Oleh Mansor Puteh
(Nota: Ini rencana yang ditulis dul tapi tidak disiarkan lagi.)
Saya tidak fikir pihak UiTM atau lebih-lebih lagi pentadbir Fakulti Sebaran Am, UiTM tidak sedar bahawa Bandar Shah Alam adalah merupakan satu-satunya bandar di Malaysia yang menggunakan konsep Islam. Oleh sebab bandar ini merupaian tempat kediaman rasmi Sultan Selangor, maka kehidupan di sini lebih tenteram dan aman.
Oleh yang demikian saya rasa terkejut apabila menyertai acara Malam Alumni Search 2000 yang dianjur oleh Fakulti Sebaran Am, UiTM 29 April lalu di Intekma Hotel Resorts, yang mana telah tercemar dengan persembahan kumpulan lelaki berpakaian wanita yang berlagak mengada-ada.
Ianya tidak melucukan. Dan apa yang membuat orang benci ialah mereka memaksa bekas penuntut bantu mereka buat persembahan. Ramai yang terpaksa naik ke atas pentas dan rasa janggal dan tersipu-sipu. Mereka dibayar untuk membuat persembahan tapi kenapa mereka mesti guna tetamu sebagai ‘prop’ mereka?
Kalau pihak penganjor mahukan bekas penuntut membuat persembahan saya percaya ramai diantara mereka boleh memberi persembahan yang lebih baik secara profesional.
Ini saya fikir persembahan seperti ini amat tidak bersesuaian untuk Shah Alam tetapi di kelab-kelab malam yang mana pengunjungnya terdiri dari orang yang kurang adab. Dan kelab-kelab yang membuat persembahan yang dikecam oleh pemerintah.
Kalau saya tahu terlebih awal persembahan seperti ini akan diadakan, sudah pasti saya akan membuat laporan polis atau terus ke Jabatan Ugama Islam, sebab persembahannya dilakukan oleh orang Melayu dan semua penonton juga orang Melayu berugama Islam.
Apa yang berlaku adalah secara terbuka. Dan nampaknya mendapat restu dari fakulti itu sendiri.
Sebagai salah seorang bekas penuntut tahun awal, yang menghadhiri acara itu saya rasa kesal.
Sekiranya persembahan oleh lelaki yang mengayakan lagak wanita yang memberi lawak dan kata-kata yang dianggap lucu tetapi hampir lucah diumumkan terlebih dahulu, saya sudah pasti akan enggan menyertainya.
Mungkin ramai di kalangan bekas penuntut lain juga tidak akan terbabit dengan acara ini.
Ini bukan caranya untuk meraikan bekas penuntut yang kini sudah lama tidak bertemu.
Apa yang saya mahukan dari acara ini ialah untuk menganalisa samada tahab pemikiran penuntut sekarang sudah turun atau tahab pendidikan mereka juga telah merosot.
Setahu saya fakulti sebaran am, sehingga kini tidak pernah menjemput mana-mana bekas penuntut yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberi ceramah di fakulti itu sendiri, walhal mereka disanjung hingga ke peringkat antarabangsa.
Yang ironinya ialah terdapat berapa pensyarah di fakulti ini yang terdiri dari bekas penuntut, termasuk dua dari ketua kajian atau dekan yang lalu.
Fakulti Sebaran Am, UiTM boleh dianggap sebagai sebuah fakulti sebaran am yang hebat. Tetapi, kehabatan dan ketohohan bekas penuntutnya tidak pernah dihargai dengan dijemput untuk memberi ceramah dan sebagainya.
Saya percaya ramai bekas penuntut akan memberi peruntukan masa untuk bertemu dengan penuntut yang ada di fakulti itu sekarang sekiranya mereka dijemput. Sebab walaupun mereka sudah lama tinggalkan UiTM, namun mereka tetap rasa emosi terhadapnya, walaupun ada ramai yang telah melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di luar negeri.
Tidak a da guna untuk fakulti ini memberi anugerah penuntut cemerlang tanpa menerima kehadiran mereka untuk tujuan akademik dan profesional.
Acara yang dipersembahkan malam itu juga tidak sesuai untuk merapatkan persaudaraan diantara penuntut lama dan yang baru tamat pengajian atau yang masih menuntut.
Saya diberitau bahawa acara ini telah dirancangkan oleh penuntut-penuntut. Dan saya ingin menyatakan bahawa kalaulah kegiatan mereka itu dianggap sebagai satu keperluan akademik, maka mereka boleh dianggap sebagai gagal.
Dan saya juga rasa kesal yang Tan Sri Arshad Ayub selaku tetamu kehormat yang menjadi pengarah ITM pertama, telah memberi ucapan dalam Bahasa Inggeris.
Walaupun beliau telah meminta kebenaran, namun demikian saya rasa ia tidak tepat.
Memang hampir semua penuntut dan bekas penuntut fakulti ini faseh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan beberapa yang faseh dalam bahasa ketiga, apa yang dilakukan oleh Arshad tidak sesuai.
Lebih-lebih lagi hampir semua yang hadhir terdiri dari orang Melayu sendiri.
Lagipun, apa yang dikatakan oleh Arshad bahawa orang Melayu lebih pentingkan ‘form than content’ maksudnya bahasa dari isi, namun saya fikir, apa yang ingin diperkatakan oleh beliau boleh dinyatakan dalam Bahasa Melayu sendiri.
Sebab tidak ada apa yang hebat dan menarik yang telah diperkatakan oleh beliau sehingga beliau terpaksa menyatakannya dalam bahasa asing.
Mungkin Arshad merupakan tokoh Melayu dari zaman silam yang mengagungkan bahasa Inggeris; oleh sebab itu saya memaafkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan