Ahad, 17 November 2013

ADA HARAM KECIL, HARAM BESAR DALAM ISLAM?

…BILA SYARIKAT PENERBANGAN HIDANG MINUMAN KERAS TAPI TIDAK DAGING BABI.
Oleh Mansor Puteh



Syarikat penerbangan negara-negara Islam tidak segan-silu hidang dan jual minuman keras dalam pesawat yang juga dijual dimana-mana lapangan terbang di negara mereka.

Tetapi mereka enggan menghidang makanan babi kepada penumpang bukan-Islam, sebab mereka kata ia adalah haram disisi Islam.

Tetapi tidakkah mereka itu  juga tahu bahawa minuman keras juga haram dalam Islam.

Mungkin haram menjual minuman keras adalah ‘haram kecil’ berbanding dengan ‘haram besar’ jual dan hidang makanan babi.

Itulah sebabnya sehingga kini tidak ada seorang ulamak dan pegawai jabatan ugama Islam di negara-negara Arab dan Islam lain yang berani beri arahan supaya semua lapangan terbang di negara mereka juga tidak dibenar menjual minuman keras.

Lihat sahaja di KLIA, LCCT dan juga lapangan terbang Dubai, Doha dan sebagainya dan kita akan dapat melihat pelbagai jenis minuman keras dijual dengan harga potongan, iaitu bebas cukai.

Mungkin Penerbangan diRaja Brunei atau Royal Brunei Airlines dan lapangan terbang di Bandar Seri Begawan yang tidak menjual dan menghidangnya.

Tetapi lapangan terbang dan pesawat negara Arab lain yang beria-ia hidang dan jualnya.

Iran adalah satu-satunya negara Islam selain dari Brunei yang tidak menghidang minuman keras dalam pesawat dan lapangan terbang mereka. Mereka adalah negara Islam yang menunjukkan contoh yang baik.

Mungkin juga pesawat dan lapangan terbang di Arab Saudi juga tidak hidang minuman keras kepada penumpang mereka.

Dan kenapa syarikat penerbangan Arab dan Islam lain termasuk lapangan terbangan mereka juga jual rokok?

Sedangkan bahan ini adalah juga haram disisi Islam?

Mereka mahu keuntungan dari menjual barangan haram ini.

Oleh sebab itu mereka boleh ketepikan hukum Islam yang jelas, kecuali menjual dan menghidang makanan babi.

Syarikat penerbangan bukan-Islam hidang makanan babi, tetapi untuk penumpang bukan-Islam, sementara untuk mereka berugama Islam diberi pilihan untuk dihidang makanan halal yang mereka boleh dapatkan kalau mereka telah diberitau awal-awal.

Sampai bilakah mesti syarikat penerbangan dan pihak berkuasa lapangan terbang di negara-negara Arab dan Islam lain akan terus mengharamkan penjualan dan penghidangan minuman keras kepada penumpang mereka?

Dan ini termasuk menjual rokok di kedai bebas cukai di lapangan terbang.

Siapa yang memulakan amalan yang tidak baik, untuk mempromosikan barangan-barangan haram seperti minuman keras dan rokok kepada penumpang kapal terbang sehinggakan ia dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di tempat lain?

Dulu penumpang dibenar menghisap rokok dalam pesawat dan mereka diberi tempat duduk di bahagian belakang.

Tetapi kini mereka tidak dibenar menghisap rokok dalam mana-mana penerbangan termasuk penerbangan singkat yang dulunya mereka juga diberi kebenaran.

Dan kalau ini mereka boleh lakukan, jadi kenapa mereka juga tidak berhentikan hidang minuman keras kepada penumpang dan menjualnya di lapangan terbang?

Siapakah negara Arab dan Islam lain yang akan mengharamkan penjualan minuman keras dan rokok di kedai bebas cukai di lapangan terbang di negara mereka?

Ada seorang pegawai kanan sebuah syarikat penerbangan tempatan marah bila syarikatnya dituduh hidang makanan haram, yang bermaksud babi.

Dia kecam mereka dan berkata bahawa pesawatnya tidak hidang makanan babi atau makanan haram.

Tetapi dia tidak sedar bahawa syarikat penerbangannya sering hidang minuman keras, dan mempromosi barangan ini dalam majalah pesawat.

Tidakkah dia tahu bahawa minuman keras juga haram disisi Islam dan ia sama haram seperti makanan babi.

Tidak ada ‘haram kecil’ dan ‘haram besar’ dalam hukum Islam. Babi dan minuman keras dan juga rokok adalah sama tarafnya dari segi haramnya.



Tiada ulasan: