Khamis, 16 Februari 2012

BERPESTA DAN BERDAKWAH DENGAN FILEM DI PESTA FILEM ANTARABANGSA FAJR KE-30 DI TEHRAN…

Oleh Mansor Puteh



Ia bukan sebuah pesta filem antarabangsa sebarangan. Ia tidak ikut corak yang diguna oleh penganjor pesta filem antarabangsa lain.

Ia adalah sebuah pesta filem yang paling besar dan berprestif di seluruh Dunia Islam.

Malangnya, Pesta Filem Antarabangsa Fajr yang sudah menjangkau 30 tahun Februari lalu seperti tidak menghargai penerbitan filem-filem tempatan, iaitu dari Malaysia.

Kurang sangat filem Melayu yang telah dijemput menyertainya walaupun bukan untuk pertandingan tetapi tayangan biasa.

Tahun ini cuma sebuah dokumentari saya sahaja yang telah dijemput, sedangkan pada tahun-tahun sebelum ini boleh dikira filem yang diterima.

Masalahnya ialah kebanyakan filem Melayu yang diterbit sejak kebangkitan pertumbuhan perusahaan industri filem Melayu atau Malaysia tidak menepati hukum syarak.

Di Iran penerbitan filem tidak terlepas dari hukum ini; dan ia bukan seperti di negara yang mengaku Islam lain yang mengendahkannya. Mereka anggap filem adalah filem.

Di Iran filem bukan filem kalau ia tidak ada unsur dakwah atau pengajaran bukan sahaja dari segi ugama tetapi dari segi akhlak dan keperibadian.

Malangnya, atau yang sedihnya, inilah yang telah membuat banyak filem dari Iran diterima oleh pesta filem antarabangsa di Barat.

Sedangkan filem-filem dari negara Islam lain yang tidak mempamirkan nilai ini tidak dianggap penting.

Kebetulan pula semasa di Tehran dari Januari dan Februari lalu tersiar berita sebuah filem Iran berjudul, ‘A Separation’ mendapat pencalonan filem asing terbaik oleh Anugerah Akademi yang memberi Oskar.

Ia mungkin filem Iran pertama yang mendapat pengiktirafan ini setelah beberapa buah filemnya yang lain kecundang.

Tetapi tidak menghairankan pula ada anggapan maupun tohmahan yang mengecam filem ini yang dikatakan tidak mengangkat nilai Islam yang baik; maka itu ia disenangi pula oleh pihak Anugerah Akademi di Los Angeles.

Tidak menghairankan pula filem ini tidak dipilih oleh pesta filem Cannes tetapi Berlin yang memberinya anugerah filem terbaik.

Jadi apa yang baik di Cannes atau mana-mana pesta filem antarabangsa itu, tidak semestinya baik untuk pesta filem lain yang bersaing, yang sengaja atau dengan tidak sengaja tidak mahu beri pengiktirafan kepada filem yang diberi anugerah oleh pesta filem pesaing untuk menyatakan sesuatu…

Sebagai peserta dan pelawat ke pesta filem Fajr saya sempat bergaul dengan ramai pengarah filem, pengkritik dan pengarah filem dari banyak negara yang mengambil bahagian dalam pesta filem Fajr ini.

Ia dibahagikan kepada filem asing yang mana malam anugerahnya berlangsung pada 6 Februari dan bahagian tempatan untuk filem Iran sahaja pada 11 Februari lalu.

Nampaknya pemenang bahagian filem tempatan dengan diberi trofi dan sijil, setiap mereka diberi sebuah kereta tempatan berjenama Saba yang diletak sederet di luar Dewan Vahdat.

Sudah 30 kali pesta filem Fajr dilangsungkan dan setaip tahun mereka mendapat ratusan filem yang dihantar seluruh dunia. Tahun ini sahaja mereka terima 553 filem yang mana cuma 60 buah filem, termasuk satu sahaja dari Malaysia.

Acara sampingan yang diadakan adalah tayangan. Dan peserta yang dijemput menonton enam buah filem setiap hari yang ditayang di dewan di Menara Milad yang terletak satu jam dari Hotel Parsian Azadi dimana tetamu diletakkan sepanjang pesta filem itu.

Tidak tahu pula bila filem dari Malaysia disenangi oleh penganjur pesta filem Fajr, samada ada yang akhirnya mendapat pengiktirafan darinya sebelum ada pengarah mahu berangan-angan membawa balik Oscar yang kini merupakan angan-angan Mat Jenin bagi hampir semua pengarah filem tempatan.

Tetapi tidak mengapa, sehingga ini berlaku, sekurang-kurangnya pihak penganjur telah secara tidak langsung memberi penghargaan dengan menjemput seorang dari Malaysia untuk menjadi ahli juri bagi bahagian filem-filem negara Islam, iaitu Dato’ Mahyiddin Mustakim, bekas ketua pengarah Finas.

Beliau berserta dengan pelakon terkenal dari Indonesia iaitu Christine Hakim yang pernah menjadi juri di beberapa pesta filem di Eropah.

Terdapat juga wakil dari Pejabat President Republik Timor-Leste, iaitu Jose Turquel yang menyertai pesta filem Fajr ini untuk mencari pandangan dan idea sebab negara beliau dijangka akan menganjur sebuah pesta filem pertama mereka lewat Ogos depan.

Ia bertujuan untuk mengalak pertumbuhan perusahaan filem di Timor-Leste.

Sebenarnya Pesta Filem Fajr bukan sebuah pesta filem yang kecil; mereka menjemput ratusan peserta dari banyak negara seluruh dunia dan flem-filem yang dipilih juga sering dijemput ke pesta filem lain.

Cuma yang berbezanya pesta filem ini dengan yang lain ialah ia tidak disaluti dengan glamor. Pelakon dan pengarah tidak berlagak. Mereka tidak memakai pakaian yang menjolok mata dan penuh bergaya.

Pelakon bergaul dengan khalayak sama seperti biasa.

Dan tidak pula ada liputan meluas sebelum, semasa atau selepas pesta filem ini.

Ini disebabkan pembuat filem di Iran sibuk; mereka tidak ada masa untuk dibuang begitu sahaja.

Adakah apa yang dapat pengarah filem dari Malaysia belajar dari pengarah filem di Iran?

Tentu sekali.

Malangnya, suatu usaha tidak pernah dilakukan untuk merapatkan perhubungan dan menjalinkan kerjasama diantara pengarah filem kedua buah negara.

Pernah pengarah terkenal mereka Majid Majidi dan pelakon terkenal mereka, Fatemah Mohammed-Aria berkunjung ke Finas.

Malangnya, kehadiran mereka tidak disambut dengan mesra oleh pengiat filem di Malaysia; jadi kunjungan mereka adalah cuma lawatan biasa.

Kebetulan pula beberapa bulan lalu, pelakon Fatemah mendapat penghargaan khas dari pesta filem Austria.

Dan tidak tahu berapa ramai pengarah dan pelakon filem dari Iran yang telah mendapat penghargaan dari seluruh dunia.

Untuk mengetahuinya, kita perlu membuat lawatan ke Museum of Cinema dimana semua trofi yang telah dimenangi oleh pengiat mereka disimpan untuk tatapan khalayak ramai.

Ramai beranggapan bahawa dasar politik barat terhadap tidak selari dengan dasar dipegang oleh masyarakat awam di barat juga yang tidak menaruh sebarang kesangsian terhadap Iran mahupun rakyat dan ugama Islam.

Yang menjadi mainan politik antarabangsa tidak lain dari pengaruh lobi Zionis di Amerika.

Kalau tidak kenapa filem dari Iran masih boleh mendapat pencalonan Oscar untuk filem asing terbaik dalam keadaan dimana Amerika dan kuncu-kuncu di baratnya mahu mempersenda negara Iran dengan mengungut untuk menyerangnya?

Tentu sekali ada peranan sinema Iran yang telah memainkan tempat yang berkesan untuk membuat pihak masyarakat awam di barat tidak berfikir seperti pemimpin politik mereka yang telah berjaya merubah pandangan mereka terhadap Iran dan juga Islam.

Malangnya, usaha atau tanggung jawab ini hanya dibebankan kepada sebuah negara Islam iaitu Iran, sedangkan negara-negara Islam lain hanya berpeluk tubuh tidak tahu guna ‘senjata’ filem ini untuk berdakwah dan merubah pandangan mereka di barat.

Berserta dengan pesta filem itu ada juga pasaran filem antarabangsa dan pameran poster pergerakan
Occupy Wall Street
.

Tiada ulasan: