Rabu, 1 Februari 2012

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA NUSANTARA DAN LAIN-LAIN…

Oleh Mansor Puteh



Di sini saya ingin sampaikan sedikit pandangan dan timpal balik mengenai perkara di atas, dan harap ia dapat diambil kira oleh pihak kerajaan berkaitan isiu Bahasa Melayu yang kini semakin tertekan dari dalam.

Saya rasa tidak sesuai kalau pihak seperti Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP) dan pihak lain melenting apabila kedudukan Bahasa Melayu dikecam dan tahabnya mahu diturunkan sedikit demi sedikit.

Sekarang ini ada pihak khususnya di kalangan bukan Melayu (dan segelingir Melayu) yang mahu beberapa mata pelajaran di sekolah diadakan dalam Bahasa Inggeris, mungkin di masa depan jumlah mata pelajaran ditambah sehingga cuma Bahasa Melayu sahaja diadakan dalam basa asal.

Dalam konteks ini saya berani berkata bahawa DBP telah gagal memainkan peranan untuk memertabatkan Bahasa Melayu sehinggakan ada golongan yang berani mempertikaikan kedudukan bahasa kebangsaan ini.

Di sini saya bentangkan beberapa cara untuk memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Nusantara yang diterima oleh semua kaum.

Bahasa Melayu cuma boleh dijadikan Bahasa Nusantara di Tenggara Asia kalau pemimpin Melayu sendiri memertabatkannya untuk urusan seharian rasmi atau tidak.

Pengunaan Bahasa Melayu mesti digalakkan di kalangan bukan Melayu. Cara yang saya ingin syor agar DBP dan Kementerian Pendidikan dan agensi terbabit dapat implimen ialah:

a)                  Adakan pertandingan menulis esei Bahasa Melayu di kalangan penuntut bukan Melayu di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti.
b)                  Menggalakan semua sekolah bukan kebangsaan menubuhkan kelab teater, agar penuntut bukan Melayu dapat menulis skrip, berlatih dan bertutur dalam Bahasa Melayu sesama sendiri. Perlu diingat di sini bahawa pihak penjajah Inggeris telah mengadakan rancangan seperti ini dan galakkan orang Malaya terlibat dengan teater Inggeris sehingga sekarang orang Melayu dan bukan Melayu bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam bilik tidur sendiri.
c)                  DBP dan Kementerian Pendidikan dan agensi lain anjur pertandingan drama Bahasa Melayu khusus untuk kumpulan teater di peringkat sekoleh rendah (dalam bentuk seketsa), menengah dan universiti, supaya masyarakat bukan Melayu selesa dengan pengunaan Bahasa Melayu di kalangan mereka sendiri.
d)                  Anjurkan pertandingan membaca puisi di kalangan bukan Melayu di peringkat negeri dan negara.
e)                  Adakan ruang khas dalam majalah terbitan DBP untuk esei dan cerpen karya penulis bukan Melayu.
f)                   Adakan pertandingan penulisan novel Bahasa Melayu dari kalangan bukan Melayu.
g)                  Galakkan semua suratkhabar dan majalah Melayu untuk memberi ruang kepada penulis bukan Melayu menghantar esei atau komen dan cerpen.
h)                  Syorkan agar media cetak dan elektronik tidak mengguna terminologi Bahasa Malaysia tapi Bahasa Melayu. Dan usulkan agar negara-negara Indonesia, Brunei dan Singapura mengguna Bahasa Melayu supaya ras Melayu dapat disatukan. Agar juga masyarakat antarabangsa tidak rasa adanya kelainan diantara Bahasa Malaysia dan Indonesia. Saya ada menulis sebuah esei tentang apa itu Bahasa Melayu yang disiar dalam Dewan Budaya dulu.
i)                    Rancangan radio bukan Melayu mesti selitkan lagu-lagu Melayu, dan lagu patriotik dalam Bahasa Melayu dan bukan Melayu. Sekarang ini lagu patriotik dan puisi cuma disiar dalam radio Melayu sahaja. Saya pernah menghantar memo kepada menteri penerangan untuk menghalang Radio 1 (kebangsaan) dari menyiar lagu-lagu bukan Melayu, dan galak Astro untuk mengadakan satu siaran radio Melayu. Ini telah dilakukan.
j)                    Menggalakan pemimpin bukan Melayu menonton persembahan deklamasi sajak dan drama Melayu. Sekarang ini tidak seorang pemimpin bukan Melayu menonton drama Melayu di Istana Budaya atau filem di pawagam.

Di samping itu DBP usulkan kepada kerajaan agar semua rancangan drama Melayu yang disiarkan di televisyen tidak kira RTM atau TV3 dibuat oleh pengkarya Melayu. Ini bertujuan untuk emertabatkan tahab pemikiran karyawan Melayu dalam bidang ini. Amatlah menghinakan kalau drama Melayu diterbit oleh bukan Melayu.

Semasa Datuk Mohammed Rahmat menjadi menteri penerangan, majoriti drama Melayu dihasilkan oleh syarikat Cina dan mereka menjemput pengarah dan bawa skrip dari Hong Kong. Pihak dalam perusahaan filem telah gagal untuk membawa usul ini ke peringkat Perdana Menteri yang telah dikaburkan dengan laporan tahunan Finas dan Kementerian Penerangan yang tidak tepat.

Dan tidak salah kalau DBP dapat mengusulkannya ke peringkat teratas. Penerbitan drama televisyen mesti dianggap sebagai suatu usaha untuk menaikkan imej Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu, jadi tidak masuk akal kalau usaha ini diberi kepada bukan Melayu.

Lagipun bukan Melayu mempunyai pusat hiburan mereka di Hong Kong dan Mumbai, sedangkan Melayu masih menjadi kuli kepada pengusaha bukan Melayu di Malaysia. Di mana terletaknya maruah pemimpin dan Bangsa Melayu?

Talakkan stesen televisyen tempatan tidak menyiar siri drama Cina dari Hong Kong, sebab ia telah memberi banyak semangat kepada kaum Cina di Malaysia untuk mengeratkan perhubungai psikologi mereka.

Tapi, ini cuma berlaku di kalangan Cina yang menuntut di sekolah Cina sahaja, sedangkan Cina yang menuntut di sekolah kebangsaan kurang senang dengan filem, drama televesyen dan muzik dari Hong Kong.

Semua siri drama Cina yang mahu di siar oleh stesen tempatan mesti dihasilkan oleh pengusaha Melayu sendiri dengan pelakon terdiri dari Cina dan Melayu, agar kebudayaan dan ciri-ciri masyarakat majmuk dapat ditonjolkan, supaya penonton Cina tidak ghairah dengan budaya Hong Kong.

DBP boleh minta pihak Polis diRaja Malaysia (PRM) untuk mengadakan satu penyelidikan terhadap kes jenayah di Malaysia. Pada mata kasar kebanyakannya dilakukan oleh bukan Melayu, khususnya Cina.

Dan hampir semua kegiatan haram termasuk judi, pelacoran, kelab karaoke, bar dan percetakan VCD, CD dan DVD dilakukan oleh pengusaha Cina. Dan pihak PRM boleh selidik dan dapati bahawa hampir kesemua pengusaha Cina adalah terdiri mereka yang mempunyai latarbelakang persekolahan aliran Cina dan bukan kebangsaan. Profil Cina yang menuntut di sekolah kebangsaan berbeza dari semua aspek termasuk pemikiran. Dan DBP boleh usulkan kepada Kementerian Penerangan untuk mengadakan aktiviti penghayatan esei, cerpen dan permentasan drama dalam Bahasa Melayu khusus untuk sekoleh aliran Cina.

DBP perlu dapatkan perwakilan dari perusahaan filem dalam jawatankuasa Bahasa Melayu. Dan saya sanggup beri pandangan dari dalam sekiranya dijemput. Malangnya semua Persidangan Bahasa dan Persuratan Dunia Melayu tidak mempunyai wakil dari perusahaan filem.

Sayugia diingatkan bahawa perusahaan filem dan muzik merupakan gerakan yang menaikkan tahab dan penerimaan Bahasa Melayu di peringkat bawahan. Tanpa muzik dan filem atau drama televisyen Melayu, pengunaan Bahasa Melayu lesu setakat pembacaan puisi sahaja.

Malangnya juga isiu tentang filem dan televisyen tidak dibincangkan dalam mana-mana Persidangan ini, walaupun tidak dinafikan bahawa perusahaan tersebut merupakan penyumbang kepada usaha untuk menggalakan pengunaan Bahasa Melayu, dan tidak sastera.

Penglibatan DBP dalam usaha untuk tidak membenar bukan Melayu terbit drama televisyen Melayu adalah perlu, oleh sebab Kementerian Penerangan tidak ambil kira sentimen Melayu dalam hal ini, walaupun drama-drama yang diterbit oleh pengusaha bukan Melayu itu telah diselit dengan nilai Kristen secara halus sebab pengusaha adalah Cina berugama Kristen.

Cuma dengan penglibatan DBP untuk mengusulkannya ke peringkat atas, bahawa tindakan peribadi menteri dan timbalan menteri penerangan yang langsung tidak tahu untuk mengambil kira aspek maruah Melayu, dapat disekat.

DBP anjurkan acara pembacaan puisi diantara negara-negara Melayu seperti pesta filem yang berpindah-pindah ke setiap negeri secara bergilir-gilir supaya penyaer dan puisi baru dapat ditonjolkan dan menggalakkan perhubungan diantara orang Melayu di negara-negara di Dunia Melayu.

Anugerah Tokoh Melayu mirip Anugerah Nobel dapat diadakan untuk memberi sumbangan kepada tokoh Melayu di Dunia Melayu dalam semua bidang. Inilah satu cara untuk menaikkan dan menonjolkan tokoh Melayu supaya bangsa lain tidak fikir Melayu kurang tokoh yang hebat. Sayugia diingatkan bahawa Anugerah Nobel kini telah diguna untuk menonjolkan tokoh di kalangan kaum Yahudi sahaja.

Semua stesen televisyen kerajaan dan swasta mesti guna Bahasa Melayu untuk membuat maklumat atau memberi makluman terhadap rancangan. Ini berdasarkan majoriti penonton faham Bahasa Melayu. Tidak ada lojik Bahasa Inggeris digunakan.

Semua iklan di radio dan televisyen mesti guna Bahasa Melayu, sebab majoriti pendengar dan penonton faham Bahasa Melayu termasuk bukan Melayu. Perlu diingat di sini bahawa perusahaan pengiklanan di Malaysia dikuasai oleh bukan Melayu, dan mereka kalau boleh tidak suka guna Bahasa Melayu. Sebab mustahil Bahasa Melayu tidak boleh diguna untuk mengiklankan barangan biasa, seperti untuk menjual sabun buku dan makanan segera.

Sebuah Jabatan Pengajian Melayu Nusantara ditubuhkan di universiti di Malaysia dan di negara Melayu lain.

Sebuah universiti di setiap negeri di Malaysia mempunyai Jabatan Pengajian Negeri atau Jabatan Pengajian Melaka untuk universiti di Melaka dan Jabatan Pengajian Selangor untuk universiti di Selangor sebagai contoh. Contohnya seperti the Department of Mexican Studies yang terdapat di University of New Mexico di Amerika.

Tiada ulasan: