Sabtu, 20 Jun 2015

LEBIH TUJUH DEKAD ZIONIS BERMAHARAJA-LELA DI BUMI PALESTIN, TETAPI PEMIMPIN ISLAM MASIH BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DAN DUNIA ISLAM MASIH BERPECAH.

…MEREKA LANGSUNG TIDAK DAPAT SEBARANG IKTIBAR DARI PENAKLUKAN BUMI ISLAM OLEH ZIONIS.
Oleh Mansor Puteh


Atau apakah tajuk tulisan ini boleh ditulis seperti ini: Tujuh dekad pemimpin Palestin dan Arab bodoh?


Mereka sememangnya bodoh dan bukannya si Zionis yang pandai.

Jadi siapa yang pandai; siapa yang bodoh dalam hal ini? Zionis yang pandai? Tetapi mereka guna cara yang bodoh.

Cuma pemimpin Palestin dan Arab serta Islam lain yang tidak tahu guna cara yang lebih pandai dan tidak cara yang lebih bodoh.

Olehsebab itu Palestin masih dibawah telunjuk Zionis dan Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang rata-rata sebuah agensi dunia yang berpihak kepada Zionis; jadi apa sahaja yang mereka mahukan, mereka dapat dan segala kekejaman yang mereka lakukan tidak dianggap sebagai kekejaman.

Yang lebih bodoh ialah Pertubuhan Negara-Negara Islam atau Organization of Islamic Cooperation (OIC) yang mempunyai nama yang menggelirukan; sebab mana ada kerjasama diantara negara-negara Arab dan Islam sehingga kini sejak ia ditubuhkan?

Pemimpin negara-negara Islam hanya tahu berkumpul setiap dua tahun untuk bercakap kosong tanpa mendatangkan sebarang faeda.

Ini disebabkan bahawa mereka bukan pakar; mereka hanya ada kuasa tetapi mereka tidak tahu guna kuasa yang mereka diberi oleh rakyat dengan sebaiknya sebab mereka mahu tonjolkan diri sendiri dan juga isteri mereka.

Semasa mereka duduk berbincang dan berlagak penting, ramai rakyat Palestin dibunuh oleh Zionis dengan PBB dan Amerika toleh ke arah lain dan pura-pura bersimpati dengan Palestin dan mahu gesa Zionis hentikan kekejaman dan balik ke meja rundingan.

Jadi akhirnya keadaan di negara-negara Arab bertambah teruk dengan beberapa buah negara Arab musnah dengan percakaran yang dilakukan oleh agen Zionis dan CIA serta sokongan oleh PBB secara tidak langsung.

Kalau orang dan pemimpin Palestin dan Arab pandai, lama dulu mereka sudah dapat cara yang lebih mudah dan baik untuk rampas balik seluruh tanah Palestin dan usirkan Zionis dari negara mereka yang mereka panggil Israel.

Kalau Arab bersatu dan mereka boleh guna akal yang baik, mereka boleh berjaya. Tetapi mereka tidak pandai guna otak; mereka juga tidak pandai guna nasihat dan panduan yang terdapat dalam Al-Koran.

Mereka tidak endahkan Islam; mereka tidak tahu kenapa negara Zionis-Yahudi-Israel itu mesti ditubuhkan.

Olehsebab itu mereka tidak dapat sebarang faedah dan pelajaran darinya.

Mereka hanya tahu untuk bertindak dengan mengguna perasaan dan tidak mengguna otak.

Bodohkah sangat pemimpin Arab dan Islam seluruh dunia tidak tahu apa yang menyebabkan negara mereka mundur dan rakyat mereka diserang dengan ramai orang Arab yang terkorban sejak Zionis bermaharaja-lela lebih tujuh dekad dahulu?

Apa yang membuat ramai pemimpin Arab asyik dengan kekayaan yang mereka telah berjaya memperoleh dari minyak yang didapati dari dalam tanah negara mereka sehinggakan mereka taksub dengan diri sendiri dan lalai untuk menjaga ketenteraman dan keamanan diseluruh Dunia Arab.

Tidakkan orang Zionis yang tidak begitu ramai boleh membuat angkara dan terlepas dari tuduhan dan tindakan polis dunia yang rata-rata berpihak kepada mereka dengan ramai pemimpin Arab terpedaya dengan dakyah mereka?

Itu yang mereka mahukan, orang Arab dan Islam lain bertelagah sesama sendiri.

Zionis tahu dan sedar lama dulu kalau Arab dan orang Islam bersatu, mereka tidak akan dapat kekal lama di bumi Palestin walaupun mendapat sokongan padu dari Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jadi satu cara mereka guna untuk kekalkan kedudukan mereka di tanah Palestin ialah dengan mencari jalan halus untuk menceroboh masuk ke dalam negara Arab dan buat angkara, supaya orang Arab tidak akan terfikir yang mereka bertelagah itu sebab masalah mereka sendiri.

Saddam Hussein juga tidak sedar tentang perbuatan licik Zionis, CIA dan Mossad sama seperti Muamar Ghadaffy, yang akhirnya tumpas ditangan mereka.

Saddam dan Ghaddafy tidak tumpas ditangan rakyat mereka sendiri tetapi oleh sebab angkara Zionis, CIA dan Mossad yang telah lama mengorak langkah untuk menjatuhkan mereka.

Tujuan mereka mahu kedua-dua pemimpin Arab ini jatuh ialah untuk memastikan Zionis tidak dapat tentangan dari negara Arab yang mahu mereka pimpin.

Tetapi oleh sebab kelicikan Zionis, CIA dan Mossad, mereka tumpas akhirnya.

Namun Zionis masih tidak dapat mendabik dada dan hidup dengan tenang dan aman di tanah yang dirampas dari Palestin.

Zionis, CIA dan Mossad tahu dimana terletaknya kelemahan orang Arab khususnya pemimpin mereka yang rakus dengan kuasa dengan anak-anak lelaki mereka suka berlagak.

Dan mereka guna kelemahan ini untuk menyebabkan mereka menjadi lebih angkuh sehinggakan mereka dapat berbuat apa sahaja kepada negara mereka untuk membuat rakyat memberontak.

Memang, pemimpin dunia Islam terlalu pentingkan diri sendiri. Mereka tidak tahu belajar dari pergolakan yang berlaku di Timur Tengah khususnya kepada bumi Palestin dan mendapat munafaat darinya.

Mereka terus berbalah dan dunia islam terus berpecah. Merekalah yang bodoh dan bukan Zionis yang pandai.

Yang lebih bodohnya pemimpin Arab khususnya ialah mereka mahu tunjuk dan guna cara yang lebih atau sama bodoh yang diguna oleh Zionis yang hanya boleh hidup kalau orang lain tiru mereka dan mahu hancurkan mereka dengan mengguna kekerasan walaupun mereka rasa mereka ada hak untuk bertindak untuk merampas tanah mereka sendiri.

Jadi setelah lebih tujuh dekad Palestin masih berada di bawah kawalan kuasa Zionis sehinggakan orang Palestin sendiri terpaksa akur kepada segala yang Zionis lakukan sehinggakan Zionis boleh hapus sesiapa orang Palestin termasuk pemimpin utama mereka, dengan apa carapun dengan Palestin dan masyarakat Arab dan Islam lain tidak mampu bertindak.

Inilah bodohnya si pemimpin Arab yang tidak pandai walaupun mereka telah lebih lama menerima Islam dan Al-Koran pula ditulis dalam bahasa mereka, namun, mereka masih tidak faham apa yang terkandung dalamnya selain dari pandai membacanya.

Berapa banyak dekad lagi orang Palestin dan Arab mahu sebelum mereka sedar tentang kebodohan mereka sendiri?

Tujuh dekad lagi?

Menjelang itu, semua tanah Palestin yang ada sudahpun dirampas oleh Zionis dan orang Palestin dan pemimpin mereka masih mahu bercakaran dan pemimpin Islam bukan-Arab lain masih terpingga-pingga tidak tahu bagaimana mereka boleh bantu orang Arab.

Inilah sialnya pemimpin Arab yang bebal tentang ugama Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya.

Bukti kebebalan mereka dapat dihat apabila mereka senantiasa dilaga-lagakan untuk bercakaran sesama sendiri.

Dan sekarang Hezbollah pula yang mahu tentang Negara Islam atau ISIL. Siapa yang mendapat faedah dari perbalahan ini? Zionis!





Tiada ulasan: