Isnin, 26 Mac 2012

FILEM SENI DAN FILEM KOMERSIAL.

Oleh Mansor Puteh



Filem komersial tidak seharusnya menolak nilai seni dalam filem. Malah dalam semua bidang seni termasuk sastera, drama pentas dan darama televisyen serta senilukis elemen seni mesti ditonjolkan.

Tapi buat filem, ini tidak semestinya nilai atau tahab seni yang mahu dicapai itu mesti 100%.

Dan tidak semestinya juga tahab komersial yang mahu ditekankan oleh pengarah juga 100%

Bagus kalau nilai seni dari 30 hingga 60% supaya ia mudah difaham.

Pengarah yang berani cuba untuk mencapai tahab kesenian yang lebih tinggi tapi tanpa menolak elemen komersial, yang dimaksudkan ialah nilai pemasaran atau marketability.

Yang sedihnya ialah ramai pengarah filem tempatan tidak ada pandangan tentang ini dan mereka juga tidak ada pendidikan formal dalam bidang perfileman, jadi mereka tidak tahu bagaimana mahu tekankan elemen seni.

Mereka terikut-ikut dengan kehendak sendiri dan apa yang mereka mahu sajikan kepada penonton.

Akhirnya mereka sendiri tidak akan diiktiraf sebagai pengarah penting dan utama di Malaysia jauh sekali di luar negara.

Industri filem Melayu dan Malaysia tidak boleh dianggap serius dengan kehadiran dan sumbangan mereka.

Walaupun ada penerbit sudah terbit hampir 100 buah filem tetapi mereka masih terperap ditempat yang sama dan tidak boleh berkembang jauh.

Ini disebabkan mereka tolak seni dan pentingkan nilai komersial.

Nilai komersial tidak salah; ia harus diadakan setakat yang boleh menarik perhatian penonton, selebih dari itu nilai seni harus ditonjolkan.

Sebabnya mereka yang pentingkan nilai komersial itu sebenarnya bukan sahaja tolak seni, malah, lebih teruk dari itu, mereka tolak nilai ugama, budaya sendiri dan nilai masyarkat yang murni, mulia dan sejati.

Saya boleh katakan filem Iran berjudul, 'A Separation' yang menang Oscar untuk filem asing terbaik baru-baru ini tidak mungkin dapat dibuat kalau pengarahnya tidak diberi dorongan atau kongkongan yang telah mengalakkan dia berfikir lebih tinggi dan hasilkan karyanya.

Kalau ini tidak dilakukan oleh pihak berkuasa di Iran termasuk pandangan dari ulamak dan media, sudah pasti pengarah tersebut dan lain-lain di Iran akan terbawa-bawa dengan tangapan sendir dan hasilkan filem-filem lucah atau separa-lucah seperti yang dilakukan oleh pengarah filem di Malaysia.

Memang ada pengarah filem di Malaysia yang mahu muatkan nilai seni dalam filem mereka tetapi mereka tidak tahu apa itu seni dan apa itu kelainan.

Tahab pencapaian seni dalam filem maupun bidang kesenian laiin tertakluk dari apa yang dilakukan oleh pengarah filem dan pengkarya seni di seluruh dunia. Siapa yang mengutaraan nilai seni baru akan menjadi pemimpin bidangnya dan siapa yang tiru caranya akan menjadi penyokong dan pemuja.

Pengarah filem tempatan yang buat filem hantu dan remaja tidak menampilkan elemen-elemen baru, jadi mereka adalah orang yang meniru cara penerbitan filem di Hong Kong, Siam, Korea Selatan dan Amerika sahaja.


Tiada ulasan: