Oleh
Mansor Puteh
Gunung
Kinabalu, gunung tertinggi di Tenggara Asia ;
ia menarik ramai orang yang mahu mendakinya sebab ia bukanlah sesuatu kerja
yang sukar dilakukan; malah ia kini boleh dianggap sebagai sebuah kegiatan
riadah dari penggembaraan yang rumit.
Biasanya
orang yang mahu mendaki gunung ini akan mahu melakukannya untuk kepuasan
sendiri; ia bukan lagi sesuatu yang orang boleh rasa bangga melakukan dan
mengheboh-hebohkannya, sekadar untuk berkongsi pengelaman dengan rakan sendiri.
Ia bukan
lagi berita yang boleh disiar dalam akhar atau media hanya sekadar di laman
social dan blog.
Dan
baru-baru ini gunung ini mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang melanda
Ranau di Sabah yang memaksa pihak berkuasa berhentikan kegiatan mendaki Gunung
Kinabalu buat sementara waktu sehingga keadaaan bertambah baik.
Ini mungkin
akan mengambil masa yang agak panjang sebab masih terdapat gegaran susulan dari
gempa bumi berskala 7.9 yang telahpun mengakibatkan kematian puluhan orang.
Ini
berlaku tidak lama selepas gempa bumi di Kathmandu di Nepal yang telah
menyebabkan kematian lebih sembilan ribu orang dengan kerosakan kepada rumah
dan bangunan dengan dahsyat sekali.
Dan kebetulan pula tidak lama sebelum kejadian ini ada sekumpulan orang pendaki asing dari Eropah dan tempatan telah berjaya menawan puncak gunung ini dan berbeza dengan pendaki lain, mereka buat keputusan untuk berbogel.
Mungkin
mereka mahu mendaki gunung ini bukan semata-mata untuk menjejak puncaknya
tetapi lebih dari itu untuk berbogel, sama seperti orang lain yang telah
berbogel dibeberapa tempat lain di seluruh dunia khususnya di barat.
Saya
terlihat seorang lelaki Inggeris yang menanggalkan pakaiannya di Medan
Trafalgar di London dengan seorang rakannya merakam gambarnya.
Tetapi perbuatan ini tidak dianggap sebagai satu jenayah di
Lelaki
yang berbogel itu pakai pakaianya dan kedua mereka beredar dari situ.
Terdapat banyak poskad yang dijual di
Tetapi
empat pendaki Gunung Kinabalu yang berbogel itu tidak bernasib baik; mereka
telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Kalau
mereka tidak diambil tindakan sudah pasti perbuatan berbogel boleh menjadi
amalan untuk pendaki gunung ini di masa hadapan.
Mungkin
mereka boleh ke Pantai Kuta di Bali dan berbogel di sana
dan mereka tidak akan menarik perhatian orang awam atau polis di sana sebab berbogel adalah sesuatu yang biasa untuk
masyarakat Bali sejak dulu.
Jadi keempat
pendaki Gunung Kinabalu yang bertindak untuk menanggalkan pakaian mereka telah
diberkas dan dihadapkan di mahkamah. Mereka adalah orang dari Eropah atau
barat.
Dan
sebelum ini sekumpulan orang Cina, lelaki dan perempuan termasuk beberapa orang
India atau Myanmar telah
turut diambil tindakan apabila vidio mereka berbogel di atas pantai di Pulau
Pinang telah menimbulkan kontroversi.
Tetapi
kenapa sepasangan lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti keturunan Cina
yang telah dirakam dengan vidio melakukan perbuatan perhubungan jenis di
verandah apartment mereka di Bangsar South pula tidak diambil tindakan?
Mereka
melakukannya tidak jauh dari Masjid Bangsar yang berhampiran dengan Angkasapuri
dan dengan terang-terang pada siang hari seperti mereka mahu orang lain tonton
dan juga rakam.
Kenapa
mereka tidak diambil tindakan dengan ramai orang berkata ia adalah satu
kesalahan untuk orang yang merakam vidio perbuatan mereka untuk dimuaturunkan
ke Youtube dengan orang yang berkongsi vidio tersebut pula yang boleh diambil
tindakan?
Ini amat
pelik.
Bandingkan
perbuatan seorang yang berbogel di pantai dan di tempat tersorok dan empat
orang putih yang berbogel di Gunung Kinabalu, perbuatan pasangan di bangunan apartment itu boleh
dianggap lebih teruk.
Ia sama
teruk dengan perbuatan seorang lelaki yang mirip wajah seorang pemimpin parti
politik kerajaan dan kemudian pembangkang yang dikatakan telah membuat
perhubungan jenis dengan seorang perempuan yang kelihatan seperti orang Cina
atau Siam .
Vidio
ini telah dirakam oleh orang yang tahu dengan kejadian itu dan orang yang
terdapat dalam rakaman itu.
Dan
vidio itu telah pula ditayang pada khalayak pilihan untuk tujuan menjadikannya
satu konroversi.
Tetapi malangnya, lelaki dan juga perempuan dalam vidio itu sehingga kini tidak diambil tindakan sedangkan apa yang mereka telah melakukan itu lebih teruk dan mencabar dari perbuatan orang yang berbogel di pantai yang tersorok atau di Gunung Kinabalu.
Yang
menyebabkan kumpulan orang yang ditahan berbogel di pantai di Pulau Pinang
ialah olehsebab vidio mereka berbogel telah pula disiar dalam vidio di
Internet; ini yang membuat mereka ditahan dan dituduh.
Sebaliknya
tiga orang yang telah menganjurkan tayangan vidio tersebut pula yang telah
diambil tindakan dengan mereka didenda oleh mahkamah sedangkan perbuatan mereka
boleh dianggap sebagai tersorok dan tidak dilakukan dikhalayak yang lebih luas
dan tidak pula dekat dengan masjid.
Adakah
perbuatan berbogel di Gunung Kinabalu melanggar adat tempatan di Sabah?
Kalau ia
tidak melanggar sebarang adat masyarakat Sabah ,
jadi perbuatan empat pembogel itu boleh dianggap tidak salah.
Mungkin
di Sarawak ia tidak dianggap sebagai sesuatu yang lucah atau memalukan
olehsebab kaum asli Sarawak yang tinggal di
kawasan pendalaman sering berbogel dengan perempuan mendedahkan dada mereka.
Tetapi
perbuatan ini tidak lagi dilakukan dan tarian kesenian lama mereka juga tidak
menunjukkan wanita-wanita yang mendedah dada. Masa sudah berubah.
Dan
masyarakat di Bali juga kini sudah dapat
menerima hakikat bahawa perbuatan berbogel dan wanita mendedahkan dada tidak
menjadi amalan biasa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan