…DAN
TERHEMPASNYA PESAWAT AIRASIA QZ8501 DI LAUTAN JAWA – PESAWAT KETIGA DARI MALAYSIA YANG
MENERIMA MALAPETAKA INI… DAN BANJIR BESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU.
Oleh
Mansor Puteh
Hujan
turun sepanjang hari semalam dan sawah padi di kawasan menghampiri Lapangan
terbang atau Bandara Sultan Iskandar Muda terlihat ditenggelami air.
Ini
pertama kali saya melihat pemandangan seperti ini dan saya akan sering minta
tempat duduk ditepi tingkap untuk saya berpeluang merakam gambar dan vidio
pesawat berangkat dan mendarat.
Dalam
perjalanan saya rasa sedikit cemas apabila pesawat melalui apa yang dikatakan
sebgai ‘saku angin’ atau ‘air pocket’ yang membuat perjalanan pesawat terasa
agak kasar.
Suasana keseluruhannya membuat orang ramai rasa hiba. Besuk genap ulangtahun kesepuluh berlakunya Tsunami Aceh yang menyebabkan hampir 250,000 orang terkorban di empat-belas buah negara dengan kebanyakannya terdiri dari orang Aceh sendiri.
Jadi di
sinilah menjadi tempat tumupan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami yang akan
menyaksikan pelbagai acara yang telah dirancangkan oleh jawatankuasa perayaan
ini bermula hari ini juga sehingga 28 Disember.
Namun
dari wajah orang Aceh yang dapat dilihat dan baca mereka sedikitpun tidak
terasa sedih teramat; mereka menerima hakikat bahawa Tsunami 2004 dulu sebagai
kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan.
Mereka
menerimanya dengan penuh tabah dan syahdu setiap kali tarikh Tsunami itu
berlaku dengan mengadakan acara tahlil dan pembacaan Surah Yassin di Makam
Massal yang telah dibina oleh pihak berkuasa bagi menempatkan jenazah yang
sempat dikumpulkan secara berkumpulan sebab orangnya tidak dapat dikenalpasti.
Seorang
penumpang dari Aceh beritau hujan sudah mulai turun sejak seminggu lalu
menyebabkan beberapa tempat di dalam bandar ini tergenang dengan air.
Saya ke
Masjid Baitulrahman yang terletak di tengah-tengah bandaraya untuk acara zikir
pada waktu isyak pada malam, 25 Disember.
Ribuan
orang Aceh telah lama datang dan mengisi setiap tempat dalam bangunan masjid
dengan sekumpulan lain terpaksa duduk di kawasan luar.
Hujan
gerimis tetap turun tanpa henti sehingga lewat malam.
Tentu
sekali hampir semua mereka yang ikut acara zikir dan syarahan ugama di masjid
itu mempunyai saudara dekat atau rakan rapat yang telah terkorban semasa
Tsunami melanda di Aceh pada 26 Disember, 2004 dulu.
Suasana
di seluruh masjid tenang; tidak juga terlihat orang yang sebak.
Orang
Aceh berugama Islam kuat dengan pegangan mereka terhapap ugama tidak
menunjukkan perasaan sedih berlebihan; dan setiap bencana dan malapetaka yang
menimpa mereka akan menghadapinya dengan tenang dan penuh tabah dan syahdu
dengan menerima segala apa yang telah berlaku sebagai suatu yang telah
ditentukan Tuhan yang Maha Esa.
Hari
ini, 26 Disember, berlaku kemuncak atau acara rasmi memperingati ulangtahun
kesepuluh bencana Tsunami atau Ombak Besar.
Dan
wakil atau Naib-Presiden Republik Indonesia , Yusuf Kala tiba untuk
menyertainya bagi mewakilli Presiden Joko Widodo yang tidak dapat hadir sebab
beliau menyertai acara lain di Papua.
Acara
perhimpunan besar diadakan di Lapanga Blang Padang tidak jauh dari Muzium
Tsunami Aceh dimana satu lagi acara lawatan oleh Yusuf Kala berlangsung selepas
acara di Lapangan Blang Padang .
Wakil
dari 35 buah negara sahabat turut hadir dengan setiap mereka diberi penghargaan
dengan selendang diletak pada dada.
Di
kawasan itu juga terdapat gerai-gerai yang diuruskan oleh pihak-pihak yang
membantu dalam usaha penyelamatan semasa berlaku Tsunami dulu.
Pelbagai
acara telah diaturkan oleh pihak berkuasa dari 25 hingga 28 Disember.
Jusof
Kala, dalam temuramah dalam sebuah rancangan di televisyen beritau bahawa
beliau berasa bangga dan gembira perhubungan diantara Aceh dan kerajaan atau
pemerintahan pusat di Jakarta yang kini dipimpin oleh Presiden Joko Widodo atau
Jokowi, nama timanganya, yang sebelum Tsunami 2004 dulu tidak wujud.
Dan ini
juga jelas dapat dilihat dalam wajah Gabnor Aceh, Zaini Abdullah yang menemani
Jusuf Kala menghadiri acara di Lapangan Blang Padang pagi tadi.
Beliau
yang dulunya menjadi pemimpin utama Gerakan Aceh Merdeka atau GAM berpusat di Sweden .
Dan
tanpa diduga pula sebuah lagi pesawat dari syarikat penerbangan Malaysia iaitu
AirAsia QZ8501 mengalami kejadian terhampas apabila penerbanganya dari Surabaya
di Indonesia ke Singapura terhempas di Lautan Jawa dan di selatan Pulau
Kalimantan.
Saya
bersama rakan saya seorang dekan di UIN Ar-Raniry di rumahnya pada pagi itu
apabila dia buat panggilan talipon ke seorang rakan di Kuala Lumpur yang beritaunya tentang pesawat
itu.
Dan apabila saya balik ke hotel saya tonton televisyen yang menyiarkan berita dan laporan sampingan mengenai kejadian ini dan ketika itu kedudukan dan keadaan penerbangan itu masih belum jelas dan pihak berkuasa bernama Basarnas atau Badan SAR Nasional sudah mulai giat untuk mencari pesawat itu.
Sanak-saudara
penumpang dan awak kapal juga menjadi cemas dan mereka mengerumuni Bandara
Juanda di Surabaya untuk mendapat maklumat lanjut tentang pesawat itu. Mereka
berharap sanak-saudara dan pesawat itu selamat.
Angin
kencang berlaku di kawasan dimana pesawat itu hilang dan perhubungan akhir dari
juruterbang meminta izin untuk terbang lebih tinggi dari pasas biasa sebab
untuk mengelakkan dari terbang ke dalam awan ganas itu. Kemudian perhubungannya
dengan pihak berkuasa terputus.
Seramai
162 orang berada dalam pesawat itu yang rata-ratanya terdiri dari penumpang
yang mahu ke Singapura untuk berlibur sempena Hari Natal.
Sebuah
keluarga seramai sepuluh orang terselamat dari kejadian itu sebab mereka
mendapat maklumat lambat tentang jadual penerbangan dan mereka ke Bandara
Juanda setelah pesawat itu berangkat.
Pada
hari-hari selepas kejadian itu akhirnya cebisan dari pesawat itu dapat dilihat
dimuka perairan Lautan Jawa dan kemudiannya beberapa mayat penumpang yang
diangkat oleh petugas untuk dibawa ke darat dan dikenalpasti sebelum mereka
ditanam.
Sebenarnya
berita terhempasnya QZ8501 mendapat liputan meluas oleh media seluruh dunia dan
di Indonesia
ada dua stesen televisyen yang memberi liputan hampir sepenuhnya berbanding
dengan stesen lain.
Kejadian
ini berlaku sebelum lagi masalah dan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370
dan MH17 selesai dirungkai dan kenalpasti apakah yang menyebabkan kedua-dua
pesawat itu hilang dan satu lagi ditembak di udara Ukraine Timur.
Puluhan ribu orang terbabit terpaksa dipindahkan ke tempat selamat sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Ini telah menyebabkan ramai mereka terselamat.
Malangnya
pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja yang sanggup dan berani turun padang untuk beri bantuan
dan sokongan moral kepada mereka yang tergugat dengan keadaan yang menimpa
mereka.
Mana
pemimpin parti politiki dan kumpulan NGO berhaluan kiri yang beria-ia kata
mereka mahu bantu rakyat dan sanggup merangkok dalam penjara untuk menjaga
kepentingan mereka?
Mereka
hilang entah ke mana…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan