Rabu, 7 Januari 2015

KERUSI PARAMESWARA (PARAMESWARA CHAIR) DI UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY DI BANDA ACEH?

…IA BOLEH DIGUNA UNTUK GALAK SARJANA BUAT PENGAJIAN UNTUK MERAPATKAN BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU DAN UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.
Oleh Mansor Puteh


Tentu sekali ramai orang Melayu khususnya sudah tidak berapa tahu bagaimana Orang Melayu di Melaka dan banyak wilayah di Nusantara Melayu (Tengara Asia seperti yang disebut oleh sarjana barat) yang pergi ke Samudera Pasai di Aceh dalam tahun 1414 dan masuk Islam sebelum berkahwin dengan seorang puteri kerajaan tersebut.

Parameswara mengambil nama Megat Iskandar Shah, dari nama keturunannya Iskandar Zulkarnain atau Alexander the Great seperti yang disebut oleh sarjana sejarah barat, satu lagi fakta yang tidak ramai yang tahu.

Mungkin ada orang lain mahu anggap fakta ini hanyalah mitos; tetapi ada bukti yang boleh digunakan untuk memastikan ia adalah fakta yang boleh ditentukan sekiranya kajian yang lebih terperinci dapat dilakukan oleh mana-mana sarjana.

Kalau Parameswara, anak raja dari Kerajaan Srivijaya berpusat di Palembang, Sumatera yang berugama Hindu ketika itu tidak tergerak untuk ke Pasai, sudah pasti seluruh Melaka tidak akan bertukar menjadi sebuah Kesultanan Islam-Melayu dalam kurun kelima-belas dan seterusnya.

Dan kemungkinan besar juga kebanyakan Nusantara Melayu akan tetap bukan wilayah Islam-Melayu seperti yang berlaku sekarang dengan Malaysia akan kelihatan mirip seperti negara-negara seperti Thailand, Kambodia, Laos, Vietnam dan juga Indonesia kalau Islam tidak kula bertapak di negara ini dalam kurun ke-empat-belas dulu.

Melaka dan kebanyakan daerah di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsular kata sarjana barat) akan tetap menjadi seperti Thailand atau Pulau Bali di Indonesia yang mana penghuninya terdiri dari Orang Jawa ketika itu yang enggan masuk Islam dan mereka melarikan diri ke sebuah pulau terpencil untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang berugama Hindu.

Dan kalau ada orang Melayu di Malaysia sekarang yang mahu lihat bagaimana nenek-moyang mereka menjalankan kehidupan mereka semasa belum masuk Islam dalam kurun kelima-belas, di Balilah dimana mereka boleh dapat melihatnya.

Di sini orang wanita Bali berpakaian kebaya dengan selendang dengan lelaki mengikat kepala dengan kain seperti setanjak dengan memakai kain samping atas seluar senteng, sambil mereka makan daging babi setiap hari sebagai jenis makanan yang mereka gemar.  

Dan sekali imbas, mereka kelihatan seperti orang Melayu sekarang yang berugama Islam, tetapi di Bali mereka masih berugama Hindu walaupun jenis Hindu yang dianuti oleh mereka boleh dikatakan tidak sama dengan Hindu seperti yang diamal oleh mereka di India.

Penganut Hindu-Bali tidak menyambut perayaan Thaipusam atau Deepavali; hari yang mereka paling muliakan ialah Hari Nyepi, iaitu hari apabila seluruh Bali akan berada di dalam keadaan sunyi dan sepi dalam bulan April.

Pada hari ini orang Bali dan pelawat ke pulau ini dimestikan duduk tersorok dalam rumah dan tidak dibenarkan memainkan radio atau televisyen atau menyalakan lampu rumah untuk membuat seluruh pulau ini berada didalam gelap.

Saya mengapalai rombongan lapan orang membuat lawatan sambil mengadakan forum tentang filem-filem P. Ramlee dan Sinema Nusantara di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry (dari Sheikh Nasarudin Ar-Raniry, seorang pendakwa berpengaruh yang berasal dari Farsi yang datang ke Aceh).

Acara ini dapat berlaku atas penajaan dalam bentuk pemberian dana oleh Finas melibatkan kehadiran pengarah filem Othman Hafsham, pengkritik filem Hassan Muthalib untuk bercakap tentang bagaimana satu pertemuan baru dapat dibentuk untuk merapatkan perhubungan dan silatulrahim diantara masyarakat Melayu di seluruh Nusantara Melayu dengan bertolak dari pembuatan filem yang dapat diperkembangkan dari karya P. Ramlee, anak keturunan dari Aceh sendiri dengan nama asalnya, Teuku Ramlee Nyak Puteh.

Kami dapat sokongan dari Ketua-Pengarah Finas dulu, Raja Rozaimi Raja Dalnish dan juga dari Dekan Fakulti Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Dr. Abdul Rani Usman, yang pernah belajar di Negeri Cina dan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan isterinya mengajar bahasa Mandarin di Aceh.

Dan saya telah membuat dua kali lawatan ke Aceh bersama Datuk Zaini Hassan dari Utusan Malaysia untuk teruskan perbincangan mengenai perkara yang sama dan tambahan di UIN Ar-Raniry dalam bulan Oktober tahun depan.

Saya balik ke Aceh Disember lalu khusus untuk menyaksikan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami dengan acara kemuncak dihadiri oleh naib-presiden Republik Indonesia, Yusuf Kalla. Presiden Joko Widodo terpaksa ke Papua untuk acara lain di sana.

Dan saya mendapat ilham untuk mencadangkan agar sebuah KERUSI PARAMESWARA atau PARAMESWARA CHAIR dapat ditubuhkan di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry di Banda Aceh.

Kemasukan dan penerimaan Islam oleh Parameswara adalah satu kejadian yang begitu penting sekali; namun perbincangan tentangnya dan filem atau dokumentari tentang perkara atau kejadian ini sehingga kini tidak dapat dilakukan. Ini amat menyedihkan sebab kisah pemindahan Melayu dari berugama lain ke Islam begitu penting, sebab tanpa penerimaan oleh Parameswara, Dunia Melayu diseluruh Nusantara sekarang sudah pasti tidak akan seperti yang ada sekarang; dan Melayu akan terus terperak dalam era kegelapan lama yang dialami oleh nenek-moyang mereka.

Saya tidak yakin perbelanjaan untuk menwujudkan Kerusi Parameswara begitu besar berbanding dengan faedahnya melimpah dan boleh memberi manfaat kepada perpaduan Melayu diseluruh negara dan Nusantara Melayu.

Oleh sebab itu saya harap Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Melaka dapat sambut saranan ini dan wujudkan kerusi itu dengan seberapa segera.

Ia bertujuan untuk mengalak sarjana dari Malaysia dan seluruh Nusantara Melayu buat kajian untuk merapatkan perpaduan Bangsa Melayu seluruh Nusantara Melayu.

Malangnya kerusi-kerusi kesarjanaan telah ditubuh oleh kerajaan Malaysia dibeberapa buah negara dengan perbelanjaan yang besar tetapi kesannya tidak seberapa.

Dengan ketiadaan kerusi kesarjanaan seperti Kerusi Parameswara ini telah menyebabkan Melayu di Malaysia berpecah dan Melayu di Nusantara tidak bersatu.

Ia boleh dibentukan untuk mengelak dari apa yang telah berlaku kepada kerusi kesarjanaan yang kerajaan Malaysia telah tubuhkan dibeberapa unversiti di luar negara yang kelihatan seperti tidak wujud dan tidak memberi sebarang kesan.

Saya juga bertemu dengan penyanyi asal kumpulan Raihan iaitu Saudara Mujiburrizal yang beritahu saya tentang buku sejarah kerajaan Samudera Pasai berjudul, ‘Daulah Shahiliyyah di Sumatera’ oleh pengkaji sejarah Taqiyuddin Mohammad, yang mengisahkan tentang sejarah kerajaan ini yang memuatkan banyak maklumat penting sejarah kerajaan ini yang sehingga kini tidak pernah dikaji dan dibukukan oleh mana-mana sarjana.

Dan untuk terus mencari usaha merapatkan perhubungan diantara Aceh dan Malaysia, Dr. Abdul Rani akan mengetuai sebuah rombongan seramai empat-puluh-lima orang pekerja dari universiti dan ahli keluarga lain untuk datang ke Melaysia 7 Februari selama lima hari.



Tiada ulasan: