Oleh Mansor Puteh
PERANAN MEDIA BUKAN MELAYU:
Media bukan Melayu di Malaysia yang mempunyai sikap negatif terhadap karya seni tempatan dalam Bahasa Melayu telah berjaya membuat masyarakat bukan Melayu seakan benci dengan filem dan muzik Melayu. Perkara ini mesti dibincang dan penyelesaian dicapai untuk mengatasi masalah ini.
PERANAN UNIVERSITI DAN AKADEMI SENI:
Tidak juga disebut apa yang boleh diguna dengan semua universiti dan maktab yang memberi ijazah dan diploma dalam bidang kesenian.
PERANAN GRADUAN DARI UNIVERSITI TERKEMUKA DI DUNIA:
Tidak juga disebut apa yang boleh dibuat untuk sarjana filem dan bidang kreatif lain yang sedia ada. Mestikah mereka semuanya dipinggirkan dan dihina oleh pegawai agensi dan bank?
TIDAK ADA USAHA MENGANJUR PESTA FILEM DAN PESTA KESENIAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN, BENUA ASEAN, DUNIA ISLAM DAN ANTARANBANGSA:
DIKN tidak ada sebarang perancangan untuk menganjur pesta filem dan kesenian bagi membawa karya seni ke pengetahuan masyarakat luar Malaysia . Tujuannya juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pengkarya seni Malaysia dengan mempengaruhi perkembangan kegiatan seni di negara luar.
DIKN DIGUBAL TANPA SEBARANG PENYELIDIKAN MENYELURUH:
DIKN akhirnya dilihat dari perspektif mereka yang tidak aktif dalam bidang seni; mereka yang tidak membuat kajian yang menyeluruh yang tahu tentang perkembangan bidang seni di Amerika khususnya.
Tidak dinyatakan siapa yang membuat kajian dan apa latarbelakangnya.
Tidak juga dinyatakan berapa lama ia telah dibuat dan berapa banyak pembelanjaan yang diguna.
TIDAK ADA PERANCANGAN IKUT PERINGKAT PERLAKSANAAN:
Tidak juga dinyatakan bila cadangan mahu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat atau serentak dan berapa perbelanjaan yang sanggup diperuntukkan oleh kerajaan.
Ia melibatkan banyak agensi kerajaan.
TIDAK MELIBATKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN:
Tetapi ia tidak melibatkan kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi.
Ia tidak melibatkan pakar dalam semua bidang. Tidak ada satu bab yang menyenaraikan pengkarya seni dalam semua bidang dengan menulis tentang latarbelakang akademik, kelayakan dan pengelaman mereka.
ADAKAH PEGAWAI PENTABDIR AGENSI BERKENAAN AKAN DIHANTAR AMBIL KURSUS LANJUTAN?:
Siapa yang akan mentadbir agensi-agensi, samada mereka adalah pegawai yang sedia ada sekarang atau mereka yang akan dihantar ke luar negeri untuk mendapat pendidikan khas untuk mengurus agensi tersebut.
Adakah pegawai bank yang akan dihantar ke luarnegeri untuk ambil kursus tertentu?
TIDAK ADA PERANCANGAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN, BENUA ASEAN, BENUA ASIA , DUNIA ARAB DAN DUNIA SELURUHNYA:
DIKN tidak mempunyai pelan tindakan menyeluruh untuk mengembangkan industri kreatif diperingkat kebangsaan, daerah wilayah, benua Asia , Dunia Islam dan dengan Barat.
Tidak ada sasaran untuk mencapai kejayaan yang boleh dilihat oleh orang awam untuk membuktikan bawa cadangan terkandung dalam DIKN ini berjaya atau tidak.
DIKN tidak boleh menaikkan taraf atau status pengkarya seni ke tahab yang tinggi; ia akan terus meletakan mereka ke tahab bawah tahab dan status pentadbir yang datang dan pergi, yang membawa karenah sendiri. Dan mereka akan tinggalkan jawatan dalam beberapa tahun yang akan diambil alih oleh mereka yang sama tidak peka dalam bidang seni.
DIKN AKAN HANCURKAN BAKAT DAN TENAGA KREATIF YANG SEDIA ADA TANPA MEMPERBANYAKKAN JUMLAHNYA DENGAN TENAGA BARU:
Akhirnya DIKN boleh menghancurkan apa sumber manusia dan kreatif yang sedia ada tanpa mengembangkannya.
DIKN AKAN MEMBUAT TAHAB ATAU STATUS PENGKARYA SENI RENDAH BERBANDING DENGAN PENTABDIR DI AGENSI KERAJAAN DAN DI BANK:
DIKN akan terus menyebabkan pengkarya seni melutut di depan pentadbir dan menjilat tapak kaki mereka, sebabnya ialah segala rancangan yang mahu dilakukan itu adalah tertumpu kepada kehendak agensi dan bukan dengan tuntutan industri.
TIDAK ADA KEGIATAN PUSAT ATAU ‘CORE ACTIVITY’ YANG MEMBOLEHKAN KEGIATAN DALAM SEMUA SENI MENJADI RANCAK AKIBAT KEGIATAN PUSAT ITU DIGERAKKAN:
Yang harus dilakukan ialah untuk kerajaan memilih sebuah kegiatan seni yang pusat atau ‘core artistic activity’ yang mana boleh dikembang dan dimajukan supaya kesan sampingan dengan kegiatan yang berlaku akibat kegiatan pusat ini diaktifkan boleh menyebabkan tindakan bersusun berlaku – atau kesan ‘multiplier’ yang dengan sendirinya memajukan semua kegiatan seni.
KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TIDAK DILIBATKAN SAMA:
Tidak ada cadangan untuk melibatkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membantu dalam hal ini, supaya kegiatan seni dapat berlaku disemua negeri di peringkat itu berbanding dengan kegiatan yang boleh berlaku diperingkat kebangsaan dan benua Asean, Dunia Islam dan antarabangsa.
Tidak juga disebut dari mana dana yang akan datang dan berapa jumlahnya.
KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TIDAK DIGALAK TUBUH AGENSI PERFILEMAN SENDIRI SEPERTI MEREKA ADA PASUKAN SOKAN DAN STADIUM:
Kerajaan negeri boleh diajak melibatkan diri dalam usaha pembuatan filem dan penerbitan persembahan seni dengan membina pawagam dan pusat filem negeri sendiri bagi mencungkil bakat di peringkat negeri masing-masing dan dengan membuka pawagam di semua kawasan perumahan dan pusat bandar baharu supaya setiap negeri bersaing dalam bidang seni seperti mereka bersaing dalam bidang sokan.
Kerajaan negeri mesti beri biasiswa untuk galak anak negeri lanjutkan pelajaran dalam semua jenis kesenian.
MENARIK PELABURAN DARI LUAR NEGARA:
Lebih teruk lagi ialah tidak ada usaha untuk menarik pelaburan dari luar negara dan usaha meluaskan pengaruh kebudayaan dan kesenian Melayu dan
SISTEM ELAK BERLAKUNYA RASUAH:
Tidak juga disebut apa cara atau sistem yang akan diguna untuk mengelak rasuah daripada berlaku dalam proses pemberian dana yang begitu banyak yang diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga bank.
PEGAWAI ATAU WAKIL DARI SPRM MESTI TERLIBAT DALAM SEMUA USAHA PENGAIHAN DANA DAN PENILAIAN PROJEK.
Ini adalah cara yang baik untuk menjaminkan tidak ada pegawai agensi kerajaan dan bank yang sengala melewatkan penilaian dan penerimaan cadangan oleh sebab mereka mahu dapat ganjaran darinya.
BANGUNKAN RANGKAIAN PAWAGAM RAKYAT 1MALAYSIA (PR1M):
Kalau kerajaan boleh bina rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (PR1M), kenapa tidak rangkaian Sinema Rakyat 1Malaysia pula di kawasan perumahan dan bandaran Melayu untuk menampung jumlah penerbitan filem Melayu yang bertambah?
GALAKKAN SETIAP KERAJAAN NEGERI MENUBUHKAN PERBADANAN KEMAJUAN PERFILEMAN NEGERI MASING-MASING DENGAN MEMBINA PUSAT KEBUDAYAAN DAN PAWAGAM:
Kalau ini dapat dilakukan dan setiap kerajaan negeri menerbit tiga buah filem setahun, kita sudah boleh ada 42 buah filem setahun. Dan kalau setiap kerajaan negeri membina lima pawagam, kita boleh ada rangkaian pawagam baru untuk menampung penerbitan filem-filem tersebut.
Ini seharusnya telah dilakukan oleh setiap kerajaan negeri yang semuanya mempunyai pasukan bola, badminton, sepak raga dan lain-lain yang membina stadium dan dewan olahraga yang menelan perbelanjaan ratusan juta ringgit.
Semua kegiataan ini boleh menarik perhatian anak negeri yang berbakat dan akhirnya rakyat negeri masing-masing akan menjadi lebih berbudaya. Ia adalah juga satu cara untuk mengelak mereka dari merempit dan terlibat dari jenayah.
CARA LAIN TUKAR DIKN UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF DI MALAYSIA:
Ada cara lain yang boleh diguna untuk memajukan industri kreatif di Malaysia yang tidak membebankan kerajaan atau yang memerlukan pemberian dana berterusan, supaya industri ini boleh berdikari dan memberi sumbangan kewangan kepada negara.
RUMUSAN: DIKN MESTI DITOLAK:
DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA (DIKN) MESTI DITOLAK SEBAB IA BUKAN ASAS UNTUK KEMAJUAN INDUSTRI INI.
SEBALIKNYA IA BOLEH MENGHANCURKAN INDUSTRI KREATIF NEGARA DENGAN PENGIAT SENI DAN SARJANA BIDANG SENI TERUS DIPANDAND RENDAH.
PENYELIDIKAN YANG LEBIH MENYURUH HARUS DIBUAT, SEBAB IA MELIBATKAN DANA YANG BESAR, JADI PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF NEGARA MESTI BERASAS FAKTA DAN TIDAK ANDAIAN SEMATA-MATA.
APA YANG DIKN TIDAK ADA:
1. DIKN HARUS MENCORAK USAHA TARIK PELABURAN DARI LUAR NEGARA:
2. DIKN HARUS MENJALIN PERHUBUNGAN RAPAT DENGAN PIHAK DI LUAR NEGARA KHUSUSNYA DENGAN INDONESIA UNTUK MELUASKAN PENGEDARAN BAHAN KREATIF DALAM SEMUA BIDANG KHUSUSNYA FILEM DAN TELEVISYEN DAN TEATER:
3. DIKN HARUS MEMBINA DAN MENONJOLKAN PENGIAT SEMUA BIDANG SENI
MALAYSIA KE TAHAP PEMIMPIN INDUSTRI DI PERINGKAT ANTARABANGSA UNTUK MEMPENGARUHI BIDANG KESENIAN DIPERINGKAT DUNIA:
4. TIDAK ADA PERSPEKTIF SEJARAH, GEOGRAFI, FALSAFAH, PSIKOLOGI, POLITIK SERTA UGAMA SUPAYA KEMAJUAN DALAM INDUSTRI KREATIF MENGUNTUNGKAN DAN TIDAK MERUGIKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan