oleh Mansor Puteh, yang sedang menerbit sebuah dokumentari dengan tajuk ini.
Saya tidak teragak-agak untuk memilih Utusan Malaysia untuk menjalani latihan amali semasa cuti penggal semasa belajar dalam bidang pengiklanan di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam dalam tahun 1976, walaupun sejarahnya saya masih ketika itu tidak ketahui. Saya dapat rasa akan ketokohannya dan mahu mendekatinya.
Walaupun saya belajar dalam aliran Inggeris dari darjah satu hingga ke peringkat universiti, namun, saya masih tertarik dengan Utusan dan tidak dengan akhbar lain.
Kemudian, saya bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu, walaupun tidak faham tulisan jawi, selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang perfileman di sebuah universiti di Bandaraya New York .
Ini yang anih sebab semasa saya bekerja sebagai wartawan untuk Utusan Melayu, ramai wartawan dan orang awam lain fikir saya bukan dari akhbar ini tetapi dari akhbar bahasa Inggeris; mungkin sebab penampilan saya yang lain.
Dan kadang-kadang saya dengar juga komen mereka yang agak tidak manis terhadap Utusan yang mereka luahkan sebab mereka tidak sedar saya dari akhbar ini.
Walaupun perhubungan saya dengan Utusan begitu singkat, tetapi ia kekal sehingg asekarang, bukan sahaja oleh sebab saya masih mempunyai beberapa rakan yang terus bekerja di situ tetapi oleh sebab keserasian dengan kecenderungan saya menulis rencana dan kritikan filem yang saya hantar ke Utusan.
Pengaruh dan kesan bekerja dengan Utusan dapat dirasa sehingga kini dan setiap kali saya balik ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin saya terasa sesuatu yang menekan perasaan.
Ketika itu saya tinggal bersama beberapa rakan di Taman SEA di Petaling Jaya dan terpaksa menaikki bas mini dari situ ke Kuala Lumpur dan kemudian dengan bas ke Jalan Chan Sow Lin di Sungai Besi.
Dalam setiap minggu wartawan dikenakan bertugas pada waktu malam jadi van Utusan akan menghantar wartawan balik ke rumah masing-masing dan saya sering menjadi penumpang terakhir.
Semasa bulan Ramadan saya juga terpaksa berbuka dalam bas mini yang tidak tahu bila akan sampai ke Taman SEA , yang agak jauh dari Kuala Lumpur .
Saya rasa agak bertuah sebab bekerja dengan Utusan dan tidak dengan akhbar lain sebab diberi peluang untuk membuat laporan tentang politik dengan dihantar ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan laporan dari Istana dan sebagainya sehinggalah ke setinggan.
Ini disamping diberi ruang untuk mengulas drama televisyen untuk Utusan Malaysia yang tidak pernah memberi pojok khas.
Malah tidak ada sebuah akhbar dalam Bahasa Melayu maupun Inggeris yang mempunyai pojok khas untuk mengulas drama televisyen. Ia dimulakan oleh Zam yang menjadi ketua pengarang Utusan ketika itu.
Zam terfikir untuk membuka ruang itu dan dia bertanya dari kalangan
Mereka tahu saya telah mendapat tempat untuk menyambungkan pelajaran di peringkat Sarjana Kesenian Halus dalam bidang Pengarahan Filem di Universiti Columbia di Bandaraya New York .
Malangnya, MARA tolak permohonan saya sebab mereka kata 'saya akan gagal'.
Saya gembira sebab bekerja dengan Utusan yang memberi peluang untuk saya membuat rayuan dan berbincang dengan menteri-menteri berkejaan, yang satunya iaitu Datuk Mustapha Jabbar, mengepalai MARA, yang mana anaknya baru sahaja balik dari England setelah belajar dalam bidang perfileman.
Saya juga dapat sokongan dari Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mansor Osman yang saya telah temuramah di pejabat beliau di Seremban dan sempat beritau beliau tentang hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran di Columbia . Datuk Mansor ketika itu adalah pengerusi ITM.
Jadi, pada 13 Ogos, 1978 saya sempat ke Bandaraya New York untuk memulakan pengajian dalam bidang pengarahan filem.
Saya kembali ke Malaysia dalam bulan Februari 1982, dan memendam harapan untuk menerbit sebuah filem sebagai tesis ijazah saya sekaligus mengguna peluang sekali seumur hidup ini untuk menjadikan sebuh filem Melayu dan Malaysia sebagai tesis untuk sebuah universiti yang diantara terulung di Amerika, yang bertaraf Ivy League.
Saya juga mendapati bahawa Presiden Amerika Barack Obama juga belajar di universiti ini semasa saya belajar di situ. Dan sekarang dia sudah menjadi presiden negaranya sedangkan saya masih lagi belum dapat peluang untuk mengarah filem saya berjudul, 'Malaysian Snow', yang pada asalnya berjudul, 'Kampung Serkam , U.S.A. '
Inilah nasib pengarah filem Melayu yang mendapat pendidikan setinggi itu tetapi masih mahu dipandang rendah oleh pihak berkuasa. Mereka mahu sekat saya dari belajar di Columbia . Mereka gagal.
Dan sekarang mereka mahu sekat saya dari membuktikan orang Melayu juga boleh belajar di universiti itu dan mencapai kejayaan akademik yang agak pelik dan unik di Amerika, dengan membawa filem Melayu ke pengetahuan mereka di Amerika.
Sedangkan rakan sedarjah keturunan Amerika saya telah mendapat pencalonan Oscar untuk penulisan skrip terbaik dan dekan saya menang dua Oscar untuk pengarahan terbaik.
Orang Melayu manakah yang boleh mendekati Oscar?
Kebanyakan pengarah filem Melayu yang ada sekarang sebenarnya bukan pengarah filem - mereka hanya saudagar mimpi atau 'dream merchants'. Filem-filem mereka penuh dengan khayal. Mereka melemahkan Bangsa Melayu dan mendapat sokongan dari pihak yang sama sealiran dengan mereka.
Mereka seperti memberi bantal kepada penonton Melayu yang hampir terlena. Oleh sebab itu filem-filem khayal mereka sesuai dengan Melayu yang mahu tidur dan yang tidak berani berhadapan dengan cabaran baru.
Jadi anugerah yang diberi kepada saudagar mimpi itu adalah untuk memberi mereka peluang untuk terus berkhayal dari pihak berkuasa yang mahu pengarah Melayu terus menjadi saudagar mimpi dan biarkan masyakat Melayu terus berkhayal.
Perusahaan filem Melayu tidak boleh berjaya dengan sumbangan dari saudagar mimpi yang boleh membuat orang Melayu malas dan takut. Ia hanya boleh dimajukan dengan penerbitan filem-filem yang menaikkan semangat dan ketokohan orang Melayu itu sendiri.
Ternyata mereka tidak boleh berkembang dan bawa filem Melayu ke luar negera lebih jauh lagi ke Amerika.
'Malaysian Snow' sebaliknya sudahpun diterima oleh sebuah universit terkemuka di Amerika, tetapi ada pihak yang mahu sekat kejayaan ini dari berlaku.
Berbalik dari dokumentari, 'Utusan, Warisan Bangsa - Api itu terus menyala', saya rasa agak gembira diberi peluang oleh Finas untuk menerbitnya. Ia telah membawa saya balik ke Utusan dengan menemuramah beberapa orang tokoh yang ada kaitan dengan Utusan dan pakar bidang sejarah dan bidang akademik.
Dalam masa Utusan dikecam oleh sekumpulan mereka yang tidak bertanggung jawab, mereka tidak sedar Utusan kian membangun. Dan ini dapat dilihat dengan pembinaan menara di seberang jalan dari pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin sekarang.
Saya tidak dapat mendedahkan apa yang saya telah berjaya merakam dari temuramah saya dengan tokoh-tokoh itu setakat ini sebab ia adalah bahan eksluksif untuk diguna dalam dokumentari ini.
Tetapi yang jelas ialah semua mereka berpendapat bahawa Utusan bukan sebarangan akhbar; ia melebihi dari sebuah akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan