Jumaat, 27 Mac 2015

PASAR KARAT BARU DI LORONG PETALING, KUALA LUMPUR, BAHAGIAN II, LEBIH TERANCANG DAN LEBIH TERSUSUN DAN BOLEH JADI TARIKAN PELANCONGAN.

…PENGARAH FILEM MANA YANG AKAN MENGGUNA TEMPAT INI SEBAGAI SEBUAH TEMPAT PENGGAMBARAN UNTUK FIL.EM ATAU DRAMA TELEVISYEN MEREKA?
Oleh Mansor Puteh



Memang ada beberapa orang pelancong asing keturunan orang putih yang kelihatan membuat lawatan ke pasar karat; ada yang membelek sesuatu dan belinya.

Dari mana agaknya mereka dengar tentang pasar karat ini? Yang sudah pasti ialah mereka tentu pernah atau sering ke pasar seperti ini yang ada disemua bandaraya utama dunia untuk mencari bahan-bahan lapuk tetapi bernilai buat mereka.


Di sini juga sejarah bandaraya ini dan negara ini dapat dilihat berkembang dengan peralatan elektronik yang banyak dijual yang memberi gambaran tentang perkembangan yang ia lalui dahulu.

Ia bukan sahaja untuk orang yang mahu dapatkan barang-barang dengan harga murah tetapi lebih dari itu, barang-barang yang dianggap sudah lapuk dan lupus tetapi masih berguna untuk tujuan tertentu.

Selainnya adalah pembeli tempatan yang mahu cari barang-barang murah yang mereka tidak boleh dapat di tempat lain.

Dan ada juga segelintir orang yang datang ke sana semata-mata untuk cuba mendapat sesuatu yang anih dan pelik. Mereka berjaya dengan membawa balik barang-barang tersebut yang mereka hargai.

Syabas dan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah membuka semula pasar karat di Lorong Petaling sejak beberapa bulan dahulu dengan ia kelihatan lebih hebat dari dulu dan dibuka setiap hari dari 4.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Sudah lama ia ditutup angkara seorang wartawan yang tidak peka yang menyebabkan DBKL ambil tindakan untuk menutupnya yang menyebabkan semua peniaga di situ terpaksa mencari tempat lain untuk terus berniaga dengan harapan bahawa DBKL mahu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka.

Tidak tahu pula sejak bila pasar karat ini dibuka untuk hujung minggu sahaja sebelum ia ditutup dan kemudian dibuka semula sebagai pasar karat harian.

Namun, tempat yang dikatakan mahu diganti itu tidak menjadi dan akhirnya DBKL ikut saranan dari seorang penduduk tempatan yang mahukn tempat di Lorong Petaling itu dikekalkan serta dimajukan.

Dan tidak berapa lama kemudian cadangan itu dilaksanakan.

Dan saya hanya diberitahu tentang pembukaan semula kawasan pasar karat ini oleh seorang rakan yang tinggal di pusat bandaraya, yang juga menyatakan bahawa ia kini dibuka bukan sahaja pada hari Sabtu dan Minggu tetapi pada setiap hari.

Jadi sayapun pergi ke sana pada hari Sabtu dan pada masa yang agak lewat tetapi mendapati ia masih dibuka walaupun ada beberapa peniaga yang sudahpun tutup dan beberapa lain yang sedang membungkus barang-barang jualan mereka.

Masih ada pelanggan yang tawar-menawar barang-barang yang mereka perlukan.

Dan ada yang masih baharu sahaja datang untuk mencari barang-barang idaman mereka.

Dan yang jelas sekali ialah peniaga di sini semuanya tidak rasa cemas. Mereka boleh meniaga dengan tenang.

Mereka juga kini dapat letakkan barang-barang mereka atas laluan yang tidak lagi berkelopak dengan air sebab Lorong Petaling itu telahpun diletakkan batu-bata rapat sepanjang jalan.

Mungkin DBKL masih belum lagi mahu mempromosinya secara meluas sebab sehingga kini saya masih tidak dapat membaca dalam laman web tentang kewujudannya, selain dari apa yang ditulis oleh orang biasa.

Siapakah orangnya yang akan menjadikan pasar karat Lorong Petaling ini sebagai tempat penggambaran sebuah babak dalam filem atau drama televisyen ataupun dokumentari – ataupun dalam novel atau cerpen mereka?

Tidak ramai pengarah filem, penulis skrip atau penulis cerpen dan novel serta penyaer yang sering datang ke sini; mereka tidak kenal dengannya.

Jadi mereka tidak dapat sebarang ilham untuk guna kawasan ini dan kegiatannya dalam mana-mana karya mereka.

Chow Kit Road telah menjadi bahan sebuah lagu oleh Sudirman Haji Arshad.

Tetapi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih gagah tidak. Mana lagunya? Mungkin kalau Sudirman hidup lama dia akan nyanyi sebuah lagu untuk jalan ini.

Jadi pengarah filem atau drama televisyen mana yang akan rakam sebuah babak atau adegan di pasar karat ini?

Hampir semua mereka tidak sedar dengan adanya pasar seperti ini.

Lagipun kebanyakan atau hampir semua siri drama televisyen tempatan, tidak kira drama Melayu atau Cina dan Tamil adalah tentang masyarakat atasan atau kelas menengan dan babak-babak yang mereka selalu guna atau tunjuk adalah beberapa jenis sahaja sekitar rumah, kereta dan pejabat dan sekali-sekala di pusat membeli-belah.

Ini cuma memberi bayangan bahawa penulis skrip dan penerbit serta pengarahnya terdiri dari orang yang tidak mempunyai pengelaman luas dan yang tidak kenal dengan Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya salahkan pihak televisyen yang tidak galak mereka pilih atau guna tempat penggambaran seperti di sini dan di tempat-tempat biasa.

Mereka tidak kenal bandaraya ini atau negara mereka; mereka juga bukan orangnya yang mahu pergi ke tempat-tempat seperti ini untuk bergaul dengan orang yang ada di sini untuk mendapat ilham dan reka watak-watak seperti ini dalam karya mereka.

Malah penulis novel juga tidak kenal dengan tempat-tempat seperti ini; lebih-lebih lagi penulis novel remaja yang mempunyai cerita cetek dengan watak-watak keliru yang semuanya terlibat dalam kisah yang berulang-ulang dalam novel atau cerpen yang telah dihasilkan oleh mereka sendiri atau orang lain sebelumnya.   

Mereka masih tidak jelak. Mereka masih tidak berganjak. Mereka selesa cipta karya sama dengan watak dan suasana dan cerita hampir sama.

Itulah sebabnya kenapa mereka hanya hebat dipandangan orang di RTM, TV3 dan stesyen televisyen tempatan sahaja dan mereka tidak boleh berkembang.

Mereka tidak mahu berkembang maju.

Akhirnya mereka terhumban kalau mereka habis modal untuk terbit siri drama televisyen ataupun filem bila penonton yang dulu sukakan hasil mereka akhirnya menjadi bosan dengan mereka.

Pasar karat di Lorong Petaling tunggu sesiapa yang berminat untuk jadikannya tempat penggambaran filem atau drama televisyen.

Ia kini sudah kelihatan begitu hebat sekali berbanding dengan dulu dengan tapaknya dipasang dengan batu bata.

Dan siapa pula yang akan menerbit sebuah dokumentari tentang peniaga yang menjaja barang-barang mereka saban hari untuk dijadikan sebuah persembahan yang agak lain dari yang lain.

Kita tunggu…

Jangan sampai terlambat sehingga filem oleh studio di Hollywood atau mana-mana negara luar yang bawa krew mereka untuk rakam sebuah-dua babak utama untuk filem mereka yang bakal ditayang di pawagam seluruh dunia.

Dan jangan sampai ini berlaku baharu penerbit filem tempatan yang mahu berduyun datang ke sini untuk rakam babak untuk drama televisyen atau filem mereka.

Sudah terlambat…




1 ulasan:

Elah bali berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya Ela dri Bali seorang TKI DI MALAYSIA. pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH MANGKUBONO.katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH MANGKUBONO.karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta angka bocoran MALAYSIA..angka yang di berikan MBAH MANGKUBONO 6D TOTO syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudara-saudara di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi AKI MANGKUBONO di nomor hp: (+6285203333887ATAU