…DAN
RANCANGAN DALAM SALURAN CINA DAN INDIA YANG TIDAK PERNAH JEMPUT TOKOH MELAYU
KECUALI NAJIB YANG BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS.
Oleh
Mansor Puteh
Kenapa kumpulan pendesak atau NGO Melayu dan Malaysia dan
agensi kerajaan yang sepatutnya menjaga perihal pengunaan Bahasa Melayu atau
bahasa kebangsaan ambil tahu tentang perkara ini?
Sebab kebanyakan mereka tidak prihatin dan hanya tahu lihat tentang perkara semasa yang disiar dalam akhbar harian; mereka bertindak di atas tindakan orang lain dan melenting kalau perlu.
Dan pegawai di kementerian dan agensi berkenaan juga tidak prihatin sebab mereka tidak mahu buat kerja sambilan luar dari masa pejabat atau bidang masing-masing.
Akhirnya pengunaan Bahasa Melayu oleh khalayak tidak
meluas seperti yang diharapkan dan seperti yang sepatutnya berlaku walaupun di
khalayak awam, pengunaan bahasa ini kini lebih meluas dengan pengunaan Bahasa
Melayu oleh bukan-Melayu meningkat.
Orang Cina dan
Itulah sebabnya pengunaan Bahasa Melayu oleh mereka telah
meningkat dan lebih lagi dikalangan golongan muda dan baru Cina dan India,
walaupun dikalangan golongan lama ia masih tidak seberapa, lebih-lebih lagi
kalau mereka hidup sekelompok dan kurang bergaul dengan orang Melayu.
Masalah seperti ini sudah pasti tidak berlaku di
negara-negara jiran di Tenggara Asia atau lebih manis dikenali sebagai
Nusantara Melayu dan orang Cina tidak dibenar bercakap dalam bahasa Cina dalam
rancangan tempatan yang diadakan dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Mungkin mereka juga tidak akan dijemput untuk muncul
dalam mana-mana rancangan televisyen sebab mereka kaum yang tidak begitu
penting di sana, seperti di Myanmar, Thailand dan Kambodia dan lain-lain dimana
kaum Cina dianggap dan diterima oleh umum sebagai rakyat tempatan. Mereka bukan
Cina lagi dalam banyak segi.
Di Pekan Baru, Sumatera di Indonesia ada rancangan dalam
bahasa Mandarin di stesen televisyen tempatan khusus untuk masyarakat Cina di
sana, tetapi ada orang Cina yang bercakap dalam Bahasa Melayu oleh sebab mereka
belum faseh atau tahu bercakap dalam bahasa Mandarin lagi.
Di Malaysia masalah ini masih boleh berlaku oleh sebab
ada orang Melayu masih boleh terima mereka dan boleh jemput mereka muncul dalam
rancangan Melayu di televisyen khusus untuk menunjukkan sikap kurang ajar
mereka.
Amat menyedihkan Najib yang dijemput untuk sebuah
rancangan radio siaran Cina pilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan ini
yang menyebabkan ada orang Cina yang juga turut terikut-ikut dengan tindakannya
untuk tidak bercakap dalam Bahasa Melayu.
Sedangkan ramai orang Cina tidak faseh berbahasa Inggeris
dan mereka lebih faham Bahasa Melayu.
Ramai orang Cina dan juga India boleh bercakap dalam bahasa
Inggeris tetapi loghat mereka pekat; sama juga dengan orang Melayu yang
beria-ia bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi hanya di dalam negara sahaja dan
tidak di luar negara.
Ini membuktikan yang dia tidak tahu hati orang Cina dan
bagaimana dia boleh tambat hati mereka untuk sokong Barisan Nasional dalam
pilihanraya. Dia ikut sesuka hatinya sahaja.
Ini mungkin satu sebab kenapa ada orang Cina rasa
tersinggung dan tidak sokong dia dan juga Barisan dalam dua pilihan raya yang
lalu.
Ini ditambah pula dengan Michelle Yeoh bercakap dalam
bahasa Inggeris kepada khalayak di Perlabuhan Kelang untuk sokong calon
Barisan, yang akhirnya kalah juga.
Tapi Michelle Yeoh disanjung dan diberi gelaran Tan Sri, untuk apa, kalau bukan untuk menyebabkan Barisan kalah dalam kawasan Perlabuhan Kelang?!
Dulu semua ungkapan Bahasa Melayu dipadamkan untuk siaran
berita bahasa Mandarin. Tapi siaran berita Bahasa Melayu masih biarkan mereka
bercakap dalam bahasa sendiri dengan apa yang dikatakan disarikata dalam Bahasa
Melayu.
Inilah sikap chauvinis penerbit Cina yang enggan Bahasa
Melayu disiar dalam rancangan berita Mandarin.
Dan inikah juga sikap chauvinis orang Cina dan India yang
enggan bercakap dalam Bahasa Melayu dalam rancangan televisyen walaupun mereka
boleh bercakap dalam bahasa ini?
Puncanya ialah penerbit Melayu untuk rancangan Melayu
yang tidak sepatutnya jemput mereka.
Kalau saya ada dalam forum yang sama dan ada orang
bercakap dalam bahasa asing, saya akan pergi dari situ untuk marah orang lain
yang bercakap dalam bahasa bukan Melayu untuk rancangan Melayu.
Dulu tulisan dalam bahasa Cina tidak dibenar untuk siaran
rancangan tempatan yang mesti dibuat dalam tulisan rumi, tetapi sekarang mereka
telah mengguna tulisan Mandarin.
Jangan
jemput orang Cina dalam rancangan televisyen Bahasa Melayu kalau mereka tidak
faseh berbahasa Melayu.
Kenapa
mereka sanggup muncul dalam rancangan Bahasa Melayu kalau mereka tahu mereka
tidak faseh berbahasa Melayu dan tidak sokong Perlembagaan Negara?
Dan kenapa stesen televisyen sering jemput mereka untuk bercakap dalam rancangan mereka kalau mereka tidak dapat memastikan yang mereka itu tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu?
Biasanya
mereka akan berckakap dalam Bahasa Melayu tetapi akan tukar ke bahasa Inggeris
dengan pengacara rancangan kelihatan seperti budak Melayu yang bodoh tidak
dapat paksa orang Cina itu bertukar untuk bercakap dalam Bahasa Melayu,
sehinggakan dia juga akan terikut dan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Malah,
ada juga orang Melayu yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka Melayu sesat,
Melayu kurang ajar.
Salah
seorang tokoh sokan yang tidak mahu atau reti bercakap dalam Bahasa Melayu
ialah Nicol David, dan dia akan menunjuk sikap kurang ajarnya dengan bercakap
dalam bahasa Inggeris.
Saya
hairan kenapa penerbit rancangan Melayu di televisyen sering jemput orang yang
tidak faseh bercakap dalam Bahasa Melayu tidak kira samada dia Cina , India
atau Melayu?
Sebaliknya
penerbit rancangan dalam saluran televisyen Cina dan India atau Tamil yang tidak pernah
menjemput tokoh Melayu.
Sudah
tiba masanya untuk rancangan Melayu di televisyen tidak menjemput mereka yang
tidak faseh berbahasa Melayu untuk beritahu yang mereka tidak layak, sebab
mereka tidak faseh berbahasa Melayu.
Malah
saya juga hairan kenapa tidak ada orang Melayu di Singapura yang telah dijemput
untuk bercakap atau muncul dalam rancangan bahasa Inggeris ditelevisyen di
negara tersebut untuk bercakap tentang bermacam-macam perkara; mereka hanya
muncul dalam rancangan siaran TV Suria yang telah dibangunkan khas untuk
menyiar rancangan dalam Bahasa Melayu oleh kerajaan Singapura sendiri.
Tujuannya
ialah untuk tidak mengalak orang Melayu di sana
untuk menonton siaran dari stesen televisyen Malaysia yang mereka boleh dapat.
Malah di
Malaysia juga pembaca berita Mandarin dan Tamil tidak menampilkan orang Melayu
atau Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil dengan baik.
Berbanding
dengan rancangan berita Bahasa Melayu yang banyak juga mengemukakan pembaca
keturunan Cina dan India
termasuk pemberita dan tuan rumah untuk rancangan-rancangan hiburan dan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan