Ahad, 12 Ogos 2012

BUDAYA BERBASIKAL DI UNIVERSITI LEIDEN.

Oleh Mansor Puteh









Universiti Leiden terkenal dengan pengajian Bahasa Indonesia/Malaysianya. Universiti ini yang telah ditubuhkan pada penghujung abad ke-lapan-belas terkenal juga sebagai penyimpan khazanah dan manuskrip Melayu lama, sehinggakan terdapat sebutan ‘versi Leiden’ untuk setiap manuskrip yang penting seperti hikayat dan sebagainya.
Kalau kita berkunjung ke kampus universiti ini, kita akan dengan serta-merta melihat ianya tidak banyak berbeza dengan kampus di Barat lain terutama sekali di Amerika.
Bangunan fakulti terletak di kawasan luas. Dan pohon-pohon ranting musim sejuk dihias untult memecah pandangan konkrit.
Selain dari pusat pengajiaza Bahasa Indonesia/Malaysianya yang terletak disebuah bangunan berhampiran dengan khutubkhanah, kita juga akan dibawa melalui lorong-lorong sempit'sekitar kampus ini.
Tetapi yang begitu ketara sekali ialah basikal. Ianya boleh dilihat di merata kampus. Malah seluruh negara Belanda ini mempunyai berjuta-juta basikal.
Bukan sahaja penuntut yang gemar berbasikal untuk ke mana-mana, bahkan profesor dan masyarakat umumnya. Dan terdapat lapuran yang menyatakan bahawa Permaisuri Negara ini, Pemaisuri Beatrice mempunyai sebuah basikal yang disalut emas.
Memang masyarakat Belanda terkenal dengan basikal mereka, sama dengan bunga tulip dan pemandangan luasnya. Malah boleh dilcatakan bahawa, mengguna basikal itu penting untuk mereka. Ianya bukan bererti bahawa mereka tidak mernpunyai wang untuk membeli kereta, tetapi sebaliknya, mereka mengguna basikal sebab ianya sebuah kenderaan yang pantas, dan selesa. Tambahan pula dalam zaman serba moden ini ia boleh mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.
Budaya mengguna basikal untuk pekerjaan seharian di Belanda amat unik, dan sudah tentu ia boleh mengurangkan pencemaran dan pengunaan kereta. Ini boleh membuat udara di negara ini lasrsih dari dicemar oleh gas beracun dan abuk dan asap.
Apakah budaya seperti ini boleh ditiru oleh masyarakat di negara kita? Saya fikir ianya tidak sukar, iaitu kalau budaya ini dapat diketengahkan dan penuntut-penuntut bolek digalakkan untuk mengguna, dan orang pekerja di pejabat juga digalakkan mengguna basikal.
Kenapa sukarnya untuk berbasikal di Kuala Lumpur? Bandaraya ini tidak begitu basar dan ki-ta boleh berbasikal untuk me mana-mana, iaitu kalau kita boleh singkirkan anggapan yang basikal itu kenderaan untuk orang miskin.
Tetapi, suatu ketika dahulu terdapat ramai pekerja berbasikal ke pejabat dan terdapat tempat letak basikal di mana-mana. Tetapi, sekarang ini ia tidak lagi dilihat.
Di Belanda cuacanya nyaman dan bersih dan orang boleh berbasikal ke mana-mana tanpa mengeluarkan peluh yang banyak. Dan jalan mempunyai lorong khas untuk penunggang basikal.
Di negara kita suatu sistem boleh diwujudkkan bagi menyenanghan lagi mereka yang mahu berbasikal dan kempen besar-besaran boleh diadakan bagi menggalakkan orang berbasikal. Saya percaya satu masa nanti kenyataan berbasikal ini bodeh digemari orang.
Dan pokok-pokok boleh ditInam di pinggir jalan bagi memberi teduh kepada mereka yang menaikki basikal.
Basikal mengambil kawasan yang kecil dan kesesakan di jalan raya boleh diatasi.
Pengelaman di Belanda boleh memberi iktibar kepada pihak berkuasa di negara kita untuk menggalakkan orang ramai mengguna basikal.
Disamping itu ia boleh menjimatkan wang dan mengawal inflasi. Tentu ada banyak faedah kalau orang ramai mengguna basikal. Ianya boleh juga mengelakkan kemalangan yang serius.
Dalam zaman serba moden dan canggih ini banyak jenis basikal boleh direka untuk mengurangkan lagi kepenatan si pengayuh basikal. Dan reka bentuknya boleh dimodenkan supaya menarik.      
Lebih-lebih lagi di bandar-bandar kecil orang ramai masih g,emar berbasikal sebab sistem kenderaan awam kurang baik. Ini menggalakkan orang ramai untuk mengguna basikal.
Penuntut sekolah juga gemar mengguna basikal sebab ianyam mudah dan mempunyai kelajuan yang agak baik. Ini dibandingkan dengan kenderaan umum seperti bas yang tidak tepat waktunya.
Walaupun Belanda merupakan salah sebuah negara Barat yang termaju tetapi pengunaan basikal tetap digalakkan. Lebih dari itu ia telah menjadi sebuah budaya di mana orang ramai lebih gemar berbasikal untuk membuat perjalanan yang tidak begitu jauh.
Jadi tidak hairanlah kalau professor dan permaisura mereka mempunyai basikal dan bukan sahaja penuntut.

Tiada ulasan: