Selasa, 21 Ogos 2012

MELAKA! OH! MELAKA!

Oleh Mansor Puteh









Apa sudah jadi dengan Negeri Melaka? Adakah ianya masih kekal sebagai sebuah negeri dan bandar bersejarah dan pusat perkembangan Islam dan pengaruh Melayu?
Dari banyak yang telah didirikan serata bandar sejarah ini kita akan rasa kagum akan kejayaan kerajaan negeri. Tetapi, selain dari gimik untuk menaril pelancong ini, apakah sebenarnya faedah yang dapat diperolehi oleh anak watan, anak Melaka jati?
Saya seorang anak Melaka jati yang kini menetap di Kuala Lumpur. Dan kenapa Kuala Lumpur menjadi tempat kediaman saya? Beratus-ratus ribu anak Melaka kini telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyara kehidupan. Ini disebabkan negeri dan bandar Melaka bukan lagi relevan kepada mereka dari segi mendapat pe luang pekerjaan.
Ini juga disebabkan selain dari perusahaan pelancongan yang begitu sempit dan terhad bidangnya, anak Melaka khusussnya berketurunan Melayu tidak dapat mencari pekerjaan yang setimpal dargan kelayakan mereka.
Melaka sudah hancur bersama Kota Melaka dan kini yang tersergam indah bukan Melaka sebenar, tetapi imejan yang kabur.
Siapa yang untung dengan ‘kemajuaan’ yang berlaku di Melaka? Ternyata sekali ia bukan untuk orang Melaka jati yang kini pergi ke luar negeri dan pulang sekali-sekali untuk ‘balik kampung’ pada hari cuti dan perayaan ugama dan kebangsaan. Sebabnya ialah Melaka cuma terletak 160 kilometer selatan dari ibu negara dan ia sesuai untuk berihat. Lagipun rumah-rumah ibu bapa masih berdiri, jadi tidak perlu menyewa tempat perginapan.
Setiap kali sahaja pulang atau ‘makan angin’ di Melaka saya rasa hampa sebab kemajuan yang dikatakan berlaku dengan pesat itu bukan menguntungkan orang Melayu.
Kalau kita lihat secara kasar kesemua kajayaan yang berlaku itu disebabkan penglibatan orang keturunan Cina. Bangunan apartmen dan pusat membeli-belah juga dimilikki oleh orang Cina.. Dan Melaka yang dulunya didiami oleh orang Melayu dengan jumlah yang banyak, kini lebih menjadi sebagai ‘pendatang’ ke negeri sendiri.
Tetapi, kerajaan negeri ialah Barisan Nasional. Ini disebabkan kebanyakan penduduk Cina negeri ini terdiri dari orang Melayu sendiri. Tetapi, sayangnya hampir kesemua mereka menetap di luar bandar.
Orang Melayu di luar bandar yang mengundi Barisan Nasional pada setiap pilihan raya umum, tetapi yang mendapat berkat kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri serta intrastruktur bukan mereka, tetapi orang Cina yang menetap di bandar atau pusat-pusat bandar lain seluruh negeri Melaka.
Kawasan perumahan yang didirikan didiami oleh orang bukan Melayu. Ini juga mecerminkan betapa terkebelakangnya orang Melayu di negeri sendiri.
Dan kemajuan ekonomi di negeri Melaka menguntungkan orang bukan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri.
Malah boleh dikatakan Melaka kini lebih mirip segerti Pulau Pinang di mana penduduk Melayu tidak kelihatan dengan begitu banyak. Kalau kita merayau seluruh bandar Melaka, kita cuma akan dapat melihat orang Melayu di Basar Melaka. Stesen bas, Padang Merdeka dimana mereka membuka kedai menjual cenderamata dan kerjatangan, atau membuka gerai.
Ekonomi orang Melayu di Melaka amat terhad. Mereka tidak berupaya membuka kedai di pasaraya besar yang telah didirikan. Binaannya juga menunjukkan corak ‘Great Wall of China’ atau Kuil Cina kalau dilihat dari jarak jauh. Akhirnya nanti semua binaan baru di Melaka akan mempunyai ciri bukan Melayu, tetapi corak binaan Cina. Ini yang amat menyedihkan sekali sebab Melaka yang dulunya menjadi pusat perkembangan dan kekuatan orang Melayu seluruh Nusantara. kni sudah tukar wajah.
Cuba kita kaji kilang-kilang yang telah didirikan di kawasan perkilangan bebas di Batu Berendam dan lain-lain. Siapakah miliknya? Tentu sekali mereka dari Taiwan atau luar dari Melaka. Dan dalam kilang berkenaan berapa ramaikah pegawai eksekutif Melayu jika dibandingkan dengan bukan Melayu?
Ternayata sekali eksekutif Melayu terhad. Dan yang ramai ialah gadis-gadis kilang MelaJu, sedangkan pegawai eksekutifnya ialah bukan Melayu.
Ini disebabkan tuan punya kilang dari Taiwan itu telah mendapat jaminan dari kerajaan negeri bahawa mereka cuma mahukan eksekutif bukan Melayu jika kilang mereka mahu didirikan di Melaka.
Sementara itu kerajaan Melaka dan ketua menteri dan ketua menterinya serta ahli exco Melayu lain akan terus bermaharaja-lela dan mahu menyakinkan bahawa negeri Melaka maju dan orang Melayu berjaya dalam semua bidang.
Orang Melayu di Melaka kini seperti kaum pendatang di negeri sendiri. Mereka tidak berpeluang untuk bersaingan dengan orang bukan Melayu yang mendapat sokongan kewangan dari orang bukan Melayu dari Taiwan khususnya dan Singapura.
Saya amat kesiankan orang Melayu di Melaka. yang kini menjadi kaum yang begitu token di negerinya sendiri. Dan yang boleh mereka banggakan cuma bangunan muzium yang begitu banyak didirikan, sedangkan kedudukan ekonomi mereka rendah jika dibandingkan dengan tahab ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur atau Kelantan.
Yang meryedihkan sekali ialah kerajaan Melaka ialah Barisan Nasional yang mendapat sokongan padu dari pengundi Melayu. Tetapi mereka cuma menetap di luar bandar dan di sini projek kemajuan dan ekonomi kurang ditekankan. Yang ditekankan cuma bandar Melaka sahaja.
Tanah-tanah Melayu diambil dengan kadar rendah dan didirikan untuk menjadi kilang atau kawasan perumahan orang bukan Melayu. Ini disebabkan mereka mampu untuk membeli yunit-yunit rumah itu sedangkan orang Melayu juga rata-rata miskin cuma boleh rasa terpinggir. Tanah-tanah Melayu di kawasan bandar diambilalih dan mereka terpaksa menghala ke kawasan pendalaman.
Mujur Mesjid Negeri Melaka tersergam, tetapi ia cuma wujud sebagai simbol Islam dan kekuatan orang Melayu di Melaka tidak lain dari itu. Sedangkan simbol-simbol ekonomi dan kemajuan dimilikki oleh orang bukan Melayu.
Jarak kaya-miskin diantara orang Melayu dan bukan Melayu di Melaka begitu ketara sekali. Berapa ramai eksekutif Melayu di Melaka? Yang adapun bekerja di agensi-ageansi kerajaan atau separuh swasta, sedangkan dalam kilang dan syarikat antarabangsa dan gedung besar, orang Melayu cuma bekerja sebagai kuli dan pekerja biasa.
Melaka! Oh! Melaka!
Hang Tuah pernah berkata, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Kata-kata ini ditulis dalam Hikayat Hang Tuah dan diukir pada dinding dalam Musium Negara di Kuala Lumpur.
Tetapi, sebenarnya, orang Melayu di Melaka sudahpun hilang di negeri sendiri. Malah boleh dikatakan bahawa orang Melayu sebagai sebuah bangsa cuma wujud sebagai masyarakat untuk di jadikan kajian anthropologi sahaja.
Setiap kali saya pulang ke Melaka saya menjadi sedih melihat perkembangan menaikkan imej kerajaan negeri Melaka dan ketua menteri, tetapi menjejaskan tahab ekonomi orang Melayu.
Orang Melayu di Melaka kini banyak menatap di Kuala Lumpur dimana mereka boleh mencari nafkah hidup dan berjaya dalam kerjaya mereka. Sebab di Melaka mereka tidak dapat peluang seperti itu. Ini disebabkan Melaka bukan negeri yarig berjaya dalam sernua segi. Cuma mereka yang mempunyai syarikat sendiri sahaja boleh hidup dengan sempurna, sedangkan orang muda Melayu kebanyakann ya mempunya pendidikan di peringkat universiti dan sebagainya, cuma mahukan kedudukan dalam pejabat dan agensi kerajaan dun separuh swasta.
Ini yang membuat Melaka bertukar wajah dari sebuah negeri berbilang kaum dengan orang Melayu menjadi kumpulan terbesar. Sebabnya ialah mereka tidak diberi peluan g untuk bersaing bersama orang bukan Melayu dalam bidang perniagaan selain dari menjaja di gerai makanan dan menjahit baju. Sedangkan perniagaan besar dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Soalnya ialah sampai bilakah orang Melayu di Melaka mesti dibiarkan dan bertukar corak sehingga menjadi seperti Pulau Pinang atau mini-Hong Kong?
Penglibatan orang Melayu dalam perniagan kecil dan sederhana mesti digalakkan supaya mereka dapat bersaing dengan orang bukan Melayu. Cuma dengan cara ini boleh Melaka bertukar corak dan orand Melayu tidak rasa terpinggir di negeri sendiri.
Kalau kerajaan negeri dan pusat cuma pentingkan perniagaan besar-besaran, sudah tentu ia cuma akan menguntungkan jumlah kecil orang Melayu sahaja. Dan semuanya bukan orang Melaka jati, tetapi dari Kuala Lumpur atau orang politik yang boleh gunakan kedudukan untuk mendapat ganjaran dengan membelakangkan rakyat Melayu biasa.
Artikel ini ditulis dengan penuh keikhlasan supaya pihak kerajaan negeri Melaka dan  pusat akan dicelikkan dengan isiu-isiu yang penting dan tidak semata-mata lihat dari stastik sahaja yang menunjukkan bahawa orang Melayu di Melaka dan dimana-mana sudah berjaya, sedangkan kebanyakan orang Melayu, kehidupan mereka serupa sejak zaman nenak-moyang mereka dulu.
Dan kemajuan ekonomi kini harus pentingkan orang Melayu di kawasan pendalaman sebab kepercayaan mereka untuk mengundi Barison Nasional yang membolehkan kerajaan negeri dan pusat berkuasa.
Sebaliknya Bandar Melaka kini dikuasai oleh parti DAP tetapi semua kemajuan di Melaka tertumpu di sini sahaja.
Apakah yang sedang dilalukan oleh kerajaan negeri Melaka untuk orang Malayu di Jasin, Alor Gajah, Semabok dan kawasan Melayu lain di Melaka? Apakah mereka terus dirampas tanah dan diberi ganjaran tidak seberapa? Sedangkan kemajuan yang bakal dilakukan di tanah mereka menguntungkan orang Taiwan dan Singapura sahaja?

Tiada ulasan: