Jumaat, 16 Januari 2015

POLITIK MALAYSIA DAN FILEM TAMIL DAN SISTEM PANCHAYAT DI INDIA. BAGAIMANA PULA CARA ISLAM DALAM AMALAN DEMOKRASI?

…WATAK-WATAK UTAMA DAN PAK SAUK DALAM FILEM-FILEM TAMIL DAN JUGA BOLLYWOOD BOLEH BERGADUH DIKHALAYAK RAMAI DAN BERPESTA DALAM KELAB SELEPAS ITU, DENGAN PIHAK POLIS TERPINGGA-PINGGA TIDAK DAPAT KESAN PENJENAYAH.
Oleh Mansor Puteh



Politik di Tanah Melayu dulu berbeza dengan politik di Malaysia sekarang.

Dulu ‘musuh’ orang Melayu cuma British atau Inggeris yang telah menjajah Tanah Melayu sekian lama dan orang Melayu rasakan kehadiran mereka sudah lama berlanjutan dan tindakan yang diambil hanyalah untuk mencari jalan aman untuk membuat mereka berundur atau usir mereka kalau mereka tidak berganjak.

Sekarang, cara berpolitik orang Melayu dan rakyat Malaysia sudah berbeza.

Orang Umno sendiri rasa keliru dengan peranan mereka sekarang dan ada bukan-Melayu yang rasa inilah peluang mereka untuk menunjuk belang setelah mereka telah diberi segala peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan, yang disokong oleh Melayu.



Tanpa sokongan Melayu, perniagaan Cina tidak akan berjaya.

Tunku Abdul Rahman membuat kesilapan besar apabila dia berkata bahawa Melayu mesti menguasai bidang politik, Cina bidang perniagaan. Tetapi Tunku tidak pula berkata apa yang dia mahu orang India lakukan.

Orang India menjadi keliru; mereka terpaksa ikut dengan orang Cina dengan harapan bukan-Melayu akan mempunyai kuasa politik.

Sejak kebelakangan ini sejak Umno bergoyang akibat dari pembuangan Anwar Ibrahim dari Umno dan juga Barisan Nasional ia telah menyebabkan sekumpulan Melayu berpecah lagi, setelah Melayu berpecah oleh sebab kehadiran parti PAS.

Dan setelah Melayu berpecah sedemikian rupa, ada orang Cina yang rasa mereka boleh mencari kesempatan dan rampas kuasa politik dengan orang India berpihak kepada mereka.

Mujur ada orang di Sabah dan Sarawak, yang masih kenang budi Melayu yang menyebabkan mereka maju sekarang; kalau tidak Umno dan Barisan sudah lumpuh dalam dua pilihanraya umum yang lalu.

Mereka masih lagi mempunyai kuasa untuk menentukan samada Umno dan Barisan berkuasa atau tidak dalam pilihanraya umum keempat-belas, kalau Umno dan Barisan tidak berwaspada.

Dan perpecahan dikalangan Melayu ini yang menyebabkan ada orang Cina dan juga India yang rasa tergerak untuk membelai perasaan dan cita-cita tersendiri, menjadi hidup.

Mujur ramai orang Melayu mula rasa kedudukan mereka tergugat dan ada yang sudah berpatah jalan dan balik sokong Umno; mereka tidak yakin dengan PAS atau Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat yang menguntungkan Cina seperti yang dapat dilihat dengan jelas.

Tanpa sokongan Melayu, parti DAP tidak akan berjaya mendapat banyak kerusi yang dulunya mereka gagal untuk merampas.

Jadi siapa atau apa agaknya yang telah mempengaruhi cara dan budaya politik di Malaysia?

Dulu Inggeris dan British yang mempengaruh cara berpolitik di Malaysia. Dan sekarang ia dipengaruhi pula oleh keadaan ekonomi yang telah berubah.

PAS yang mahu tubuhkan negara Islam tidak pula menunjukkan cara berpolitik cara Islam. Adakah tindakan mereka selama ini berlandaskan Islam? Adakah akhbar mereka, Harakah, memberi petunjuk yang baik?

Adakah parti yang mengaku mengamalkan ajaran Islam di negara Arab dan di Malaysia bertindak mengikut cara Islam yang tidak membenarkan sesiapa dijadikan dewa dan dipuji berlebih-lebihan?

Yang pastinya ialah cara berpolitik di Malaysia sejak dulu lagi dipengaruh oleh filem Tamil yang ditiru oleh pengarah dari India yang telah didatangkan oleh Adik-beradik Shaw, Run Run dan Run Me Shaw yang membuka studio mereka di Jalan Ampas di Singapura awal dekad 1940an dahulu.

Filem Hindustan yang kini dipanggil filem Bollywood yang diterbit di Mumbai dan juga filem-filem di India lain dalam bahasa Tamil, Malayam, Telugu, Punjabi dan sebagainya, semuanya mempunyai atau mendapat pengaruh dari cara masyarakat di India berhubung yang penuh dengan drama dan kecam-mengecam.

Dalam filem-filem Tamil dulu, terdapat watak-watak pelik yang dikemukakan; dan mereka semuanya bercakap dengan nada yang tinggi; mereka bergaduh sesama sendiri dan berbaik tidak lama kemudian; dan mereka akan pergi ke kelab hiburan untuk berpesta.

Semua watak dalam filem Tamil dan Hindustan dulu dan Bollywood sekarang merupakan watak-watak terdiri dari mereka yang tidak begitu siuman; mereka lebih berlagak dan tidak pula mempunyai pekerjaan.

Tahab lakonan mereka rendah, sama juga tahab lakonan para ahli politik di Malaysia yang sama rendah.   

Ia adalah dari cara orang di India mendapatkan penghakiman diatas jenayah yang berlaku seperti pencurian dan juga rogol.

Orang tua di India akan menjadi hakim dan mereka akan membuka ruang mahkamah di bawah pokok besar dan rendang dan orang ramai boleh datang untuk melihat kejadian sebagai saksi terbuka dan penonton.

Di sinilah dimana terdapat segala drama yang kemudian dipindahkan ke dalam bentuk buku novel dan filem serta siri drama televisyen di India.

Dan pengaruh filem-filem Tamil khususnya diguna oleh pengarah filem India yang dibawa masuk ke Singapura oleh dua studio filem besar di sana, sehinggakan bentuk filem Melayu awal dulu mempunyai ciri-ciri filem Tamil dengan adegan drama diselit dengan lagu-lagu.

Ciri-ciri ini masih kekal dalam semua filem yang dibuat di India, khususnya filem Tamil dan Hindustan.

Tetapi pengarah filem Melayu sudah lama tolak cirri ini dan filem Melayu sekarang tidak ada adegan lagu-lagu, kecuali kalau filem ini berbentu musikal.

Dan entah bagaimana, cara orang Melayu bertindak juga telah mendapat pengaruh dari filem Melayu lama dan yang mendapat pengaruh dari filem Tamil lama sehingga ke filem Bollywood sekarang.

Cemuh-cemuhan dan maki-hamun serta tuduh-menuduh menjadi amalam ramai orang dalam bidang politik sekarang sehinggakan mereka yang kononnya berpendidikan juga tidak terlepas dari mengguna cara ini.

Sebabnya ialah inilah sahaja cara yang mereka dapat guna untuk meluahkan perasaan.

Amalan Melayu bertekak tidak seperti yang terdapat di barat dimana mereka ada konsep berdebat dan berpolimik, yang dilakukan secara tertip dengan setiap pihak mematuh peraturan tertulis dan juga tidak tertulis.

Dan orang di barat bertekak tanpa mengguna perasaan; mereka guna akal dan fakta dan siapa yang kalah tahu bagaimana untuk kalah dan berundur dan siapa yang menang juga tidak rasa bangga dan bongkak.

Di Malaysia siapa yang kalah akan terus bertekad untuk bertanding sehingga dia menang, sementara yang menang akan terus mahu kekalkan kedudukan mereka sebab mereka tahu kalau mereka kalah mereka akan tersingkir oleh masyarakat.

Itulah sebabnya kenpa di Malaysia dan hampir semua negara Arab dan Islam lain seseorang yang masuk ke dalam bidang politik akan mahu terus kekal pegang jawatannya.

Dan mereka akan membuat segala apa khas untuk memastikan yang mereka itu dipilih oleh rakyat.

Dalam pilihanraya pula mereka dan parti mereka akan gantung gambar mereka serta lencana parti diseluruh tempat.

Di Amerika dan di barat, perbuatan ini jarang dilakukan dan lencana parti hampir tidak digantung semasa pilihanraya.



Tiada ulasan: