…ATAU
APAKAH MEREKA MASIH MELAYAN NAFSU-NAFSI SENDIRI SEHINGGAKAN SANGGUP BERPERANG
SESAMA SENDIRI SEMATA-MATA UNTUK MENJAMIN KEDUDUKAN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI DAN
TIDAK BERUSAHA MERAPATKAN PERPADUAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA?
Oleh
Mansor Puteh
Yaman
adalah sebuah negara Arab yang satu-satunya berkongsi tanah bersama negara Arab
Saudi, dan disinilah juga dimana Nabi Muhammad, s.a.w. pernah lawat untuk
berdagang.
Tetapi Yaman berbeza dengan Arab Saudi. Ia bukan sebuah negara Arab yang maju seperti negara lain khususnya Arab Saudi.
Yaman
dibiarkan oleh jiran terdekat seugamanya, Arab Saudi untuk terus hancur dengan
kedudukan ekonomi rendah berbanding dengan negara-negara Arab lain.
Jadi tidak hairan kalau Yaman bergolak, sejak Mac, 2011 sehingga kini; dan keadaannya tidak kelihatan akan reda.
Keadaannya
menjadi lebih buruk dan parah apabila Arab Saudi dengan tiba-tiba mahu jadi
jatuh dan hantar tentera mereka untuk serang Yaman.
Ini
sahaja cara mereka mahu selesaikan masalah di Yaman yang mereka sendiri tidak
berusaha untuk atasi berdekad lama dulu.
Keadaan
di Yaman bertambah buruk dan banyak negara yang mempunyai rakyat mereka di
negara ini sebagai pekerja atau pelajar mahu bawa mereka balik ada dengan
menaikki kapal laut dan ada dengan kapal terbang.
Lapangan terbang Sana’a, sudah tidak boleh pakai lagi untuk penerbangan sebab tentera udara Arab Saudi telah mengebom landasannya.
Terdapat
879 pelajar dan rakyat Malaysia di Sana’a dan beberapa bandar lain, dan
kerajaan Malaysia
mahu bawa mereka balik ke tanah air.
Keadaan
ini sama dengan apa yang berlaku dalam bulan Mac, 2011 dulu apabila ramai
pelajar Malaysia di Sana’a dan Yaman telah dibawa balik dengan kapalterbang.
Ketika
itu pergolakan yang berlaku adalah hanya untuk menjatuhkan Presiden Ali
Abdullah Salleh oleh penentang dalam negara ini.
Tetapi
sekarang keadaannya sudah banyak berbeza sehinggakan ia menarik perhatian pihak
luar termasuk Arab Saudi yang mahu hancurkan negara ini pula.
Saya buat
lawatan ke Sana’a pertama kali dalam bulan Mac, 2011 dulu atas jemputan rakan
dari Malaysia yang bekerja di sini dan sehari pula sebelum pelajar-pelajar
Malaysia diterbangkan pulang ke tanahair.
Walaupun pergolakan ketika itu dilaporkan sebagai teruk tetapi saya masih boleh bersiar-siar dengan rakan-rakan sehingga dapat pergi ke Bandar Taif dan Manakha.
Dan
rumah rakan saya pula terletak dalam kawasan sama dengan musuh Ali Abdullah
yang juga tinggal di Istana Presiden yang terletak tidak jauh dari kawasan ini;
jadi saya sering melalui di jalan berhampiran dengannya dimana terdapat sebuah
masjid yang besar.
Kini
Mac, 2015, empat tahun selepas pergolakan Arab atau ‘Arab Spring, bahagian
pertama’ berlaku dan Yaman sama seperti negara-negara Arab lain masih kecoh,
masih lagi mahu dihancurkan seperti ia belum lagi cukup hancur.
Dunia
Arab bergolak. Dan tidak tahu bilakah ia akan reda.
Ia tidak
akan reda selagi negara-negara Arab semuanya hancur, satu per satu termasuk
negara Arab Saudi itu sendiri yang kini beria-ia mahu jadi jaguh guna kuasa
tenteranya untuk serang sebuah negara Arab lain yang hanya menghiburkan Zionis
dan sekutu mereka.
Dan
lebih merasa gembira ialah syarikat membuat senjata yang dibeli oleh Arab Saudi
yang sudah pasti akan mahu beli senjata lain bagi mengganti senjata yang mereka
telah pakai termasuk kapal pejuang.
Beberapa
negara Arab sudah hancur.
Sekarang Arab Saudi pula yang mahu masuk campur kononnya mahu jaga kepentingan pemimpin sah negara ini, supaya ia tidak jatuh ke tangan Houthi.
Pergolakan
di Dunia Arab bermula dalam bulan Mac, 2011 dahulu jadi ia kini sudah lebih
empat tahun pergolakan telah berlaku dengan beberapa negara Arab menjadi ranap
dan beberapa pemimpin gagah seperti Saddam Hussein dan juga Muamar Ghadaffy
maut, dengan Saddam dihukum gantung dan Ghadaffy pula dibunuh selepas dia
ditangkap.
Ia semua
angkara Zionis, CIA dan pasukan perisekan negara Barat yang tidak mahu kedua
mereka kekekal sebab mereka boleh mengugat negara Zionist.
Sekarang ini negara Zionis kelihatan tenteram olehsebab kekecohan yang berlaku di negara sekelillingnya.
Dan
siapa yang membuat negara-negara Arab kecoh kalau tidak dengan canpur tangan
Zionis dan penyokong mereka.
Saudi
Arab hanya mahu masuk campur dalam pergolakan di Yaman sebab ia negara berjiran
dengannya, di selatan, yang Arab Saudi telah biar hingga ia menjadi mundur.
Arab
Saudi tidak pernah beri perhatian terhadap Yaman dulu sama dengan Somalia yang
juga sudah hancur.
Masalahnya
ialah semua pemimpin Arab tidak kuat pegangangnya terhadap Ugama Islam; mereka
mengaku mereka lebih berugama tetapi tindak-tanduk mereka membuktikan yang
mereka tidak mengamalakan ajaran Islam sebenarnya.
Itulah
sebabnya kenapa mereka mudah sangat dipermainkan oleh kuasa besar seperti
Amerika, sebab mereka tahu pemimpin Arab semuanya lemah dari segi Ugama Islam.
Itulah
sebabnya kenapa negara-negara Arab tidak mungkin boleh usir Zionis di Timur
Tengah.
Kalau
tidak kenapa Arab Saudi tidak mampu bantu negara Arab lain yang mundur seperti
Yaman dan juga Somalia
yang terletak dekat sangat dengannya?
Malah
Yaman teletak di kawasan tanah yang sama dengan Arab Saudi.
Negara
Zionis dan sekutu kuatnya, Amerika mahu Yaman hancur, sama juga dengan
negara-negara Arab lain yang sudahpun hancur atau yang menunggu untuk
dihancurkan dengan tujuan supaya negara Zionis itu kelihatan seperti berada di
dalam syurga di dunia, dengan dalam keadaan tenang.
Tidak
ada gunanya untuk Arab Saudi tunjuk belang kepada negara Arab yang tidak boleh
melawan balik.
Lebih
baik kalau Arab Saudi fikir dan tanya siapakah musuh mereka dan musuh orang
Arab dan Umat Islam yang sebenarnya. Ia bukan Yaman. Ia adalah negara Zionis.
Dan
lebih baik juga untuk Arab Saudi dan negara-negara Arab lain bergabung tentera
mereka bukan untuk menghancurkan negara Arab lain tetapi musuh ketat mereka dan
musuh ketat Islam dan cari jalan untuk bangunkan seluruh Dunia Arab dan Dunia
Islam supaya ia boleh menjadi kuasa besar dunia.
Dan
kalau perlu mereka semua harus sokong kalau Iran mahu menjadi kuasa nuklear
sebab ini sahajalah caranya untuk Dunia Arab dan Dunia Islam maju dan berada
dalam keadaan aman.
Sebab
dengan memilikki kuasa nuklearlah maka negara Zionis dan bukan-Islam lain dapat
terus bermaharaja-lela tunjuk belang kepada negara Arab dan Islam lain yang
lemah, oleh sebab mereka tidak memilikki kekuatan senjata termasuk kuasa
nuklear seperti mereka.
Negara
Arab sudah lama diotek-otekkan untuk bergaduh sesama sendiri dan juga dengan Iran dengan
musuh mereka guna perbezaan diantara fahaman dan pegagangan ugama dan kebodohan
pemimpin Arab dan Islam sendiri yang hanya pentingkan kedudukan mereka dan
bukan keselamatan negara dan rakyat mereka.
Negara-negara
dan pemimpin negara Arab sebenarnya hanya mengaku yang mereka berugama Islam,
tetapi hakikatnya ialah mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dan takut kepada
Allah taalah dan patuh kepada nasihat yang diberi oleh Nabi Muhammad, s.a.w.
selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan