– SEBAB
IA ADALAH SLOGAN KOSONG. BANGSA ASING TERGELAK DENGAN CITA-CITA ATAU
PERANCANGAN YANG TIDAK ADA
SASARAN KHUSUS. …AKHIRNYA YANG MENYEBABKAN EKONOMI MELAYU KUKUH ADALAH DIATAS
USAHA DAN PENGELIBATAN RAMLY BURGER DAN MYDIN DAN LAIN-LAIN SYARIKAT PERIBADI
YANG MEMBANTU MELAYU.
Oleh
Mansor Puteh
Soalan
yang perlu ditanya ialah: Tidakkah Melayu maju dengan berdiam dengan bergerak
secara senyap-senyap?
Dan
dengan menguasai kerajaan persekutuan dan hampir semua kementerian serta agensi
dan GLC atau syarikat berkaitan dengan kerajaan, orang Melayu masih perlukah
mereka terus mengemis untuk menuntut hak mereka untuk maju dalam semua bidang?
Kaum
Cina dan Yahudi menguasai pelbagai bidang tanpa mereka perlu mengadakan
perhimpunan atau mengeluarkan slogan kosong dan amanat.
Dan
selama Majlis Perhimpunan Melayu (MPM) ditubuhkan ia tidak mendatangkan
sebarang kesan baik kepada Bangsa Melayu.
Ia hanya boleh berbangga sebab dapat ruang yang besar dalam akhbar Melayu berbanding dengan akhbar bahasa Inggeris yang melapor apa yang mereka buat dan pemimpin mereka kata tanpa kesungguhan dengan pemimpin mereka sering muncul dalam rancangan bualan di televisyen yang tidak mendapat sokongan penonton Melayu.
Saya
tidak lihat dalam akhbar bahasa Mandarin dan Tamil. Tapi saya rasakan apa yang
MPM telah lakukan pada malam 28 Februari di Stadium Bukit Jalil itu tidak
dilaporkan.
Tujuh
amanat atau waad yang telah dilaporkan dengan diteriakkan oleh perdana menteri
sendiri yang saya baca dalam Mingguan Malaysia dengan ungkapan atau
sorakan ‘Allahukhbar’ dan ‘Hidup Melayu’.
Melayu
atau ekonomi Melayu tidak boleh bangkit dengan laongan kosong seperti itu dan
walaupun ada amanat lain yang sudah dikeluarkan kedudukan Melayu masih rendah
di Tanah Melayu sendiri.
Walaupun ada pertubuhan seperti Perkasa dan lain-lain, tetapi kedudukan Melayu tidak berubah.
MPM juga
tidak mampu membuat perubahan baik kepada Melayu sebab Perkasa dan MPM seperti
hanya tahu keluarkan kenyataan dan kadang-kadang amanat atau waad. Mereka berhenti
di sini sahaja.
Dan
walaupun mereka mempunyai keahlian dan kepemimpinan dikalangan dari mereka yang
kononya berpendidikan dan berpengelaman dengan jumlah yang besar, tetapi
cukupkah sahaja dengan keluarkan kenyataan dan waad itu?
Baharu
sehari dulu Utusan Malaysia
keluarkan senarai bilionair di Malaysia
yang menunjukkan Melayu seorang sahaja berbanding dengan Cina dan seorang India .
Kedudukan
ini tidak berubah sejak sebelum Perkasa dan MPM wujud dan sehingga sekarang,
walaupun ada pelbagai tindakan yang mereka telah melakukan.
Yang
menyedihkan sekali ialah MPM dan juga Perkasa tidak mempunyai sebarang tidakan
yang boleh dilaksanakan secara khusus untuk bidang-bidang tertentu dimana
maruah Melayu bergantung, seperti bidang perfileman dan media dan pengiklanan
yang semuanya dikuasai oleh bukan-Melayu atau Cina.
Mereka
seperti tidak sedar bahawa tahab dan pencapaian ekonomi orang Cina di Malaysia
bergantung kepada sokongan dari Melayu itu sendiri, dan bagaimana kuasa pembeli
Melayu telah lama membuat ekonomi dan kegiatan perniagaan mereka maju.
Dan MPM
dan Perkasa juga tidak membincangkan kenapa elemen atau faktor kuasa pembeli
Melayu yang kuat ini untuk kepentingan Melayu dan telah digunakan untuk terus
memperkukuhkan kedudukan ekonomi Cina di Malaysia dan apa sebabnya perkara ini
boleh terus berlaku?
Memang
hati orang Melayu dan jiwa Islamnya telah membuat perniagaan Cina maju sejak
dulu lagi apabila mereka hanya mampu membuka kedai runcit di tengah-tengah
kampung Melayu sehinggakan Melayu malas untuk menjual barang-barang yang mereka
perlukan, sehinggakan dari situ, tahab ekonomi Cina di Malaysia meningkat ke tahab
yang dapat dilihat pada hari ini.
Pada masa dulu juga pemimpin Melayu mahukan Cina berjaya dalam bidang perniagaan dan Melayu hanya menjadi pentadbir negara dengan mengekalkan kuasa politik.
Oleh
sebab itu Perdana Menteri Malaysia
yang pertama Tunku Abdul Rahman pilih Tan Siew Sin sebagai menteri kewangan.
Oleh
sebab itu juga Melayu sehingga sekarang rasa perlu untuk mereka terus sokong
ekonomi dan perniagaan Cina dan beli barang-barang dari pasaraya dan pusat
membeli-belah yang dibuka oleh mereka.
Mereka
tidak sedar bahawa perniagaan Cina boleh rosak dan muflis kalau Melayu enggan
menyokong perniagaan mereka.
Berbanding dengan orang Cina yang tidak pergi ke kedai Melayu, termasuk bengkel kereta dan bidang perniagaan lain.
Berbanding dengan orang Cina yang tidak pergi ke kedai Melayu, termasuk bengkel kereta dan bidang perniagaan lain.
Dan kalau dulu perusahaan filem Melayu di Singapura dikuasai oleh Cina, sekarang juga, ia boleh dikatakan masih dikuasai oleh Cina sehinggakan hampir semua filem yang diterbit setiap tahun adalah hasil penerbitan sebuah syarikat Cina.
Pemimpin Melayu dalam bidang politik dan juga ekonomi tidak peka dalam bidang-bidang tertentu dan mereka bongkak dengan kuasa politik yang mereka milikki sehinggakan mereka rasa malu dengan Melayu lain yang pakar dalam bidang masing-masing termasuk perfileman untuk mendapakan maklumat yang berguna dan yang boleh dibangunkan demi untuk memajukan kaum Melayu dalam semua bidang.
Mujur
ada Ramly Berger dan juga Mydin yang membuka serangkaian kedai dan pasaraya di
seluruh negara yang mana telah berjaya memberi peluang perniagaan kepada
anak-anak Melayu menceburi.
Dan
Mydin telah dikatakan telah memilikki dua-puluh-dua pasaraya dan pasar-mini di
seluruh negara yang telah mendapat sokongan dari pembeli Melayu, walaupun
dikalangan bukan-Melayu khususnya Cina, mereka masih tidak dapat jumlah yang
ramai berbelanja di kedai mereka.
Dan
Mydin juga mendapat sokongan dari pekerja asing khususnya mereka dari Myanmar dan Bangladesh
serta Pakistan .
Jadi
kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin MPM dan Perkasa, pemilik Ramly Berger
dan Mydinlah yang boleh dikatakan wira bangsa.
Dan yang menjadi petualang bangsa adalah pemimpin politik dan ekonomi serta budaya Melayu dan pertubuhan mereka yang tidak dapat menerima bahawa untuk memajukan kaum, ia tidak sekadar berani bersuara dan mengeluarkan slogan kosong dan amanat yang kabur yang tidak boleh dilaksanakan oleh sesiapa; ia adalah sekadar sedap untuk disorakkan dan akhirnya habis di ruang sempit dalam akhbar Melayu dan sedikit dalam akhbar Inggeris.
Dan yang menjadi petualang bangsa adalah pemimpin politik dan ekonomi serta budaya Melayu dan pertubuhan mereka yang tidak dapat menerima bahawa untuk memajukan kaum, ia tidak sekadar berani bersuara dan mengeluarkan slogan kosong dan amanat yang kabur yang tidak boleh dilaksanakan oleh sesiapa; ia adalah sekadar sedap untuk disorakkan dan akhirnya habis di ruang sempit dalam akhbar Melayu dan sedikit dalam akhbar Inggeris.
Amanat
dan waad itu akan mati begitu sahaja.
Dan tahab dan pencapaian ekonomi Melayu juga tidak ke mana.
Jadi
tidak hairanlah kalau dikatakan perhimpunan di Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28
Februari lalu tidak mendapat sokongan; Mingguan Malaysia anggar sepuluh ribu orang
yang hadir beri sokongan.
Ke mana lagi orang Melayu yang ada di Lembah Kelang dan diseluruh negara? Mereka tidak hadir sebab mereka tidak percaya dengan slogan kosong dan waad yang dikeluarkan.
Mereka
seperti sudah menjadi jemu dengan acara seperti itu yang masih boleh mendapat
sokongan dari perdana menteri dan beberapa ahli kabinetnya.
Sebab mereka kata pada tahun depan Utusan akan keluarkan senarai bilionair
Dan
kedudukan ini akan berterusan sehinggalah ada pemimpin Melayu yang mempunyai
kepandaian luarbiasa yang lebih hebat dari barisan kepimpinan yang ada dalam
Umno, termasuk Mahathir sendiri yang boleh dianggap sebagai pemimpin Melayu
yang gagal untuk merubah kedudukan Melayu dalam semua bidang.
Dan tidak hairanlah kalau perusahaan filem Melayu sekarang masih dikuasai oleh bukan-Melayu atau seorang Cina yang telah berjaya mengeluarkan filem-filem yang tidak memaparkan semangat Melayu seperti yang kita mahu.
Dan
tidak hairanlah kalau Utusan dilaporkan sebagai mengalami masalah yang besar
sehinggakan ia telah gagal mendapat banyak iklan, khususnya dari GLC atau
syarikat berkaitan dengan kerajaan sendiri yang kononnya dikuasai atau
ditadbirkan oleh Melayu sendiri.
MPM dan Perkasa
seperti berkata, biarlah Melayu terus berslogan dan berangan-angan, sedangkan
kaum Cina khususnya terus berusaha mempertingkatkan tahab ekonomi mereka.
Dan biarkanlah Ramly Berger dan Mydin terus beri peluang pekerjaan kepada anak Melayu dan dengan cara kecil mereka, akan dapat merubah kedudukan ekonomi Melayu itu…dan mereka melakukannya tanpa perlu mereka keluarkan slogan kosong atau amanat atau waad…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan