…BAKAR
SAMPAH DIMERATA TEMPAT, ROSAKKAN NOMBOR PENDAFTARAN KERETA DAN PENGOTOR. …DAN
BAGAIMANA ORANG BUKAN-ISLAM DI BARAT LEBIH MENGAMALKAN NILAI ISLAM WALAUPUN
MEREKA BUKAN MENGANUT UGAMA ISLAM.
Oleh
Mansor Puteh
Sekarang
ini terdapat banyak masjid yang telah dibina di semua negara Arab dan Islam
lain dan kebanyakannya besar dan megah, tetapi banyak negara Arab dan Islam
masih jahil dalam banyak bidang.
Orang
Islam boleh kuat beribadah, tetapi ini tidak semestinya dia kuat dengan iman.
Dia
boleh bersembahyang lima
waktu, tidak tinggal walaupun satu waktu dan sanggup tinggalkan apa yang dia
lakukan untuk bersembahyang tidak kira dimana, kadang-kadang di tepi jalan.
Ini kita
dapat lihat dibanyak bandaraya utama di negara Arab. Mungkin pemandangan ini
tidak dapat dilihat di Malaysia
atau Indonesia .
Tetapi di negara-negara Arab pemandangan seperti ini sering berlaku dan biasanya semua kedai ditutup bila azan berkumandang.
Dan di
Malaysia ada ramai orang Melayu mahu tunjukkan kepada orang ramai yang mereka
orang berugama dengan hanya memakai songkok, ketayap dan tudung, tetapi selain
dari itu, mereka masih jahil dalam banyak perkara, khususnya iman yang nipis
dalam diri mereka.
Malangnya,
kebanyakan mereka tidak sedar mereka bukan orang yang beriman dan bertaqwa,
sebab mereka tidak menunjukkan diri mereka sebagai orang Islam yang baik,
sekadar mahu mengaku yang mereka orang Islam yang patuh kepada ugama. Itu
sahaja!
Berbanding
dengan orang bukan-Islam dan juga atheis yang tidak percayakan Islam tetapi
yang patuh kepada nilai Islam dalam semua segi.
Dan ini
dapat dilihat dari keperibadian mereka, sikap mereka dan juga pemikiran mereka;
iaitu mereka patuh kepada undang-undang jalanraya dan mengamalkan kehidupan
yang sederhana, tanpa mahu menunjuk-nunjuk.
Jadi apa
guna berugama Islam kalau tabiat macam syaitan? Apa guna memakai tudung, kalau
tabiat macam polong?
Mereka
yang sanggup pergi ke masjid kerja sembahyang subuh tetapi tetap menjadi si
pengotor dan membakar sampah di kawasan perumahan dengan cuba mengelak
orang lain lihat.
Dan
mereka yang memandu kereta yang mempunyai nombor pendaftaran yang sengaja dirosakkan
untuk ia tidak dirakam oleh kamera AES.
Dan orang yang berhati busuk meletak motosikal kecil di celah-celah kereta orang dan tidak ditempat khas untuk motorsikal.
Dan
macam-macam lagi yang semuanya boleh membawa erti bahawa orang Islam yang kuat
beribadah itu, tidak semestinya mempunyai iman yang kuat.
Ibadah
adalah ibadah; iman tidak boleh diperolehi dengan orang beribadah dengan kuat.
Siapa lebih bagus?
Orang
yang bersalah kepada orang lain atau kepada diri sendiri?
Banyak
orang Islam atau Melayu mencuri tanah yang tidak dimilikinya, iaitu tanah di
hadapan rumah yang dirampas untuk diguna tanam pokok bunga atau pokok
buah-buahan dan juga untuk menghalang orang lain dari mengguna laluan kaki-lima
itu.
Ramai
orang Melayu bina tembuk di kawasan kaki-lima yang ada peranannya, iaitu untuk
diguna oleh pemandu kereta khususnya bagi mengelak dari bertembung dengan
kenderaan lain.
Ramai
orang Melayu dan juga bukan-Melayu curi tanah di hadapan rumah mereka sebab
mereka fikir ia adalah hak mereka.
Ia bukan
hak mereka; ia adalah hak awam.
Dan ada
orang Melayu dan juga bukan-Melayu yang mengepung kawasan tanah di sekelilling
rumahnya dan curi bidang tanah itu untuk dijadikan taman kecil.
Jadi
niat mereka adalah tidak baik.
Dan mereka dipengaruhi oleh syaitan yang arah mereka berbuat demikian; malaikat mengajak mereka buat ibadah tetapi syaitan yang lebih menguasai diri dan pemikian dan perasaan mereka yang berjaya membuat mereka jadi penjenayah dan pencuri tanpa mereka sedari.
Tetapi
yang menanehkan ialah kenapa orang bukan-Islam di Eropah dan Amerika misalnya
lebih mengamalkan nilai Islam walaupun mereka bukan menganut ugama ini?
Tak
percaya pergi sahaja ke mana-mana negara di Eropah dan Amerika dan kita akan
dapat lihat betapa tersusun dan bersih
semuanya.
Dan lihat di negara-negara Islam sepertiIndonesia ,
Bangladesh , Pakistan dan lain-lain
dan kita akan dapat melihat betapa kotor semuanya.
Dan lihat di negara-negara Islam seperti
Dan bukan sahaja itu masyarakat bukan-Islam di Barat lebih aman berbanding dengan masyarakat Islam di negara sendiri yang kusut, gemar bergaduh sesama sendiri.
Kenapa
ini boleh berlaku?
Tidakkah
orang Islam yang seharusnya mengamalkan nilai Islam? Tapi ini tidak berlaku.
Orang
Islam hanya tahu mengucap Syahadah dan mengaku dia berugama Islam, tetapi nilai
Islam dia tolak, dan yang ambil nilai ini dan gunanya ialah orang bukan-Islam
di Barat dan juga di Jepun.
Mereka
boleh dikatakan mempunyai nilai moral yang berbeza dengan orang Islam, yang
kononnya diperlukan berpakaian secara sopan.
Ini
adalah memastikan yang masyarakat Islam juga tertarik untuk menjalankan
kehidupan yang teratur tidak terpengaruh dengan fesyen dan makanan
berlebih-lebihan.
Tetapi ini tidak juga menjaminkan mereka tahu menjalankan kehidupan yang Islami.
Walaupun
terdapat penceramah ugama yang gemar bercakap dan berjenaka, namun masyarakat
Islam di Malaysia khususnya masih tidak mempunyai iman yang tinggi, dan mereka
sanggup melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam seperti yang
dikatakan awal tadi.
Kenapa
ini berlaku? Apa yang diceramahkan oleh para penceramah yang petah?
Tapi kenapa
negara-negara Arab kini kebanyaknya hancur? Kenapa ini boleh berlaku sedangkan
ramai orang Arab mengamalkan ugama dengan baik dan betul?
Dan di Malaysia dan
Tetapi
kenapa negara-negara Arab itu hancur, dan kenapa Malaysia dan Indonesia tidak
menjadi negara Islam mithali, yang bersih, teratur dan sempurna dengan orang
Islam khususnya beramanah dan tidak tahu menipu orang lain dan juga diri
sendiri?
Kalau
dulu, orang Islam beribadah dan mempunyai iman yang kuat, tetapi kini ramai
orang Islam di Malaysia hanya tahu buat ibadah sedangkan iman mereka masih
lemah dan nipis.
Dan penceramah ugama yang ada yang petah-petah semuanya hanya tahu berjenaka dan mendapat sanjungan sedangkan apa yang mereka katakan itu tidak diguna-pakai orang yang mendengar ceramah mereka hampir setiap hari.
Ramai
orang Islam yang duduk terpatuk dengar ceramah mereka terdiri dari orang dewasa
tetapi mereka seperti masih jahil tentang ugama dan masih mahu bercakap tentang
haram dan halal seperti mereka baharu sahaja masuk Islam.
Dan lebih
teruk dari itu, banyak penceramah ugama hanya tahu bercakap tentang perkara
remeh-temeh yang mereka bincang dan hurai yang langsung tidak memberi gambaran
bahawa mereka berceramah di hadapan orang dewasa dan sudah berpencen, seperti
mereka adalah mualaf semuanya.
Umat
Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam tidak boleh bergantung kepada
penceramah ugama yang ada, tidak kira samada dia mempunyai kelayakan dari
universiti utama di negara Arab atau tidak, sebab akhirnya yang boleh dijadikan
panduan ialah samada negara dimana mereka berceramah itu tenang, aman dan
sempurna.
Tidak
ada sebuah negara Arab yang sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan