Sabtu, 25 Februari 2012

DIANTARA PENGLIPUR-LARA DAN TUKANG KARUT DALAM BIDANG PENERBITAN DOKUMENTARI. ADA YANG SANGGUP TERBIT DOKUMENTARI WALAUPUN MEREKA TIDAK BERMINAT DENGAN BAHANNYA SEMENTARA ADA YANG LAIN YANG TERBITNYA OLEHSEBAB MEREKA BENAR-BENAR TAHU BAHANNYYA.

Oleh Mansor Puteh



Saya percaya ramai Orang Melayu tersinggung dengan penerbitan dokumentari tentang Tun Abdul Razak dan Mokhtar Dahari.

Mereka cemuh karyanya dan bukan bahan atau tokohnya sebab ia tidak dibuat oleh penerbit dokumentari keturunan Melayu.

Apakah jadah mesti orang cina terbit dokumentari tentang tun razak dan mokhtar?

Tidak ada pengarah dokumentari Melayu yang boleh melakukannya?

Inilah kepincangan jelas yang terdapat dalam penerbitan kedua-dua buah dokumentari yang disiar oleh History Channel baru-baru ini yang dibuat oleh mereka yang langsung tidak diketahui oleh umum sebagai ‘peminat setia’ Tun Razak dan Mokhtar.

Mereka hanya berminat untuk menerbit dokumentari tentang mereka olehsebab mereka dapat peluang melakukannya.

Dan sekarang lihat apa sahaja yang mereka telah lakukan setelah dokumentari itu disiar di televisyen?

Mereka tidak bersungguh-sungguh mahu menayangnya untuk membincang tentang kehidupan Tun Razak dan Mokhtar.

Mereka bukan pakar dalam bidang sejarah dan berminat benar dengan kedua mereka. Dan mereka juga tidak ada perhubungan peribadi dengan mereka dan telah mendedah maklumat baru tentang mereka.

Jadi apa yang telah berlaku ialah dokumentari tentang Tun Razak dan Mokhtar tidak lain seperti bahan vidio sejarah tentang kehidupan mereka seperti yang dikisahkan dalam buku sejarah untuk kanak-kanak sekolah di peringkat darjah lima sahaja.

Tiada ulasan: