Oleh Mansor Puteh
Ramai diantara kita juga tidak sedar bahawa pada suatu ketika dulu negara ini memerintah Sarawak, Sabah dan selatan Filipina.
Siapa sangka negara berjiran dengan kita di Pulau Kalimantan itu mempunyai perhubungan sejarah yang rapat dengan kita; disamping perhubungan bangsa dan ugama.
Nama Brunei yang diguna sekarang sebenarnya mempunyai asal dari perkataan Sanskrit iaitu ‘Yaruna’. Tetapi sebutan dan ejaannya telah bertukar mengikut masa, yang lama-kelamaan dikenali dengan Brune dan akhirnya Brunei .
Tetapi, ada maklumat sejarah yang menyatakan bahawa negara ini juga dikenali dengan nama Puni atau Poli seperti yang dimaklumkan oleh penggembara dari negeri Cina yang pernah melawat Brunei pada zaman lampau.
Teks sejarah negeri Cina memberitau bahawa pelawat dari negara itu yang melawat Brunei dalam kurun keenam memberitau tentang wujudnya sebuah negara dengan nama Puni atau Poli yang telah menghantar warkah kepada maharajah negeri Cina.
Tulisan dalam kurun kedua-belas yang didapati di negeri Cina pula menyatakan perdagangan yang berlaku diantara negeri Cina dan Brunei yang juga memberitau tentang nama Puni atau Poli.
Buku sejarah dari negeri Cina ada juga menyentuh tentang usaha menubuhkan pejabat perwakilan dari Brunei di negeri itu dalam tahun 977.
Dan tulisan sejarah yang dibuat dalam Dinasti Sung yang memerintah negeri Cina dari 960 hingga 1280 ada memberi maklumat bahawa Brunei boleh terletak 45 hari perlayaran dari Pulau Jawa.
Dalam tahun 1292 maharajah Mongol, Kublai Khan ada penghantar dua perwakilan ke Brunei .
Sementara penggambara Itali, Marco Polo ada membuat kenyataan tentang adanya perdagangan diantara negeri Cina dan Brunei .
Menjelang pertengahan kurun keempat-belas seluruh Pulau Borneo atau Kalimantan dikenali dengan nama Brunei atau Brune.
Semasa kurun ke-empat-belas hingga tujuh-belas Brunei merupakan satu kuasa yang besar; ia menjangkau sempadan sehingga ke Sarawak dan Sabah dan selatan Filipina. Sultan Hassanal Bolkiah merupakan sultan ke-dua-puluh sembilan.
Islam sebenarnya telah tiba ke Brunei dalam tahun 1371 oleh pedagangan Arab yang telah bersinggah di Melaka terlebih dahulu.
Dan sultan Brunei yang pertama yang memelukki Islam ialah Sultan Muhammad yang pertama, yang menaikki takhta selama tiga-puluh tahun dari 1363 hingga 1402. Baginda juga dikenali dengan nama Awang Alak Betatar.
Boleh dikatakan zaman kegemilangan Brunei berlaku dalam kurun kelima-belas dan keenam-belas bila kawasan penaklukannya telah merebak ke seluruh Pulau Kalimantan hingga ke Selatan Filipina semasa pemerintahan Sultan Hassan dan Sultan Bolkiah.
Sultan Bolkiah juga dikenali dengan gelaran Nakhoda Ragam. Baginda telah belayar ke Pulau Jawa dan Melaka dan menaklukki kawasan di Pulau Kalimantan dan Selatan Filipina.
Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah Brunei mencapai era yang paling gemilang. Ketika itu penggambara dari Itali, Antonnio Pigafetta telah membuat kunjungan ke Brunei dalam tahun 1521 dalam penggembaraan bersama Magellan.
Dialah orang Eropah yang pertama yang telah membawa balik cerita tentang Brunei . Dia rasa tertarik dengan keihdanan negara itu yang katanya mempunyai 25,000 buah rumah yang terapung di atas sungai.
Dia juga menceritakan bagaimana dia telah mengadap ke bawah Sultan Bolkiah di istana dan baginda dikelillingi oleh 300 askar pengawalnya.
Jadi, ini membuat kerabat diraja Brunei sebagai salah sebuah kerabat diraja yang paling lama bertakhta di seluruh dunia.
Bagaimanapun menjelang kurun ke-sembilan-belas kuasa Brunei telah pudar sehingga kawasan sempadannya cuma sekadar apa yang ada sekarang.
Kesemuanya ini berlaku oleh sebab peperangan, lanun dan perompakan dan usaha perkembangan kuasa penjajah oleh Inggeris.
Sebelum Brunei menjadi negara Islam ibukotanya ialah Puni yang tereleta di daerah Tempurong sebelum ia berpindah ke Kota Bahru di mana Muzium Brunei berada sekarang. Kemudian itu ia telah dipindah sekali lagi ke Bandar Seri Begawan semasa pemerintahan Sultan Muhyuddin yang pertama dalam kurun ketujuh-belas.
Kebanyakan tanah Brunei telah terjatuh kepada Sarawak semasa Raja James Brooke menjadi Raja Putih negeri itu.
Dalam tahun 1847, Sultan Brunei mengalah kepada kuasa Inggeris dan dalam tahun 1888, Bunei menjadi tanah dibawah penjagaan Inggeris secara rasmi. Ini bererti bahawa Brunei tidak pernah dijajah oleh Inggeris atau kuasa asing.
Dalam tahun 1906 pula pihak Inggeris memperkenalkan sistem residensi di mana wakil kuasa Inggeris diberi tempat dalam pentadbiran negara ini dan menjadi penasihat kepada sultan dalam semua hal, kecuali ugama dan adat.
Dalam tahun 1959 Brunei mendapat kuasa penuh sementara Inggeis menjadi hal-ehwal keselamatan dan pertahanan.
Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, sultan yang kedua-puluh-tujuh, minyak petrol telah dijumpai dalam tahun 1929. Dengan ini kemajuan dan pembangunan pesat telah berjaya dilakukan sehinggakan Brunei mencapai negara yang begitu pesat membangun dan moden.
Setelah 96 tahun dibawah penjagaan Inggeris, semasa pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dari Inggeris pada 1hb Januari 1984.
Sekarang ini Brunei kelihatan tenang. Dalam lawatan singkat saya ke sana tidak lama dulu, saya dapati ketenangan yang teramat sangat. Di ibukota, Bandar Seri Begawan yang mempunyai penduduk seramai 46,000 orang, tidak terdapat keriuhan dan kesibukan seperti di bandaraya-bandaraya lain.
Jalannya luas dan bersih. Ada sahaja orang yang membersihkan kawasan. Dan bangunan-bangunannya terletak dengan jarak yang luas, dan tidak terhempet dalam deretan.
Saya sempat melawat Taman Hiburan Jerudong yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.
Ia sebenarnya merupakan satu taman hiburan yang paling unik di seluruh dunia di mana terdapat bermacam jenis permainan diadakan. Ini disebabkan pihak berkuasa tidak mengenakan sebarang tiket untuk sesiapa bermain di dalamnya. Ianya dibuka dari pukul dua petang hingga dua malam.
Taman hiburan ini menapung 2,000 pengunjung setiap hari, dan kerja-kerja untuk fasa baru sedang dijalankan untuk menambahkan lagi jenis permainan di situ, supaya akhirnya nanti lebih ramai orang dapat mengunjunginya, sehingga ke 8,000 orang sehari.
Di dalam kawasan ini juga terdapat komplek permainan polo yang terbesar seluruh dunia. Dan Kelab Polo Golf Brunei .
Satu lagu tempat di mana kami telah dibawa ialah Kampung Air. Di sini terdapat rumah-rumah yang telah didirikan di dalam Sungai Brunei . Seramai 30,000 orang menetap di kampung yang unik ini yang diterima sebagai kampung air yang terbesar seluruh dunia.
Istana Nurul Iman iaitu tempat kediaman rasmi Sultan Brunei yang terletak di Jalan Tutong, juga terletak di pantai Sungai Brunei tidak jauh dari kampung ini.
Mesjid Jame Asr Hassanal Bolkiah merupakan mesjid yang terbaru yang telah dibina. Disamping itu terdapat Mesjid Omar Ali Saifudden yang terkenal seluruh dunia. Ia terletak di muara Sungai Brunei berhampiran dengan Bangunan Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang terletak dalam kawasan sepuluh ekar tanah.
Bangunan yayasan ini telah sengaja direka supaya pemandanan mesjid ini tidak terhalang, seperti dahulu apabila terdapat banyak bangunan yang mengepungnya. Bangunan-bangunan lama ini telah dirobohkan untuk didirikan komplek yayasan itu.
Walaupun pada mata kasar waktu malamnya begitu tenang, dan Bandar Seri Begawan tidak bermandikan cahaya neon lampu merah, seperti di bandaraya-bandaraya utama lain, tetapi ia tidak bermakna negara ini tidak hidup pada waktu malam.
Malamnya begitu syahdu sekali oleh sebabkan ketiadaan jenis hiburan yang melekakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan