyid, dangdut, randai, kecak, Makyong dan
sebagainya dalam pelbagai jenis campuran dan pemutasi (permutation), sehingga
berjaya mewujudkan satu rentak lagu atau muzik Melayu kontemporari yang
walaupun tidak mengikuti rentak asal lagu Melayu asli seperti yang kita
tahu, namun menambahkan lagi akan keenakannya, sesuai dengan zaman sekarang untuk
meletakkan muzik Melayu atau Malaysia ke suatu tahab yang boleh dibanggakan.
Ini dilakukan agar ia
tidak didominasi oleh muzik Melayu ala barat yang kedengaran semakin janggal
sekarang di telingga masyarakat kita, termasuk dari generasi muda, lebih-lebih
jika diambil kira tentang kesedaran sosial dan budaya masyarakat Melayu yang
saban hari mahu berbalik pangkai jalan dan menghargai khazanah pesaka supaya ia
tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas, bak kata orang
tua-tua.
Kemungkinan pula, jenis lagu
asli Melayu sekarang ini boleh mengangkatkan lagi tahab pencapaian pencipta dan penyanyi
serta penghibur Melayu ke arena antarabangsa, seperti apa yang telah
diakukan oleh Amir Ukay yang berjaya memikat para juri dalam satu
pertandingan nyanyian antarabangsa di Hanoi, Vietnam pada pengakhir
tahun lalu dengan mendendangkan lagu, ‘Dikir Cinta’.
Sayangnya
semasa acara perasmian dan penutup Sukan Komanwel tidak lama dulu, pihak
penganjor tidak memastikan cuma lagu-lagu Melayu dalam rentak ini sahaja
dimainkan dan tidak lagu Melayu jenis pop, yang langsung tidak mencerminkan
keperibadian dan budaya Melayu.
Boleh
dikatakan bahawa lagu-lagu tema yang telah dimainkan sepanjang sukan penting
itu amat menghampakan rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Sukan Komanwel yang
sudah pasti mahu mendengar lagu-lagu yang mempunyai nilai etnik dan tidak pop
seperti yang telah diperdengarkan.
Dan kumpulan
KRU dan penyanyi Ella yang telah mendendangkan lagu-lagu tersebut bukan orangnya untuk
mewakilli masyarakat Melayu atau Malaysia dalam acara penting
seperti itu.
Saya
bayangkan penyanyi lagenda asli Melayu seperti S M Salim, yang iaiah berduet
dengan penyanyi muda seperti Zainal Abidin dan Susan Lankester untuk mengambil
tempat di atas pentas khas sempena acara penutut Sukan Komanwel, dengan memakai
pakaian kebangsaan dengan disinar pancaran cahaya warna-warni dan disiar ke
seluruh Komanwel.
Sayang
sekali peluang keemasan seperti ini tidak dimunafaatkan, dan sebaiiknya
penyanyi pop dan rock Melayu seperti Ella dan muzik ala barat KRU dan Wah Idris
telah disajikan untuk mereka.
Apa hebamya
lagu pop dan rock atau rap Melayu berbanding dengan lagu jenis ini untuk
penonton di Komanwel atau barat? Sudah tentu ia tidak boleh menandingi lagu
ciptaan mereka, jadi kenapa mesti kita tonjolkan lagu ala barat kita kepada
penonton komanwel dan antarabangsa dalarn upcara penting seperti itu!
Kesan yang
diperolehi tidak ketara sehingga kini, dan ternyata Ella atau Wah Idris dan KRU
tidak berjaya menarik perhatian pengubah muzik serta syarikat muzik
antarabangsa untuk mengambil mereka untuk mengadakan konsert di seluruh dunia
atau setidak-tidaknya di London.
Mungkin kalau
S M Salim dan penyanyi-panyanyi yang berduet dengannya telah diberi kesempatan
semasa acara penutup Sukan Komanwel, saya pasti mereka boleh menarik perhatian
peminai muzik aniarabangsa, yang mahu mendengar mereka bernyanyi dalam konsert
khas di negara mereka.
Kegagalan ini
bererti bahawa pihak penganjor Sukan Komanwel tidak tahu sentimen masyarakat
umum dan tahu bagaimana hendak mengguna eiemen tempatan dan etnik untuk acara
penting seperti itu dan sekaligus mempromosi budaya Melayu ke peringkat
antarabangsa.
Kenapakah
mesti kita heboh sangat dengan penyanyi dan kumpulan tempatan yang memainkan
lagu jenis pop, sedangkan ia bukan milik kita lagipun lagu seperti ini sudah
basi, dan tidak sesuai untuk dipersembahkan dalam acara rasmi bertaraf
nasional.
Lagu-lagu
tema Sukan Komanwel juga tidak baik sebab ia membelakangkan budaya Melayu, yang
telah dicipta oleh Wah dan KRU. Sepatutnya, pencipta lain
seperti M Nasir sudah harus disuruh mencipta sebuah lagu khas sebagai lagu tema
Sukan Komanwel.
Saya percaya
kalau M Nasir atau mana-mana pencipta Melayu lain yang cenderung dengan irama
Melayu asli disuruh mencipta lagu tema sukan ini, ia akan menjadi lebih
menarik, dan mengguna unsur-unsur Melayu.
Sepatumya
lagu tema itu mempunyai unsur dikir barat dan mengguna alat muzik tradisional
separti kompang, gendang, seruling dan gong, bersama dengan alat moden untuk
melahirkan satu ciptaan lagu nyanyian dan versi instrumental yang menarik
perhatian masyarakat komanwel dan antatabangsa.
Saya terfikir
dengan lagu yang dipersemualikan semasa Sukan Olimpik di Barcelona oleh
Pavarotti dan dua penyanyi asli Itali lain, yang mana telah menjadi lagu hebat.
Walaupun saya beranggapan bahawa penyanyi lagenda kita, S M Salim iebih hebat
dari Pavarotti dan harus diiktirai oleh semua masyarakat Melayu sebagai satu
fakta; iaitu kalau kita tidak rasa rendah diri dan kecil dengan keupayaan
sendiri, lebih-Iebih lagi dalam bidang nyanyian asli Melayu kita sendiri.
Lagu oleh Wah
dan KRU janggal. Ianya tidak mempunyai jati diri; cuma sekadar lagu-lagu
sahaja, dan kalau liriknya diubah, sudah pasti ia boleh dipersembahkan dalam
disko atau dalam rancangan hiburan biasa.
Yang
menganehkan samasekali ialah pihak penganjor Sukan komanwel tidak terfikir
bahawa lagu tema sukan ini sudah seharusnya disenarkan ke semua stesen
televisyen seluruh Komanwel supaya ia dapat dipopularkan sebelum Sukan Komanwel
ini
berlaku,
dengan mengiringi klik vidio menunjukkan Malaysia.
Ini tidak
berlaku, dan peluang untuk memperkenalkan lagu Melayu asli ke seluruh dunia,
atau khususnya ke seluruh Komanwel tidak munafaatkan. Adalah diharapkan
kesilapan besar seperti ini tidak akan diulang lagi apabila Malaysia mahu menganjor Sukan
Olimpik 3008 kelak, dan kalau ia berjaya menganjornya kelak.
Lagu tema
untuk Sukan Olimpik 2008 tidak sesuai kalau ia mengguna rentak pop, atau rock
dan rap dan dalam bahasa inggeris saiiaja. Sudah pasti penonion dan atlit
seluruh dutiia mahu dengar Bahasa Melayu digunakan dalam lirik, yang
berseling-seling dengan bahasa Inggeris.
Saya syorkan
kalau negara kita mahu menganjor Sokan Olimpik, lagu temanya mesti mempunyai
unsur-unsur Melayu dengan lirik dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan seberapa
banyak bahasa dunia yang mungkin, walaupun untuk sebaris atau ayat sahaja,
untuk mewujudkann suatu semangat kekitaan, sebab sukan ini bukan milik Malaysia, tetapi seluruh dunia.
Kebetulan sahaja ia diadakan di Kuala
Lumpur – kalau jadi?
Dan lagunya didendang dengan
paluan seribu pemain kompang dan rebana ubi yang ditaburkan di sekeliling
Stadium Nasional untuk mewujudkann satu kesan stereofonik yang tiada bandingnya
ia pasti akan berkumandang seluruh stadium itu.
Budaya negara lain sudah pasti
tidak boleh menandingi persembahan seperti ini sebab mereka tidak mempunyai
alat seperti kompang yang mempunyai bunyi riang dan bersemangat.
Dan kenapa pulak stesen
televisyen dan radio di negara kita tidak mengguna muzik Melayu asli sebagai
lagu tema atau ‘signature tune’ mereka. Sebab dengan ini mereka boleh
memberitau pendengar dan penonton tempatan dan luar negeri bahawa mereka adalah
stesen Malaysia
yang mempunyai keperbadian tersendiri. Ini dapat dilihat dan didengar dengan
persembahan lagu tema itu, dengan imej berkaitan.
Sekarang ini apa yang berlaku
ialah stesen radio dan televisyen tempatan, termasuk RTM sendiri mengguna lagu
jenis Barat atau moden untuk lagu tema mereka. Dengali ini mereka
membelakangkan lagu asli Melayu dan merosakkan imej mereka sebagai stesen Malaysia.
Ada bermacam-macam cara lagu asli
Melayu dapat diguna dalam tema lagu stesen radio dan televisyen, sebab mereka
boleh pilih elemen tempatan mengikut selera sendiri. Atau NTV7 boleh guna
elemen muzik asli Melayu di Sarawak untuk memberi gambaran tentang jati diri
Malaysia Timur mereka, dan RTM, TV3 dan MetroVision pula boleh mengguna
unsur-unsur dari muzik Melayu asli lain.
Stesen radio Best-104 yang
bertempat di Johor Baru pula boleh mengguna unsur ghazal. Sementara stesen
televisyen yang akan ditubuhkan khusus untuk penonton di tiga negara di utara
Semenanjung iaitu Selatan Siam, Utara Sumatera dan Utara Semenanjung pula boleh
memakai unsur-unsur daru lagu Batak, Siam dan Kedah sebagai contoh yang baik
untuk membezakannya dari stesen-stesen lain yang boleh diterima oleh penonton
di negara masing-masing.
Pengunaan muzik barat seperti
yang dilakukan oleh semua stesen radio dan televisyen cuma memberi erti bahawa
pihak stesen tersebut tidak mempunyai cetusan yang tulen dan mahu mengguna cara
yang paling mudah. Akan apakah mereka itu tidak bangga dengan muzik Melayu
asli?
Dan tidakkah pula Bahagian
Protokol Istana Negara dan labatan Perdana Menteri terfikir untuk memberi
setiap tetamu rasmi seperti sultan, presiden, perdana menteri dan
menteri-menteri yang berkunjung ke negara kita dalam lawatan rasmi atau
persendirian diberi cenderahati dan cenderamata dalam bentuk album atau cereka
padat dan buku-buku tentang muzik Melayu asli sebagai kenangan lawatan mereka
ke negara kita.
Bahan-bahan seperti ini lebih
sesuai dan penting kepada mereka jika dibanding dengan bahan-bahan lain yang
sering diberi sebagai hadiah seperti barangan yang dipetbuat dari batik, pewter
dan ukiran atau keris bersalut emas dan perak.
Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS) dan syarikat penerbangan swasta lain di negara kita boleh juga memainkan
lagu-lagu asii Melayu seluruhnya dalam pesawat atau mengadakan satu saiuran
khas untuk muzik seperti ini supaya pelancong dapat mengenalinya.
Sememanguya muzik asli Melayu itu
ielah melalui satu metaforsis sejak ia mula ‘dicipta’ oleh ibu-ibu kita yang
mendodoikan anak kecil mereka dibuaian, untuk membuat mereka terlena.
Penciptaan lagu Melayu asli sejak
awal-awal lagi serta penyusunannya diperkuatkan dengan pengunaan alat rakaman
dan muzik yang ada sekarang yang dipinjam dari barat seperti gitar, biola,
dram, piano, trampet dan iain-lain.
Lagu ‘Cindai’ nyanyian Siti
Nurhaliza ciptaan Suhaimi Zain telah memenangi anugerah lagu terbaik dalam
pertandingan anjuran TV3 baru-batu ini. Sementara lagu nyanyian Nuraniza Idris
dalam rentak yang hampir serupa mendapat satnbutan di kaiangan pendengar dengan
mencipta penjuaian sehingga 100,000 yunit.
Ini berbanding dengan album-album
jenis pop, rock Melayu dan lain-lain yang sukar mencapai 40,000 yunit
penjualan. Malah ada yang cuma mencatit penjualan sebanyak yunit sahaja. Banyak
pula album yang gagal dipasaran.
Kejayaan lagu-lagu Melayu asli
kontemporari sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan yang ia begitu sopan dan
penyanyiannya tidak melalak dan melaung seperti yang dilakukan oleh hampir
semua penyanyi lagu pop dan rock, yang menganggap sekiranya nada mereka itu
tinggi dan lantang, maka suara dan nyanyian mereka itu dianggap bagus wlangkah
salahnya mereka.
Tidak sebuah lagu pop, rock
nyanyian Amy atau Awie yang boleh menandingi lagu Melayu asli dari segi
semangat, keghairahan, kebanggaan, keasyikkan tentang budaya, bahasa dan nilai
serta keperibadian Melayu yang mengisahkan hal tidak lain seperti ‘tudung
periuk pandai menari’, ‘lenggang-lenggang kangkong’, ‘pasir roboh’, ‘engkau
laksana bulan’, ‘bunga tanjung’, ‘merak kayangan’, ‘injit-injit semut’, ‘ikan
kekek, mak eloi-eloi’, ‘mengapa kelu, diam membisu’ dan lain-lain.
Bandingkannya dengan lagu-lagu
pop, rock atau rap yang cuma mengisahkan tentang percintaan anakmuda zaman
sekarang yang sudah terlupa akan asal-usul mereka dan keturunan sendiri. Dan
mahu pulak berlagak seperti orang di barat dengan segala lagak dan pura-pura
yang meluat mereka. iilangkah sedihnya!
Lirik dalam lagu Melayu asli lama
dan kontemporari seperti itu penuh makna, dan tidak kosong seperti lirik lagu
cinta rentak pop atau rock yang binggit kedengaran dari radio dan televisyen
saban hari.
Kehadiran lagu asli Melayu dalam
bentuk kontemporari ini juga mungkin disebabkan pendengar sudah muak dengan
lagu pop dan rock Melayu yang tidak berbeza dengan lagu yang dihasilkan oleli
kumpulan dan penyanyi Barat.
Apa yang dihasilkan oleh
kumpulan-kumpulan pop atau rock tempatan sekarang cuma tiruan dari apa yang
telah dipesembahkan oleh kumpulan barat. Tidak ada sesuatu yang batu dan unik
dipersembahkan oleh kumpulan tempatan.
Lagu-lagu Amy dan Awie dati
lain-lain penyanyi pop dari rouk tempatan boleh memikat hati pendengar
tempatan, tetapi mereka biasanya adalah yang berusia muda dari yang masih
mentah dalam hal-hal muzik. Apa yang mereka cari cuma sekadar hiburan kosong
sahaja, dan hiburan muzik yang amat diminati tidak lain jenis yang mengajar
mereka leka dari beban kehidupan masa kini.
Tambahan pula dengan kemunculan
stesen-stesen radio kerajaan dan swasta seperti RIMA dan Best-104 yang memberi
ruang khas kepada lagu Melayu asli yang memberi nafas baru kepada lagu jenis
ini untuk berkembang.
Dan sejarah perusahaan muzik
Malaysia ialah dicipta sebelum ini dengan kemunculan sebuah kumpulan nasyid,
Raihan yang mencatit rekod penjualan lebih dari 600,000 yunit dengan album
‘Kesyukuran’ yang mana telah membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan
menarik minat Putera Charles dari ibunya, Ratu Elizabeth.
Sememangnya, muzik Melayu akan
menarik perhatian di peringkat dunia, bukan dari jenis pop, rock atau ‘heavy
metal’, tetapi dari lagu Melayu asli termasuk nasyid.
Fenomena ini
boleh berlaku sekiranya pencipta dan penyanyi kita terus gigih dalam usaha
mereka untuk mencipta lagu-lagu seperti ini, dan tidak menghairankan kalau ia
mendapat perhatian dunia secara meluas lagi.
Mungkin
fenomena itu tidak boleh menyamai fenomena lagu ‘raggae’ yang dipelopori Bob
Marley dan lain-lain kumpulan dan penyanyi di rantau West Indies, tetapi
setidak-tidaknya, boleh memberi Bangsa Melayu satu jenis muzik yang boleh
dibanggakan, dari diteruna di seluruh Nusantara sehingga ke peringkat dunia.
Dan yang
menhairankan ialah, lagu-lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan
pendengar tempatan, khususnya dari kalangan remaja, yang kononnya telah
membelakangkan jenis muzik ini untuk memilih lagu jenis pop, rock dan ‘heavy
metal’ oleh kumpulan-kumpulan yang satu ketika dulu menjadi pujaan ramai.
Ternyata
sekati, setetah melalui zaman pop dalam dekad 1960an, dan ‘rock’ seeta ‘heavy
metal’ dalam dekad 1980an, maka dalam dekad terakhir alatn pertairna I990an ini
perkembangan muzik Melayu di Malaysia, khususnya, telah berpusing semula untuk
pulang ke pangkal jalan dan mengguna unsur-unsur asli.
Terdapat
hampir semua penyanyi dan kumpulan muzik kini ghairah mengeluarkan lagu-lagu
dalam irama ini dan hampir semuanya mendapat sambutan.
Manan Ngah
menengalikan jenis muzik ‘Balada Nusantara’ dalam dekad 1980an dulu, tetapi ia
tidak menjadi ikutan. Sebab unsur tidak tulen, cuma sekadar imbasan sahaja.
Mungkin ini memberi satu gambaran atau hasratnya untuk mengajar pencipta dan
penyanyi baik ke pangkal jalan.
Balada
Nusantara yang mah dikeutarakan oleh Manan Ngah akhirnya tersisih. Cuma satu
album sahaja yang telah dikemukakan oleh Manan Ngah yang dinyanyikan oleh
Sheqal, sebelum nama balada Nusantara itu dilenyapkan oleh masa.
Kemudian itu,
pencipta dan penyanyi M Nasir mengemukakan lagu ‘Keroncong untuk Anna’ dalam
rentak asli tetapi dalam rentak yang agak kontemporari. Ia tidak begitu ‘asli’
tetapi kuat dengan pengaruh keaslian Melayunya.
M Nasir,
berbeza dengan Manan Ngah, tidak berusaha untuk mengemukan apa-apa nama kepada
muzik yang ingin dipersembahkan. Tetapi, yang nyata sekali ialah ilham yang
digunanya tidak lain dari lagu asli Melayu dan semua unsur-unsur yang terdapat
dalam kategori lagu atau muzik asli Melayu, dari keroncong, ghazal, joget,
inang, zapin dan lain-lain yang belum diterokainya. ivlungkin dalam album-albumnnya
yang akan datang dia akan mengguita unsur-unsur dalam lagu Melayu asli seperti
yang terdapat dalam masyarakat pribumi di beberapa daerah di seluruh Malaysia dan Indonesia yang sehingga kini belum
diterokai oleh mana-mana komposer dari penyanyi.
Saya
menunggukan apa-apa lagu seperti itu yang mengguna elemen boria, dikir barat,
sewang, gameian dan lain-lain, sebab sudah pasti ia akan mencetuskan satu lagi
penciptaan lagu asli Melayu kontemporari yang lain dari yang lain.
1 ulasan:
Salam Tuan Mansor Puteh,
Mohon jasa baik Tuan untuk mengemukakan perbezaan antara lagu Melayu Asli, Deli, dan Langgam. Mohon juga untuk Tuan berikan contoh2 lagu di dalam ketiga2 genre tersebut sebagai kayu pengukur yang lebih jelas.
Jutaan terima kasih Tuan.
Catat Ulasan