Sabtu, 18 Ogos 2012

KE MANA HENDAK DIHUMBAN PENGKARYA FILEM MELAYU?

Oleh Mansor Puteh








Dalam perusahaan perfileman dan televisyen, hampir semua pakar yang ada adalah terdiri dari orang Melayu. Dan kebanyakan mereka telah mendapat biasiswa, pinjaman pelajaran dari Mara dan agensi-agensi kerajaan lain seperti institiusi pengajian tinggi yang menghantar mereka ke luar negara seperti Amerika Syarikat, England, India, Australia dan sebagainya. Tetapi, yang anihnya ialah aktiviti penerbitan drama televisyen khususnya, lebih memberi peluang kepada orang bukan Melayu. Ini dapat dilihat dari drama-drama yang saban hari disiar oleh RTM sendiri.
Kalau kita kaji, boleh dikatakan hampir 80% drama yang dipersembahkan oleh RTM dibuat oleh syarikat yang dimilikki dan dikuasai oleh penguasa bukan Melayu, atau Cina.
Dan di universiti-univesiti tempatan, penuntut-penuntut bidang penulisan kreatif terdiri 90% anak Melayu, tetapi berapa rarnaikah mereka itu digalak dan ditarik masuk ke dalam bidang penulisan skrip untuk drama televisyen?
Ternyata jumlah anak muda Melayu dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip drama televisyenamat kurang, berbanding jumlah mereka yang ada. Dan yang anihnya ialah, kebanyakan drama dan skrip yang digunakan adalah dari Hong Kong.
Tidakkah ini mewujudkann satu situasi di mana perusahaan televisyen telah dikuasai oleh orang Hong Kong dan buka Melayu, sedangkan kepakaran dalatn bidang ini terdiri dari orang Melayu sendiri. Dan anihnya ialah bahasa utama drama ini ialah Melayu, dan orang Melayu terkebelakang.
Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu orang Melayu berjaya dalam semua bidang, tetapi dalam bidang penerbitan drama Melayu, nampaknya kementerian ini gagal untuk menggalak orang Melayu sendiri menerbit drama, dan sekaligus mewujudkann lebih banyak usahawan Melayu dalam bidang ini.
Tidakkah menteri berkenaan, Mustapha Muhammad sedar bahawa Mara dan agensi-­agensi kerajaan lain serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara telah menghantar anak Melayu ke luar negara untuk mendapat ilmu dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip, dan kenapa mereka tidak diberi keutamaan untuk menerbit drama untuk RTM.
Dan kenapa sebuah syarikat sahaja diberi keutamaan untuk memonopoli usaha ini, sehinggakan syarikat Melayu lain tersingkir dan tidak dapat sebarang kontrak menerbit drama untuk RTM. Tidakkah kementerian dan kementerian penerangan rasa malu drama Melayu di RTM tidak diterbit oleh orang Melayu tetapi bukan Mlelayu?
Dan ke mana agaknya mahu kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan mahu humban pengkarya filem Melayu yang berkelayakan itu? Dan kebanyakan pengkarya filem muda Melayu ini telahpun mendapat biasiswa, atau pinjaman pelajaran dari Mara dan agensi kerajaan lain.
Tidakkah kementerian-kementerian berkenaan sedar akan tindakan mereka itu yang boleh menjejaskan pembayaran balik pinjaman pelajaran Mara, apabila mereka tidak berpeluang menerbit drama untuk RTM dan dipaksa membuat pembayaran balik oleh MARA?
Sepatumya, kementerian-kementerian berkenaan seharusnya memberi keutamaan kepada semua pengkarya filem Melayu yang telah mendapat pendidikan di luar negara dalam bidang penerbitan dan filem sebab mereka boleh diangkat sebagai usahawan Melayu baru dalam bidang ini, dan ini juga hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu menjadi usahawan dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dalam bidang penerbitan drarna Melayu.
Sampai bila mesti usaha menerbit drama Melayu untuk RTM mesti dimonopoli oleh orang Cina?
Amat anih sebab orang Melayu yang mempunyai kelayakan formal dalam bidang ini dan telah menghabiskan masa di sekolah perfileman penting di luar negara, tetapi yang mendapat kontrak dari RTM adalah orang Cina yang tidak berkelayakan seperti itu. Mereka cmna usahawan yang mahukan keuntungan, dan membuat drama tanpa mementingkan budaya, bahasa dan ugama.
Saya ingin menyeru kementerian pembangunan usahawan dan kernenterian penerangan supaya fikir akan masalah yang dihadapi oleh sekelumpuk pengkarya filem Melayu yang telah mendapat pendidikan dalam bidang ini diatas tajaan Mara dan agensi kerajaan lain, yang mana tidak giat oleh sebab polisi RTM tidak mementingkan mereka tetapi mementingkan syarikat Cina.
Dan tidak salah kalau saya kata menteri kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan tidak peka dangan hak orang Melayu yang mesti memonopoli penerbitan drama Melayu, sebab kaum lain tidak ada hak untuk bercakap tentang drama Melayu.
Saya boleh anggap kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan sebagai gagal sebab tidak tahu akan masalah ini, dan tidak pandai menjaga hak Melayu.
Tidakkah RTM khususnya boleh tiru caya Petronas yang memberi hak membuka stesyen petrol kepada Melayu, dan sekarang ini Melayu menjalankan lebih banyak stesyen petrol di seluruh negara, berbanding dengan kaum-kaum lain.
Sepatumya, Melayu sudah memonopoli penerbitan drama untuk RTM kalau menteri-menteri berkenaan sedar akan kepentingan drama Melayu kepada imej Melayu.
Buat permulaan kerajaan harus menjual saham 30% mereka dalam syarikat ini, yang telah diberi oleh syarikat ini kepada kerajaan beberapa tahun lalu. Ekuiti ini telah membuat satu keadaan tidak seimbang, di mana syarikat Melayu lain diketepikan oleh sebab RTM kini mahu jaga kepentingan syarikat ini.
Bercakap tentang ‘level playing field’ (padang bola yang rata) oleh perdana menteri, keadaan yang telah diwujudkan oleh RTM ini telah membuat syarikat Melayu tersingkir, dan syarikat ini diberi keutamaan.
Akhir sekali, ke mana mahu kementerian pembangunan usahawan dan kementerian penerangan mahu humban pengkarya filem Melayu yang berpendidikan formal dalam bidang perfileman dan penerbitan drama televisyen, yang mana telah mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran dari MARA serta agensi-agensi kerajaan lain?
Kalau ada peminjam MARA yang gagal membuat pembayaran harap MARA dan kementerian pembangunan usahawan tidak akan marah.

Tiada ulasan: