Rabu, 4 Disember 2013

CUACA MEMBEKU, PERTANDINGAN HANGAT...JALUR GEMILANG BRRKIBAR MEGAH DI PEST FILEM DI VILA REAL DI PORTUGAL.

Oleh Mansor Puteh


Bandaraya Vila Real di Portugal kecil dengan penduduk tidak lebih 60,000 orang, dan ia adalah sebuah bandaraya tua dengan bangunan lama yang masih kekal yang mereka mahu terus kekal.

Untuk datang ke sini orang kena terbang ke Porto dan naik LRT Metro ke Bandar Porto sebelum naik bus pula ke Vila Real.

ia sebuah bandar tua yang jarang dikenali sebagai pusat prrfileman penting tetapi mereka tekad menganjur Pesta Filem Dokumentari dan Transmedia Antarabangsa Rios, dalam masa bandar lain di Portugal yang tamatkan pesta filem mereka termasuk yang diadakan di Figueira da Foz yang mana telah beri penghargaan kepada filem awal saya 'Seman' dalam pertandingan.

Kini Vial Real pula beri penghargaan kepada dokumentari saya 'Berdansa ikut rentak Sejarah. ..'

Jadi dalam cuaca membeku dan dalam pertandingan yang hangat,  bendera Jalur Gemilang boleh juga terbang dengan megah.

Kalah, menang adat pertandingan,  tapi mendapat peluang bertanding dengan pihak lain diperingkat antarabangsa tentu mencemaskan. Manalah tahu kalau Malaysia akan bernasib baik dalam pesta fikem ini...

Tahun 2013 sudah hampir tamat tanpa memberi sebarang peluang lain kepada pengarah filem Melayu capai sebarang kejayaan dalam bidang perfileman di peringkat antarabangsa.

jadi tahun ini tahun meleset buat perusahaan filem tempat.

Itulah sebabnya filem Melayu bukan sebahagian dari sinema dunia, bahkan tidak wujud   di muka bumi lagi sebab filem Melayu tidak ke ana-mana dan pengarah dan sarjana filem Melayu juga tidak ke mana-mana.

Dan seri dimana-mana pesta filem antarabangsa jumlah karya yang dipilih segelintir  dari yang diterima jadi pertandingan untuk anugerah sengit.


Tiada ulasan: