Selasa, 2 Jun 2015

SARJANA (SCHOLAR) ATAU HANYA ‘PELAJAR PROFESIONAL’?

…BERAPA RAMAI DIKALANGAN PROFESOR DAN MEREKA BERGELAK DOKTOR YANG TELAH SANGGUP BERHUTANG UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN MEREKA DI LUAR NEGARA? RAMAI PEMENANG ANUGERAH NOBEL BUKAN PROFESOR TERMASUK ALBERT EINSTEIN.
Oleh Mansor Puteh


Ramai orang mengaku mereka sarjana atau pakar dalam pelbagai bidang.


Tetapi berapa kerat diantara mereka yang benar-benar pakar dan boleh dianggap sebagai sarjana atau ‘scholar’ yang boleh pergi ke mana-mana untuk bercakap dengan bijak dengan sarjana di sana?

Mana dia?

Ada pulak Majlis Profesor Negara (MPN) yang mempunyai hampir tiga ribu ahli dengan lebih dua ribu dikalangan profesor di IPTA dengan lain dari IPTS.

Dan ada ribuan lain yang bergelak profesor madya. Apa itu profesor madya?

Dan yang peliknya ialah mereka itu sering muncul dalam rancangan bicara di televisyen dan kadang-kadang dikhalayak ramai bercakap dalam forum yang sememangnya bukan ruang untuk sarjana untuk bercakap dan berhujah.

Hanya di Malaysia sahaja sarjana seperti itu mahu tonjolkan muka dan kemukakan pandangan dan pendapat yang begitu umum seperti mereka menyertai acara pertandingan berpidato dan bakat lain, yang banyak disiar di televisyen swasta.

Sarjana sebenar dan tulen tidak mahu bercakap secara umum; mereka lebih suka bertindak dengan senyap.

Dan mereka jarang ke mana-mana berpakaian kot seperti pengurus sebuah syarikat.

Sarjana berpakaian biasa dan bergaul dengan orang awam dan orang yang menjadi sasaran pengajian mereka.

Dan mereka keluarkan penyelidikan dan pengajian mereka untuk diberi kepada pihak tertentu.

Di Malaysia sarjana biasanya pensyarah universiti awam atau swasta dan ada menjadi naib-chanselor.

Naib-chanselor universiti di Malaysia yang paling menonjol dikhalayak ramai berbanding dengan naib-chanselor di Amerika dan negara maju lain yang hidup sendiri dan jarang tunjukkan muka di khalayak ramai.

Mereka juga jarang atau hampir tidak buat ucapan di dalam maupun luar kampus.

Dan mereka pula tidak sepertinya orang yang mempunyai ijazah kedoktoran, seperti di Malaysia bila mereka dimestikan mempunyai ijazah diperingkat ini.

Di Amerika naib-chanselor bukan sarjana, pada biasanya; mereka adalah pentabdir.

Jadi tidak hairan kalau seorang naib-chanselor atau presiden Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts merupakan seorang pakar ekonomi yang hanya memilikki ijazah sarjana dalam bidang ini.

Dan selama dia memegang jawatan itu dia hampir tidak muncul dikhalayak ramai. Dia juga tidak gila publisiti untuk tunjuk dia berjasa dan tahu buat kerja seorang presiden universiti seperti itu yang boleh dianggap paling ulung di Amerika dan juga di dunia.

Di Malaysia, hampir semua profesor terdiri dari pensyarah yang telah diberi biasiswa penuh untuk membolehkan mereka lanjutkan pelajaran diperingkat sarjana dan kemudian kedoktoran khusus untuk membolehkan mereka mengambil jawatan yang lebih tinggi.

Jadi akhirnya mereka bukan sarjana yang mahu menimba ilmu untuk jadi bijak-pandai; tetapi untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dengan pendapatan juga tinggi.

Olehsebab itu tidak ramai dari mereka yang sanggup untuk menyambungkan pelajaran mereka di universiti terkemuka di Amerika dan dunia semata-mata untuk membolehkan mereka mendapat manfaat sebaiknya selama mereka belajar di universiti tersebut.

Akhirnya apa yang berlaku ialah mereka hanya mahu pergi ke universiti biasa dan buat pengajian biasa untuk lulus dan balik dan dapat jawatan dan gaji lebih tinggi dari dulu.

Itulah sebabnya tidak ramai dikalangan profesor dan mereka yang mempunyai ijzah kedoktoran yang boleh dikenali dengan bidang penyelidikan dan tesis yang mereka telah hasilkan.

Mereka hanya profesor atau ‘doktor’ dalam bidang yang umum.

Ini amat mengeciwakan sama-sekali.

Dan berapa ramai diantara mereka itu sanggup berhutang untuk sambungkan pelajaran mereka di luar negara?

Berbeza dengan pensyarah dan profesor di universiti di negara lain khususnya di Amerika dan Britain yang tidak menonjol dan ada perasaan bangga diri.

Profesor dan pensyarah di universiti di Malaysia rasa mereka penting.

Pensyarah di Amerika tidak perlu ada jawatan diperingkat profesor, tetapi mereka masih boleh membuat penyelidikan dengan senyap sehinggakan ada yang menang anugerah kebangsaan dan antarabangsa termasuk Anugerah Nobel.

Malah di Amerika profesor adalah nama jawatan dan bukannya kedudukan atau pangkat. Semua pensyarah dipanggil profesor.

Di Malaysia dan negara kurang maju, profesor dan juga profesor madya atau ‘associate professor’ sering dianggap sebagai pangkat dan orang akan gunanya di hadapan nama.

Dan tidak hairan juga Albert Einstein yang berkubu di Universiti Princeton tidak dipanggil atau diberi gelaran profesor.

Dan tidak semestinya orang yang ada gelaran profesor itu lebih pandai dari orang lain yang tidak ada gelaran seperti itu.

Mana ada profesor yang telah menang anugerah Oscar untuk pengarahan filem terbaik dan penulisan skrip terbaik?

Hanya di Malaysia sahaja ada kumpulan seperti MPN. Tujuannya ialah untuk mengumpulkan kesemua orang yang bergelar profesor masuk ke dalam sebuah persatuan dan dengan ini mereka boleh rasa penting.

Namun sejak ia ditubuhkan apa sahaja yang mereka telah kemukakan kepada kerajaan untuk bertindak?

Apa sahaja kesan yang mereka bawa kepada pentadbiran dan kehidupan seharian rakyat Malaysia?

Pendapat yang mereka telah keluarkan di media hanya untuk promosi MPN dan ahli berkenaan dengan ada yang diberi gelaran ketua kluster itu dan ini.

Di mana mereka belajar untuk berbuat semua ini?

Dan senarai nama-nama profesor yang terdapat dalam laman web rasmi mereka tidak menunjukkan yang mereka itu hebat dalam bidang pendidikan.

Nama-nama orang yang bergelar profesor tidak pula dinyata apa penyelidikan yang mereka telah lakukan; hanya sekadar dengan bidang yang mereka ceburi seperti ‘komunikasi’ dan ‘industri kreatif’ dan sebagainya.

Ini menunjukkan mereka sendiri tidak tahu apa itu pengkhusysan dalam bidang pendidikan yang memastikan seseorang profesor dan doktor itu adalah pakar dalam bidang yang khusus dan bukan sekadar seorang yang mempunyai ijazah kedoktoran dan mendapat gelaran profesor.

Yang bagusnya ialah universiti di Amerika tidak beri biasiswa atau sokongan kewangan untuk membolehkan pensyarah mereka melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat sarjana dan kemudian kedoktoran.

Mereka membuatnya dengan masa dan punca kewangan sendiri.

Dan lebih menghairankan ialah ramai pensyarah di universiti di Amerika tidak mempunyai ijazah sarjana; mereka hanya mempunyai ijazah sarjana sehinggalah mereka tamat bekerja di universiti atau bersara.

Di Malaysia semua pensyarah dipastikan mempunyai ijazah kedoktoran untuk mereka mendapat pangkat dan gaji yang lebih tinggi; dan semua dekan mesti mempunyai ijazah diperingkat ini.

Ini bukan caranya yang dilakukan di Amerika tetapi hanya di Malaysia.

Dan kalau pensyarah tidak diberi biasiswa atau dana mereka tidak akan mahu berpinjam untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negeri.


Mungkin juga mereka tidak akan sanggup membuat ijazah lanjutan diperingkat kedoktoran di universiti tempatan.  

Tiada ulasan: