Jumaat, 27 Disember 2013

MURTAD DAN KHALWAT TIDAK MENGAPA;

TETAPI BUAT VIDIO LUCAH SALAH DI INDONESIA. ANAK-ANAK MUDA INDONESIA TERANG-TERANG ‘KUMPUL KERBO’ DI INDONESIA DAN MALAYSIA. PENYANYI TERLIBAT DENGAN PENERBITAN VIDIO LUCAH DIANGGAP LEBIH BERBAHAYA DARI MEREKA YANG MURTAD DAN BERSEKEDUDUKAN.
Oleh Mansor Puteh



‘Kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’ adalah satu ungkapan yang langsung tidak kena-mengena dengan kerbau.

Ia adalah panggilan tentang perbuatan bersekedudukan dikalangan orang Islam di Indonesia yang dilakukan secara terang-terang.

Di Malaysia ramai anak perempuan dan lelaki Indonesia yang melakukannya.

Ramai gadis dan wanita Indonesia di Malaysia bersekedudukan dengan pemuda dari Bangladesh dan juga Myanmar. Tidak ramai pula dengan pemuda Melayu di Malaysia.

Gadis dan wanita Indonesia yang ‘berkumpul kerbau’ dengan lelaki Bangladesh dan Myanmar walaupun ramai diantaranya sudah berkahwin di Indonesia.

Mereka melakukannya bukan dengan niat mahu berkahwin akhirnya sebab mereka tahu mereka akan pulang ke negara asal.

Mereka bersekedudukan sebab mereka mahu dapat teman disamping tempat tinggal yang tidak perlu dibayar.

Jadi mereka boleh berpisah dan lari bila teman mereka balik ke Bangladesh dan Myanmar, dan mereka akan cari teman lelaki lain.

Mereka juga tidak ada sebarang perasaaan kalau berpisah sebab mereka anggap ia satu kejadian biasa.

Ini yang peliknya. Dan ini juga dilakukan di Indonesia sendiri walaupun ia hanya berlaku di kota besar dan bukan di kampung. Ia bukan sesuatu yang menjijikkan.

Ia bukan satu jenayah.

Dan murtad juga bukan satu jenayah di Indonesia; dan orang Islam boleh keluar ugama tanpa sebarang tindakan diambil oleh sesiapa.

Malah kumpulan ugama dan pendesak tidak ambil kisah dengan mereka yang terang-terang mengaku telah murtad.

Tetapi mereka melenting kalau ada seorang penyanyi terlibat dengan pembuatan penerbitan vidio lucah.

Ini yang peliknya.

Kumpulan ugama dan pendesak mahu Ariel dari kumpulan Peter Pan dihukum seberat-beratnya. Mereka tidak puas dengan hukuman penjara tiga tahun setengah. Ini tidak cukup buat mereka.

Apa yang mereka mahukan? Mereka mahu dia dihukum gantung.

Tetapi kesalahan atau kesilapannya hanya menerbit vidio lucah, yang kebetulan terjatuh ke tangan orang lain yang menyiarkannya.

Tentu sekali ia sebuah vidio peribadi.

Tetapi kenapa ada pelakon wanita Indonesia yang terang-terang murtad apabila berkahwin dengan seorang pemuda dalam sebuah gereja di Amerika, tidak dianggap penting bagi kumpulan ugama dan pendesak di Indonesia?

Dan kenapa anak-anak gadis Indonesia yang berkumpul kerbau di merata tempat juga tidak dihiraukan?



Tiada ulasan: