Khamis, 21 Mei 2015

YAMAN, SEMASA KEBANGKITAN ARAB, BAHAGIAN I ATAU ‘ARAB SPRING, PART I’ DAN SEKARANG

… SAYA SAMPAI DI SANA’A, YAMAN PADA 20 MAC, 2011, SEHARI SEBELUM RATUSAN PELAJAR MELAYU BALIK KE MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh


Saya buat lawatan ke Yaman pertama kali dan sampai di lapangan terbang antarabangsa Sana’a pada 20 Mac, 2011, untuk buat lawatan sosial ke beberapa tempat di negara ini khususnya di Sana’a dan Bandaraya Taiz dan Manakha.

Ia adalah semasa berlakunya Kebangkitan Arab Bahagian Pertama atau ‘Arab Spring, Part I’ yang turut berlaku dibeberapa negara Arab lain.

Saya ke sana atas pelawaan beberapa orang rakan dari Malaysia yang bekerja di sana selama dua-belas hari dan menetap di rumah keluarga mereka dalam kawasan rumah yang agak mewah.

Tidak jauh dari rumah tiga tingkatnya ialah rumah Sheikh Hamid, yang merupakan pengkritik dan ketua pembangkang negara ini.

Oleh sebab itu terdapat ramai orang pengawalnya yang memakai pakaian tempatan, berkain dan kot sebab cuaca sejuk dengan lilitan kain pada kepala dengan memegang senapang panjang.

Mereka mengawal kawasan ini.

Saya tidak sangka keesokan harinya pada 12 Mac, sekumpulan besar pelajar-pelajar Melayu telah berkumpul di luar bangunan lapangan terbang Sana’a untuk menunggu masuk ke dalam untuk balik ke tanah air.

Saya lihat mereka beratur di luar dan rakam vidio dan gambar.

Dan saya telah ditahan oleh seorang pengawal keselamatan yang mahu saya lupuskan vidio dan gambar. Saya enggan melakukannya.

Olehsebab itu, saya disuruh masuk ke dalam bangunan lapangan terbang dan tunggu di situ untuk seorang pegawai lebih tinggi jumpa saya.

Saya duduk di dalam bangunan lapangan terbang setengah jam sebelum dibebaskan, olehsebab rakan-rakan saya di luar telah berusaha untuk bercakap dengan pengawal di sana tentang siapa saya, seorang rakyat Malaysia.

Mereka fikirkan saya orang Jepun, seperti ramai orang Yaman lain dimana-mana saya pergi yang suka suruh saya rakam gambar mereka.  

Cuaca di sini ketika itu amatlah sejuk dengan tekanan udara rendah olehsebab Bandaraya Sana’a terletak di kawasan tinggi.

Namun demikian saya tidak terasa sebarang tekanan kepada kesihatan dan dapat pergi ke mana-mana dengan dibawa oleh pemandu keturunan Arab tempatan rakan saya sekeluarga yang telah menetap di sini lebih satu tahun. Pemandu mereka bernama Mohammad dan Salleh.

Mohammad boleh bercakap dalam bahasa Inggeris sedikit sejak bekerja dengan rakan saya, tetapi Salleh yang jenis pendiam tidak.

Saya juga ada seorang kenalan lain bernama Marwan yang menjudi jurutunjuk yang membawa saya berjumpa dengan orang-orang tempatan untuk saya rakam temuramah dengan mereka termasuk dapat melawat komplek penyiaran kebangsaan di Sana’a yang tidak dibuka untuk orang awam. Terdapat kereta kebal mengawal komplek ini.

Namun, olehsebab Marwan ada seorang kenalan yang bekerja di sini saya dapat juga masuk ke dalam komplek ini yang kelihatan seperti Angkasapuri di Kuala Lumpur.

Walaupun Yaman juga dikatakan terlibat dengan Kebangkitan Arab Bahagian Pertama dengan pihak pembangkan mahukan Presiden Ali Abdullah Salleh letak jawatan, tetapi seluruh negara ini kelihatan aman dan saya boleh pergi ke mana-mana.

Namun untuk pergi ke bandaraya lain, kami terpaksa mendapatkan pas kebenaran yang tidak sukar diperolehi dan dibeberapa tempat sepanjang perjalanan ada pos kawalan dimana pengawal atau askar tempatan akan minta tengok pas itu, sebelum membenarkan kami teruskan perjalanan.

Yaman terletak di paras yang agak tinggi dengan Bandaraya dan seluruh negara terletak di kawasan padang pasir.

Rumah-rumah lama masih tersergam indah dengan Bandaraya Lama Sana’a, kini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia, dengan mempunyai bangunan lima tingkat kedai perniagaan dan kediaman rumah yang telah kekal sejak ratusan tahun.

Di tengah-tengah bandaraya lama ini terdapat sebuah laluan jalan yang diguna sebagai terusan untuk mengalir air semasa musim hujan.

Di luar bandar pula pemandangannya berbeza dengan rumah-rumah batu terlekat pada tepi bukit curam seperti ia boleh runtuh. Tetapi rumah-rumah persendirian ini telah dibina ratusan tahun.

Yaman bukan sebuah negara dimana ramai orang dari Malaysia mahu datang untuk berziarah; hanya terdapat beberapa ratus pelajar Malaysia atau Melayu yang telah datang ke sini untuk belajar di universiti-universiti di Sana’a dan bandaraya utama lain.

Namun demikian sehingga kini tidak terdapat seorang graduan dari universiti di Yaman yang boleh dianggap sebagai menonjol dan maju dalam kehidupan yang tahu untuk mencari jalan untuk merapatkan perhubungan Malaysia dan Yaman.

Mereka sama seperti graduan Melayu yang telah belajar di negara Arab lain yang juga gagal untuk melakukan kerja ini dan itulah sebabnya kenapa sehingga kini perhubungan diantara Malaysia dan Dunia Arab tidak mesra at atau akrab.

Walaupun dalam bulan Mac, 2011 Kebangkitan Arab Bahagian I berlaku, tetapi di Sana’a dan dimana-mana saya pergi saya tidak dapat rasa ketegangan.

Ini disebabkan saya dan rakan-rakan di sini pergi ke mana-mana dengan diteman oleh orang tempatan dan dalam kenderaan.

Entah kenapa pelajar-pelajar Melayu di Yaman bertungkus-lumus mahu tinggalkan negara ini. Mungkin ini disebabkan mereka belajar di universiti terkemuka yang menjadi sasaran penunjuk perasaan dan pelajaran mereka terganggu olehsebab universiti mereka terpaksa ditutup.

Lain pula untuk orang lain seperti saya yang berada di sini khusus untuk menziarah dan lawat ke tempat-tempat bersejarah, yang tidak terganggu dengan kejadian tempatan.

Saya masih ada rakan tempatan di Sana’a tetapi tidak pula tahu apakah keadaan di sini kini sudah menjadi lebih teruk dari dalam bulan Mac, 2011, atau empat tahun dahulu, yang kemudiannya melihat perletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Salleh, yang tidak juga memberi keamanan di Yaman.

Kini Yaman lebih bergolak lebih-lebih dengan tindakan dari Arab Saudi yang melancarkan serangan udara di Sana’a dan beberapa bandar utama seperti Aden dan Taiz.

Dari berita yang dapat dilihat di televisyen dan media cetak saya dapat melihat betapa hancurnya Sana’a dan Yaman dari seraangan oleh Arab Saudi dan pihak Houthi yang mahu rampas balik kawasan yang mereka telah kuasai.

Kononnya, sebuah gencatan senjata berlaku hari Selasa, 12 Mei selama lima hari untuk membenarkan pihak disana salur bantuan kepada mereka yang terganggu dengan serangan udara oleh Arab Saudi dan beberapa negara sekutunya yang lain yang semuanya adalah dari negara Arab sendiri.

Ini yang amat menyedihkan.

Siapa yang sebenarnya untuk dari serangan dan kehancuran yang dapat dilihat di Yaman sekarang, kalau tidak Zionis Yahudi, yang menjadi-jadi mahu bina lebih banyak bangunan kediaman untuk menempatkan pendatang haram mereka di kawasan Palestin di Baitulmukaddis.

Tetapi apa yang orang lain boleh buat? Orang Palestin sendiri telah ‘menyerahkan’ Baitulmukaddis kepada Zionis dengan mengguna nama Jerusalem dan bukan Baitulmukaddis lagi?


Saya harap keadaan di Yaman akan pulih seperti sediakala, supaya negara ini bebas dari kehancuran dan serangan dari negara-negara Arab dan dari kalangan orang Yaman sendiri.

Tiada ulasan: