Rabu, 15 Ogos 2012

BAGAIMANA MENILAI FILEM?

Oleh Mansor Puteh









Kenapa sesebuah filem itu yang dianggap penting di sesebuah pesta filem, tetapi ditolak dalam sebuah pesta filem lain? Tentu ada sebabnya.
Apa sebabnya berlaku perbezaan pendapat dan cara menilai sesebuah filem?
Orang ramai tentu akan rasa hairan kenapa filem ‘Layar Lara’ tidak masuk ke senarai akhir dalam sebuah pesta filem di Pulau Pinang, tetapi boleh pula meraih anugerah pengarah terbaik (kategori filem asing) di sebuah pesta filem di Brussels pula.
Atau kenapa pula filem arahan Kurosawa yang diberi anugerah filem terbaik di Cannes, cuma dicalon untuk memenangi beberapa anugerah Oscar, tetapi gagal memenangi sebarang anugerah.
Ini semuanya akan bakal menimbulkan kontroversi. Namun demikian tentu ada sebabnya.
Dan sebab utama ialah kalau ahli juri berbeza, maka pemilihan mengikut selera mereka juga akan berbeza. Dan ini akan membawa makna bahawa filem yang disenangi mereka turut berbeza.
Filem ‘Scent of the Green Papaya’ yang diberi anugerah di Cannes dan dipilkh diantara lima filem yang dicalonkan untuk memenangi Oscar untuk filem asing (bukan Inggeris) berbaik, ditolak oleh juri di pesta filem Singapura.
Sebenarnya terdapat beratus-ratus buah pesta filem yang dianjurkan di seluruh dunia. Kebanyakannya tidak diiktiraf dan nilainya rendah. Ia diadakan sekadar untuk memberi peluang penduduk di sekitar menontan filem utama duhia.
Disamping itu terdapat beberapa buah pesta filem yang dianggap penting, dan merekalah yang menentukan selera. dan pemilihan juri pesta filem lain itu.
Namun demikian memenangi anugerah dalam pesta filem utama seperti Cannes, Venice, Berlin dan sebagain,ya, tidak boleh menentukan samada filem yang sama itu akan diiktiraf di pesta filem lain.
Ini disebabkan setiap pasta filem mempunyai penekanannya sendiri. Seperti pasta filem yang menekankan tentang aspek politik, sosiologi, sejarah, kemanusiaan, kanak-kanak, wanita, kaum homoseksual, kaum kulit hitam dan Islam.
Sudah tentu filem-filem yang menang dalam pasta filem khas untuk filem­filem bertemakan homoseksual tidak mungkin akan menang dalam pasta filem yang diadakan di negara Islam, misalnya. Sudah pasti pula filem seperti itu tidak akan dipilih. Disamping itu terdapat pasta filem yang menekankan aspelm eksperimen dalam bidang filem.
Filem-filem jenis ini disanjung, sementara filem-filem yang biasa tidak disenangi.
Ada pula beberapa pasta filem yang menekankan aspek peng;arahan di kalangan wanita, atau bertemakan kanak-kanak yang berlaku seperti ini cuma membuktikan bahawa terdapat berbaai jenis atau cara untuk menilai filem.
Dan sesebuah filem itu tidak mungkin boleh dianggap bagus dari semua aspek tejmasuk filem-filem arahan Satyajit Ray dan Kurowawa dan lain-lain.
Filem-filem ini diiktiraf di beberapa buah pesta filem yang berpengaruh, maka tahab filem ini tinggi.
Tetapi filem-filem mereka tidak pula diiktiraf oleh pasta filem lain. Dan ini tidak juga beeerti bahawa filem-filem ini tidak bermutu.
Filem d ari Malaysia atau negara dunia ketiga sekarang ini amat digemari oleh pesta filem di Barat misalnya, dan tidak hairan kalau filem-filem kita yang orang kita sendiri tidak menganggap panting, diberi anugerah dan disanjung.
Kenapa berlaku pencanggahan pendapat diantara orang kita dan orang Barat mengenai filem tempatan?
Jawabnya, mudah sekali.
Ini disebabkan orang Barat baru terdedah dengan filem kita dan mereka mungkin terpengaruh dengan persembahan kita yang lain dari filem negara lain.
Dan tema yang kita guna juga tidak sama. Disamping itu, mereka asyik cara kita buat filem dan lakonan kita.
Tambahan pula latar belakang Asia moden atau sebuah negara Islam moden, mengasyikkkan dan mengkagumkan mereka.
Mereka tertarik dari aspek kebudayaan, kesenian dan yang berlatarbelakangkan negara Islam moden yang kian membangun.
Sudah pasti mereka akan anggap filem-filem kita penting di sini dengan maksud, mereka didedahkan kepada sejenis filem yang tidak pernah mereka tonton dulu.
Sama juga dengan kita yang terpergaruh dengan fiiem-filem India, Vietnam dan Iran sebab perbezaan budaya, seni dan cara persembahan mereka yang membuat kita tertarik dengannya.
Pesta filem Cannes begitu asyik dengan alunan dan tempo dalam filem-filem dari Iran, jadi mereka sedia memberinya anugerah penting.
Tidak terdapat filem Iran ditayang di Cannes setiap kali ia diadakan, sejak kebelakangan ini.
Tentu sekali cara menilai fiiem telah banyak berubah dengan adanya banyak pesta filem dengan setiap pesta filem mahu menonjolkan satu ideologi dan cara apresiasi filem yang unik.
Dan citarasa penganjor pesta filem baru ini turut berbeza dan mereka yang menentukan apakah yang mereka anggap sebagai filem yang baik.
Kalau kita anjarkan sebuah pesta filem Islam, sudah tentu hampir semua filem yang dianggap oleh Barat sebagai baik, akan ditolak sebab sudah tentu ia mempunyai unsur lucah dalamnya.
Cuma yang menjadi masalah sekarang jalah kita begitu asyik dengan pengiftirafan asing, sehinggakan kita sendiri tidak boleh tentukan apakah yang baik untuk kita, dan jenis filem yang macam mana yang kita sendiri anggap sesuai dan penting.
Kita mempunyai komplek rendah diri, dan kita mahu orang lain beri pengiftirafan.
Masalah utama wujud oleh sebab kita tidak mempunyai puak kaum ilmuan filem dalam bidang sejarah, kritikan dan apresiasi.
Malah pihak dalam perusahaan filem di negara kita, mencemur kehadiran kaum ilmuan dansaring menolak kehadiran mereka.
Ini telah menyebabkan aspek ilmu filem tidak dapat diserapkan dalam budaya dan perusahaan filem kita, yang rata-rata dikuasai oleh puak produser.
Produser buat filem sebab mereka punya wang, tapi tidak berilmu filem. Dan mereka bertindak sebagai ‘diktator’ dan mereka turut menganjor pesta filem Malaysia yang akhirnya dibuat secara tidak teratur dan menekankan aspek-aspek tidak penting.
Sudah tiba masanya pesta filem Malaysia tidak dmanjor oleh persatuan penerbit tetapi oleh puak ilmuan dan pengkritik. Dengan cara ini pesta filem kita akan memperolehi tahab yang tinggi dari sekarang, dan anugerah diberi disegani oleh umum.
Terdapat hasrat dengki-khianat dalam penganjoran pesta filemk Malaysia. Dan budaya filem kita diketepikan untuk menjaga kepentingan peribadi produser tertentu dan pegawai tertinggi Finas.
Pesta filem antarabangsalah cara untuk pengarah filem tempatan untuk menumpukan perhatian, dan sekarang ini dengan penerimaan anugerah oleh pengarah filem kita, saya harap penganjor pesta filem Malaysia dan Finas sedar siapakah yang bakal memimpin Perusahaan filem kita untuk menapak maju, dan siapakah yang sengaja melambatkan proses pembangunan ihdustri filem kita.

Tiada ulasan: