…JASAD BAGINDA TERLANTAR DI MAKAM DI PERKARANGAN MASJID TRANGKERAH DI MELAKA.
Oleh Mansor Puteh
Inilah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.
Ia adalah sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk Bangsa Melayu di Nusantara Melayu…bukan sahaja tentang bagaimana seorang Sultan Melayu boleh disingkir bila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.
Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk Orang Melayu di Malaysia dan diseluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang.
Ia adalah juga tentang bagaimana Inggeris dan Belanda yang mahu pecahkan Nusantara Melayu atau Dunia Melayu di Tenggara Asia sejak berzaman-zaman dahulu. Mereka gagal untuk melakukannya.
Kedua kuasa Barat menyebar ugama mereka, tetapi gagal untuk menguasainya kecuali Filipina yang dulunya sebuah kesultanan Melayu dan Islam tetapi kini sebuah republik dengan kebanyak penduduk berugama katholik, dengan segelintir Islam-Melayu terhumban di sebuah daerah kecil di selatan negara dan terbiar tanpa sebarang pembangunan yang ketara.
Sebelum ini, mereka telah memecah-belahkan Dunia Arab dengan menuduh mereka bermazhab Sunni dan Syiah. Maka, orang Arabpun bergaduhlah sehingga sekarang. Yang rugi mereka. Dan yang untuk adalah Barat dan Yahudi.
Jadi cara ‘bahagi dan pecah’ atau ‘divide and rule’ ini diguna sebaik mungkin untuk melagakan Umar Islam dan Orang Melayu sesame sendiri, dengan membawa kaum asing sebagai penyendal bagi menwujudkan perbalahan yang tidak berakhir sehingga kini.
Jadi, al-kisah Sultan Singapura itu tidaklah sia-sia. Ia memberi banyak pengajaran yang harus disedar oleh semua Orang Melayu sekarang.
Tetapi, mujur Bangsa Melayu khususnya di Malaysia dan Indonesia tidak terikut-ikut dengan apa yang mahu dilakukan oleh Inggeris dan Belanda bila mereka menandakan perjanjian pelik bernama Perjanjian Inggeris-Belanda atau ‘Anglo-Dutch Treaty’ dalam tahun 1824 bila mereka dengan sendiri memilih negara mana yang mereka mahu taklukki.
Inilah satu perbuatan kejam yang telah hampir memusnahkan Bangsa Melayu dan Dunia Melayu yang sehingga mereka datang, menyaksikan perhubungan erat dengan perdagangan yang dilakukan yang menguntungkan semua pihak. Malangnya, kerakusan Inggeris dan Belanda itu telah memporak-perandakan Dunia Melayu.
Kemuncak usaha kuasa penjajah Barat itu ialah Konfrantasi yang dialami oleh Malaysia dan Indonesia dalam tahun 1960an. Mujur kita mempunyai tokoh seperti Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri Malaysia dan Mohammed Sukarno sebagai presiden Republik Indonesia yang telah dapat mententeramkan keadaan sehingga dapat membawa keamanan di antara kedua buah negara. Maka oleh itu kuasa penjajah Barat itu gagal.
Tetapi kesan mereka masih dapat dirasakan sehinggakan sekarang apabila kaum pendatang yang mereka telah bawa dari negara-negara luar dari Nusantara seperti tidak serik dan masih mahu mencari pasal. Ini berikutan dengan kenaikan tahab ekonomi mereka dan kuasa politik yang diberi kepada mereka oleh kita yang telah membuat mereka terlupa asal-usul mereka.
Usaha Inggeris dan Belanda pasti akan gagal juga walaupun mereka tidak memainkan peranan langsung, tetapi oleh sisa-sisa peninggalan mereka itu.
Itulah maka perlunya untuk Bangsa Melayu di seluruh Nusanatara Melayu bersatu dan menwujudkan persefahaman dalam semua bidang dan tidak sahaja untuk meraikan ketua pemimpin mereka sahaja. Ia harus dilakukan dalam semua peringkat dan melibatkan kegiatan sosial, kebudayaan dan ekonomi serta ugama.
Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 January, 1819.
Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatit untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung bekerja dengannya, juga sebagai pencatit. Oleh sebab itu Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara yang berlangsung di Padang pada 31 Januari lalu.
Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalannya yang telah menyaksinya. Munshi Abdullah juga tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh bukan Melayu.
Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengistiran yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, ‘Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.’
Jenazah beliau sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.
Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami oleh kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002 ia telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center.
Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina mengusir seorang Sultan Melayu dengan begitu mudah.
Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan Negeri Cina sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.
Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera maupun dari Malaya, sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura.
Kisah seperti ini bunyi seperti sebuah dongeng. Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh dihapuskan dengan begitu mudah?! Tetapi ia benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan