Oleh
Mansor Puteh
Saya
tidak sangka sejak saya mula derma darah semasa dalam Tingkatan Enam di sekolah
swasta di Jalan Barat, Petaling Jaya dulu, saya sudah derma hampir tujuh-puluh
gelen darah atau lebihkuran 260 liter, selama 432 kali menderma darah dan juga
plasma dua minggu sekali.
Kiraan
platelet saya pula meningkat ke 255 dari 244 sebelum itu.
Saya
teringat rakan satu darjah dalam Tingkatan Enam dulu bernama Alex, keturunan
Cina yang berasal dari Kelang. Dia adalah juga seorang ahli kumpulan muzik yang
dikenali dengan nama Yellow Jackets.
Walaupun
saya belajar dalam sekolah dan tingkatan yang sama namun saya masih tidak kenal
nama penuhnya; saya tidak tanya. Saya kenal dia dengan nama Alex sahaja.
Dan dia menunggang motosikal dari rumah ke sekolah dan kadang-kadang dia beri saya tumpang sehingga ke
Pada
satu hari selepas sekolah saya terserempak dengan dia di luar sekolah di Jalan
Barat dan dia kata dia mahu ke Hospital Universiti di Petaling Jaya untuk derma
darah dan dia tanya kalau saya berminat untuk derma darah.
Sayapun tidak fikir dua kali dan bersetuju.
Sayapun tidak fikir dua kali dan bersetuju.
Jadi itulah kali pertama kali saya menderma darah dan terus menderma beberapa kali dengan sendiri, di hospital dimana-mana saya berada termasuk di Hospital Asunta dan juga di Hospital Besar Melaka.
Saya
tidak tahu siapa orang lain yang Alex telah galak untuk ikut menderma darah
bersamanya dari kalangan pelajar di sekolah saya atau dikalangan rakan-rakannya
yang lain.
Dia juga
tidak beritahu kenapa dan bila dia mula menderma darah dan siapa yang mendorong
dia untuk menderma. Saya juga tidak bertanya soalan-soalan ini dari dia.
Tidak
pula saya tahu siapa yang telah menerima darah saya selama ini sebab ia bukan
sesuatu yang menjadi hal untuk semua mereka yang menderma darah.
Dan sepanjang menderma lebih empat-puluh tahun, saya dapat bertemu dengan bermacam jenis manusia, lelaki dan perempuan dari semua keturunan.
Dan sepanjang menderma lebih empat-puluh tahun, saya dapat bertemu dengan bermacam jenis manusia, lelaki dan perempuan dari semua keturunan.
Yang
jelasnya ialah tidak ramai diantara mereka itu adalah orang yang terkenal dalam
bidang swasta atau kerajaan atau Pertubuhan Bukan-Kerajaan (PBK) atau ‘Non-Governmental
Organization (NGO) yang berhati mulia yang menderma darah.
Namun
ada beberapa orang pegawai NGO yang telah bersumpah untuk menderma organ mereka
dan mereka mendapat publisiti meluas, walaupun mereka belum lagi mendermanya
sebab ia hanya boleh berlaku setelah mereka sudah tiada.
Soalannya
ialah: Apakah mereka bersetuju untuk menderma organ mereka hanya untuk mendapat
publisiti itu dan untuk tunjuk kepada orang lain mereka berhati mulia,
sedangkan mereka tidak tergerak untuk berbuat bakti dengan menderma darah sejak
dalam bangku sekolah menengah lagi, iaitu sesuatu perbuatan yang mereka boleh
melakukan tanpa mendapat kebenaran dari bapa dan sesiapa?
Mungkin
mereka rasa perhatin terhadap manusia dan azab mereka setelah dewasa dan baharu
mahu atau tergerak untuk terlibat dengan kegiatan kemanusiaan dan kumpulan NGO
mereka.
Saya
tidak lihat seorangpun mereka dalam bidang politik kiri dan kanan yang menderma
termasuk orang yang kononnya alim yang sering mahu galak orang lain berbuat
baik.
Saya
teringat seorang ustaz bercakap tentang baiknya menderma darah dan beri hujah
yang bagus tentangnya. Dia kelihat seperti orang yang agak dewasa. Tetapi
malangnya, dia tidak pernah menderma darah walau sekalipun.
Ternyata
dia hanya suka bercakap dan mengalak orang lain berbuat baik seperti menderma
darah tetapi dia sendiri tidak melakukannya.
Akhirnya
orang yang sering menderma terdiri dari pelbagai jenis manusia biasa yang
datang ke Pusat Darah Negara (PDN) dengan tekun menghabiskan masa hampir
setengah hari setiap kali mereka menderma dengan ramai yang datang dari luar
Kuala Lumpur, dengan menaikki bas, teksi atau kenderaan sendiri.
Sekarang
ini saya dapat lihat keadaan dimana ramai pelajar yang masih dalam bangku sekolah
menengah datang untuk menderma dari PDN atau dimana-mana kempen menderma darah
diadakan.
PDN sudah berpindah dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke tempat yang sama yang mempunyai kemudahan dan kelengkapan terkini dan tempat letak kereta yang cukup untuk penderma, berbanding dengan PDN yang terletak di HKL dulu yang mana merupakan sebuah ruang yang sempit dengan jumlah katil terhad.
Amat
menyedihkan, kegiatan menderma darah tidak pernah menjadi satu plot atau
sub-plot dalam mana-mana drama televisyen atau filem ataupun kisah yang dapat
dijadikan sebuah dokumentari.
Malah tidak juga terdapat sebuah buku mengisikan pengelaman mereka yang telah dan sedang menderma darah diterbit.
Penderma
darah kerap dianggar seramai 80,000 orang sahaja dan termasuk mereka yang
baharu derma darah, boleh dianggarkan terdapat 2.5 juta pendermaan darah yang
dibuat setiap tahun.
Darah
merekalah yang memberi nyawa kepada mereka yang memerlukan.
Darah
merekalah yang diberi dengan ikhlas tanpa sesiapa yang mahukan sebarang pengiktirafan.
Saya terkilan bila bertemu dengan penderma dari setiap kali saya pergi ke PDN atau terserempak dengan mereka yang juga menderma darah yang saya tidak bertemu di PDN; mereka terdiri dari pengawal keselamatan dan juga mantan anggota polis dan tentera.
Mereka
tidak kelihatan seperti jaguh atau wira tetapi manusia biasa; namun mereka
adalah penderma darah yang melakukan kegiatan ini dengan senyap-senyap.
Saya
juga tidak pasti siapakah penderma darah terbanyak di Malaysia
sekarang; sudah pasti dia sudah tidak lagi menderma darah sebab sudah melampaui
usia enam-puluh tahun yang ditetapkan.
Dia
sudah pasti telah menderma darah lebih lima-ratus kali. Siapa dia? Kenapa dia
tidak ditonjolkan?
Saya
hanya menderma darah 432 kali pada 20 April lalu. Sepatutnya saya sudah
menderma lebih tujuh ratus kali.
Pada
hari itu juga kempen menderma darah secara besar-besaran telah diadakan di Kem
Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mana pihak
PDN telah melihat lebih 1,000 anggota tentera menderma darah.
Acara ini diadakan sempena menyambut ulangtahun ke-82 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Acara ini diadakan sempena menyambut ulangtahun ke-82 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya
rasa acara ini amat unik dan harus menjadi contoh kepada kumpulan dan
pertubuhan lain yang lebih gemar mengadakan acara hiburan dari membuat amal.
Dan saya
telah ke sana
untuk merakam vidio dan gambar yang saya harap akan dapat diguna dalam sebuah
dokumentari tentang penderma darah di Malaysia.
Tetapi
olehsebab saya telah terlupa untuk menderma darah sebab masuk belajar di
Institut Teknologi Mara di Shahalam dulu dan juga semasa belajar di Amerika,
saya telah tidak menderma lebih lima-belas tahun.
Saya
masih menderma semasa menjadi wartawan Utusan Melayu dahulu.
Dalam
tahun 1990 dulu saya mula menderma darah empat bulan setiap kali dan setelah
beberapa lama mula menderma platelet atau plasma setiap dua minggu.
Biasanya
saya akan menderma darah sebelum saya pergi ke luar negara untuk menyertai
pesta filem antarabangsa atau melancong dan sebagainya dan menderma selepas
pulang.
Februari
lalu emak saya, Norpipah binti Mohammad Ali dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi
(ICU) di Hospital Tawakkal, tidak jauh dari PDN, dan pihak PDN beri sedikit
potongan kepada bil rawatan untuk emak saya yang meninggal dunia pada 14 Mac
dalam usia 89 tahun dengan dikebumikan pada hari itu juga di Tanah Perkuburan Islam
Durian Daun di Melaka. Al-fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan