Oleh Mansor Puteh
Seperti tersiar dalam Berita
Harian dan Utusan Malaysia
mengenai perkara tersebut saya ingin menyatakan di sini bahawa isiu ‘Seman’
disuruh masuk ke pawagam, ianya adalah teilambat. Kalau awal dulu Finas
sarankan ianya relevan. Tetapi kini seperti yang telah saya hantar surat kepada Norshah
Thamby, ‘Seman’ cuma boleh dipindah ke vidio supaya dapat didagangkan dan saya
boleh serahnya ke Finas untuk ditayang di TV.
Finas boleh
ambil wang yang saya hutang, dengan ditolak wang yang saya rugi oleh sebab ‘Seman’
tidak dapat dijual ke Jepun oleh sebab sabotaj oleh Finas sendiri dan ke pesta,
filem antarabangsa seperti Kalkatta, Tokyo ,
dan bakinya dipulang kepada saya dari wang yang diberi oleh RTM.
Soal ‘Seman’
ditayang di pawagam tidak sesuai oleh sebab ianya filem ‘experimental’. Ini
disebabkan Finas telah memahan pinjaman saya cuma RM16,000 dari RM85,000 yang
dipersetujui. Ini bererti filem saya terganggu dan saya tidak dapat menyiap
penggambaran. ‘Seman’ cuma boleh ditayang di TV aan saya perlu RM4,000 untuk
menyiapkan salinan vidio.
Mengenai
cabaran saudara menyuruh saya mengarah filem, saya sudah menulis beberapa
skrip. Tetapi, sanggupkah linas beri saya wang untuk menerbitnya? Saya perlu
RM500,000 untuk membuat sebuah filem.
Saudara
tidak perlu cabar saya mengarah filem, sebab saudara tau saya tidak mampu
menghasilkan filem setakat ini. Saya cuma mempunyai pendidikan
sama seperti penvarah di Hollywood dan sudah
menulis skrip. Yang saya perlu cuma wang untuk menerbit filem saya. Saya tidak
gentar.
Kenapa Finas
tidak boleh berlaku seperti Persatuan Badminton (BAM) yang menaja dan menggalak
bakat, dan tidak sabotaj mereka. Kalau Haji Sidek terpaksa membayar wang untuk
menyuruh anak-anaknya bermain badminton sehingga kini mereka akan terperok di
Kuala Selangor dengan bermain badminton dengan kasut lama.
Kita sudah
mempunyai banyak pengarah terdidik tetapi F'inas lebih suka sabotaj mereka
terutama sekali saya. Adakah Finas takut kalau saya melebihi P Ramlee dan
menang Oscar dan dipelawa mengarah filem di Hollywood ?
Kalau ada
perlu perbincangan mengenai cadangan dan saranan saya tolong saya sudah bersedia. Saya tidak takut kalau ‘Seman’
ditayang di TV depan ratusan ribu manusia. Atau kalau filem-filem kedua dan
ketiga dan seterusnya kurang mendapat sambutan.
Saya yakin dengan kelayakan dan tahab
pemikiran serta kreativiti saya boleh mendapat pengiktirafan di Amerika dan
Eropah. P Ramlee tidak pemah tiba ke sana .
Akhir sekali, Finas yang sabotaj dan
terus sabotaj kalau Finas tidak dapat mengusulkan rancangan untuk membantu
pengarah terdidik seperti saya berkarya. Ini merupakan satu kegagalan Finas
iaitu untuk memberi peluang pengarah terdidik berkarya dengan merigadakan
program tertentu yang khusus bagi mengatasi masalah utama mereka iai tu
‘financing’.
Kalau BAM boleh taja pemain badminton
sehingga berjaya, kenapa Finas tidak boleh berbuat seperti itu untuk membantu
pengarah filem terdidik demi, kepentingan perusahaan?
Sepatutnya Malaysia
sudair boleh menghasil empat-puluh buah filem setahun dan penonton terdiri dari
berbilang kaum, han masyarakat Cina dan India
kurang senang dengan filem Hong Kong dan India saperti zaman lalu. Dan
Malaysia sudah boleh menang Oscar. Jadi, komen saudara mengenai rencana saya
dalam Utusan Malaysia
tidak tepat dengan maksud yang saya beri.
Kenapa sistem studio tidak boleh
dihidupkan semula? Ianya tidak perlu seperti Jalan Ampas atau Hollywood , tetapi seperti negara lain.
Pokoknya, ialah kita perlu ada suatu sistem ala sistem studio yang boleh galak
pertumbuhan dan halang kehancuran. Sistem terbuka sekarang lebih pentingkan
perniaga dan bukan pengkarya.
Mungkin apa yang saya cakapkan ini
boleh difaham oleh mereka yang berkelayakan dan terdidik.
Sekurang-kurangnya saya belum disepak
hingga pengsan semasa menyertai pesta filem antarabangsa. Kenapa Shubaimi
beritau saya dan rakan lain peristiwa berkenaan di Manila .
Kalau raja-raja kini boleh dikritik,
masakan si ikan bilis tidak boleh? Tidak seorang di Malaysia yang bleh buat analisa
tentang perusahaan filem kita seperti saya. Ini disebabkan kelayakan akademik
dan professional saya unik. Saya terlebih kelayakan untuk Malaysia .
Pengerusi dan ketua pengarah Finas
Cuma birokrat dan bukan pakar. Ini yang menyebabkan Finas mundur sebab birokrat
berangan jadi pakar.
Kejayaan saya
mendapat pendidikan di perinpkat
sarjana dalam bidang perfileman di Bandaraya New York belum ditandingi oleh sesiapa lagi.
Ini satu kejayaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan