Oleh Mansor Puteh
Perjalanan dari Yogjakarta dengan bas mengambil dua jam lebih lamannya. Tetapi sebelum itu saya telah sempat berhenti dibeberapa buah tempat menarik sekelilling Yogjakarta untuk menikkati sejarah dan kebudayaannya sebelum tiba ke destinasi iaitu di Candi Borobudur .
Perjalan membawa pengunjung ke kawasan bukit-bukau, dengan sawah terbentang di sisi jalan. Dan di hujung sana tersergam Gunung Merapi, sebuah gunung berapi yang masih ‘hidup’. Ia pernah menghembuskan laha dan api tidak berapa lama dulu.
Memang seluruh pulau ini terdapat banyak gunung seperti itu, tetapi yang paling terkenal sekali ialah Gunung Merapi dan Gunung Agung.
Candi Borobudur terletak berhampiran dengan Gunung Merapi, dan kita akan dapat melihatnya sepanjang perjalanan menuju ke candi itu.
Ini kali kedua saya membuat lawatan ke Borobudur . Saya rasa begitu terharu sekali sebab dapat pulang buat kali kedua ke Borobudur setelah 25 tahun.
Dan saya masih teringat dalam tahun 1974 dulu bila saya pertama kali ke sana . Saya terpaksa menaikki dua bas untuk tiba di Magelang iaitu bandar berhampiran dengan Borobudur .
Ketika itu matahari sudah mula membenam. Kawasan di sekelilling kelihatan lenggang; tiada seorang pelancong yang melawatnya pada masa itu. Dan berhampiran dengan candi itu terdapat gerai-gerai yang tidak melayan sesiapa. Malah ada yang telah tutup.
Bas berhenti tidak jauh dari candi. Saya terus masuk ke dalam kawasan dan panjat ke beberapa tingkat ke atas untuk cuba melihat dari situ. Terdapat banyak stupa yang kelihatan seperti telah rosak. Dan ada beberapa orang lelaki yang sedang membuat kerja restorasi.
Keadaan Borobudur dalam tahun 1974 agak baik; cuma terdapat di beberapa bahagian kerja-kerja pemulihan atau restorasi sedang dibuat.
Saya juga dapat lihat di beberapa bahagian lubang-lubang telah digali di atas lantai, untuk mengalirkan air yang bertakung supaya ia dapat dialihkan dan tidak terus bertakung sehingga boleh membuat batu-batu rosak.
Dan beberapa orang yang sedang bekerja di situ asyik membuat ukiran.
Kerja restorasi terhadap Borobudur ketika itu sudah masuk satu tahun. Dan siapa sangkakan sembilan tahun kemudian dan dalam tahun 1983 baru siap semua kerja restorasi.
Sekarang ini, dalam lawatan kedua saya ke sana , saya dapat melihat betapa indah candi ini berdiri di tengah-tengah lembah. Sebuah taman telah dibina di sekelilling bangunan ini, dan tempat letak kereta yang boleh memuatkan beberapa ratus kereta dan bas pelancongan ditempatkan.
Dan di dalam kawasan ini juga terdapat gerai-gerai menjual cenderamata kepada pelancong.
Sekarang ini pihak jabatan pelancongan di Indonesia mengenakan tiket untuk masuk ke dalam.
Saya sempat berada di Borobudur beberapa ketika, untuk melihat dari semua sudut, sambil mengambil gambar. Kali ini saya menggunakan kamera yang lebih canggih berbanding dengan dalam lawatan pertama dalam tahun 1974 dulu bila saya cuma mengguna sebuah kamera ‘instamatic’ Kodak yang saya beli di sebuah pasar longgok di Jakarta dalam perjalanan ke sini.
Dari apa yang saya tahu, Candi Borobudur ini bukan lagi merupakan sebuah kuil yang giat, iaitu ia tidak lagi digunakan sebagai kuil biasa untuk penganut ugama ini guna bagi tujuan bersembahyang setiap hari.
Ia cuma digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti Hari Vesak dan dalam bulan Mei terdapat acara kebudayaan apabila persembahan diadakan selama satu minggu suntuk. Inilah ketikanya ramai pengunjun dari seluruh Indonesia dan dunia datang untuk menyaksikan persembahan itu.
Walaupun pada suatu ketika dulu, candi ini merupakan tempat bersembahyang untuk penganut Buddhist yang terpenting dan terbesar sekali di seluruh dunia tetapi sekarang ini ia lebih merupakan satu binaan bersejarah sahaja.
Sebenarnya candi ini diperbuat daripada batu jenis hitam yang banyak terdapat dari kawasan ini. Dan ia terletak di atas sebuah bukit, yang telah mencorakkan bentuknya yang menuju ke langit, dari dasar yang luas ke puncak tajam.
Ramai orang yang datang ke sini bukan lagi mereka yang mahu bersembahyang, tetapi pelancong yang mahu melihat keindahan bangunan itu sambil mengambil gambar, sebelum pergi ke tempat lain seperti ke Prambanan di mana terdapat sebuah Candi Prambanan yang tidak begitu besar berbanding dengan Candi Borobudur, tetapi mempunyai rekabentuk yang tidak kurang menariknya.
Kalau kita bandingkan dengan Angkor Wat di Kambodia, Borobudur mempunyai persamaan yang rapat. Rekabentuknya hampir serupa dan kedua mereka diperbuat daripada batu dan di dindingnya terdapat ukiran yang menceritakan tentang sejarah ugama mereka.
Angkor Wat juga mempunyai nasib yang sama dengan Borobudur dan kedua mereka telah tenggelam oleh masa dan ditemui semula oleh orang asing yang memerintah kedua negara berkenaan.
Sekarang ini kerja restorasi Angkor Wat dan Borobudur telah siap, dan kita dapat melihat bangunan-bangunannya berdiri seperti sediakala, walaupun tidak seindah semasa ia berada dalam zaman lampau dulu.
Tidak hairan juga kalau Borobudur disenaraikan sebagai salah sebuah dari tujuh keajiban dunia silam atau ‘seven wonders of the ancient world.’
Sebab utamanya ialah bangunan ini begitu besar dan mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan.
Sama seperti binaan Piramid di Giza luar Bandaraya Kaherah di Mesir, atau Tembuk Besar di luar Beijing, di negeri Cina dan sebagainya, Borobudur mempunyai penarikannya yang tersendiri.
Jadi tidak hairanlah kalau ia terus menarik perhatian pelancong yang datang ke Indonesia , yang mahu melihatnya dengan lebih dekat dan mempelajari tentang sejarahnya.
Kuil atau Candi Borobudur di Pulau Jawa merupakan kuil Buddhist yang terbesar seluruh dunia. Ia dibina dalam tahun 825 oleh Sanmaratungga semasa Pulau Jawa dikuasai oleh pemimpin yang berugama Buddhist.
Tetapi, setelah kuasa ini jatuh ke tanah pemimpin yang berugama Islam, maka pengaruh Buddha ini lupus, dan kuil-kuil serta bandar-bandar penganut asalnya turut lupus, sehingga ia dimakan semak-samun dan tumbuhan-tumbuhan yang telah berjaya menyelubungi seluruh bangunan Borobudur ini.
Gambar awal menunjukkan Borobudur hilang dalam semak dan pokok tumbuh di celah-celah stupa, sehingga sukar untuk kita mengenalinya.
Kita bandingkan gambar lama ini dengan keadaan Borobudur sekarang dan kita akan rasa begitu kagum sekali bahawa kerja restorasi itu telah dapat memulihkannya, sehingga ke tahab asal.
Ini dapat kita lihat dalam pameran di muzium yang telah dibina khas di perkarangan Borobudur, di mana gambar-gambar lama Borobudur dan baru dihias untuk pelancong bandingkan.
Dan ia telah ditemui semula dalam tahun 1814 oleh seorang pegawai tentera Inggeris berperingkat kolonel, dan diumumkan oleh Sir Stamford Raffles, yang ketika itu Gabnor Inggeris di Pulau Jawa sebelum kuasa Inggeris bertukar ke Belanda.
Usaha-usaha untuk membersihkan kawasan Borobudur ini mengambil masa yang begitu lama. Dan ia diteruskan dalam pemerintahan Belanda.
Setelah begitu lama, baru Borobudur dilihat sebagai sebuah bangunan tersendiri, tanpa semak-samun dan tumbuhan-tumbuhan yang telah menutupnya sekian lama.
Ketika ini Borobudur tidak berupa sebuah bangunan; ia lebih merupakan longgokan batu-batu yang telah ditolak oleh pokok-pokok.
Malah ia langsung tidak kelihatan seperti sebuah bagunan.
Kerja-kerja pemulihan cuma bermula dalam tahun 1905 sehingga 1910. Dan usaha kedua pula bermula dalam tahun 1973 dan berakhir dalam tahun 1983 atas bantuan UNESCO dan pembiayaan dari 27 negara.
Apabila Borobudur ditemui pertamakali dalam tahun 1814 ia tertimbus dalam semak-samun dan tanaman, dan usaha untuk mendedahkannya mengambil masa hampir 100 tahun.
Ia mempunyai ketinggian empat-puluh-dua meter. Tetapi, apabila kerja restorasi atau pemulihan telah disiapkan, puncaknya tiba ke paras 34.5 meter sahaja.
Lebar kuil ini di bahagian bawa ialah 123kali 123 meter persegi.
Bangunan ini dibina setinggi sepuluh tingkat, yang mana dari tingkat satu hingga enam ia berbentuk empat segi sementara yang lainnya bulat.
Terdapat sebanyak 504 stupa atau arca Buddha di kuil ini. Kebanyakannya telah rosak bila ia telah ditemui. Dan sekarang ini kebanyakannya telah dipulih semula, dengan beberapa buah stupa yang tidak mempunyai kepala dan tangan.
Di kiri dan kanan Borobudur terdapat kawasan yang masih belum dipulihkan lagi. Terdapat batu-batu bergelempangan. Ia merupakan bahagian lain dalam kompleks Borobudur yang masih terbiar sekarang.
Mungkin kerja-kerja restorasi ke atas kedua kawasan ini tidak dapat diteruskan oleh sebab bahan-bahannya telah hancur dan tidak dapat dipulihkan lagi sepenuhnya.
Ia lebih kelihatan sebagai tempat kediaman untuk penghuni candi ini tinggal masa zaman silam dulu. Ataupun ia merupakan tempat persekolahan dan sebagainya.
Sebuah model Borobudur terdapat di dalam muzium di mana kita dapat melihat bangunan candi in seperti dalam zaman dulu.
1 ulasan:
Assalamualaikum wr wb.
Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour + Goa Pindul, Indrayanti (FULL BOARD / ALL IN)
1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)
11.15-11.45 airport
11.45-12.15 goto localresto
12.15-13.00 lunch
13.00-13.30 go to hotel c/in
13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
15.15-16.00 kasongan
16.00-16.30 goto parangtritis
16.30-17.30 parangtritis
17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
18.15-19.00 manding
19.00-19.30 go to local resto
19.30-20.00 dinner
20.00-20.30 drop hotel
2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)
08.00-09.30 go to borobudur
09.30-10.30 borobudur
10.30-11.30 goto local resto
11.30-12.00 lunch
12.00-13.00 go to lava tour merapi
13.00-14.30 lava tour merapi
14.30-15.30 menuju chocolate monggo
15.30-16.00 chocolate monggo
16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
16.15-17.00 masjid mataram kotagede
17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
18.00-18.30 menuju local resto
18.30-19.00 dinner
19.00-20.00 drop hotel
3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)
08.30-09.00 go to kraton
09.00-10.00 kraton
10.00-10.15 go to tamansari
10.15-11.30 tamansari
11.30-12.00 go to local resto
12.00-12.30 lunch
12.30-14.00 goto goa pindul
14.00-15.00 cave tubing goa pindul
15.00-16.00 goto indrayanti beach
16.00-17.00 indrayanti beach
17.00-18.00 goto bukit bintang
18.00-19.00 bukit bintang
19.00-19.30 dinner @bukit bintang
19.30-20.30 drop hotel
4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
tba c/out hotel
tba drop airport
Price start from: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb
Catat Ulasan