Ahad, 11 Januari 2015

TSUNAMI BESAR DI ACEH – SERAMBI MEKKAH DAN TSUNAMI KECIL DI KELANTAN, SERAMBI MEKKAH:

PENYOKONG PAS ANJUR SEMBAHYANG HAJAT UNTUK JATUHKAN UMNO TETAPI YANG JATUH BUKAN UMNO TETAPI HUJAN YANG MEMBANJIRI KELANTAN.
Oleh Mansor Puteh



Kelantan dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh ramai di negeri ini. Dan Aceh juga dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh orang di sana.

Tetapi kedua-dua ‘Serambi Mekkah’ ini dilanda dengan bencana alam dan kedua-dua negeri ini merupakan negeri Melayu diantara yang paling mundur diseluruh dunia.

Ini fakta yang tidak menyenangkan sebab masakan ‘Serambi Mekkah’ tidak dapat berkat dari Tuhan dengan Kelantan dikuasai oleh PAS sebuah parti Islam yang disokong padu oleh rakyat dan pengundi Kelantan dengan rakyat Aceh pula menyokong GAM.

Malangnya negeri-negeri di Malaysia dan di Indonesia yang tidak dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ lebih maju.

Kehadiran dan kuasa PAS ke atas Kelantan tidak membolehkan negeri ini maju.



Bila rakyat Kelantan akan sedar untuk buang PAS atau apakah pemimpin PAS yang mempunyai pemikiran politik sempit lapok akan turut dihanyutkan oleh rakyat dan pengundi di Kelantan?

Kenapa pemimpin PAS tidak menganjurkan sembahyang hajat sekarang? Mereka telah anjur sembahyang hajat untuk jatuhkan Umno tetapi yang jatuh adalah air sehinggakan Kelantan ditenggelami air.

Adakah sembahyang hajat pemimpin dan penyokong PAS itu mendatangkan musibah seperti yang dilanda sekarang?

Orang Kelantan terpaksa dapatkan bantuan dari kerajaan pusat dan pemimpin Umno untuk selamatkan mereka.

Orang Kelantan mesti tolak PAS untuk selamatkan mereka setelah usia telah menolak Nik Aziz dari aktif dalam PAS dan politik, dan takdir pula akan tentukan bila Nik Aziz akan akhirnya terkeluar dari PAS dan Kelantan.

Dulu orang di Jakarta suka adakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta; tetapi yang berlaku ialah bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan ledakan gunung berapi.

Di Banda Aceh juga ada tunjuk perasaan anti-Malaysia diadakan disebuah universiti yang mendapat liputan dalam akhbar tempatan; tetapi saya diberitahu ia bukan diadakan oleh pelajar dari Aceh tetapi mereka dari Jakarta yang belajar di universiti tersebut.

Malangnya, sudah pasti ada beberapa graduan dari universiti itu terdiri dari pelajar dari Jakarta yang akhirnya mahu lanjutkan pelajaran diuniversiti di Malaysia di masa hadapan.

Inilah balasan yang orang di Jakarta itu dapat beri kepada orang Indonesia yang terlibat dengan bencana alam itu.

Dan inikah bencana yang orang Kelantan dapat sebab mereka sokong PAS dan Nik Aziz selama ini yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, kecuali mendapat bencana alam luar biasa?

Tsumnami Besar Aceh telah mendatangkan musibah kepada ramai, tetapi ia juga memberi berkat kepada rakyat Aceh keseluruhanya.

Mereka telah bertelagah dengan Republik Indonesia berpusat di Jakarta yang telah menempatkan puluhan anggota tentera untuk mengawal keadaan dan untuk menangkis serangan dari kumpulan Gabungan Aceh Merdeka atau GAM.

Pemimpin GAM telah berhijrah ke Stockholm di Sweden untuk menjalankan tindakan diplomasi dengan Indonesia dan pertubuhan antarabangsa dengan diberi suaka oleh Sweden begitu lama.

Namun perbalahan dan pertelagahan diantara Aceh dan Indonesia tidak berkesudahan; lebih ramai orang dikedua pihak terkorban.

Aceh mahu tuntut kemerdekaan dari Indonesia dan Indonesia enggan berinya sebab Aceh penting untuk Indonesia bukan sahaja ia mempunyai minyak dan gas.

Aceh dan GAM ada sebab-sebab tersendiri mereka untuk menuntut kemerdekaan.

Namun segala tindakan yang berlaku diantara Aceh dan Indonesia sejak beberapa dekad lalu menghadapi jalan buntu.

Tetapi pada 26 Disember, 2004 semuanya berakhir.

Ramai anggota tentera Indonesia yang ditempatkan di Aceh terkorban dengan khemah-khemah yang telah didirikan musnah.

Mereka termasuk lebih 200,000 rakyat Aceh dikalangan rakyat biasa dan awam turut terkorban.

Tetapi dalam sekelip detik, tanpa diduga masa depan Aceh juga turut berubah; Indonesia akhirnya benarkan Aceh kuasa otonomi dengan rakyat Aceh sendiri dibenar tubuh kerajaan negeri dengan mengadakan pilihanraya tempatan.

Sekarang ini Aceh mempunyai gabnor dan ahli kabinetnya yang terdiri dari orang tempatan dan bukan yang dilantik di Jakarta.

Aceh kian membangun setelah sepuluh tahun dilanda Tsunami dulu.

Dan di Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu (Melayu Peninsula, kata orang Inggeris), keadaannya belum lagi menampakkan perubahan mendadak.

Kelantan negeri yang dikuasai oleh Parti Islam SeMalaysia atau PAS sejak sekian lama kecuali beberapa tahun ia dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kelantan ditadbir oleh PAS merupakan negeri yang diantara termundur di seluruh negara Malaysia.

Pemimpin PAS gagal untuk majukan negeri ini untuk ia diiktiraf sebagai Negeri Mitahli.

Yang ia menjadi contoh ialah contoh negeri termundur di Malaysia.

Dan Disember tahun 2014 sehingga sekarang, Kelantan dilanda banjir besar yang boleh juga dilihat seperti Tsunami Kecil.

Selain dari Kelantan negeri-negeri di pantai timur seperti Terengganu, Pahang dan Johor juga dilanda banjir luarbiasa sejak tiga-puluh tahun lalu.

Mujurnya tidak ramai terkorban. Cuma harta-benda sahaja yang musnah dan ia memerlukan ratusan juta ringgit sumbangan dari kerajaan pusat untuk bangunkan Kelantan dan negeri-negeri yang terbabit termasuk Perak.

Adakah kejadian alam ini akan beri makna kepada pemimpin PAS?

Ada aura-ura pemimpin Melayu amnya mahukan agar PAS dan Umno bersatu. Adakah ini akan menjadi kenyataan?

Nik Aziz, musyidul am PAS uzur. Diapun tidak kelihatan mahu bantu orang yang terlibat dengan banjir. Atau samada kampungnya juga terlibat dengan banjir.

Yang nyata sekarang ialah kejadian banjir atau Tsunami Kecil ini di Kelantan diharapkan akan memberi hidiyah kepada Nik Aziz dan pemimpin PAS lain.

Mereka mahu bertelagah sesama Melayu tetapi yang rugi ialah Melayu itu sendiri dan Kelantan terperap dalam keadaan serba mundur.

Orang di Aceh boleh terus bertelagah dengan Jakarta dan Jakarta juga boleh berkeras selepas Tsunami 2004 dulu tetapi Jakarta tidak berbuat demikian.

Jakarta seperti menerima takdir dari berlakunya bencana alam sebagai satu petanda untuk mereka berlembut.  

Dan dalam keadaan kemusnahaan di Aceh sudah pasti Jakarta mempunyai kelebihan berbanding dengan GAM untuk tidak benarkan Aceh mendapat kuasai otonomi dan ia boleh terus dikencam dengan pemerintahan kuku besi.

Tetapi Jakarta tidak berbuat demikian; Jakarta mengalah kepada takdir dan beri Aceh kuasa otonomi.

Sekarang Kelantan, Serambi Mekkah masih mundur dan selepas dilanda Tsunami Kecil apakah ia akan bangkit seperti Aceh yang telah dilanda Tsunami Besar 2004 dulu yang sudah mula bangkit walaupun kebangkitan negeri ini bukan semata-mata diatas keupayaan dan hasil mereka sendiri tetapi diatas sokongan kewangan negara-negara lain yang memberi sumbangan dana besar.


Pemimpin mereka yang rata-rata terdiri dari pegawai tinggi GAM dulu masih belum tahu untuk bangunkan negeri ini yang mereka kini mempunyai kuasa otonomi.  

Tiada ulasan: