DAN JUGA
BERDUYUN TONTON PERSEMBAHAN OLEH PENGHIBUR AMERIKA… RAMAI MELAYU PERASAAN
BERADA DI AMERIKA DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG AMERIKA DENGAN HANYA PERGI KE
RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA – UNTUK MENYOKONG KUASA EKONOMI AMERIKA, SECARA
TIDAK LANGSUNG.
Oleh
Mansor Puteh
Orang
Melayu dan juga bukan-Melayu sememangnya atau pada mulanya tidak kenal dengan
makanan segera Amerika, minuman ringan Amerika, rokok Amerika dan penghibur
Amerika.
Mereka
tidak sedar lama-kelamaan mereka telah dipengaruhi oleh kempen iklan dan laporan
yang mereka baca dalam akhbar tempatan khususnya akhbar Melayu yang berpilih
untuk menjadi agen Amerika tak berbayar, sama juga akhbar bukan-Melayu lain
khususnya akhbar bahasa Inggeris yang menyiar berita tentang Amerika lebih dari
berita tempatan.
Jadi kesannya
ialah kini ramai orang Melayu dan bukan-Melayu terikut-ikut dengan gaya Amerika dan mahu
berlagak seperti orang Amerika walaupun mereka tidak pernah ke negara ini dan
tidak mungkin akan dapat peluang untuk menjejakkan kaki mereka di Amerika.
Mereka
hanya boleh pergi ke Amerika dalam fikiran mereka sahaja. Jadilah.
Inilah
kesan kempen iklan yang telah dijalankan oleh syarikat restoran makanan segera
Amerika yang beria-ia mahukan orang ramai makan makanan mereka.
Mereka
guna cara yang halus untuk memikat hati dan selera pelanggan.
Bagaimanapun,
akhirnya yang menjadi sasaran ialah orang Melayu, berbanding dengan
bukan-Melayu yang rasa berat untuk pergi ke restoran seperti itu untuk makan.
Tentu
ada sebabnya kenapa ramai orang Melayu yang beria-ia mahu makan di restoran
makanan segera Amerika.
Ia bukan
oleh sebab mereka gemar dengan makanan yang dihidangkan tetapi lebih dari itu,
ia beri sesuatu kepuasan lain dari segi psikologi.
Tidak
menghairankan kenapa terdapat begitu ramai orang Melayu yang suka pergi
berduyun-duyun ke restoran makanan segera Amerika, berbanding dengan orang Cina
dan India .
Dan
kebanyakan mereka terdiri dari Melayu yang kurang faseh berbahasa Inggeris yang
hidup terpengaruh dengan budaya Amerika yang kononnya lebih tinggi dan mulia
dengan budaya sendiri.
Oleh itu
mereka akan mencari sebarang alasan untuk makan makanan segera Amerika yang
mahal, asalkan mereka dapat rasakannya.
Tetapi yang lebih penting sekali yang mereka sendiri tidak akan mengaku ialah apakah sebab yang mendorong mereka untuk pergi ke restoran seperti itu?
Ini
masalah psikslogi.
Ia
adalah oleh sebab ramai orang Melayu berangapan kalau mereka makan di restoran
makanan segera seperti itu mereka rasa seperti berada di Amerika, dan boleh
berlagak seperti orang Amerika.
Walaupun
harga makannya begitu mahal dan rasa makanannya juga tidak seberapa namun
mereka akan tetap pergi ke sana .
Dan di sini mereka tahu mereka tidak boleh berbuat sesuka hati dengan mengotorkan tempat makan dan perlu tertip, tidak seperti kalau mereka berada di restoran tempatan atau di warung dimana mereka tidak akan amalkan cara kebersihan yang tinggi.
Itulah
sebabnya kenapa kempen iklan yang dijalankan oleh syarikat restoran makanan
segera ini sering menampilkan orang Melayu
di dalamnya dan jarang orang bukan-Melayu, sebab mereka tahu
bukan-Melayu khususnya orang India
jarang makan di restoran seperti ini.
Takkanlah
olehsebab iklan sahaja boleh galak ramai orang Melayu pergi berduyun-duyun ke
restoran tersebut dan membelanjakan banyak wang untuk makan makanan segera
Amerika yang tidak pula rasa sebegitu enak?
Mereka
seperti tidak dapat fikir dengan mengguna otak sendiri apakah yang mahu
dilakukan oleh kempen iklan itu, untuk mengalakkan mereka rasa malu menjadi
orang Melayu yang tidak ada nilai Amerika dan cara untuk mendapatkannya ialah
dengan pergi ke restoran makanan segera Amerika, walaupun tidak dapat peluang
untuk pergi ke negara tersebut.
Dan
kalau ada yang dapat peluang untuk ke Amerika, mereka hanya akan mahu melawat Disneyland dan tempat-tempat yang sering mereka dengar
dari media tempatan, dan tidak bergaul mesra dengan orang tempatan dan lawat
tempat-tempat yang lebih menarik.
Sedangkan
ramai orang Melayu yang menetap di Amerika yang tidak pernah ke Disneyland;
bukan sebab mereka tidak boleh ke sana , mereka
enggan ke sana
sebab mereka rasakan ia bukan tempat yang hebat atau menarik seperti yang
diheboh-hebohkan oleh media.
Namun
lebih ramai lagi orang Melayu yang sengaja tidak mahu pergi ke restoran seperti
itu atau minum minuman ringan Amerika seperti Coca-Cola dan Pepsi-Cola sebab
mereka rasakan ia seperti menyokong ekonomi Amerika.
Mereka
lebih gemar pergi ke warung dan makan masakan tempatan dan minum teh dan kopi
dan atau sirap dan air bandung
dan tidak Coca-Cola atau Pepsi-Cola.
Yang
anihnya ialah orang Melayu yang pernah tinggal di Amerika belajar atau bekerja
pula tidak beria-ia mahu pergi ke restoran seperti itu atau berlagak seperti
orang Amerika.
Mereka
tidak perlu untuk berlagak seperti mahu ke negara itu sebab mereka sudahpun
pergi ke sana dan menetap beberapa lama, berbanding dengan mereka yang tidak
pernah ke sana yang mahu berlagak seperti mereka berada di Amerika, sebuah
negara yang mereka selalu lihat dalam filem dan drama televisyen yang mana
mereka tidak mungkin dapat peluang untuk menjajak kaki untuk tinggal walaupun
satu hari.
Saya
sudah lama tidak masuk ke dalam mana-mana restoran makanan segera Amerika
walaupun ada sebuah yang terletak tidak jauh dari dimana saya tinggal.
Dan saya
juga enggan minum Coca-Cola atau Pepsi-Cola. Saya lebih suka minum minuman
tempatan.
Mungkin
saya akan minum satu tin Coca-Cola dalam satu atau dua tahun sekali.
Namun
demikian tidak ramai orang Melayu yang berminat untuk menghisap rokok buatan
Amerika seperti Camel dan Marlboro sebab harganya begitu mahal.
Sebenarnya
kita boleh lihat dari wajah mereka yang mereka itu orang yang tidak pernah ke
Amerika.
Dan
anak-anak Melayu dan bukan-Melayu yang terkinja-kinja menjerit bila menonton
persembahan oleh penghibur dari Amerika yang saban hari datang ke Malaysia buat
persembahan di dalam stadium, hampir semuanya terdiri dari orang yang juga
tidak pernah ke Amerika.
Mereka
tidak rasa malu yang mereka itu beri sokongan kepada penghibur di Amerika yang
mereka sendiri tidak kenal dengan hanya mahu tahu yang mereka datang dari
Amerika.
Memang
tidak ramai penyanyi Amerika yang sekarang ini boleh jual CD mereka dengan
banyak. Dan radio muzik tempatan yang gemar menyiar lagu-lagu mereka juga tidak
tahu kenapa mereka perlu berbuat demikian.
Sambutan
ke atas muzik Amerika kini sudah jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan