Isnin, 20 Februari 2012

DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN): IA MESTI DIBAHAS SECUKUPNYA DAN MENGAMBIL KIRA CADANGAN DI SINI YANG MENGAMBIL KIRA LEBIH BANYAK FAKTOR DAN PERSPEKTIF SERTA HASRAT. – BAHAGIAN PERTAMA.

Penilaian oleh Mansor bin Puteh.


(NOTA: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mesti beritau siapa yang membuat kajian tersebut untuk mengubal Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) – apa kelayakan dan pengelaman mereka, dan berapa lama mereka melakukannya dan berapa perbelanjaan yang telah diguna dan sejauhmana mereka telah pergi untuk membuat kajian dan siapa yang mereka telah bertemu dan berbincang untuk mendapat maklumat.

DIKN mesti ada data dan statistik yang telah diperolehi untuk mengubal dasar ini dan siapa yang menilainya. Kalau ini tidak dilakukan DIKN hanya mengandungi andaian semata-mata yang tidak berasas dan cadangannya tidak mungkin boleh dilaksanakan.

Dan adalah salah untuk KPKK menghantar dasar ini terus ke kabinet untuk mendapat persetujuan tanpa mempersembahkannya kepada penggiat seni untuk beri cadangan dan penilaiannya.)

DIKN SEHARUSNYA MENCARI JALAN UNTUK MENGGALAKKAN KEGIATAN SENI DISERAHKAN KEPADA INDUSTRI SUPAYA INDUSTRI INI MENJADI ‘KEGIATAN INDUSTRI’ DAN TIDAK ‘KEGIATAN AGENSI’ ATAU ‘INDUSTRY-DOMINATED’ DAN BUKAN ‘AGENCY-DOMINATED’ SUPAYA IA DITADBIR OLEH PAKAR DENGAN KELAYAAN KHUSUS DAN BUKAN PEGAWAI YANG DILANTIK, SUPAYA SETIAP KEGIATAN SENI MENJADI SEBUAH INDUSTRI DENGAN PEMIMPIN DAN KEGIATAN MASING-MASING:

DIKN tidak menyeluruh, dengan penyelidikan dilakukan secara serius diperingkat ijazah kedoktoran dan tidak mengguna sebuah laporan yang dibuat secara dengan andaian apa yang dicadangkan itu boleh berlaku sedangkan apa yang mahu dilakukan itu hanyalah satu eksperimen.

Ia terlalu cuba untuk meniru apa yang telah dilakukan di beberapa buah negara Barat yang menguntungkan mereka, sedangkan usaha kita adalah untuk merubah sistem penerbitan, penghayatan, pengedaran dan penerimaan bahan kreatif kita, supaya Malaysia menjadi punca utama dalam bidang ini khususnya dalam bidang filem dan televisyen.

Kalau ini tidak dilakukan maka perkembangan yang mungkin berlaku tidak ada elemen propaganda; walhal kegiatan seni dan budaya di barat adalah semata-mata propaganda termasuk sasternya seperti sastera Inggeris adalah propaganda Inggeris; filem-filem Hollywood adalah propaganda Amerika dan Zionis.

Dan DIKN seharusnya berusaha untuk mengurangkan penyebaran propaganda Zionis dan barat dengan memperluaskan pengaruh budaya kita di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam.

Ini bermakna bahawa kegiatan kreatif negara akan terus menjadi suatu kegiatan dimana penggiat seni akan menjadi hamba dan tidak menjadi tokoh yang dihormati yang boleh mengembangkan bidang seni ke tahab industri yang boleh berdikari.

Seperti di Hollywood dan Bollywood atau industri filem di Mumbai yang boleh wujud tanpa sebarang bantuan kerajaan pusat mereka. Dan filem-filem Bollywood adalah propaganda.

Ini yang menyedihkan sebab penggiat seni akan terus mengemis minta dana dari kerajaan, sedangkan ada cara lain yang boleh digunakan untuk mereka mengembangkan kegiatan seni sehingga ia boleh menjadi industri.



DIKN TIDAK AMBIL KIRA FAKTOR DAN ELEMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF – KEPAKARAN DAN BARISAN SARJANA YANG SEDIA ADA:

DIKN ditulis seperti Malaysia tidak ada pakar dan sarjana dalam bidang perfileman dan lain-lain; seperti Malaysia mahu wujudkan satu kegiatan kreatif dengan segala yang berkurangan.
Jadi tidak hairan kalau mereka yang gubal DIKN ini tidak pernah melutut dan dapat maklumat dari pakar dan sarjana.

TIDAK DISEBUT BERAPA RAMAI PAKAR YANG AKAN DIBERI PENDIDIKAN DALAM BIDANG KESENIAN DI LUAR NEGARA:

Ini yang menyedihkan sebab DIKN langsung tidak mengiktiraf mereka yang ada kelayakan maupun mahu galak satu generasi baru untuk diberi pendidikan diperingkat tertinggi di luar negara supaya mereka boleh menjadi pentadbir yang lebih berwibawa.

SIAPA YANG AKAN MENTADBIR DAN MENGUASAI USAHA INI MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF NEGARA?:

Tidak dinyatakan pula siapa yang akan mengepalai usaha ini dan agensi mana yang akan menjadi pusat pertumbuhan industri kreatif negara, samada sebuah kementerian baru akan ditubuhkan, samada sebuah agensi atau jawatankuasa baru akan ditubuhkan yang ada kuasa untuk mengarah agensi dan kementerian terbabit.

DIKN SATU EKSPERIMEN SAHAJA YANG TIDAK BOLEH MEMBAWA KEPADA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF:

DIKN akan bereksperimen dengan masa depan pengkarya seni di Malaysia. Ia akan mengeciwakan pengkarya seni sebab cadangan-cadangan terkandung dalamnya tidak menyeluruh; ia adalah kegiatan yang tidak kena-mengena; jadi perkembangan industri kreatif tidak bersepatu.

TIDAK DISEBUT DIMANA DANA DAN BERAPA JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN SEMUA CADANGAN-CADANGAN DALAM DIKN:

Ini yang peliknya. Semuanya bermula dari dana. Kalau tidak disebutkan dari mana dana akan diperolehi dan berapa jumlahnya, maka cadangan-cadangan yang dibentangkan itu tidak boleh dilakukan.

SIAPA YANG BERKUASA UNTUK MENGARAH AGENSI KERAJAAN?:

Lagipun tidak dinyatakan juga siapa yang ada kuasa untuk mengarah pengarah agensi-agensi yang disebut dalam DIKN untuk bertindak seperti yang dihasratkan dalam DIKN.

BILAKAH DIKN AKAN BERKUATKUASA?:

Ini juga tidak dinyatakan.

TIDAK ADA USAHA UNTUK MEMBENTUK SISTEM:

Tidak ada usaha membentuk sistem, jaringan, saluran karya seni dalam dan luar negara, perhubungan diantara satu aktiviti seni dan yang lain untuk menjadikan industri kreatif bersepatu supaya sistem ini lengkap dan yang boleh berkembang berterusan.

TIDAK BERITAU DIPERINGKAT MANA INDUSTRI KREATIF MALAYSIA BERADA SEKARANG:

DIKN tidak memberitahu ditahab mana industri kreatif Malaysia berada sekarang untuk perancangan dibuat ikut dari tahab tersebut dalam semua bidang.



TIDAK MENYENARAI PAKAR DALAM SEMUA BIDANG SENI:

DIKN tidak menulis senarai pakar-pakar dalam semua bidang seni, samada mereka telah dirujuk untuk beri pandangan dan cadangan spesifik.

DIKN SEPERTI MAHU BERMULA DARI PERINGKAT PALIING BAWAH DAN KOSONG SEPERTI KEGIATAN SENI DI MALAYSIA TIDAK WUJUD:

DIKN gagal membincang perkara ini. Oleh sebab itu rancangan dan cadangan tidak ambil kira kehadiran pakar dan pengiat dan pengkarya seni yang boleh dibantu untuk menggiatkan industri seni kreatif.

DIKN TIDAK BERI SEBARANG HARAPAN UNTUK PENGKARYA FILEM DAN SENI YANG BOLEH BERJAYA DI PERINGKAT DUNIA, WALAUPUN MEREKA MUNGKIN TIDAK DISENANGI DIPERINGKAT TEMPATAN:

DKIN tidak sedar bahawa ada pengkarya filem dan seni bertaraf dunia tetapi mereka disabotaj oleh KPKK dan RTM sendiri dengan pegawak KPKK dan  menghina mereka bila dapat kesempatan tanpa menjemput minta pandangan dan galak mereka berkarya guna dana khas kerajaan. Ini yang ironinya.

Dan mereka tidak perlu menerbit filem tempatan dengan perbelanjaan kecil tetapi yang besar untuk pasaran dunia.

TIDAK ADA FALSAFAH:

Sebab yang dinyatakan kenapa industri kreatif mahu dimajukan tidak lengkap dan menyeluruh. Ia tidak mengkagumkan. Ada sebab dan tujuan lain yang lebih mulia yang boleh dijadikan panduan kenapa industri kreatif di Malaysia mesti dimajukan.

FALSAFAH YANG DICADANGKAN, WALAUPUN IA TIDAK PERLU DIDEDAHKAN KEPADA UMUM:

Merapatkan perpaduan bangsa Melayu, Umat Islam dan diantara kaum serta menonjolkan Malaysia sebagai negara pengeksport karya seni dalam semua bidang disamping mengguna media baru sebagai senjata propaganda menangkis propaganda Zionis dan amerika dan barat yang telah diguna oleh mereka selama ini.
                                  
TIDAK ADA USAHA MENGGALAK PENULISAN TENTANG FILEM DAN KARYA SENI.

Bidang penulisan dan analisa tentang seni dan budaya mesti digerakkan dan mereka yang terlibat dengannya mempunyai kelayakan khusus.

TIDAK ADA USAHA MENUBUHKAN PUSAT DAN MUZIUM SERTA AKIB KESENIAN NEGARA BAGI MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG KEGIATAN PENGKARYA SENI.

Industri kreatif sesebuah negara mesti dilihat dengan himpunan karya dan peneraian karya dan pengkarya secara sistematik.

DIKN tidak bercakap tentang ini.

PERANAN RADIO, TELEVISION DAN MEDIA:

Tidak disebut apa yang boleh dibuat kepada radio dan televisyen di Malaysia sekarang. Tidak juga disebut apa yang mesti dilakukan kepada media yang ada sekarang untuk membentuk pemikiran dan penghayatan baru dalam bidang seni.

Tiada ulasan: