Ahad, 22 Disember 2013

FILEM HINDUSTAN-BOLLYWOOD ADALAH NAJIS DAN HARAM UNTUK ORANG ISLAM TONTONNYA, TETAPI MANA FATWANYA?

…MUJUR ORANG MELAYU SEKARANG ENGGAN MENONTON FILEM-FILEM BOLLYWOOD DI PAWAGAM.
Oleh Mansor Puteh



Haram menonton filem Hindustan yang kini dikenali dengan nama Bollywood.

Dan ulamak Dr Zakir Naik dari India telah juga keluarkan kenyataan bahawa Shahrukh Khan dan Salman Khan musrik, sebabnya kedua mereka menyembah dewa Hindu dengan Shahrukh mempunyai kuil kecil didalam rumahnya, sedangkan isterinya seorang Hindu.

Mungkin vidio yang disiarkan dalam YouTube menunjukkan kedua pelakon Bollywood yang mengaku berugama Islam adalah klip lama, dan sekarang kedua mereka sudah menjadi orang Islam yang baik.

Shahrukh juga dilihat dalam vidio Youtube mengerjakan umrah, dengan Salman memakai ketayap, bila dia dihadapkan ke mahkamah.

Tetapi secara jelasnya ialah filem-filem Bollywood yang menonjolkan kedua pelakon ini dan yang lain-lain adalah haram, dan ia adalah najis.

Kesemua filem Bollywood memaparkan adegan yang lucah dengan orang mengoyangkan tubuhbadan secara lucah dan pelakon lelaki-perempuan berpeluk-peluk dan memakai pakaian menjolok mata.

Memang dulu filem terbitan dari Bombay dikenali sebagai filem Hindustan, tetapi kini filem-filem yang diterbit dari Mumbai dikenali sebagai filem Bollywood.

Dan filem-filem Hindustan dulu tidak memaparkan adegan lucah dengan pelakon lelaki-perempuan berpeluk dan tarian yang mereka lakukan juga tidak menghairahkan atau lucah.

Tetapi kini filem-filem Bollywood lucah dan ia boleh dianggap haram untuk ditonton oleh orang Islam.

Mujur tidak ramai orang Melayu sekarang berminat dengan filem-filem Bollywood.

Dan filem-filem mereka juga jarang ditayang di Malaysia, tidak seperti dulu bila ia pernah ditayang di pawagam berbulan-bulan.

Yang menonton filem Hindustan dulu ialah orang Melayu. Mereka sanggup ketepikan filem sendiri untuk menonton filem asing itu.

Kini orang Melayu sudah tinggalkan filem-filem Bollywood yang hanya disiar dalam televisyen sahaj.

Tetapi kenapa ulamak di dalam rancangan ugama di Malaysia tidak pernah bincang tentang filem Bollywood?

Mereka lebih gemar bincang tentang perkara berkaitan dengan syahwat, yang membuat penonton yang terdiri mereka yang dewasa tergelak, seperti mereka kanak-kanak yang tidak tahu-menahu tentangnya, walaupun mereka sudah lanjut usia.

Kebanyakan tajuk perbincangan dalam rancangan ugama adalah mengenai perkara asas, tentang apa itu halal dan apa itu haram.

Ini mengejutkan sebab ia hanya boleh beri andaian bahawa orang yang gemar menonton rancangan ugama ini sebenar-benarnya jahil tentang Islam.

Oleh sebab itu mereka sanggup duduk terpatuk dengar ulamak dan penceramah ugama lain bercakap tentang perkara asas dalam Islam, yang mereka sendiri sepatutnya sudah lama tahu.

Tidakkah mereka diberi pendidikan tentang ugama semasa kecil dulu?

Dan ini sahajakah yang sanggup dan mampu dilakukan oleh stesen televisyen dan penceramah ugama?

Tidakkah mereka boleh bincang tentang bidang hiburan khususnya apa itu sebenarnya filem Bollywood, dan kecamnya sebagai najis dan haram untuk orang Islam tonton?

Di India, masyarakat Islam di sana enggan menonton filem Bollywood sebab mereka sedar ia adalah propaganda Hindu.

Segala-gala yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengenai ugama ini, dan oleh sebab itu pelakon Bollywood yang berugama Islam terpaksa ikut cara mereka.

Ada beberapa watak berugama Islam yang ditonjolkan tetapi jumlahnya tidak banyak.

Ada juga pelakon berugama Islam di India yang bertukar ke ugama Hindu, dan ada juga pelakon Hindu mereka yang masuk Islam.

Tetapi yang jelas di sini ialah di India juga tidak ada penceramah ugama yang bercakap tentang Shahrukh dan Salman kecuali Zakir Naik, yang berani.

Dia juga tidak pernah jemput kedua pelakon ini untuk muncul dalam rancangannya yang diadakan di kawasan luar di Mumbai yang menarik puluhan ribu penonton yang terdapat mereka dari kalangan bukan-Islam.







Tiada ulasan: