…NEGARA
MANA YANG TELAH BERI DIA PENGHARGAAN DENGAN MENJEMPUT DIA BERI CERAMAH, SEPERTI
DI INDONESIA, BRUNEI DAN DI MANA-MANA NEGAR ARAB?
By
Mansor Puteh
Adakah
cukup setakat mempunyai pendidikan di universiti di negara Arab dan dia
dikatakan layak bercakap tentang ugama?
Ugama
Islam meliputi bermacam-macam perkara yang tidak disentuh oleh pendidikan
tentang Islam.
Itulah
sebabnya kenapa banyak penceramah yang ada di seluruh dunia Islam bercakap
tentang perkara yang sama yang hampir semua menyentuh tentang perkara biasa dan
juga enteng sehingga ada yang mengarut.
Itulah
sebabnya banyak negara Arab dan negara Islam lain mundur; negara Arab dan Islam
yang berjaya hampir semuanya tidak kenal dengan tanggungjawab untuk bangunkan
negara-negara Arab dan Islam lain untuk sama maju.
Dan
penceramah ugama mana yang pernah sentuh tentang perkara ini?
Penceramah
ugamalah yang boleh dituduh menyebabkan banyak negara Arab dan Islam lain
hancur dengan mereka mengapi-apikan khalayak seperti yang dapat dilihat di Bangladesh , Pakistan
dan negara-negara Arab seperti Yemen ,
Syria , Iraq dan Afghanistan .
Mana
hebatnya ulamak tersohor di negara Arab dan di Dunia Islam seperti Yusuf
Karadhawi dan Tantawi?
Kalau
mereka dan lain-lain ulamak hebat, kenapa negara mereka sendiri mundur dan
hancur dengan rakyatnya bergaduh sesama sendiri, sehinggakan ramai sanggup
bergaduh sehingga berbunuh-bunuhan semata-mata kerana menonton perlawanan bola
sepak sahaja?
Rakyat dibanyak negara Arab dan Islamlah yang paling banyak menghisap rokok. Ia adalah satu perbuatan yang dianggap sebagai makruh, tetapi ada negara atau majlis ulamak mereka telah mengharamkan perbuatan ini tetapi negara mereka sendiri tidak sanggup menghukum sesiapa yang menjual dan menghisap rokok.
Saya
kena berterus-terang tentang perkara ini. Ia bukan kritikan tetapi komen.
Kehebatan
seseorang ulamak atau ustaz terletak dari kesan yang dia dapat beri kepada
khalayak yang mendengar ceramah dan nasihatnya.
Kalau
negara tersebut masih mundur dengan umat Islam di dalamnya masih bergaduh ikut
pengaruh parti politik, maka tidaklah ada ulamak di negara ini yang boleh
dianggap hebat.
Dia
hanyalah seorang ‘penghibur’ yang memberi nasihat yang tidak diterima oleh
khalayaknya sendiri.
Saya
harap penceramah seperti itu berhenti dari beri ceramah. Mereka harus cari
pekerjaan lain untuk mendapat gaji dan pendapatan dan kalau ada yang mahu jadi
penyanyi, bukalah kumpulan nasyid atau muzik.
Orang
Islam di negara-negara Arab tidak mendapat faedah dengan kehadiran puluhan
penceramah ugama atau ustaz dan ustazah yang bercakap tentang ugama yang
akhirnya tidak memberi kesan kepada khalayak mereka sendiri.
Dan di Malaysia ada beberapa penceramah ugama yang terus berceramah di
Saya
terbaca dalam Akhbar baru-baru ini yang menyiar pengumuman di muka depan dengan
laporan lanjutan di muka dalam akhbar bahawa penceramah itu yang dikatakan merupakan seorang
penceramah ugama yang hebat yang disegani akan berhenti memberi ceramah dalam
televisyen.
Saya
sememangnya tidak kagum dengan penceramah itu. Dan saya rasa bosan dengar
ceramahnya sebab ia menunjukkan bagaimana dia hanya tahu bercakap tentang perkara-perkara
biasa dan bukan tentang bagaimana dia boleh satukan umat Islam di Malaysia dan
diseluruh Dunia Islam.
Dia tidak sentuh tentang ekonomi dan bagaimana umat Islam diseluruh dunia boleh menguasai ekonomi dunia, atau bagaimana pengaruh Zionis-Yahudi boleh ditumpaskan, termasuk pengaruh bukan-Islam atau anti-Islam di Malaysia boleh disingkir.
Tidakkah
dia pernah tonton atau kaji rancangan drama televisyen yang disiar setiap hari
yang hampir semuanya memaparkan watak-watak Melayu yang kelihatan seperti
mereka bukan berugama Islam?
Di
Malaysia kopi luwak diharamkan; tetapi di Aceh , Indonesia , minuman ini dihalalkan dengan ia
dijual dibanyak kedai di sana .
Penceramah
itu beritahu yang beliau akan terus memberinya dalam sebuah rancangan
televisyen swasta untuk memenuhi perjanjian dengan mereka.
Syabas
kepada sesiapa yang telah buat komen yang menyebabkan Penceramah itu bertindak
mahu tinggalkan televisyen.
Saya harap dia juga akan tinggalkan pekerjaan beri ceramah dikhalayak, tidak kira dalam televisyen atau di
Tetapi laporan itu tidak pula sentuh dengan ruang dalam sebuah akhbar yang dia tulis setiap minggu yang saya rasa begitu bosan.
Apa yang
dikatakan oleh penceramah itu dalam rancangannya seperti yang saya telah tonton
amat atau terlalu amat membosankan.
Siapa agaknya orang yang beria-ia mahu duduk terpatuk di hadapannya untuk mendengar ceramahnya yang dijadikan lebih buruk dengan cara dia mahu ‘menghibur’ khalayak dengan menyanyi lagu nasyid, dengan suaranya yang begitu sumbang.
Siapa agaknya orang yang beria-ia mahu duduk terpatuk di hadapannya untuk mendengar ceramahnya yang dijadikan lebih buruk dengan cara dia mahu ‘menghibur’ khalayak dengan menyanyi lagu nasyid, dengan suaranya yang begitu sumbang.
Saya langsung tidak tertarik dengan ceramah yang dia telah beri yang saya sempat dengar sedikit; saya tidak tahan untuk tunggu sehingga ia selesai.
Penceramah
itu tidakkah mau mampu beri ceramah yang lebih mendalam tentang perkara yang
lebih sesuai untuk orang Islam dan tidak beri ceramah yang berbunyi seperti kau
berceloteh di hadapan orang yang baru masuk Islam, muallaf, yang tidak kenal
dengan haram dan halal lagi.
Berapa
orang bukan-Islam yang kagum dengan kau bercakap tentang Islam sehinggakan
mereka mahu masuk Islam?
Dan saya
juga hairan kenapa ulamak lain hanya pandai beri ceramah tentang Islam di
hadapan orang yang sudah Islam, tetapi tidak pernah pula beri ceramah kepada
orang yang belum lagi Islam?
Usaha
untuk beri ceramah ugama adalah satu usaha berdakwah; dan tidak ada guna untuk
berdakwah kepada mereka yang berugama Islam dan sudah Islam sejak dilahirkan
lagi.
Tetapi malangnya, ramai orang yang hadir ke acara ceramah yang diberi oleh Penceramah itu kelihatan seperti mereka sudah lanjut usia, yang sepatutnya sudah kenal dengan Islam.
Tetapi kenapa mereka masih beria-ia mahu dengar Penceramah itu bercakap, berceramah, sedangkan apa yang dia sering dan gemar bercakap adalah tentang perkara-perkara yang tidak penting dalam Islam.
Tidak
seorang dari mereka yang mahu atau pernah tahu atau berani bercakap tentang
salahnya menghisap rokok, memandu kenderaan dengan plet kenderaan yang sengaja
dirosakkan huruf atau nombornya, atau tentang kesalahan membakar sampah di
dalam kawasan perumahan dan mengeluarkan asap yang beracun.
Perkara-perkara
seperti ini kelihatan enteng, tetapi inilah masalah umum yang dibuat oleh ramai
orang yang mengaku berugama Islam dengan wanita bertudung dan mereka tidak
tinggal sembahyang.
Tetapi malangnya, mereka masih buat kerja yang tidak senonoh yang boleh beri gambaran yang mereka itu jahil tentang Islam.
Tetapi malangnya, mereka masih buat kerja yang tidak senonoh yang boleh beri gambaran yang mereka itu jahil tentang Islam.
Siapa agaknya yang komen atau kritik Penceramah itu dengan menyatakan dia minta pembayaran atau yuran atau imbuhan yang tinggi untuk beri ceramah.
Mereka
tidak beritau berapa banyak wang yang dimaksudkan.
Saya juga tidak terbaca dalam mana-mana akhbar atau laman internet tentang perkara ini.
Namun,
saya sudah lama mahu cari peluang untuk beritahu Penceramah itu untuk beri
ceramah yang lebih bermakna dan tidak cuba menjadi penghibur di khalayak
yang kelihatan masih jahil tentang Islam walaupun mereka sudah berusia lanjut.
Satu
komennya tentang ‘ketiak busuk’ seperti yang saya terbaca dalam ruangannya
dalam Akhbar terlalu busuk.
Ia hanya
boleh dibuat atau dikomen oleh orang yang tidak ada perkara lain untuk tulis.
Kenapa
ini ditonjolkan oleh Akhbar? Dan kenapa Penceramah itu diberi ruang dalam
akhbar ini?
Saya
tidak mahu dengar penceramah ugama bercakap kalau saya tidak tahu yang mereka
itu sudah juga dapat jemputan untuk beri ceramah ugama di negara lain khususnya
di Indonesia , Brunei dan mana-mana negara Arab.
Sebab
ini boleh beri gambaran tentang kehebatan mereka dan ketohohan mereka, sama
seperti ada penceramah ugama dari Indonesia yang dibawa ke Malaysia untuk beri
ceramah, termasuk Imam Masjidil Haram yang dibawa masuk ke Malaysia dalam bulan
Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan