Isnin, 13 Februari 2012

TEHRAN, DULU DAN SEKARANG…

oleh Mansor Puteh

Sungguh jauh sekali terasa berada di Tehran di Republik Islam Iran, sebuah negara yang kini mendapat tumpuan ramai, khususnya dari pihak yang mahu mencari pasal dengannya, dengan menuduh ia memilikki program nuklear.

Negara yang lebih kecil juga ada program nuklear, inikan Iran yang pula menghadapi beberapa jenis kecaman dan helah dari Barat khususnya dari Amerika.

Jadi sudah pasti Iran juga mahu maju sama seperti negara lain – bukan sebab ia sebuah negara Islam yang mesti dibiarkan mundur, supaya 'imej Islam' yang dicipta dan dimajukan oleh para orientalis Barat yang rata-rata keturunan Yahudi - tetapi ia adalah perkembangan dan kemajuan sejagat.

Saya pertama kali ke sini dalam tahun 1992 dulu menyertai Pesta filem antarabangsa Fajr (Fajar) bilamana filem saya 'Seman' dijemput, dengan ini saya layak untuk menyertai sama.

Saya kembali ke negara ini dua tahun kemudian juga dengan tujuan sama bila filem yang sama ini dijemput sekali lagi.

Dan saya juga dipelawa untuk bercakap dalam sebuah forum yang diadakan dalam tahun 1994 dulu

Jadi, kali terakhir saya di sini ialah 18 tahun lalu.

Dan kali ini ia adalah disebabkan dokumentari saya 'Writing in the Sand...on how the Jasmine Revolution of the Arab Spring of 2011 could have been avoided' dijemput.

Saya telah juga dijemput menghadiri persidangan Belia dan Kebangkitan Islam yang diadakan pada 26 hingga 30 Januari diikuti dengan pesta filem ini dari 1 hingga 7 Februari.

Saya tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Khomeini yang baru dibina 2007 dulu dan tidak mendarat di lapangan terbang antarabangsa Mehrabad yang kini dijadikan terminal penerbangan tempatan.

Waktu malam dan seluruh Bandaraya Tehran gelap; kelihatan bangunan-bangunan lama yang mengingkatkan saya seperti pemandangan di Bandaraya New York. Yang membezakan kedua buah bandaraya ini ialah papantanda di Tehran ditulis dalam bahasa Farsi dan huruf jawi.

Cuaca agak sejuk tetapi salji belum turun.

Inilah bandaraya ke-27 paling besar seluruh dunia. Inilah juga bandaraya yang menjadi tumpuan ramai, khususnya bagi mereka yang sukakan 'intrique' samada ia akan menjadi Baghdad atau Tripoli.

Tentu sekali mereka yang bencikan kebangkitan Islam mahu Tehran jadi padang jarak, padang terkukur.

Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain dari pihak Zionis dan Yahudi, yang tidak boleh lihat orang Islam senang dan maju.

Baghdad merupakan bandaraya Arab yang paling moden sebelum ia diranapkan oleh pihak Zionis yang mengguna kuasa lain untuk melakukan kehendak mereka.

Ternyata dengan Iran, mereka pasti akan kecundang. Tehran bukan Baghad dan Iran bukan Iraq dan Libya.

Iran negara bebas.

Kedudukan Iran di dunia Islam melonjak dengan kelantangan presidennya, Mahmoud Ahmadenijad yang lantang bersuara mempertahankan Islam dan negara Islam, dalam suasana dimana tidak ramai pemimpin Islam yang berani bersuara.

Ahmadenijad tidak gentar; dia pakar matematik, jadi dia tahu hitung nasibnya dan nasib Iran. Musuhnya dijadikan sasau tidak tahu kira apa tindakan baru yang bakal diambilnya.

Baru semalam Iran memperkenalkan sebuah sistem laser yang boleh diguna untuk melancar serangan secara terperinci.

Mungkin dihari kemudian, Iran akan membuat pengumuman tentang kejayaannya menghasilkan senjata yang lebih canggih yang boleh menaikkan imej negaranya dan kedudukan Dunia Islam seluruhnya.

Persidengan Belia dan Kebangkitan Islam dihadiri 1,500 peserta dari 73 buah negara Islam.

Berbeza dengan persidangan yang diadakan di negara-negara lain, persidangan ini menampakkan kesungguhan ramai peserta menyuarakan pendapat mereka dengan begitu lantang sekali.

Presiden Ahmadenijad merasmikan persidangan ini dengan memberi ucapan, dan sesudah itu, dia terus pergi dari situ dengan mengambil jalan belakang pentas.

Ini cara mereka disini bila pemimpin mereka tidak tunggu untuk tunjuk muka; beliau ada urusan lain.

Dan pagi ini beliau melancarkan stesen televisyen stelit, Hispan TV dalam bahasa Sepanyol untuk negara-negara Hispanik seramai 600 juta.

Tetapi perlu diingat bahawa Iran telah melancarkan sebuah stesen televisyen satelit bernama Press TV berpusat di Tehran yang bersaing dengan CNN dan Aljazeera. Ia boleh dilihat di www.presstv.ir

Dalam masa 18 tahun saya tidak ke Iran, banyak telah berlaku; dan perkembangan seperti yang disebut setakat ini menampakkan bahawa Dunia Islam ada masa depan.

Dan apa yang dilakukan oleh Iran juga turut dilakukan oleh banyak negara Islam lain tidak kurang Malaysia, yang juga seperti mahu 'bersaing' untuk menjadi jaguh bagi Dunia Islam, tetapi dengan cara tersendirinya, yang sama tetapi lain dengan cara yang dilakukan oleh Iran.

Ahmadenijad menampakkan ketokohannya yang hampir dapat disamakan dengan ketokohan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, dan tidak kurang dengan Perdana Menteri Sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sentuhan lembut dan mesranya.

Najib tahu dia tidak boleh jadi seperti Mahathir dengan mempunya suara lantang; jadi dia guna suara lembut tetapi bertenaga supaya dia ada nilai dan keperibadian tersendirinya.

Sedangkan Ahmadenijad terletak di tempat tersendirinya, sebagai orang Farsi yang tidak pernah gentar lebih-lebih lagi apabila mereka yang telah lama dulu singkir Shah Reza Pahlawi dan tumbangkan kerajaannya untuk membangunkan Republik Islam Iran yang sedia ada sekarang.

Iran sebenarnya tidak banyak berubah dari segi prinsip dan pegangannya.

Yang berubah cuma cara ia melafazkan prinsip itu dalam pelbagai bentuk, iaitu menyatukan belia Islam seluruh Dunia Islam dan mengguna sinema sebagai senjata bagi menyebar semangat Islam.

Tiada ulasan: