Ahad, 14 Jun 2015

ADAKAH SELANGOR DARUL EHSAN NEGERI YANG PALING KOTOR DI MALAYSIA?

…BERITA TENTANG KEKOTORAN KAWASAN DI SELANGOR TIDAK AKAN DILAPORKAN OLEH MEDIA OLEHSEBAB KEBANYAKANNYA ADALAH DI KAWASAN CINA YANG KURANG BERPENDIDIKAN DAN BERLATARBELAKANGKAN SEKOLAH VERNAKULAR MANDARIN.
Oleh Mansor Puteh


Di negeri mana di Malaysia dimana terdapat orang buang sampah dimerata tempat dan mengambil kawasan letak kereta untuk meletakkan kerusi-meja untuk pelanggan restoran dan tanah depan dan tepi restoran dirampas untuk membesarkan kawasan restoran, dan barang-barang besi dan tembaga dari kemudahan awam dicuri dengan secara terbuka dengan orang menampal pelekat kertas dan menggantung sepanduk iklan di pokok dan kemudahan awam?


Dan pihak berkuasa dan kerajaan negeri berkenaan tidak ambil peduli?

Jawabnya ialah: SELANGOR DARUL IHSAN.

Dan lebih malangnya ialah tidak seorang ahili dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari :Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional telah membincangkan tentang perkara atau masalah ini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga kini sebab kepada mereka ia bukan sesuatu yang penting.

Dengan ADUN Pakatan asyik dengan diri sendiri dan politik kepartian sahaja.

Yang amat menyedihkan samasekali ialah tidak seorang ADUN Pakatan dianggap sebagai penting oleh orang yang telah mengundi mereka dalam kedua pilihanraya umum yang lalu walaupun mereka sanggup beri undi mereka kepada calon Pakatan, tetapi mereka seperti tidak mahu tahu yang mereka buat kerja atau sanggup melakukan sesuatu untuk mereka.

Selangor Darul Ihsan dikatakan negeri yang paling maju di Malaysia tetapi Selangor Darul Ehsan boleh dituduh sebagai negeri yang paling kotor sekali di Malaysia sekarang.

Tetapi apakah rakyatnya berbudaya dan mengamali ugama masing-masing?

Kalau tidak kenapa negeri ini boleh diberi gelaran Negeri Yang Paling Kotor diseluruh negara?

Mungkin pihak berkenaan harus mengadakan suatu pertandingan untuk mengenalpasti negeri mana yang paling bersih dan negeri mana yang paling kotor.

Kalau ini dapat dilakukan, Selangor Darul Ehsan akan menang hadiah untuk negeri yang paling kotor dan busuk dengan terdapat banyak kawasan diseluruh negeri yang kotor dengan lampu jalan dicuri dan jalanraya berlubang serta sampah dibuang dimerata tempat dan tempat letak kereta dijadikan kawasan untuk gerai dan restoran.

Dan terdapat banyak gerai yang dibuka di tepi jalan secara haram.

Lebih teruk dari itu terdapat pembakaran sampah di kawasan perumahan dan kawasan awam serta kampung seperti di Hulu Langat.

Dan negeri yang paling bersih sudah pasti Johor dan Melaka dan mungkin juga negeri-negeri lain yang bersih dan tidak seteruk berbanding dengan Selangor.

Jadi apa sahaja yang boleh dibanggakan oleh Menteri Besar dan ahli exxonya serta ADUN atau ahli dewan negeri yang beria-ia mahu bertanding dalam pilihanraya dan menang sedangkan mereka tidak tahu untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab sendiri, untuk menjaga kawasan yang tidaklah begitu besar.

Mungkin ada mereka yang tidak kenal dengan kawasan sendiri.

Mereka asyik mahu jadi orang politik tetapi tidak tahu menjelankan tugas yang begitu sedikit dan mudah.

Salahkan siapa? Menteri Besar dan ahlii exco?

Menteri Besar Selangor juga boleh disalahkan sebab dia tidak tahu bagaimana dia boleh jadi menteri besar dan tanggung jawab yang diberi.

Olehsebab itu dia tidak mengharapkan ahli exco dan ADUN dibawahnya untuk memberi laporan dan taklimat tentang apa yang mereka telah lakukan di kawasan masing-masing.

Dan Sultan Selangor juga tidak diberi taklimat dan laporan selengkapnya mengenai perkara ini; mungkin laporan dan taklimat yang diberi oleh menteri besar dan pegawai berkenaan adalah hanya untuk mengaburkan mata Raja sahaja.

Negeri Selangor telahpun menjadi negeri paling kotor di seluruh negara sekarang. Dan pengiktirafan ini mesti dirasmikan untuk menggerakkan Sultan untuk ambil tindakan segera sebab keadaan di negeri Baginda amat memalukan Baginda dan kerabat Baginda sendiri.

Jangan supaya ia menjadi bahan gelak-tertawa orang awam di tempat lain di Selangor yang bersih dan teratur, dan oleh mereka dari negeri-negeri lain termasuk pemimpin di negeri berkenaan yang pandai menjaga negeri sedangkan mereka di Selangor tidak.

Berita tentang kekotoran dibanyak kawasan di Selangor dan kejadian jenayah leceh tidak akan mendapat liputan di media khususnya yang dikuasai oleh Cina dan India sebab yang melakukannya dan tempat yang paling kotor sebenarnya adalah di kawasan Cina.

Dan kejadian pencurian besi dan dawai boleh disalahkan kepada orang India.

Tetapi kalau ada orang Cina atau India yang kononnya diperlekehkan oleh pegawai kerajaan yang rata-rata keturunan Melayu, ia akan menjadi berita muka depan seperti kejadian dimana seorang wanita Cina yang memakai skirt pendek yang telah disuruh oleh seorang pengawal agensi kerajaan untuk memakai kain, yang menjadi berita hangat.

Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri Selangor ialah mereka anggap pembangunan negeri dari segi ekonomi lebih utama dan satu-satunya usaha yang mereka mahu lakukan; tetapi dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PKR) yang ada sekarang, ia adalah ihsan dari kejayaan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional dan PKR hanya berjaya rampas tampok kerajaan negeri ini sahaja.

Sejak PKR mentadbir negeri Selangor dari Mac 2008 dulu, mereka langsung tidak menunjukkan sebarang penambahan kepada negeri ini dari semua segi.

Mereka hanya dapat dilihat menguasai bangunan kerajaan negeri di Shahalam dan tidak hati pengundi yang telah pilih mereka dalam tahun itu dan dalam tahun 2013.

Dan menteri besar mereka, Khalid Ibrahim dan sekarang Azmin Ali pula tidak pernah bercakap tentang perlunya Selangor menjadi sebuah negeri yang paling bersih dan kemas di seluruh negara.

Mereka juga tidak turun padang dan heret ahli exco dan ADUN untuk berusaha membersihkan kawasan yang kotor.

Mereka biarkan kawasan yang kotor terus menjadi kotor; dan kawasan yang tidak teratur terus dibiarkan tidak teratur.

Olehsebab itu Selangor sah boleh digelar Negeri Paling Kotor Seluruh Malaysia.

Dan yang membuat mereka rasa selesa ialah perkara ini tidak dianggap sebagai masalah besar untuk kerajaan PKR Selangor tangani, sebab media yang dikuasai oleh Barisan juga tidak sedar yang ia adalah sesuatu yang mereka boleh guna untuk membuktikan kerajaan PKR Selangor tidak berbuat apa-apa untuk membersihkan seluruh negeri ini supaya ia menjadi paling bersih seluruh negara.

Jadi apa yang boleh dibanggakan oleh kerajaan PKR Selangor dengan ia mentadbir negeri ini sejak pilihanraya ke-dua-belas Mac, 2008 dahulu sehingga sekarang?

Tidak ada apa.

Sebabnya pengundi yang beri undi mereka kepada calon PKR hanya mahu tolak calon yang dikemukakan oleh Barisan; dan pilihanraya umum kedua yang telah diadakan bukanlah sebuah pilihanraya umum tetapi lebih seperti sebuah pungutan suara atau ‘national referendum’ untuk pengundi tolak calon dari Barisan yang mereka tidak suka walaupun mereka dipilih menjawatan dalam parti komponan Barisan.

Sampai bilakah masalah kekotoran di Selangor Darul Ihsan akan dapat diselesaikan oleh kerajaan PKR Selangor?







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Brauchen Sie ein Darlehen. Wir sind legitim und garantieren Darlehen Kreditgeber. Wir sind ein Unternehmen mit finanzieller Unterstützung. Wir leihen Mittel an Einzelpersonen, die finanzielle Unterstützung benötigen, die eine schlechte Gutschrift haben oder Geld benötigen, um Rechnungen zu zahlen, um auf Geschäft zu investieren. Ich möchte dieses Medium verwenden, um Ihnen mitzuteilen, dass wir eine zuverlässige Begünstigte unterstützen, da wir Ihnen gerne ein Darlehen anbieten werden. Kontaktieren Sie uns per Email: hmloans2@gmail.com

Dienstleistungen Rendered gehören

*Schuldenkonsolidierung
* Business Darlehen
*Persönliche Darlehen.
* Auto Darlehen
* Miete und Haus Darlehen

Schreiben Sie zurück, wenn Sie mit unserem Zinssatz von 4% jährlich interessiert sind. Kontaktieren Sie uns per Email: hmloans2@gmail.com

Bitte beachten Sie: Alle interessierten Einzelpersonen müssen eine Nachricht an unsere E-Mail senden für dringende Antwort und Details, um ein Darlehen zu erhalten.

Freundliche Grüße.
E-Mail: hmloans2@gmail.com
+15175650123