Oleh Mansor Puteh
Tentu apa yang dikatakan di sini tentang ada kaum Yahudi sendiri yang menentang Zionisme sebagai keterlaluan. Tentu ada yang berkata ia perkara mustahil.
Ini dapat dilihat dari kenyataan pemimpin Melayu sendiri yang telah menyatakan sokongan mereka terharap penubuhan negara Israel dan mahu ia senantiasa selamat dari ancaman.
Ternyata sekali insan ini bebal sejarah; dia tidak faham apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi Tulen berbanding dengan orang yang guna Yahudi untuk menyebarkan dakyah Zionisme mereka yang dicipta dalam pertemuan di Zurich , Switzerland oleh kumpulan Yahudi sesat.
Dan kalau ada pemimpin Palestin yang sanggup berkumpul dengan pemimpin Melayu ini, sudah tentu mereka juga tidak boleh diharap menjadi tokoh Palestin yang benar-benar mahu bebaskn tanah Palestin dari cengkaman Zionis.
Mustahil untuk kaum Yahudi sendiri yang menentang Zionisme.
Tetapi ini adalah kenyataan. Dan kenyataannya ialah kaum Yahudi Tulen atau Orthodox Jews atau Hassidic Jews yang berpegang kepada tuntutan ugama mereka mengikut kitab suci mereka iaitu Torah dan Talmud tentang Zionisme.
Dan mereka bukan sebuah kumpulan kecil tetapi sebuah pertubuhan besar berpusat di New York , bernama Naturei Karta. (Lihat laman web mereka: www.nkusa.org) untuk mengikuti tindakan yang mereka telah ambil untuk mengecam penubuhan negara Zionis Israel atau Ezret Israel dalam tahun 1948 dahulu.
Malah kumpulan Yahudi Tulen ini telah didubuhkan dalam tahun 1920 lagi semasa Palestin berada dibawah jajahan Inggeris.
Dan pemimpin mereka masih menganggap bahawa penubuhan Israel itu tidak sah.
Ia mungkin sah hanya di sisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB, dan dengan sokongan Amerika yang sering mengguna kuasa veto mereka untuk mengecam negara lain yang tentang Israel .
Tetapi mengikut ajaran Yahudi Tulen, penubuhan Israel itu tidak sah di sisi ugama mereka.
Mereka menganggap Zionisme adalah satu fahaman politik sahaja. Dan mereka yang menubuhkannya tidak lain dari orang yang telah terkeluar dari ajaran Yahudi Tulen. Malah mereka dikecam sebagai bukan Yahudi tetapi atheis iaitu orang yang tidak berugama.
Saya sempat bertemu dengan tiga dari mereka semasa berada di Tehran awal Febrauri ini, bila kami menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Fajr.
Saya sempat menemuramah dua orang dari mereka yang kelihatan seperti penuh gigih dengan hujah mereka untuk melihat orang Yahudi Tulen hidup dibawah pemerintahan Palestin seperti dulu, sejak zaman Nabi dulu.
Rabbi Yisroel Dovid Weiss dan Rabbi Cohen, sebenarnya telah berkunjung ke Kuala Lumpur menghadiri persidangan keamanan Perdana.
Di Tehran, mereka tetap mengguna pakaian seharaian mereka iaitu kot labuh dengan topi hitam dengan lencana diikat pada dada mereka menyatakan sokongan mereka terhadap kemerdekaan negara Palestin.
Rabbi atau Paderi Cohen dari Manchester , yang sudah lanjut usianya berkata dia tidak akan pijak kakinya di buki Israel selagi ia dikenali dengan nama ini. Dan dia hanya akan berkunjung ke tempat suci ugama Yahudi Tulen apabila negara ini sudah dibebaskan.
Dia sanggup menerima kecaman dari orang yang merosakkan keretanya, sebab padanya ia bukan sesuatu yang besar.
Ketiga-tiga Rabbi itu menarik perhatian ramai peserta pesta filem itu yang gemar bergambar dengan mereka termasuk beberapa orang penerbit dan pengarah filem dari Palestin sendiri.
Sebabnya ialah orang Palestin dan juga Arab dan Islam lain tidak mempunyai niat jahat terhadap Yahudi Tulen.
Sebabnya ialah orang Palestin dan juga Arab dan Islam lain tidak mempunyai niat jahat terhadap Yahudi Tulen.
Malah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sendiri telah bersedia menerima kunjungan mereka ke pejabatnya dimana mereka telah berbual mesra tentang keadaan di Palestin atau Israel dimana Ahmadenijad mengulang kenyataannya yang telah diputar-belitkan apabila dia dilapor sebagai berkata dia anti-Yahudi, sedangkan dia dan Iran hanya mempunyai sikap anti-Zionis dan anti-Zionisme sahaja.
Rabbi Weiss menunjukkan gambar-gambar Yahudi Tulen yang telah dibelasah oleh askar Zionis di Israel.
Tentu sekali kejadian kejam seperti ini tidak disiar dalam media di Amerika dan Barat yang nyata sekali ada pro-Zionis.
Dan kisah kezaliman kaum Zionis tidak mungkin akan diterbit dalam bentuk filem maupun siri drama televisyen termasuk ‘kehebatan’ pemimpinnya membunuh orang Palestin dengan begitu kejam di kem pelarian Sabra dan Shatilla dan lain-lain.
Tentu tidak masuk akal orang Yahudi yang dianggap kuat dengan pegangan ugama Yahudi diberi layanan seperti ini oleh askar Zionis di Israel sendiri dimana mereka tidak diterima oleh pemimpin Zionis.
Ini hanya membuktikan pemimpin Zionis bukan hanya sanggup melakukan kezaliman kepada orang Palestin atau Arab, tetapi kepada orang Yahudi Tulen sendiri, demi memegang kuasa di Israel .
Sebenarnya fahaman Zionisme telah diperkenalkan untuk mengangkat tahab kaum Yahudi di Amerika ke tahab sama dengan kaum lain di negara tersebut.
Dulu orang Yahudi berada ditahab yang begitu rendah sekali; mereka sama dengan kaum kulit hitam di Amerika.
Bagaimanapun oleh sebab jumlah Yahudi di Amerika begitu kecil mereka tidak boleh ambil tindakan keras seperti kaum kulit hitam.
Mereka guna cara menguasai industri. Dan apabila ini berjaya, mereka kembangkan fahaman itu untuk dijadikan satu fahaman politik yang mana mereka mahu desak penubuhan sebuah negara di Palestin, dan guna pengaruh yang mereka telah perolehi di Amerika untuk membantu mereka.
Sekarang Amerika telah menjadi hamba kepada pemimpin Zionis dan mereka tidak berani untuk tentang sebab mereka ada ketakutan teramat dengan pemimpin Zionis yang boleh memberi padah kepada mereka.
Jadi tidak hairan kalau ada teori yang menyatakan bahawa Presiden Amerika dulu, John F. Kennedy telah dibunuh oleh Zionis sebab Presiden Kennedy tentang hasrat Israel untuk membangunkan rancangan nuklear mereka.
Presiden Richard Nixon dan Presiden Bill Clinton juga mendapat nasib seperti itu sebab dia juga tidak sebulu dengan pemimpin Zionis, iaitu dengan mengempat-gempurkan skandal melibatkan kedua mereka oleh media yang ternyata sekali dikuasai oleh elemen pro-Zionis di Amerika.
Kedua-dua Rabbi Yahudi Tulen yang sempat saya temuramah percaya Israel akan lesap dan tanah Palestin akan dibebaskan, walaupun ia tidak berlaku semasa hayat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan