Isnin, 25 Mei 2015

TV-HIJRAH, SATU PERCUBAAN YANG TIDAK DAPAT DIKEMBANGKAN.

…AKHIRNYA STESEN TELEVISYEN INI KELIHATAN SEPERTI SEBUAH STESEN TELEVISYEN UNIVERSITI.
Oleh Mansor Puteh



(…IT (TV-ALHIJRAH) IS AN EXPERIMENT THAT COULD NOT BE DEVELOPED, seperti kata orang putih, atau ialah adalah sebuah percubaan yang tidak dapat dimajukan.)


Ini rumusan yang saya dapat buat tentang TV-Alhijrah.

Is sama seperti banyak orang yang buka gerai jual goreng pisang di tepi jalan yang tidak dapat kembangkan perniagaannya, dan hanya boleh harap ramai orang datang ke gerainya untuk beli goreng pisang yang dijual, yang tidak berbeza sangat dengan goreng pisang lain yang dijual oleh orang lain di gerai lain.

Akhirnya TV-Alhijrah tidak ada kelainan yang unik atau pelik, hanya sekadar mempunyai perbezaan yang ketara iaitu ia tidak menyiar rancangan yang dianggap tidak mematuhi syariat Islam. Itu sahaja.

Dan ini tidak semestinya ia memperkenalkan sesuatu konsep baru dalam bidang penyiaran televisyen yang boleh menjadi ikutan oleh stesen televisyen lain di Malaysia maupun di negara Islam lain.

Lihat sahaja logo stesen televisyen TV-Alhijrah, dan orang akan kata ia mirip logo stesen televisyen TV-Aljazeera.

Tidak ada cara lain yang mereka guna untuk mendapatkan sebuah logo yang lain dari yang lain? Tentu ada.

Tidak sukar untuk menubuh sebuah stesen televisyen. Pelajar-pelajar di universiti juga boleh melakukannya.

Dibanyak kampus di Amerika ada stesen televisyen pelajar yang ditadbir dan diuruskan oleh pelajar sendiri.

Dan lebih banyak lagi universiti di Amerika yang mempunyai stesen radio termasuk di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shahalam yang diuruskan oleh pelajar-pelajar bidang komunikasi.

Oleh sebab itu sebuah stesen televisyen bernama TV-Alhijrah ditubuhkan dengan tujuan yang lain iaitu untuk menampilkan rancangan yang dikatakan Islami atau berlandaskan Islam.

Ia adalah satu cadangan yang baik.

Dan sehingga kini stesen ini telah wujud beberapa tahun tetapi nampaknya ia tidak boleh berkembang; ia tidak boleh maju dan ia juga tidak boleh pikat hari penonton.

Sebab jenis rancangan yang mereka hidangkan terhad.

Yang menyebabkan ia terhad ialah oleh sebab petugas dan pegawainya tidak dapat fikirkan tentang rancangan yang boleh mereka terbit dan siarkan.

Dan saya tidak pula mahu beri cadangan untuk mereka guna secara percuma. Saya mahu biar mereka yang mentadbir dan menguruskan stesen televisyen ini khususnya ahli lembaga stesen mencari jalan untuk memajukan lagi stesen ini.

Tapi saya yakin ini tidak boleh berlaku. Sebabnya ialah mereka tidak ada kepakaran dalam bidang pengurusan stesen televisyen.

Malah saya tidak nampak sesiapa yang bekerja di stesen ini yang mempunyai kelayakan khusus dalam bidang televisyen maupun filem.

Jadi akhirnya TV-Alhijrah boleh dianggap sebagai sebuah percubaan atau ‘experiment’ yang tidak boleh dimajukan.

Mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh jadikan stesen ini lebih maju dan disenangi oleh ramai penonton dan menjadi sebuah stesen televisyen bertaraf antarabangsa.

Mungkin mereka tidak ada sebarang hasrat untuk menjadikan atau memajukan stesen ini sebagai sebuah stesen berpengaruh dan disegani dan diterima oleh ramai di dalam negara dan di luar negara sekalipun.

Mereka kelihatan seperti sudah berpuas hati yang stesen ini dapat disiar setiap hari untuk beberapa jam dengan memberi hidangan sama.

Dan pegawai-pegawainya boleh hidup dengan senang-lenang tanpa perlu perah otak cari jalan lain untuk memajukannya.

Apakah kelayakan yang pegawai TV-Alhijrah ada dan apakah pengelaman yang mereka telah perolehi dari mana-mana stesen televisyen dalam dan lebih dari itu, luar negara, untuk membolehkan mereka majukan stesen ini?

Dan apa agaknya yang diharapkan oleh ahli lembaga stesen televisyen ini? Adakah mereka berpuas hati dengan apa yang ia beri kepada khalayak?

Mungkin mereka juga yang tidak berpengelaman mentadbir sebarang stesen televisyen bertaraf antarabangsa sudah pasti tidak mampu beri cadangan bernas untuk terus angkatkan taraf stesen ini ke suatu tahab yang lebih tinggi.

Tetapi yang jelasnya ialah: Tidak seorang dari stesen ini pernah mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak tentang rancangan yang mereka telah siarkan atau olehsebab tindakan mereka yang menyebabkan nama stesen ini dikenali diseluruh dunia.

Tentu ada banyak cara yang mereka boleh gunakan untuk memajukan stesen televisyen ini untuk ia menjadi sebuah stesen televisyen bertaraf antarabangsa dan lebih dari itu, sebuah stesen berpengaruh.

Saya tidak mahu beri sebarang cadangan di sini untuk mereka guna, sebab mereka akan gunanya tanpa beri sebarang penghargaan.

Tetapi mereka boleh lantik pakar dari luar negara dan beri mereka imbuhan setimpal dengan kerja dan tugas mereka untuk memberi cadangan bernas yang boleh mengangkatkan taraf atau tahab stesen televisyen ini ke tahab yang lebih tinggi dan mulia, supaya ia boleh menjadi sebuah stesen televisyen lain dari yang lain.

Tetapi saya boleh beri cadangan secara percuma iaitu untuk TV-Alhijrah tukar logo ini kepada yang lain, supaya orang tidak keliru TV-Aljazeera yang lebih besar dan bertaraf antarabangsa walaupun ia sebuah televisyen berita antarabangsa.  

Tentu sekali kalau TV-Alhijrah ditadbir oleh sekumpulan orang yang lebih cekap dan yang mempunyai lebih pengetahuan tentang televisyen dan tahu membentuk satu penonjolan dan tarikan sudah pasti ia boleh menjadi sebuah stesen televisyen yang lebih ulung dan gah.

Malangnya, ia tidak berlaku. Mungkin ia akan berlaku dimasa-masa akan datang kalau pihak pentadbir dapat menerima pelbagai cadangan bernas dan melaksanakan sesuatu pembaharuan yang jelas dan ketara.

Suasana dalam bidang penyiaran di Malaysia dan lebih lagi di dunia amat genting dengan terdapatnya begitu banyak stesen televisyen yang semuanya ingin menarik perhatian penonton dengan mengguna pelbagai cara dan usaha.

Dan mereka pula terpaksa bertarung untuk mendarik pihak pengiklan untuk beli ruang supaya stesen mereka dapat terus berjalan dengan lancar supaya ia tidak terpaksa ditutup.  

Tetapi, bolehkah TV-Alhijrah ambil tindakan terdesak dan berbuat sesuatu untuk menukar penonjolan mereka supaya ia boleh diterima oleh lebih ramai penonton dari sekarang dan menjadi stesen paling ulung di negara dan seluruh Dunia Islam?

Atau apakah ia ditubuhkan sekadar untuk Malaysia mempunyai sebuah stesen televisyen khas menyiar rancangan yang dikata berlandaskan Islam?

Dan ini sahaja hasrat mereka yang menubuh dan mentadbir stesen ini walaupun ia tidak mendapat sambutan dari ramai?



Tiada ulasan: