Selasa, 9 Jun 2015

87,000 PESALAH TRAFIK TIDAK DAPAT DISAMAN OLEHSEBAB MEREKA MEROSAKKAN PLET PENDAFTARAN KENDERAAN MEREKA.

…ADAKAH INI CARA YANG BERKESAN UNTUK MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN TERMASUK JENAYAH TANPA DAPAT DIKESAN OLEH PIHAK BERKUASA DAN ORANG AWAM YANG TOLAK UNDANG-UNDANG?
Oleh Mansor Puteh



Tentu sekali banyak mereka yang melakukan jenayah kecil dan juga besar tidak dapat dikesan olehsebab mereka tahu pihak berkuasa tidak boleh kesan mereka sebab mereka mengguna kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran yang salah atau yang sengaja dirosakkan atau juga yang dibuangkan samasekali.


Jadi tidak hairan kalau ada orang yang berani memandu kenderaan mereka pergi ke mana-mana tanpa mempunyai plet pendaftaran kenderaan.

Dan ada juga yang lebih berani dengan memandu kenderaan mereka tanpa mempunyai insurans dan juga cukai jalan.

Dan kalau ada sekatan di jalan, mereka akan berhenti jauh di belakang sehingga pegawai berkuasa berhenti mengawal jalan.

Ada ramai lain yang buat lencongan di simpang jalan terdekat.

Jadi mereka yang ditahan oleh pegawai JPJ atau polis hanya terdiri dari mereka yang tidak bernasib baik sahaja.

Namun jumlah mereka yang akhirnya ditahan masih besar. Jadi bayangkan kalau semua lain ditahan, jumlahnya akan mencecah sepuluh hingga dua-puluh kali ganda.

Namum masalah yang dilakukan oleh pesalah trafik dan penjenayah itu tidak akan diselesaikan dengan pihak berkuasa menahan mereka, sebab ia bukan masalah punca, tetapi lanjutan dari tindakan yang kurang memuaskan dari pihak berkuasa.

Dan kalau pemilik kenderaan masih boleh bermaharaja-lela mengguna kenderaan mereka dengan mempunyai plet pendaftaran kenderaan yang salah atau sudah dirosakkan, jadi kesannya ialah jenayah kecil dan besar serta kesalahan trafik berulang akan terus diulangkan setiap hari.

Kononnya, kesalah trafik utama ialah RLR atau ‘red light running’ yang bermakna banyak pemandu kenderaan tidak berhenti apabila lampu trafik tukar ke merah.

Dan ramai lain berhenti di dalam kotak kuning; tetapi mereka tidak dikenakan saman. Kebanyakan mereka terdiri dari penunggang motosikal kecil.

Ini mungkin merupakan satu masalah psikologi dari jenayah atau kesalah trafik. Sebabnya orang ramai tidak didik untuk mengguna jalanraya dengan sebaiknya.

Olehsebab itu mereka cuai dan tidak patuh kepada undang-undang jalanraya.

Di negara maju termasuk dan terutamanya di Jepun orang mematuhi undang-undang jalanraya sebab mereka percaya dengannya.

Dan orang akan mematuhinya sebab mereka sendiri tahu ia adalah baik untuk mereka sendiri dan orang awam lain.

Jadi mereka tidak perlu pengawasan.

Di Malaysia orang awam marahkan pihak berkuasa sebab tidak ambil tindakan terhadap pesalah trafik yang tidak mematuhi undang-undang, sedangkan ia adalah tanggung jawab mereka juga dan sendiri.

Jadi ramai pengguna jalanraya tidak akan mematuh undang-undang kalau pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka atau kehadiran mereka tidak kelihatan di tepi jalan.

Sama juga dengan kerja membuang sampah yang dibuat dimerata tempat olehsebab orang yang melakukannya tahu mereka tidak akan disaman, sebab tidak ada pegawai berkenaan yang bertugas di tempat itu.

Olehsebab itu terdapat ramai orang membakar sampah di dalam kawasan perumahan dengan asap tebal terbang ke udara tanpa sebarang tindakan diambil.

Peguam Negara mengumumkan bahawa terdapat 1.6 pesalah trafik yang telah diberi saman menerusi sistem AES tetapi mereka tidak dapat diambil tindakan sehingga kini olehsebab masalah ‘teknikal’.

Ia adalah satu jumlah yang begitu banyak; dan kalau kerajaan dapat mengutip saman yang dikenakan, sudah pasti jumlahnya akan mencecah beberapa bilion ringgit yang boleh digunakan untuk membangunkan negara, ihsan dari pesalah trafik tadi.

Dan lebih mengejutkan lagi ialah seramai 87,000 pesalah trafik lain tidak dapat disaman olehsebab mereka mempunyai plet pendaftaran kenderaan yang telah sengaja dirosakkan.

Tetapi yang lebih mengejutkan sekali ialah kenapa begitu ramai pesalah trafik seperti dibenarkan melakukan kesalahan trafik setiap hari?

Dan jumlah ini tidak termasuk ratusan ribu pesalah trafik lain yang terlepas dari tindakan olehsebab sistem trafik atau AES dan lain-lain yang ada tidak mencukupi untuk menahan mereka.

Lebih teruk dari itu, ramai pengguna kenderaan juga tidak endahkan dengan cara mereka memandu, yang selaluny tidak mematuhi undang-undang jalanraya, dengan anak-anak kecil menunggang motosikal dan ibubapa membawa beberapa anak atas motosikal kecil mereka.

Tidak seorang penunggang motosikal telah diheret ke mahkamah kerana menyebabkan kematian anak atau isterinya ketika menunggang motosikal mereka dengan salah.

Olehsebab itu di Malaysia sahaja dimana terdapat orang mengguna motosikal kecil seperti sebuah kereta atau lori dengan membawa lebih penumpang dan barang-barang.

Jadi tidak hairan kalau orang yang maut dalam kemalangan di Malaysia setiap tahun kebanyakannya adalah mereka yang mengguna motosikal kecil.

Kejadian ini tidak berlaku di negara-negara lain seperti Taiwan dan Vietnam dimana terdapat jutaan motosikal kecil yang digunakan, sebabnya ialah mereka menggunanya dengan hemah dan tidak berlagak dan angkoh.

Penunggang motosikal kecil di Malaysia rata-rata rasa angkuh; mereka paksa orang memandu kenderaan besar pergi ke tepi untuk mereka lalu dengan memotong dari kiri dan kanan.

Di negara lain, penunggang motosikal kecil akan turut bergilir-gilir menunggang di belakang kenderaan di hadapan.

Bayangkan: Masalah trafik berpunca dari pemilik dan pemandu kenderaan yang sengaja merosakkan plet pendaftaran kenderaan mereka yang sengaja dilakukan semata-mata untuk mereka melakukan kesalah trafik.

Dan pihak berkuasa hanya mahu bertindak setelah kesalahan tersebut dilakukan dan mereka tidak tahu punca masalah sebenarnya, iaitu dari usaha merosak plet pendaftaran kenderaan.

Jadi tidak ada guna untuk pihak berkenaan mahu menurunkan kadar jenayah dan kemalangan jalanraya, kalau mereka tidak tahu punca sebenarnya iaitu plet yang rosak.

Kalau semua pemilik kenderaan tahu mereka tidak boleh memandu kenderaan mereka tanpa mempunyai plet yang rosak, sudah pasti mereka akan memandu dengan penuh berwaspada.

Tetapi olehsebab mereka tahu mereka boleh elak dari disaman, jadi mereka sanggup dan rasa boleh melakukan kesalahan sehingga yang menyebabkan kemalangan ngeri dan juga kematian kepada orang awam yang tidak bersalah dan kadang-kadang kepada mereka sendiri.

Jadi apa guna untuk pihak berkuasa seperti polis dan JPJ beria-ia mahu turunkan kadar kemalangan dan juga kadar kesalah trafik dalam apa bentukpun kalau mereka tidah tahu punca sebenarnya?

Hanya di Malaysia sahaja dimana orang boleh memandu kenderaan dengan mempunyai plet pendaftaran yang sengaja dirosakkan.

Kebanyakannya orang tersebut merubah nombor atau huruf dalam plet supaya ia tidak ketara.

Ada yang mengguna nombor pendaftaran orang lain.

Dan kebanyakan orang sengaja menyapu nombor pendaftaran untuk ia tidak dapat dirakam oleh kamera AES.

Yang lebih teruk sekali ialah ada pemilik kenderaan seperti kereta yang langsung tidak mempunyai plet di hadapan maupun di belakang.

Dan ramai dikalangan mereka yang berbuat demikian adalah wanita Melayu yang bertudung.

Pemandangan dan kelakuan seperti ini sememangnya tidak dilakukan di Negara maju atau di mana-mana negarapun, tetapi di Malaysia sahaja.


Masalahnya ialah plet pendaftaran kenderaan di Malaysia adalah diantara yang paling teruk, diperbuat dari plastik dan boleh didapati dibanyak kedai aksesori kereta. 

Tiada ulasan: