…DAN
BAGAIMANA SENIMAN DIKENANG DAN DIHARGAI APABILA DIA SUDAH BALIK KE RAHMATULLAH…
SEMASA DIA MASIH HIDUP, DIA BOLEH PERGILAH…
Oleh
Mansor Puteh
‘Will
the master of the tribute’ pay any tribute to Almarhum Harun Salim Bachik? Did
he know him when he was alive?
It did
not matter. If he was in the news when he died, then he must also show some
concern and write the tribute anyhow.
It is
not too difficult to write any tribute to any Malaysian artiste who had died
because their live and personal artistic achievement can easily be got.
He won’t because Harun was not in the same league of artists inMalaysia who he
cared for. He never knew Harun and he also never knew any of those artistes who
had died for which he had found the necessity to write tributes.
He won’t because Harun was not in the same league of artists in
But he
had to because everybody else was doing that. So he must also do something to
show his sympathy to the deceased artistes of the country.
This is
his only motivation to write his tribute and nothing else.
Even now he is not making any effort to get closer to the present generation of artistes, but he will surely write about them if they go one by one, before he finally goes too.
Who will a tribute to him if he finally goes?
But I
will be surprised; there could be such a tribute for Harun soon, and it’d
better be good.
* * * * * * *
Di
Malaysia ada seorang yang gemar menulis balasangkawa; setiap kali seniman
meninggal dunia dia akan tulisnya, walaupun dia tidak kenal dengan mereka atau
pernah bercakap dengan mereka semasa mereka masih hidup.
Seniman
yang masih hidup tidak berguna; seniman yang sudah ditiada bagus diratapi dan
ditulis balasangkawa berjela-jela yang kosong dengan lakonan.
Saya
tidak tekejut kalau pakar penulis balasangkwa itu akan keluarkan sebuah tulisan
bagi meratapi kepemergian Harun balik ke Rahmatullah walaupun dia tidak kenal
dengan Harun semasa dia masih hidup.
Sebabnya
ialah perdana menteri sendiri sudah menulis dalam Twitternya dan sudah pasti
penulis balasangkawa itu akan juga mahu tulis sebuah tulisan untuk mengenang
Harun walaupun ia tidak seberapa berbanding dengan balasangkawa yang dia
sendiri telah tulis tentang seniman lain yang lebih glamor dan besar.
Bagaimanapun,
apa yang ditulisnya dalam balasangkwanya ia tidak mempunyai sebarang erti
kepada Harun atau seniman lama yang sudah tinggalkan kita termasuk Twitter oleh
perdana menteri.
Tidak
sesiapa yang tahu samada Harun Salim Bachik gembira dengan apa yang dia telah
capai dalam bidang yang diceburi selama tiga-puluh tahun berlakun dan berjenaka
dalam filem, drama televisyen dan rancangang televisyen lain sehingga kini,
iaitu sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mac lalu.
Mungkin
dia rasa selesa dan senang dengan apa yang dia telah capai sehingga kini.
Namun
saya mahu fikir yang dia masih belum yakin yang dia sudahpun mencapai separuh
dari apa yang dia cita-citakan.
Tentu ada banyak lagi yang dia mahu buat, tetapi terggendala olehsebab dia telah dipanggil balik ke Rahmatullah pada hari itu.
Dan
kononnya ramai yang meratap pemergiannya dan perdana menteri juga tulis dalam
Twitter yang dunia hiburan kehilangan seorang bakat. Itu sahaja yang sanggup
dia katakan.
Mungkin
diapun tidak kenal siapa itu Harus Salim Bachik selama dia masih hidup.
Tetapi
kematian seseorang artis itu sering mendapat liputan yang agak luas. Semasa dia
masih hidup, media jarang mahu beri ruang jauh sekali mahu puji kerjanya.
Yang
sering mendapat tumpuan ialah orang seperti mereka, pelakon dan pengarah,
tetapi tidak pula sarjana bidang perfileman.
Oleh
sebab itu apabila Dr. Anuar Arai tinggalkan kita semua, media tidak pula rasa
hiba dan perdana menteri tidak pula mahu tulis dalam Twitternya.
Anuar
pergi dengan senyap. Hanya tulisan saya yang disiar dalam akhbar NST yang cuba memberinya
sedikit ruang dalam media.
Dia
orang Melayu yang pertama mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang perfileman
dan teater dari Universiti California Selatan atau the University of Southern California
(USC).
Dia mengajar lama di Universiti Malaya yang menghantarnya kesana untuk melanjutkan pelajarannya. Kemudian
selepas bersara dia bekerja di Aswara sebagai timbalan rektor bila dia
meninggal dunia.
Dia mengajar lama di Universiti Malaya yang menghantarnya ke
Saya
sering ke Aswara untuk berjumpa dengan dia; tetapi setelah dia meninggal, saya
hampir tidak ke sana
lagi. Aswara sudah bertukar banyak.
Saya tidak
tahu samada Anuar kenal dengan Harun.
Tapi saya mulai kenal Harun Salim Bachik dalam tahun 1985 atau tiga-puluh tahun dahulu.
Dia berlakun dalam drama RTMnya yang pertama iaitu ‘Bulan Mengambang’ yang saya tulis yang diarah oleh Arief Kamarhani.
Harun
berusia dua-puluh-lima tahun sahaja ketika itu dan dia tidak pernah berlakon
dalam mana-mana drama televisyen, jauh sekali filem sebelum ini yang saya tahu.
Saya
tidak pernah melihatnya berlakun atau terlibat dengan bidang seni sebelum ini,
mungkin ada.
Tetapi namanya dan anak kepada Salim Bachik, saya rasa tentu ada bakat, walaupun dalam bidang apa yang mereka mahu ceburi.
Saya terserempak
dengan beliau di lokasi drama itu yang diadakan di Kampung Kemensah, Hulu
Kelang, tidak jauh dari Finas.
Dari
drama itu bakat Harun mula menyerlah sehinggalah dia terlibat dalam pelbagai
jenis drama yang akhirnya menempatkan dirinya sebagai seorang pelakon komidi.
Saya
berjumpa dengan dia sekali-sekala dan biasanya dalam acara Finas.
Seperti biasa dia tidak banyak bercakap.
Dan seperti biasa dia tidak ingat drama televisyen pertama yang dia telah berlakon yang telah juga membawanya ke dalam dunia seni dan hiburan, ialah karya saya.
Drama ‘Bulan Mengambang’ turut membintangi pelakon dan pelawak Jalil Hamid.
Dalam drama ini Jalil memain watak seorang pemain remian yang sudah uzur. Anak-anaknya termasuk Harun tidak berminat dengan muzik jenis ghazal.
Harun
dalam drama ini sibuk berkumpul dengan kawan-kawannya bermain muzik jenis baru
dengan gitar tong.
Bagaimanapun
setelah lama dan setelah bapanya bertambah uzur, Harun bertukar minat dan
ambilalih tempat bapanya dengan memain remian.
Pengarah
Adman Salleh hantar SMS beritau saya Harun telah meninggal.
Saya
terkejut sebab tidak sangka dalam usianya yang masih muda dia sudah diminta
kembali ke Rahmatullah.
Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan