Oleh
Mansor Puteh
BILA
AGAKNYA NEGARA ISLAM AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP NEGERI CINA YANG MEMAKSA
ORANG ISLAM DI NEGARANYA UNTUK TIDAK MENGAMALKAN AJARAN ISLAM?
Kenapa
berita atau laporan tentang keganasan negeri Cina terhadap masyarakat Islam di
negara tersebut tidak diberi liputan meluas dan mencemaskan umat Islam di
Malaysia dan diseluruh dunia Islam?
Walhal apa yang berlaku di negeri Cina terhadap orang Islam di
Mungkin
pemimpin Islam mempunyai fikiran yang buntu yang menyebabkan mereka gagal untuk
mengambil tindakan serentak terhadap kedua-dua buah negara tersebut.
Mungkin
juga olehsebab mereka tidak mempunyai tahab akal fikiran yang tinggi dan tajam
untuk peka tentang perkara ini jadi mereka lalai untuk melihatnya sebagai suatu
masalah kekejaman yang dilakukan terhadapat umat Islam lain?
Sedangkan
umat Islam di Yaman dan Somalia
juga mereka telah biarkan sehingga kedua buah negara ini hampir hancur
sekarang.
Jadi apa
ada dengan masyarakat Islam di negeri Cina? Mereka tumpukan perhatian terhadap
Palestin sahaja sedangkan orang Arab-Palestin dengan sendirinya tidak ada
kemampuan untuk bertindak. Mereka lebih gemar bercakaran sesama sendiri.
Sememangnya
mana-mana negara yang mempunyai sistem ekonomi parasit tidak boleh tunjuk
belang.
Kejayaan
mereka dalam bidang ekonomi dan perkembangan dan kemajuan yang mereka rasakan
sekarang adalah diatas ihsan orang lain, khususnya orang Arab dan Islam lain.
Senjata
pembeli mereka belum lagi diguna. Dan kalau ia diguna, maka negara-negara di
barat yang maju dan negeri Cina yang kian maju juga akan merasakan, dan boleh
muflis.
Cuma
pemimpin Arab dan Islam yang masih jahil dan tidak sedar tentang perkara ini.
Olehsebab
itu negara-negara maju di barat khususnya boleh memperkotak-katikkan negara
Arab sehingga banyak negara Arab sudah hancur dan musnah.
Pemimpin
Arab dan Islam lain terpingga-pingga tidak tahu apa yang telah berlaku. Mereka
salahkan diri sendiri dan bersekongkolan dengan musuh Islam untuk sama-sama
hancurkan negara Arab lain untuk terus hancur.
Orang
Arab di Palestin akhirnya menjadi mangsa sebab jumlah mereka kecil dan ramai
telah tersingkir dari tanah mereka sendiri.
Sama
juga dengan orang Islam di Negeri Cina yang dikatakan keturunan Cina sebenarnya
adalah salah; mereka pada asalnya bukan orang Cina tetapi keturunan Turki dan
Arab yang telah dipaksa tidak bercakap dalam Bahasa Arab atau memakai pakaian
Arab, dan dipaksa bercakap dalam bahasa Mandarin dan guna pakaian Cina.
Jadi
lama-kelamaan mereka dianggap sebagai orang Cina.
Tapi wajah mereka tidak sama dengan orang Cina yang tidak berugama Islam. Mereka ada paras dan perwatakan yang berbeza dengan orang Cina lain.
Orang
Islam di negeri Cina tidak dapat menjaga kepentingan mereka sebab mereka kecil;
mereka ada negeri dimana mereka paling ramai tetapi mereka tidak ada kuasa
autonomi atau politik.
Akhirnya mereka jadi mangsa negeri Cina yang mahu lemahkan kedudukan mereka dan lebih dari itu keimanan mereka dengan mengguna cara yang tidak berperikemanusiaan.
Orang
lelaki Islam di Xigur tidak dibenar memakai misaim atau janggut. Dan kini
mereka dipaksa jual arak di kedai, walaupun mereka tidak ada orang yang mahu beli minuman haram itu.
Dan bilakah negeri Cina akan paksa orang Islam d Xigur dan di tempat-tempat lain untuk menjual daging babi atau khinzir?
Dan
dalam masa sama juga haramkan restoran halal di Beijing dan dimana-mana
termasuk di kawasan masjid dan paksa pemiliknya juga jual makanan dan minuman
haram?
Tindakan
seperti ini sama dengan tindakan kejam Zionis yang telah menghancur banyak
masjid lama dan baru, dan rampas kawasan untuk diguna bangunkan rumah kediaman
pendatang haram Zionis dari Eropah dan barat.
Banyak
kawasan kebun orang Palestin telah juga dirampas dan pemiliknya tidak dapat
bercucuk tanam.
Jadi apa
bezanya negeri Cina dan negara haram Zionis? Tidak banyak; mereka mahu orang
Islam di negara mereka hidup sangsara.
Tetapi
salah siapa?
Dan
sampai bila mereka boleh dibenarkan untuk ambil tindakan seperti itu?
Sampai
orang Islam di negeri Cina dipaksa untuk robohkan semua masjid dan tinggalkan
Islam?
Selagi
ini tidak berlaku negara-negara Arab dan Islam lain tidak akan ambil kisah
dengan hanya Utusan sahaja yang mahu siar berita penindasan yang dilakukan oleh
negeri Cina terhadap orang Islam di negara mereka, yang sudah begitu lama mahu
tuntut kemerdekaan dari negeri Cina.
Orang
Islam di seluruh dunia tumpukan perhatian terhadap penindasan Zionis terhadap
orang Palestin tetapi mereka gagal untuk lihat lebih jauh dari sini ke negeri
Cina, untuk melihat bagaimana orang Islam di sana juga menghadapi penindasan sama yang
tidak terbela.
Negeri Cina boleh dijar oleh orang Arab dan Islam dengan hanya tidak beli barangan yang mereka buat.
Negeri Cina boleh dijar oleh orang Arab dan Islam dengan hanya tidak beli barangan yang mereka buat.
Kalau
ini boleh berlaku negeri Cina akan lumpuh; sama juga negeri Jepun dan Korea
Selatan yang mempunyai ekonomi parasit. Sama juga dengan Amerika dan Perancis
serta Britain .
Negara-negara
Arab dan Islam lain masih rasa gembira membantu negara-negara maju ini terus
maju, termasuk negeri Cina yang maju tetapi yang tidak mungkin dapat mencapai
taraf kemajuan olehsebab negara mereka terlalu besar, dan ramai rakyatnya masih
tidak dapat merasai kemajuan yang telah berlaku termasuk negeri India .
Dulu ada
beberapa pemimpin Arab yang gigih, mahu jadikan diri mereka seperti Salahuddin
Al-Ayubi atau Saladin seperti yang dikenali di Barat.
Tetapi mereka telah satu-satu disingkirkan oleh Zionis yang menyebabkan negara mereka hancur.
Sekarang
Dunia Arab tidak ada seorangpun yang boleh diangkat sebagai Sallahuddin
Al-Ayubi baru sama seperti pejuang lama yang kini tidak sesuai diwujudkan dalam
zaman sekarang.
Yang ada
hanyalah pemimpin dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan ekonomi yang boleh
merapatkan perhubungan diantara Orang Arab dan Umat Islam.
Pemimpin
ugama di Dunia Arab dan Islam sudah tidak boleh dipercayai sebab merekalah yang
menyebabkan perbalahan yang telah berlaku di negara-negara Arab dan Islam
dengan fikiran mereka yang sempit dan yang kadang-kadang melucukan.
Al-Koran tidak memperuntukkan tempat sewaajarnya kepada alim-ulamak; mereka ada tempat lain. Tempat yang paling utama yang sewajarnya diberi kepada orang Arab dan Islam adalah seperti yang dikatakan di atas, mereka yang terlibat dalam bidang perfileman, kesusasteraan, kesenian dan ekonomi yang berlandaskan fikiran dan fahaman mereka dengan ajaran Islam.
Tetapi
pemimpin politik di Dunia Arab dan Islam enggan beri laluan; mereka mahu tunjuk
muka dan lagak dikhalayak walaupun negara-negara Arab dan Islam lain tidak maju
dan perhubungan diantara Umat Islam masih renggang.
Mereka
hanya boleh bergambar bersama untuk menunjukkan ada kesepakatan diantara mereka
walaupun Umat Islam sendiri masih berpecah.
Itulah
sebabnya masalah yang dihadapi oleh orang Arab dan Islam di Palestin dan negeri
Cina dan di seluruh dunia tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan