Isnin, 12 Mac 2012

CARA UNTUK HALANG KEMALANGAN MEMBABIT BAS EKSPRES, CARA KAWAL BANK DAN ELAK ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM.

Oleh Mansor Puteh




1        CARA HALANG KEMALANGAN BAS:

1.      Hari Raya Puasa menjelang tiba. Harap cadangan ini dapat mengurang atau hapuskan
kemalangan yang mungkin akan berlaku menjelang perayaan ini, seperti pada tahun-tahun lalu.

Semua syarikat bas mesti mempamirkan nombor talipon khas –
hotline – di dalam bas serta pada tiket.
      Sekarang ramai orang termasuk penumpang bas mempunyai talipon. Mereka boleh buat panggilan atau  hantar SMS kepada pegawai syarikat tersebut kalau pemandunya memandu dengan gila supaya mereka boleh ditahan dari teruskan pemanduan yang boleh mengakibatkan kemalangan. 
Nombor khas polis juga boleh dipamirkan untuk tujuan yang sama.
Malah sistem ini boleh diadakan secara berterusan untuk mengelakkan kemalangan.

2.      Anggota polis mesti diletakkan di semua pintu tol untuk menahan pemandu bas yang memandu secara gila atau menghisap rokok dan bercakap dengan talipon mereka, dan lain-lain.
3.      Saya percaya kalau sistem pemantauan oleh penumpang ini dihebohkan semua pemandu bas akan dengan secara sendiri akan memandu dengan cermat.
4.      Sistem pemantauan oleh penumpang lebih berkesan supaya penumpang sendirinya menjaga cara mereka memandu. Ini sahaja boleh mendatangkan kesan positif.
5.      Speed Meter yang menunjuk angka kelajuan dipasangkan di hadapan penumpang supaya mereka dapat lihat berapa laku pemandu memandu bas yang mereka menaikki. Sistem yang diguna sekarang tidak berkesan, sebab ia cuma merekod kelajuan bas setelah bas berhenti. Sistem yang saya cadangkan ini memberi amaran kepada pemandu dan penumpang kalau bas berlari lebih dari hadnya dan siren akan dibunyi dengan bingit kalau kelajuan melebihi kelajuan ini. Tidak guna untuk JPJ atau polis menahan pemandu selepas kemalangan berlaku. Yang lebih baik ialah untuk mengalak kemalangan dari berlaku dengan mengguna psilologi dan alat yang murah dan mudah dipasang pada setiap bas.
6.      Penumpang yang buat aduan diberi hadiah tiket percuma atau wang, sebagai penggalak dan mereka mesti dianggap sebagai hero yang boleh menyelamatkan nyawa penumpang lain. Mereka mesti diberi publisiti untuk menggalak penumpang lain ambil tindakan sama. Malah mereka adalah hero yang telah menyelemakatkan nyawa. Disamping itu publisiti seperti ini beri amaran kepada pemandu bas dan teksi lain supaya berhati-hati.
7.      Sistem yang sama juga boleh diguna untuk teksi. Semua teksi mesti mempunyai nombor talipon khas kepada polis dan pihak tertentu supaya mereka boleh buat aduan langsung. Tidak guna suruh penumpang teksi atau bas buat aduan ke akhbar yang cuma akan menyiarkan aduan beberapa hari selepas kejadian atau pergi ke balai polis. Semua teksi di Amerika mempakirkan nombor hotline.
8.      Kempen halang kemalangan yang dilakukan oleh kerajaan mesti ditukar supaya ia tidak ditujukan kepada pemandu, tetapi kepada penumpang pula. 
(Saya juga mempunyai ijazah dalam bidang komunikasi masa dengan jurusan pengiklanan.
Dan saya berani berkata bahawa kempen elak kemalangan dan kempen anti-merokok seperti yang diadakan oleh kementerian berkenaan tidak berkesan. Ada cara lain yang boleh diguna        yang lebih berkesan.)
9.      Semua penunggang motosikal mesti hantar motosikal mereka ke balai kalau mereka didapati
      melanggar undang-undang trafik termasuk merosakkan nombor
      plet dan membawa lebih penumpang.
Semua penunggang akan risau kalau mereka tidak mempunyai
      motosikal mereka selama satu bulan.

2    CARA MENGAWAL BANK:

1.      Cara kawalan di bank dengan meletakkan pengawal seperti yang digunakan sekarang tidak berkesan. Dalam zaman Internet dan vidio, saya cadang agar semua pengawal diajar sedikit kemahiran dan teknik pengawalan bank khususnya ditukar dari pengawal bersenjatakan senapang kepada pengawal disuruh menjaga bilik vidio.
2.      Semua bank mesti dipasangkan dengan pintu dua lapis berkalis peluru. Ia mempunyai dua pintu yang cuma boleh membenarkan seorang demi seorang masuk, dan tidak sekumpulan yang boleh menyerbu ke dalam ruang bank. Dari apa yang dapat saya lihat hampir semua rompakan di bank berlaku dengan penyerbuan oleh sekumpulan orang yang memakai topi keledar dan bersenjata.  
Pintu kedua cuma dibuka kalau pelanggan bank tidak memakai  topi keledar atau membawa beg yang besar atau lebih dari seorang mahu masuk serentak. Pengawal yang bersembunyi
       dalam bilik bercermin gelap boleh picit butang dan kunci pintu
kedua dan pintu pertama sehingga pelanggan itu tanggalkan topi
keledar. Cara ini juga boleh dilakukan di kedai emas yang kini
terbuka. Pintu ini juga boleh disediakan dengan gas pelali yang
boleh dikeluarkan untuk melemahkan orang mempunyai senjata.
3.      Cara mengalak rompakan bank sepatutnya dilakukan sebelum perompak masuk ke dalam ruang bank, dan tidak selepas mereka masuk dan ugut petugas dan orang awam di situ seperti yang lazimnya berlaku.
4.      Sistem kamera vidio boleh dipasang di luar bank untuk melihat kalau sekumpulan orang sedang berjalan masuk ke arah bank. Pengawal dari dalam bank boleh lihat mereka dan seterusnya picit
      butang untuk menutup pintu kedua dan pertama bila mereka
masuk ke dalam bank.
5.      Sekiranya sistem seperti ini dapat diwujudkan, ia merupakan satu sistem pengawalan bank yang pertama di dunia. Dan tidak seorangpun akan berani untuk menghampiri bank kalau dia memakai topi keledar atau membawa beg besar yang boleh memuatkan senjata. Sistem ini boleh mengurang atau menghapuskan rompakan di bank atau kedai emas di Malaysia. (Lihat langkaran di bawah.)

3        KEJADIAN ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM:

(Pendapat saya tentang perkara ini agak berbeza sedikit. Saya tidak
mahu salahkan perempuan, tetapi perempuan sahajalah yang boleh
menentukan kalau mereka mahu dirogol atau tidak.

ONLY THE WOMEN CAN DECIDE IF THEY WANT TO
BE RAPED OR NOT!

Perogol cuma boleh wujud kalau mereka diberi peluang untuk
merogol.)

1.      Amat menyedihkan sebab kes rogol masih berlaku. Ada beberapa ciri kenapa kes rogol berlaku. Satu, ia berlaku di tempat terpencil dan kedua, ke atas gadis atau wanita yang berjalan seorang diri. Malah lelaki yang bersenjata pistol juga boleh diserang kalau dia menunggang motosikal seorang diri!)
2.      Perogol sebenarnya DIGALAK untuk merogol. Tidak sesiapa yang boleh merogol mana-mana perempuan atau gadis tua, muda, gemuk atau hodoh, kalau perogol tidak DIBERI PELUANG!
Wanita bertudung atau hodoh tidak menghalang rogol dari berlaku. Sebabnya perogol merogol wanita dalam alam fantasi mereka! Wanita ini adalah yang mereka tonton dalam TV dan lihat
dalam majalah yang menyiarkan gambar wanita seksi. Kenapa kes
sumbang mahram dan rogol sering berlaku di luar bandar?
                  Sebabnya jenis hiburan di TV dan bahan dalam akhbar dan
majalah menunjukkan gambar wanita seksi. Hampir semua hiburan
di TV adalah untuk memenuhi selera dan mengikut nilai penonton
bukan Melayu. Merekalah yang beria-ia komplen dalam akhbar
untuk menyiarkan rancangan asing itu dan ini yang semuanya
mempunyai nilai negatif. Akhbar tempatan adalah petualang yang
merubah selera penonton dan pihak stesen TV.
3.      Kesemua kes rogol yang telah dilaporkan dalam akhbar sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa kes rogol cuma boleh berlaku oleh dua sebab sahaja. Dan kalau semua perempuan atau gadis mengamalkan sikap yang baik, mereka tidak boleh dirogol.   
                        Contohnya, kes seorang wanita dirogol dalam bas, seorang
wanita lain dirogol semasa menunggang motosikal di tempat
terpencil dan beberapa wanita dirogol sebab mereka ambil teksi
pada waktu malam, seorang diri, seorang penuntut dirogol semasa berjalan seorang diri dan seorang gadis empat-belas tahun dirogol di tempat letak kereta pada waktu malam. Kenapa mesti gadis itu berada di tempat seperti itu? Lihat aspek bersendirian dan terpencil dalam semua kes ini.
4.    Mungkin satu kempen boleh diadakan untuk tidak menggalak
perempuan atau gadis berjalan seorang diri. Polis sebenarnya di
mana-manapuntidak boleh halang kes rogol dari berlaku. Yang
boleh halangnya ialah perempuan  dan gadis itu sendiri. Jadi tidak
ada guna NGO perempuan dan pemimpin politik wanita
marahkan lelaki yang TELAH merogol dan gesa supaya undang-
      undang yang lebih ketat diadakan. Ini tidak akan mengurangkan kes
rogol, sebab rogol akan dilakukan oleh orang lain. Tidak ada beza
kepada orang yang telah dirogol itu dipancong atau dihukum
gantung.
     Jadi cara untuk menghalang kes rogol terletak pada diri
individu itu sendiri. Perempuan dan gadis mesti tidak berjalan
seorang diri untuk pergi ke mana-mana. Dan mustahil untuk
anggota polis disuruh mengawal setiap jalan dan setiap padang
gelap sebab rogol boleh berlaku apabila perempuan atau gadis itu
melatakkan diri mereka dalam keadaan yang lemah.
5.    Jadi, wanita yang dirogol dalam bas dari Kelang, wanita yang
menunggang motosikal di tempat gelap dan penuntut sekolah
semuanya boleh elak dari dirogol kalau mereka guna akal dan tidak
berjalan seorang diri.

AKHIR SEKALI: APA HIKMAH DALAM EMPAT SAKSI YANG DIPERLUKAN DI BAWAH      HUKUM HUDUD?

Tidak seorangpun yang telah bertanya kenapa di bawah hukum Hudud, seseorang wanita atau gadis itu mesti tampilkan empat saksi untuk membuktikan yang dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Pendapat yang telah dikeutarakan amat lucu buat saya.
            Sebenarnya, saya berani berkata bahawa ada hikmah di dalam hukum ini. Ia tidak lain bertujuan untuk mengelak mana-mana perempuan atau gadis dari dirogol. Undang-undang sivil cuma beri keadilan kepada orang yang TELAH dirogol dengan penghukuman paling berat kepada perogolnya.
            Sementara itu hukum Hudud pula mahu mengelak mana-mana perempuan dari dirogol. Jadi di sinilah di mana datangnya hikmah empat saksi itu. Tujuannya ialah untuk menggalak semua perempuan dan gadis dari berjalan atau berada di dalam keadaan seorangan. Mereka mesti senantiasa berada dalam satu kumpulan setidak-tidaknya lima orang termasuk dia sendiri. Kalau ini dilakukan mereka, tidak ada lelaki yang berani memperkosa atau merogolnya, walaupun lelaki itu adalah orang yang buas. Inilah sebenarnya HIKMAH hukum Hudud yang memerlukan empat saksi dalam kes rogol. 
            Tentu sebuah undang-undang boleh diperkenalkan untuk melarang wanita atau gadis berjalan seorang diri khususnya pada waktu malam. 

Tiada ulasan: