Mansor
Puteh mencipta sejarah akademik semasa masih belajar di Kajian Sebaran Am,
Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam yang kini dikenali dengan nama
Fakulti Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mendapat tempat untuk
menyambungkan pelajarannya diperingkat sarjana iaitu Masters of Fine Art in
Film Directing di Columbia University di Bandaaya New York untuk pengajian
bermula musik gugur, 1977.
Ia
adalah sebuah universiti Ivy League dan satu-satunya terletak disebuah
bandaraya utama di Amerika dan dunia, berbanding dengan universiti Ivy League
lain (Harvard, Princeton, Cornell, Yale, Brown, Darthmouth dan
University of
Pennsylgannia (UPenn) yang terletak di bandar kecil dan terpencil.
Malangnya,
Mansor tidak dapat menerima tawaran itu sebab pihak MARA ketika itu tolak
permohoannya untuk biasiswa, sebab pegawai Mara rasa pelajar ITM tidak layak
menyambungkan pelajarannya di universiti seperti itu.
MARA
telah menghina kejayaan Mansor dengan menolak permohonannya dan dengan rela
beri biasiswa penuh kepada pelajar lain untuk belajar di universiti kurang
berprestij dalam bidang yang kurang penting, berbanding dengan perfileman.
Dan
Mansor terpaksa bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu sebagai pemberita,
sebaik sahaja tamat pengajian dari ITM, iaitu di tempat dimana beliau pernah
buat latihan amali setahun sebelum itu semasa cuti semester.
‘Buat
latihan amali dan bekerja di Utusan Melayu, khususnya buka pemikiran saya sebab
saya buat liputan tentang pelbagai perkara,’ kata Mansor yang juga diberi tugas
untuk buat liputan Persidangan Umno dalam tahun 1977 bertempat di Dewan Bahasa
dan Pustaka dan tahun 1978 di Hotel Hilton, sebelum Menara Umno dan Pusat
Perniagaan Dunia Putra atau Putra World Trade Center (PWTC) dibina selepas itu
dimana semua persidangan Umno kini diadakan.
Mansor
yang berasal dari Melaka belajar di St. Francis’ Institution di Jalan Banda
Hilir kini Jalan Parameswara, kemudian melanjutkan pelajarannya di Tingkatan
Enam di sebuah sekolah swasta di Petaling Jaya sebelum menyambungkan pelajaran
di ITM.
‘Mungkin
ada sebabnya kenapa saya terpaksa bekerja di Utusan,’ sambung Mansor. ‘Sebab ia
adalah satu universiti lain, sama seperti Zam yang mengaku ia adalah
universitinya’.
Dan
semasa bekerja di Utusan juga Mansor berkenalan dengan menteri perusahaan awam
ketika itu, Datuk Mustapha Jabbar yang menunjukkan keperhatinannya terhadap
dileman yang dialami oleh Mansor, oleh sebab juga akannya, Kamal Mustapha
baharu sahaja balik dari belajar bidang perfileman di England.
Dan
akhirnya Mansor diberi sebuah pinjaman pelajaran MARA untuk membolehkan beliau
terima tawaran belajar untuk ijazah Masters of Fine Art in Film Directing di
Columbia University di Bandaraya New York dalam tahun 1978 setelah bekerja di
Utusan Melayu satu tahun.
Mansor
tertarik untuk belajar di bandaraya ini setelah dia diberi katelog syarikat
penerbangan Amerika iaitu PanAm oleh abang iparnya, Syed Abdullah Barakhbah
yang merupakan anak saudara Mak Engku (Tun Rodziah Barakhbah yang bersama
suaminya Tunku Abdul Rahman telah mengambilnya sebagai anak angkat) yang
berkahwin dengan kakaknya, Rokiah binti Puteh dalam bulan November, 1963, iaitu
dua bulan setelah Tunku mengumumkan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16
September tahun itu.
Syed
Abdullah menyertai rombongan rasmi Tunku melawat ke Kanada dimana Tunku
mendapatkan bantuan teknikal dari pakar di sana
untuk buka sebuah stesen televisyen di Malaysia yang kemudiannya dibuka di
Jalan Ampang sebelum ia berpindah ke Angkasapuri sehingga sekarang.
Rombongan
Tunku juga membuat lawatan rasmi ke Amerika dari Kanada dan dirai oleh Presiden
Lyndon Johnson di Rumah Putih dengan diberi jamuan makan dalam kediaman rasmi
presiden Amerika itu, selepas Tunku diterima dengan penuh hormat diperkarangan
bangunan ini.
Mansor
menyimpan harapan untuk akhirnya belajar di Bandaraya New York sekian lama
sehingga ia menjadi kenyataan yang sekaligus membenarnya mencipta sejarah
akademik ITM atau UiTM sebagai pelajar satu-satunya yang berjaya menyambungkan
pelajarannya di universiti Ivy League yang tidak mungkin diatasi oleh sebab
juga yuran pendidikan setiap tahun belajar di universiti ini sekitar RM150,000
setahun dengan ditambah pula adanya banyak universiti dan institut di Malaysia
yang memberi kursus perfileman.
Namun,
kejayaan Mansor tidak boleh dipertikai dan sehingga kini masih belum diatasi.
Hasratnya
untuk menerbit sebuah filem tesis untuk membolehkan beliau mendapat ijazahnya
dari Columbia
masih tidak tercapai, oleh sebab beliau tidak mendapat sokongan dari pihak yang
sepatutnya beri sokongan seperti itu.
Sebaliknya
beliau telah disaman di mahkamah tinggi oleh sebab ada pihak yang dengki dan
tidak mahu lihat Mansor mencapai kejayaan dengan juga mencipta sejarah dan
rekod akademik di Amerika dengan mempersembahkan filem ‘Malaysian Snow’ sebagai
tesis.
Walaupun beliau telah balik ke tanah air sejak Februari, 1982 dulu, tetapi pihak Columbia masih sudi menerima karya beliau, dan beliau telahpun berdaftar semula sebagai pelajar lanjutan sementara mereka tunggu filem ‘Malaysian Snow’ siap.
Filem
‘Malaysian Snow’ adalah tentang pengelaman sekumpulan pelajar Melayu dan
Malaysia di Universiti Nottingham di England, dan Mansor sudahpun ke kampus dan
Bandaraya Nottingham dalam tahun 2009 dan 2010 untuk mendapat sokongan dari
pihak universiti tersebut.
Dan filem ini ada peluang untuk mendapat tempat dalam banyak pesta filem dan ada kemungkinan besar merai anugarah Oscar, sebab ia adalah juga filem pelajar dan boleh terlibat dalam Student Academy Award, dan mendapat sambutan luas.
Dan filem ini ada peluang untuk mendapat tempat dalam banyak pesta filem dan ada kemungkinan besar merai anugarah Oscar, sebab ia adalah juga filem pelajar dan boleh terlibat dalam Student Academy Award, dan mendapat sambutan luas.
Selama
balik ke tanahair, Mansor telah menempa nama sebagai pengkritik utama di Malaysia
bercakap tentang filem di televisyen dan menulis untuk akhbar dan majalah dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris disamping menyertai banyak pesta filem antarabangsa
dan membentang kertas kerja.
Beliau
telah juga dijemput menjadi pemerhati pilihanraya Presiden Syria pada 3 Jun, 2013 lalu dan buat lawatan ke Syria pertama kali dan juga Yaman serta Iran untuk
merakam vidio untuk dokumentari yang beliau mahu terbit.
Dalam
bulan Februari, 1994, Mansor dijemput untuk membentang kertas kerja berjudul,
‘Muslim Cinema as an antithesis to Hollywood ’
di First International Muslim Filmmakers’ Conference.
Dan
semasa berada di Sana’a, Yaman, beliau menulis abstrak untuk ijazah kedoktoran
dalam bidang perfileman Muslim yang beliau harap untuk buat di Harvard atau
universiti seperti ini untuk membuat penyelidikan bagi Dunia Islam guna sinema
untuk tujuan merapatkan umat Islam seluruh dunia supaya ia tidak bergolak dan
dirosakkan oleh pihak tertentu.
Amerika dan barat telah dirapatkan dengan adanya
Sepatutnya
orang seperti Mansor dan rakan-rakannya yang juga mempunyai pendidikan formal
dalam bidang perfileman sudah lama dikerah untuk beri pandangan dan cadangan
untuk memajukan perusahaan filem khususnya oleh Finas dan Kementerian
Penerangan.
Tetapi ini tidak berlaku.
Tetapi ini tidak berlaku.
Masalahnya
ialah sejak Finas ditubuhkan ia dikuasai oleh golongan orang filem dari Jalan
Ampas.
Akhirnya
mereka juga tidak mendapat sebarang faedah dengan perusahaan filem yang lesu.
Kerajuaan
telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk majukan perusahaan filem dan
seni dengan memberi pelbagai kemudahan dan dana, tetapi hasilnya tidak ada.
Mana Oscarnya?
Filem
‘Malaysian Snow’ dengan latarbelakang pengarahnya boleh beri Malaysia
harapan untuk akhirnya mendapat anugerah ini.
Dekannya
Milos Forman menang Oscar untuk pengarah filem terbaik untuk filem ‘One flew
over the cuckoo’s nest’ dan ‘Amadeus’ sementara rakan sedarjahnya, Ron Nyswaner
mendapat pencalonan Oscar untuk skrip terbaik untuk filem ‘Philadelphia’.
Sebenarnya kalau perusahaan filem
Mansor
balik ke kampus Columbia dalam bulan April tahun lalu untuk mendekatkan dirinya
dengan universiti dan Bandaraya New York dan Amerika yang telah berinya
bermacam pengelaman dan ilmu pengetahuan dimana beliau juga bernasib baik sebab
mendapat rawatan untuk penyakit tumor pada kaki kirinya di sebuah hospital
terkemuka iaitu Memorial Sloan-Kettering Cancer Center di Pulau Manhattan yang
menyebabkan beliau terpaksa mengguna dua tongkat selama lima-belas tahun.
Perbelanjaan
dibiayai oleh insurans di universiti berjumlah US$80,000 ketika itu dan untuk
nilai sekarang ia boleh dianggar lebih RM1 juta.
Ini
menyebabkan beliau kini dianggap sebagai OKU, yang mempunyai lutut palsu atau
‘prothesis’, tetapi yang paling berpendidikan dan berpengelaman.
Namun ia
tidak menghalangnya untuk mengerjakan Umrah dalam pada bulan Januari, 1982
semasa beliau menggembara ke sepuluh buah negara dari New
York ke Malaysia .
Sehingga
kini Mansor sudah melawat 40 buah negara.
Mansor
juga kerap menderma darah dan telah menderma 433 kali sehingga kini untuk mencipta
rekod pengarah filem yang telah menderm darah seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan