Ahad, 29 April 2012

TEATER BAHASA INGGERIS RELIK ZAMAN PENJAJAHAN?

Oleh Mansor Puteh




Kegiatan persembahan teater atau sebarang jenis persembahan pentas dengan menggunakan Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan di mana-mana bandar utama negara kita, sebenarnya bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dulu. 
          Di Kuala Lumpur, misalnya, ia dimulakan oleh pegawai penjajahan Inggeris yang membawa keluarga mereka, termasuk sekumpulan masyarakat Inggeris yang bergiat dalam bidang pentadbiran dan perniagaan.
          Mereka menganjorkan persembahan teater di dewan khas di Bangunan Sultan Abdul Samad yang tidak lama dulu dimusnahkan dalam satu kebakaran.
          Dan kegiatan teater Bahasa Inggeris lain juga dipersembahkan sebagai matapelajaran di Sultan Idris Training College (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan bertempat di Tanjong Malim.  Sementara itu maktab terkenal ketika zaman penjajahan inggeris seperti Malay College Kuala Kangsar (MCKK) atau kini dikenali dengan nama Maktab Melayu Kuala Kangsar turut menggalakkkan penuntut-penuntut bergiat dalam bidang teater Bahasa Inggeris.
          Malah sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh pihak penjajah Inggeris seperti Victoria Institute, St. John’s Institution, St. Francis’ Institution juga mempunyai aktiviti seperti itu.
          Penuntut-penuntut SITC misalnya sering membuat persembahan teater Shakespeare dalam Bahasa Inggeris.
          Tujuannya ialah untuk menggalakkan mereka untuk menyukai hikayat karya Shakespeare, disamping bertutur dalam Bahasa Inggeris seharian, untuk lama-kelamaan menjadikan bahasa Inggeris ini seperti bahasa ibunda sendiri.
          Dan apabila Universiti Malaya ditubuhkan, penuntut-penuntut jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris terpaksa mengambil kursus teater di mana mereka mempersembahkan teater dalam bahasa.
          Kelab-kelab teater khusus untuk persembahan teater Bahasa Inggeris ditubuhkan oleh penuntut-penuntut di Universiti Malaya sehinggakan ia menjadi kegemaran mereka. Dan apabila penuntut-penuntut jurusan bahasa itu lulus dari pengajian, merekalah yang teruskan perjuangan mereka untuk mementaskan teater Inggeris di Kuala Lumpr.
          Di bandar-bandar lain, kegiatan teater Bahasa Inggeris ini tidak begitu giat, sebab tidak terdapat pemimpin yang gemar dengan teater Inggeris, maupun teater Bahasa Melayu, walaupun berbanding dengan teater Inggeris, teater Melayu nampaknya lebih giat.
          Tetapi, apa yang harus diingatkan di sini ialah, pihak penjajah Inggeris sedar sejak awal lagi bahawa usaha mereka untuk menggalakkan anak tempatan, yakni anak Melayu, Cina dan India untuk mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa harian tidak akan berkesan sekiranya mereka tidak ‘dipaksa’ menggunakan bahasa itu setiap hari.
          Jadi, cara yang diguna oleh pihak penjajah ini ialah dengan memupukkan semangat cintakan teater Bahasa Inggeris dengan harapan mereka akan mengguna bahasa asing itu sebagai bahasa sendiri. Dan dengan cara ini juga, mereka akan terikut-ikut meniru carahidup dan serapkan nilai budaya Inggeris, dan secara tidak langsung, menolak carahidup dan nilai budaya sendiri.
          Sebenarnya usaha pihak penjajah Inggeris ini boleh dikatakan berjaya, kalau kita lihat betapa giat dan gah sekumpulan masyarakat bangsa Malaysia dari keturunan Melayu, Cina dan India bergiat membuat persembahan teater dan persembahan pentas lain dengan mengguna Bahasa Inggeris.
          Ini menakjubkan sebab Bahasa Inggeris itu adalah bahasa penjajah dan bahasa asing bagi kita, tetapi ia telah berjaya diserapkan ke dalam jiwa sekumpulan masyarakat negara kita, sehingga mereka tidak rasa segan dan silu membuat persembahan teater atau permentasan dalam Bahasa Inggeris yang asing itu, bagaikan bahasa ini adalah bahasa ibunda (mother tongue) mereka sendiri.
          Dan tabiat mengguna Bahasa Inggeris ini telah terbawa-bawa sehingga mereka cuma bertutur dalam bahasa asing saban hari, dan menolak Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan.  Malah ada masyarakat Melayu, Cina dan India rasa kekok bertutur dalam Bahasa Melayu, maupun bahasa ibunda lain seperti Mandarin, Kantonis, Hokkien atau Tamil.
          Ada sekumpulan orang Melayu yang langsung tidak gemar Bahasa Melayu, dan yang membuat mereka itu ganjil pada pandangan masyarakat Melayu umumnya ialah apabila mereka tidak tahu berbahasa Melayu, dan meniru carahidup, gaya dan nilai budaya Inggeris atau Barat.
          Tidak hairan juga kalau mereka sengaja mahu merasa ‘tinggi diri’ atau mempunyai komplek megah dengan loghat British atau Amerika dan nama Inggeris atau cara mereka memakai pakaian Barat yang terdedah, dan mencelupkan rambut untuk kelihatan seperti ‘blonde’.
          Pengunaan Bahasa Inggeris ini di kalangan sekumpulan kecil masyarakat Malaysia ini, telah menwujdukan satu kumpulan ‘sub-culture’ yang anih di dalam masyarakat kita.
          Kegiatan teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur yang ada sekarang, sebenarnya merupakan satu relik peninggalan zaman penjajahan Inggeris. Ia tidak berbeza dengan peninggalan bangunan lama sepeti ‘A Famosa’ dan bangunan-bangunan lama serta nama-nama jalanraya di seluruh Kuala Lumpur dan negara yang mempunyai nama tokoh penjajah Inggeris seperti Jalan Maxwell, Jalan Campbell, Jalan Mountbatten dan Georgetown dan lain-lain.
Mujur pihak kerajaan kita telah berjaya menukar kebanyakan nama-nama Inggeris ini kepada nama Melayu, untuk menunjukkan bahawa kita sudah merdeka dan nama-nama yang diagongkan oleh pihak penjajah Inggeris juga mesti dikikis sebab mereka tidak sesuai diberikan kepada nama jalanraya, bandar dan tempat-tempat penting di seluruh negara kita.
          Dan saya anggap bahawa kegiatan teater Bahasa Inggeris ini sebagai satu kejanggalan.
          Kita sudah merdeka selama empat-puluh-satu tahun, dan kehadiran teater bahasa Inggeris, dan penggunaan bahasa asing atau penjajah ini secara terang-terang cuma boleh memberi andaian bahawa ada kelompok kecil dalam masyrakat kita yang masih belum merdeka dari kuasa Inggeris.
          Sebab kenapa mesti diagong-agongkan bahasa Inggeris atau bahasa penjajah itu sehingga sekarang? Tidakkah kita mempunyai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri iaitu Bahasa Melayu yang kita boleh guna dalam semua hal perhubungan, termasuk dalam bidang teater?
          Dan yang menganehkan lagi ialah, mereka yang beria-ia mahu membuat persembahan dalam bahasa Inggeris bukannya orang Inggeris yang menetap di negara kita, tetapi orang Melayu, Cina dan India yang telah menjadikan bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda mereka sendiri.
          Sedangkan apa yang mereka persembahkan itu memang boleh dipersembahkan dalam Bahasa Melayu, walaupun ia drama pentas karya Shakespeare.
          Tetapi, pengunaan Bahasa Inggeris ini tidak lain disebabkan mereka rasa begitu selesa bertutur dalam bahasa ini disamping, mereka boleh rasa seperti mereka ini adalah ‘orang putih’ (Inggeris), walaupun bukan orang Inggeris tulen tetapi celup!
          Yang menggelikan hati ialah walaupun mereka giat bergiat dalam bidang teater bahasa Inggeris tetapi kehadiran mereka cuma sekadar di sekitar Kuala Lumpur atau di beberapa tempat di negara kita. Mereka tidak berani membuat persembahan di luar negeri. Atau apakah orang Inggeris di Britain dan Amerika akan senang dengan kehadiran mereka?
          Sudah pasti masyarakat di Britain dan Amerika atau Australia akan rasa janggal melihat persembahan teater oleh rakyat Malaysia yang dipersembahkan dalam bahasa Inggeris, dan tidak dalam bahasa ibunda mereka sendiri ialah Bahasa Melayu.
          Mungkin, mereka yang beria-ia bergiat dalam persembahan teater bahasa Inggeris itu ‘perasan’ dan rasa diri mereka itu lebih hebat dan lebih segala-galanya, sebab mereka faseh berbahasa Inggeris dan di samping itu mereka rasa bangga sebab kurang faseh berbahasa Melayu.
          Walaupun saya menuntut dalam aliran Inggeris sejak Darjah Satu, hingga ke peringkat sarjana di Amerika, tetapi saya tidak teringin untuk bergiat dalam teater Inggeris di Kuala Lumpur. 
          Sebabnya ialah bahasa ini tetap asing bagi saya. Dan kalau saya menulis skrip teater dalam Bahasa Inggeris, tujuannya ialah untuk mempersembahkannya di England atau Amerika.
          Mungkin orang teater lain mahu membuat persembahan teater dalam Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, khususnya semata-mata mereka mahu berlagak, lebih dari mahu menunjukkan yang mereka berbakat untuk menulis sebuah skrip yang baik, dan membuat persembahan yang bermutu tinggi.
          Berbanding dengan teater Bahasa Inggeris, saya beranggapan bahawa teater Bahasa Melayu di Kuala Lumpur jauh lebih bermutu.
          Cuma yang membuat kita rasa ragu akan tahab persembahannya ialah oleh sebab kita sendiri tidak mahu mengangkat tahab pencapaian kita ke suatu tahab yang sempurna, dan sering menganggap bahawa tahabnya tidak setinggi mana.
          Lain pula dengan teater Bahasa Inggeris, yang mana pada umumnya tidak bermutu tinggi, tetapi oleh sebab ia diadakan dalam bahasa asing itu, mereka sendiri rasa berpuas hati, dan menganggapnya berjaya dan berbanding dengan teater Bahasa Melayu, persembahan mereka lebih bermutu.
          Ini semua adalah tidak benar, sebab teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur tidaklah sebaik mana. Sebab kalau tidak kenapa sehingga kini tidak terdapat seorang pelakon, penulis skrip atau pengarah dari kumpulan mereka yang diiktiraf dari pengiat teater di Britain atau Amerika dan Australia.
          Malah kalau hendak diperkatakan lebih banyak pengiat teater Bahasa Melayu dari negara kita yang sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan di luar negeri, termasuk persembahan tradisional seperti Mak Yong, Gamelan dan Ghazal dan lain-lain.
          Sudah tiba masanya untuk media Bahasa Melayu dan pengiat teater bahasa ibunda kita menaikkan imej teater Bahasa Melayu ke tahab pencapaian yang sewajarnya agar ia tidak akan terus dibebankan dengan perasaan ‘rendah diri’.
          Kalau kegiatan teater Bahasa Melayu dikatakan mundur berbanding dengan teater Bahasa Inggeris, ini cuma memberi makna bahawa kerajaan atau kementerian berkenaan gagal untuk berbuat sesuatu untuk memajukan kegiatan teater Bahasa Melayu agar ia diterima oleh penonton Melayu dan bukan Melayu.
          Tentu ada caranya untuk kerajaan memajukan kegiatan teater Melayu supaya ia dijadikan satu perusahaan dan tidak sahaja satu kegiatan seni yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam bidang ini secara sampingan atau suka-suka.
          Zaman berteater secara suka-suka atau sampingan sudah berlaku, dan kerajaan harus berfikir panjang dan cara jalan tentang bagaimana mahu dimajukan perusahaan teater Melayu atau nasional.

Rabu, 25 April 2012

SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI? – BAHAGIAN II.

…SIAPA YANG MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA DAN SIAPA YANG TIDAK PEDULIKANNYA?
Oleh Mansor Puteh



Di Sumatera dan Pulau Jawa kebanyakan sultan dan raja-raja mereka telah dihapuskan sebaik sahaja Indonesia mencapai kemerdekaan mereka dalam tahun 1948 dahulu bila mereka berjaya menumpaskan kuasa Belanda yang telah mengecam mereka sekian lama.

Dan kebanyakan sultan dan raja-raja di sana telah berpihak kepada Belanda, jadi apabila rakyat Indonesia mengalahkan mereka, sultan dan raja-raja yang dikatakan telah belot itu turut dihapuskan.

Kesultanan yang ada di Indonesia ialah Kesultanan Jogjakarta dengan Sultan Hamengkubuwono III yang bertakhta. Istana atau Kraton Sultan Jogjakarta masih tersergam dan pada waktu-waktu tertentu pengunjung ke bandaraya ini boleh menyaksinya, yang sering dijalankan dengan penuh adat Jawa.

Selain dari itu kerajaan di Pulau Bali masih ada tetapi pengaruhnya sudah menjadi kurang. Mereka menetap di Puri atau Istana Ubud yang kini dijadikan sebuah pusat kebudayaan dengan acara tertentu untuk pelancong diadakan pada sebelah malam.

Dan kedudukan orang Cina di Indonesia juga menjadi lebih teruk sebab mereka rata-rata menyebelahi pihak Belanda, dengan mengharapkan agar Belanda akan terus menguasai seluruh Indonesia.

Oleh sebab itu kedudukan orang Cina di Indonesia tidak stabil dan mereka sering dicemuh sehinggakan bahasa dan kebudayaan mereka mahu dihapuskan dan mereka dilarang untuk menubuhkan sebarang persatuan Cina mereka. Mereka juga tidak dibenar mengguna bahasa Cina dan nama sendiri sehinggakan kuil mereka itu tidak ada tulisan Cina.

Hanya sekarang sahaja, bila masyarakat Cina di Indonesia boleh mula mengguna bahasa sendiri dan mereka ada rancangan-rancangan ugama dan hiburan dan kebudayaan dalam bahasa sendiri.

Namun demikian, kebanyakan orang Cina yang sering muncul dalam rancangan-rancangan seperti ini masih mengguna Bahasa Melayu sebab mereka telah lama dididik dalam bahasa lain.

Dan yang menjadi mangsa pertama di Singapura bila penduduk bukan Melayu bertambah ramai ialah bila Sultan Singapura yang pertama, Sultan Hussain Shah disingkirkan sehinggakan dia terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaikki kapal bernama ‘Julia’ yang dipunyai oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun, 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. 

Sultan Hussain Shah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka khususnya, walaupun penduduk bukan Melayu tidak endahkan kehadirannya.

Bagaimanapun, kehidupannya di Melaka tidak seperti di Singapura, dimana dia mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ini ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kematiannya lima-belas bulan kemudian pada 5 September, 1835.

Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali Iskandar ditabal dalam sebuah acara yang sederhana dan dia langsung tidak bertakhta maupun berdaulat. Dan kehidupannya melarat sebab dia tidak diberi wang dari pihak Inggeris yang telah menyekatnya bila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles diganti oleh John Crawfurd, yang ternyata sekali mempunyai sikap anti- atau benci-Melayu. Dan dialah orangnya yang telah membuat Sultan Hussain Shah menderita dan merajuk.

Inilah sebenarnya apa yang diniatkan oleh Inggeris bila

Beliau tidak dipilih menjadi Sultan Riau selepas kemangkatan bapanya, sebab emaknya orang biasa bernama Encik Makoh binti Daing Maturang. Dan ketika itu pula Raja Hussain berada di Pahang dan tidak sempat menghadiri upacara pengebumian bapanya dalam tahun 1812 walaupun dia telah dilantik sebagai Tengku Mahkota sebaik sahaja dijadikan anak angkat Raja Hamidah tiga tahun sebelumnya, iaitu isteri Sultan Mahmud dengan tujuan dia menggantinya kelak. Bagaimanapun ini tidak berlaku dan adiknya, Raja Abdul Rahman Shah pula yang menjadi Sultan Abdul Rahman.  

Dan dia membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat di Riau untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sedarhana sahaja sehinggalah dia dipelawa oleh Inggeris dengan diketuai oleh Farquhar untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama.

Tentu sekali Raja Hussain ketika itu rasa berwas-was mahu menerima tawaran seperti itu dan jadi seorang sebuah negara baru. Tetapi, malangnya, tidak berapa lama kemudian, setelah ditabalkan sebagai Sultan Singapura, dia mula dihina dan diendahkan. Kedudukannya sebagai sultan diperlekehkan sehinggalah dia ambil keputusan untuk melarikan diri ke Singapura.

Sultan Hussain Shah menanggis pada waktu malam bila dia sedar yang dia telah disalahguna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya. Malah orang Cina di Singapuralah yang telah menyebabkan Kesultanan Singapura terkubur.

Walaupun kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan sehinggalah akhirnya Istana Kampung Gelam diambil alih oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu.

Jadi apa yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa perit yang dialami oleh Sultan Hussain Shah ini? Banyak.

Diantaranya ialah Orang Melayu dan Umat Islam mesti bersatu dan jadikan Nusantara Melayu dan Dunia Islam sebagai satu daerah khusus dan khas dan penting untuk perkembangan ekonomi dan penyebaran ugama dan budaya kita.

Kita mesti wujudkan satu pasaran bersama dengan menjual-membeli barangan sendiri yang kita buat. Wujudkan sebuah Sinema Nusantara dan Sinema Islam dan terbit filem-filem yang mengisahkan tentang kepahlawanan dan kehabatan kita sendiri dan edarnya ke seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam, supaya akhirnya kita dapat ketepikan filem asing khususnya dari Barat atau Hong Kong dan India.

Mempertingkatkan pengunaan Bahasa Melayu dan ajarnya kepada pelajar di sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti, dengan menyebutkan perkataan dan membentuk ayat secara sama, dan tidak mengguna pengaruh Inggeris atau Belanda.

Banyak lagi cara yang boleh kita guna untuk menyatukan Bangsa Meayu dan Umat Islam seluruh dunia dan kita ada pakar dalam semua bidang yang mesti dijana kebijaksanaan mereka, dan wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi dan perusahaan penting supaya akhirnya Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh berdikari.

Caranya bukan dengan mengadakan kongres, berpantun dan berjenaka lagi. Sudah ramai orang berbuat demikian dan semuanya berakhir dengan kehampaan sebab ia hanya menonjolkan perseorang dan orang yang tidak ada cadangan maupun pendapat yang penting atau hebat yang boleh dilaksanakan.

Jadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shahalam sebagai pusat perkembangan kebudayaan dan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang paling penting di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam. Kita tidak boleh mengharapkan ilmu yang boleh ditimba dari universiti terulung di seluruh dunia – mengikut mereka – termasuk yang ke-200 terpenting sebab mereka tidak ajar macam mana Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh bersatu dan terus maju. 

Jumaat, 20 April 2012

SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI? – BAHAGIAN I.

…JASAD BAGINDA TERLANTAR DI MAKAM DI PERKARANGAN MASJID TRANGKERAH DI MELAKA.
Oleh Mansor Puteh


Inilah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.

Ia adalah sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk Bangsa Melayu di Nusantara Melayu…bukan sahaja tentang bagaimana seorang Sultan Melayu boleh disingkir bila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.

Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk Orang Melayu di Malaysia dan diseluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang. 

Ia adalah juga tentang bagaimana Inggeris dan Belanda yang mahu pecahkan Nusantara Melayu atau Dunia Melayu di Tenggara Asia sejak berzaman-zaman dahulu. Mereka gagal untuk melakukannya.

Kedua kuasa Barat menyebar ugama mereka, tetapi gagal untuk menguasainya kecuali Filipina yang dulunya sebuah kesultanan Melayu dan Islam tetapi kini sebuah republik dengan kebanyak penduduk berugama katholik, dengan segelintir Islam-Melayu terhumban di sebuah daerah kecil di selatan negara dan terbiar tanpa sebarang pembangunan yang ketara. 

Sebelum ini, mereka telah memecah-belahkan Dunia Arab dengan menuduh mereka bermazhab Sunni dan Syiah. Maka, orang Arabpun bergaduhlah sehingga sekarang. Yang rugi mereka. Dan yang untuk adalah Barat dan Yahudi.

Jadi cara ‘bahagi dan pecah’ atau ‘divide and rule’ ini diguna sebaik mungkin untuk melagakan Umar Islam dan Orang Melayu sesame sendiri, dengan membawa kaum asing sebagai penyendal bagi menwujudkan perbalahan yang tidak berakhir sehingga kini.

Jadi, al-kisah Sultan Singapura itu tidaklah sia-sia. Ia memberi banyak pengajaran yang harus disedar oleh semua Orang Melayu sekarang.

Tetapi, mujur Bangsa Melayu khususnya di Malaysia dan Indonesia tidak terikut-ikut dengan apa yang mahu dilakukan oleh Inggeris dan Belanda bila mereka menandakan perjanjian pelik bernama Perjanjian Inggeris-Belanda atau ‘Anglo-Dutch Treaty’ dalam tahun 1824 bila mereka dengan sendiri memilih negara mana yang mereka mahu taklukki.

Inilah satu perbuatan kejam yang telah hampir memusnahkan Bangsa Melayu dan Dunia Melayu yang sehingga mereka datang, menyaksikan perhubungan erat dengan perdagangan yang dilakukan yang menguntungkan semua pihak. Malangnya, kerakusan Inggeris dan Belanda itu telah memporak-perandakan Dunia Melayu. 

Kemuncak usaha kuasa penjajah Barat itu ialah Konfrantasi yang dialami oleh Malaysia dan Indonesia dalam tahun 1960an. Mujur kita mempunyai tokoh seperti Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri Malaysia dan Mohammed Sukarno sebagai presiden Republik Indonesia yang telah dapat mententeramkan keadaan sehingga dapat membawa keamanan di antara kedua buah negara. Maka oleh itu kuasa penjajah Barat itu gagal.

Tetapi kesan mereka masih dapat dirasakan sehinggakan sekarang apabila kaum pendatang yang mereka telah bawa dari negara-negara luar dari Nusantara seperti tidak serik dan masih mahu mencari pasal. Ini berikutan dengan kenaikan tahab ekonomi mereka dan kuasa politik yang diberi kepada mereka oleh kita yang telah membuat mereka terlupa asal-usul mereka.

Usaha Inggeris dan Belanda pasti akan gagal juga walaupun mereka tidak memainkan peranan langsung, tetapi oleh sisa-sisa peninggalan mereka itu.

Itulah maka perlunya untuk Bangsa Melayu di seluruh Nusanatara Melayu bersatu dan menwujudkan persefahaman dalam semua bidang dan tidak sahaja untuk meraikan ketua pemimpin mereka sahaja. Ia harus dilakukan dalam semua peringkat dan melibatkan kegiatan sosial, kebudayaan dan ekonomi serta ugama.

Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 January, 1819.

Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatit untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung bekerja dengannya, juga sebagai pencatit. Oleh sebab itu Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara yang berlangsung di Padang pada 31 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalannya yang telah menyaksinya. Munshi Abdullah juga tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh bukan Melayu.

Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengistiran yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.’

Jenazah beliau sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.

Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami oleh kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002 ia telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center.

Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina mengusir seorang Sultan Melayu dengan begitu mudah.

Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan Negeri Cina sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.

Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera maupun dari Malaya, sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura.

Kisah seperti ini bunyi seperti sebuah dongeng. Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh dihapuskan dengan begitu mudah?! Tetapi ia benar. 

Selasa, 17 April 2012

SEKATAN KE ATAS IRAN, SATU USAHA YANG GAGAL DAN YANG BOLEH MEMALUKAN AMERIKA DAN SEKUTUNYA

– KUASA VETO DAN NUKLEAR MEREKA TIDAK BERKESAN BILA NEGARA ARAB DAN ISLAM LIHAT IRAN SEBAGAI BENTENG PENTING UNTUK MENAHAN KESEMARAKAN PENGARUH ZIONIS DAN ISRAEL DI DUNIA.
Oleh Mansor Puteh


Ancaman sekatan atau ‘sanction’ ke atas mana-mana negara oleh Amerika sebenarnya bukan sesuatu yang baru; ia adalah satu usaha terdesak, yang melampaui kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diplomasi antarabangsa.

Lebih dari itu, ia adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal dan primitif.

Tujuannya ialah untuk Amerika memaksa sesebuah negara tunduk kepada kehendaknya.

Dalam usahanya yang telah lalu-lalu sekatan yang dianjurkan dan dikenakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya ternyata tidak berkesan.

Yang berkesan hanyalah sekatan yang telah dilakukan oleh negara-negara di dunia ke atas kerajaan apartheid Afrika Selatan yang akhirnya telah menyebabkan negara minority kulit putih itu tunduk kepada tindakan negara-negara majoriti sehinggakan Afrika Selatan bebas dan menjadi negara kulit hitam seperti sekarang.

Sekatan lain yang turut berkesan tetapi yang belum mendatangkan hasil sepenuhnya ialah sekatan terhadap negara Zionis Israel yang dikenakan oleh banyak negara-negara Islam.

Ia telah menyebabkan Israel hidup dalam dunia yang amat sempit tanpa mempunyai rakan-rakan yang mahu berhubung dengan mereka.

Ini juga menyebabkan ramai rakyat mereka tidak dapat bergerak dengan mudah dimana-mana termasuk di Amerika sendiri bila mereka tidak dapat mengaku mereka dari Israel.

Sebaliknya sekatan terhadap Iran yang dikenakan sekarang, tidak pula menyebabkan rakyat Iran dari bergerak dari satu negara ke negara lain; mereka boleh menjalankan kehidupan seharian seperti biasa dan ini yang mencemaskan apabila ramai diantara mereka kini berada di Amerika sendiri, dan ramai lagi pergi ke negara-negara Islam lain termasuk Malaysia yang mana akan menghasilkan satu pertembungan yang sihat.

Kemenangan filem Iran iaitu ‘A Seperation’ dalam Malam Anugerah Akademi Februari lalu juga menunjukkan sekatan ke atas Iran hanya berlaku di Washington DC dan tidak di Hollywood dimana mereka senang menerima filem-filem dan pengkarya filem dari Iran.

Dan banyak filem dan pengkarya filem Iran juga disenangi dan sering disanjung oleh pesta filem di Eropa dan Barat termasuk di Amerika.

Ini semuanya menunjukkan kesan terhadap sekatan terhadap Iran yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya ke atas Iran tidak berkesan.

Dan ini telah juga membuat Amerika dan sekutunya terdesak mahu ambil tindakan lebih drastik dari itu iaitu dengan mengenakan sekatan terhadap penjualan minyak ke negara-negara Barat dan sekutunya.

Ini adalah diatas dakwaan Amerika bahawa Iran kini giat berusaha membuat bom nuklear yang boleh mengancam Timur Tengah khususnya kewujudan Israel, dan juga negara-negara di Eropah kalau Iran mempunyai peluru berpandu jarak jauh yang boleh sampai ke sana.

Ini sebenarnya bukan soalannya. Soalannya ialah, apakah Iran juga tidak ada cita-cita murni untuk membangunkan negara mereka dengan mengguna cara dan tindakan yang sekutunya, Israel telah lama ada, yang mana mereka telah menggunanya untuk mengugat ketenteraman dan keselamatan negara-negara yang berjiran dengannya?

Malah tanpa memilikki kuasa nuklear, Israel sudah lama dapat dihapuskan. Dan mereka sendiri sedar tanpa kuasa nuklear yang mereka tidak berani mengaku memilikki, mereka juga tidak berani untuk menjadi angkuh.

Kuasa nuklear atau ‘nuclear option’ ini adalah satu-satunya sebab kenapa Israel berani bersikap angkuh dan terus merampas tanah Palestin dan membunuh pemimpin mereka dengan sewenang-wenangnya.

Ini ditambah pula dengan sokongan padu dari Amerika yang tidak akan ambil tindakan ke atas Israel selain dari beri nasihat sahaja.

Amerika ada kuasa veto yang telah mereka guna untuk mematikan sebarang ketetapan yang diluluskan oleh PBB ke atas Israel.

Oleh sebab veto dan kuasa nuklear inilah maka Israel dapat berkembang dan menjadi lebih angkuh.

Kalau tidak bagaimanakah sebuah negara yang dianggap sebagai pariah dapat bertahan seningga kini?

Israel telah ‘ditubuhkan’ dalam tahun 1948, bila Dunia Islam bergolak dengan pergerakan kemerdekaan masing-masing.

Negara-negara Islam tidak bersepakat dan keadaaan seperti ini telah membenarkan Israel wujud.

Dan negara-negara Arab dan Islam ketika itu pada dasarnya tidak pentingkan sangat untuk memilikki kuasa tentera, jauh sekali mahu fikirkan untuk memilikki kuasa nuklear, maka mereka tertindas dengan tindakan dari negara-negara kuasa besar lain yang pada awal lagi tahu bahawa kewujudan mereka di dunia ini hanyalah bergantung kepada kuasa nuklear.

Oleh sebab itu Israel juga beria-ia mahu memilikki kuasa nuklear sebaik sahaja mereka berjaya mengukir sebuah negara dari tanah Palestin dalam tahun 1948 supaya ia dapat menjamin keselamatan mereka.

Tetapi berapa lamakah Israel dan penyokong kuatnya, Amerika dan sekutu-sekutu pro-Zionis di Barat dapat mempertahankan kedudukan ini?

Sebab lambat-laun Iran atau negara-negara Arab dan Islam lain akan turut mahu dan sudahpun memilikki kuasa nuklear yang mereka guna untuk menjaminkan kemakmuran negara masing-masing, yang boleh menjana peningkatan ekonomi mereka.

Ia adalah bukan kuasa nuklear seperti yang diguna oleh Amerika dan Israel dan sekutu-sekutunya yang lebih cenderung mengguna kuasa ini sebagai senjata, sedangkan negara Arab dan Islam lain termasuk Iran hanya mahu menggunanya untuk menjaminkan bahawa mereka boleh membangunkan negara masing-masing bagi mengharungi masa depan yang penuh cabaran apabila kuasa fosil atau minyak petrol kering dari negara mereka.

Dan dengan mahu mengenakan sekatan terhadap Iran sekarang, Amerika dan sekutunya mahu memastikan Iran tidak menjadi sebuah negara maju di Timur Tengah dan Teluk; mereka mahu jaminkan Iran jadi seperti Afghanistan dan Iraq yang boleh diperkotak-katikkan.

Malah dengan kegagalan Amerika dan sekutunya yang berusaha untuk Israel, tindakan mereka terhadap Afghanistan dan Iraq ternyata gagal.

Kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab mulai tahun 2011 membuktikan bahawa kuasa sorakan dan tempekan di jalan itu kadang-kala lebih berkesan dari kuasa veto di PBB sendiri.

Dan rakyat Amerika dan di negara-negara sekutunya juga sedar tentang perkara ini dan sudahpun bangkit dari lena, bila mereka menganjurkan protes yang dipanggil ‘Occupy Wall Street’ di Bandaraya New York yang merebak ke banyak bandaraya dan pekan seluruh Amerika.

Malah ia telah juga merebak ke hampir semua negara di Eropah dan Latin Amerika.

Kesannya sudahpun dirasaikan. Sebabnya juga sudah jelas sekarang, bahawa rakyat Amerika dan negara-negara sekutunya juga tidak senang dengan tindakan pihak pemimpin politik negara masing-masing khususnya di Washington DC yang ternyata dipengaruhi oleh pelobi Zionis.

Dan ini tidak menyenangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka sedar bahawa semua perusahaan penting di Amerika khususnya didominasi oleh mereka yang menyokong Zionis dan Israel sedangkan rakyat biasa Amerika melarat.

Amerika dan sekutunya mahu melumpuhkan Iran, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah sebaliknya; Iran yang bakal melumpuhkan Amerika dan sekutunya, tanpa ia perlu mengguna sebarang kuasa ketentaraan, dengan hanya membenarkan Amerika dan sekutu-sekutunya guna kuasa veto dan sekatan mereka, selagai boleh.

Sabtu, 14 April 2012

MESJID SHABAZZ DI HARLEM…

Oleh Mansor Puteh





Tidak banyak pelancong mahu pergi ke kawasan ini. Kalau adapun mereka akan menaikki bas pelancong dan pergi ke sana tanpa berhenti dan melihat sekilas pandang dari luar jendela dan mengambil gambar.
            Jarang terdapat pelancong tempatan maupun luar negeri yang pergi ke sini untuk bersiar-siar dan melihat di sekitar kawasan dengan lebih rapat, walhal sejarahnya tidak kurang gemilang. Di sini terdapat banyak pertempuran berlaku di masa silam diantara pasukan Inggeris dan Belanda. 
            Keenganan pelancong untuk bersiar-siar di sini disebabkan kawasan ini mempunyai jumlah penduduk yang hampir semuanya kulit hitam atau Afro-Amerika seperti yang mahu dikenali mereka sekarang.
            Nama kawasan ini ialah Harlem. Ia terletak di utara Pulau Manahattan. Dan ia dianggap ramai sebagai sebuah kawasan yang merbahaya, dan kadar jenayahnya jauh lebih tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan lain seluruh Bandaraya New York dan Amerika.
            Saya tidak perlu memberanikan diri untuk pergi ke sana seorang diri.  Ini bukan kali pertama saya ke sana. 
            Pertama kali saya ke sana ialah dalam tahun 1978 dulu, sewaktu saya baru tiba di Bandaraya New York untuk menuntut.
            Dari atas tebing bukit di Morningside Park berhampiran dengan kampus saya dapat melihat ke kawasan ini. Ia kelihatan usang, sebab kawasan ini rata-rata terbiar.
            Orang awam tidak mahu ke sini sebab mereka anggap ianya suatu kawasan merbahaya. Tetapi, saya terus berjalan menyeberangi sempadannya dan pergi ke sana dengan seorang rakan keturunan India dari Malaysia. 
            Saya mahu melawat Mesjid Shabbazz yang terletak di 123 Street, di tengah-tengah kawasan Harlem. Dari sudut tinggi itu di Morningside Park saya dapat lihat kubah mesjid ini. Warnaya emas yang bersinar dipancar matahari. 
            Dua orang penuntut dari universiti sama berkulit hitam dan berugama Islam menggesa saya untuk lawat kawasan Harlem. Mereka juga mahu ke sana, sebab jaraknya tidak begitu jauh.
            Tidak sampai beberapa minit saya sudah tiba di luar mesjid ini. Cuaca yang baik tidak membuat seseorang itu letih atau berpeluh.
            Di sini saya sempat bertemu dengan Haji Rasliid, imam mesjid itu. Dalam biliknya kedengaran nyanyian Al-Koran yang dimainkan oleh kaset sepanjang pertemuan saya.
            Kali kedua saya ke sana ialah April 1999 lalu. Saya menaikki keretapi bawah tanah atau ‘subway’ Nombor 1 dari Times Square setelah bersiar-siar di daerah Astoria, Queens di mana saya pernah menetap dulu bersama rakan dari Malaysia lain. Saya mahu pergi ke kedai buku di mana saya sering pergi untuk mendapatkan bahan tulisan dan bacaan termasuk akhbar tempatan seperti New York Times dan New York Post.
Cuaca agak dingin. Musim sejuk belum berakhir akhir April. Tetapi di dalam stesyen bawah tanah angin tidak begitu kencang.
            Ini pertama kali saya kembali ke Harlem setelah begitu lama. Saya ikut keretapi Nombor 1 sehingga ke stesyen 123 Street. Tetapi, ternyata ia terletak agak jauh dari mesjid itu.  Saya seharusnya menaikki keretapi Nombor 2 atau 3 yang berhenti di stesyen di hadapan mesjid itu. 
            Saya lihat ramai orang berkulit hitam melakukan kerja sendiri. Dan saya tidak rasa gentar berada di sini seorang diri dengan membawa kamera di tangan. 
            Saya lihat sebuah bas pelancong berwarna merah membawa berpuluh-puluh pelancong kulit putih yang berasal dari luar New York dan luar Amerika bersiar-siar di jalan Lennox Street yang kini dikenali juga dengan nama Malcom Shabazz Street sempena nama Malcolm X, seorang pemimpin Islam Afro-Amerika yang telah ditembak semasa memberi ceramah di Dewan Auborn di salah sebuah hotel di Manhattan.
            Saya berjalan menuju ke mesjd yang terletak agak jauh. Saya perhati jalanraya luas dan penghuni di kawasan Halem ini, yang sedikitpun tidak menunjukkan muka bengis atau wajah yang menunjukkan niat jahat mahu merompak.
            Waktu siang. Orang ramai. Dan cuaca dingin. Saya berjalan seorang diri, seperti ‘rusa masuk kampung’ lagaknya. Saya tidak kuatir tentang keselamatan saya; cuma saya mahu segera tiba di sana supaya saya dapat berihatkan tumit saya yang sudah hampir melecet oleh sebab berjalan begitu lama sepanjang berada di bandaraya ini.
            Saya berhenti dan tanya beberapa orang tentang arah untuk ke mesjid itu, sebab pada awal selepas keluar dari stesyen ‘subway’ saya agak keliru dan tidak tahu ke mana terletaknya mesjid itu.  Ia tidak kelihatan dari jarak ini.
            Mereka memberi jawapan dengan mesra. Ternyata mereka sedar kehadiran mesjid itu. Ia adalah sebuah mercu tanda yang penting di Harlem.
            Bangunanya setinggi tiga tingkat dan di atasnya terletak sebuah kubah. Warnanya kini sudah dituakr ke hijau. Ia adalah emas semasa saya ke sana 22 tahun dulu.
            Dan di bawahnya pula terletak kedai-kedai termasuk restoran dan kedai gunting rambut yang dijalankan oleh masyarakat Islam di sini.
            Ada dua orang lelaki dewasa yang berdiri di muka pintu, dan seorang lelaki yang lebih muda. Kedua-dua lelaki dewasa itu merupakan penganut Islam diantara yang pertama yang telah memeluki Islam dalam dekad 1960an dulu. Sementara pemuda ketiga adalah pengawalnya.
            Orang awam yang mahu ke sini mesti diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.
            Saya juga diberitau bahawa Imam Haji Rasliid sudah meninggal empat tahun dahulu.  Jadi, hasrat saya untuk bertemu dengannya tidak sampai. Saya cuma sempat memberi gambar dia yang telah saya ambil dalam tahun 1978 dulu.
            Mesjid ini telah didirikan dalam dekad 1960an dulu, dan merupakan diantara mesjid yang awal dibina akibat dari kesemarakan pertubuhan Islam Afro-Amerika dulu.
            Selepas itu saya ke restoran berhampiran dan makan tengahari.
            Walaupun restoran ini dijalankan oleh orang Islam, tetapi ternyata ramai pelanggannya terdiri dari orang Afro-Amerika yang berugama lain.
            Saya dapat rasakan bahawa masyarakat Islam di kawasan Harlem ini sudah banyak berkembang sejak saya ke sini dua-puluh-dua tahun dahulu. Dan mereka hidup di sini tanpa rasa ragu sebab masyarakat bukan Islam lain sudah menerima kehadiran mereka. Ini disebabkan mereka hidup dalam aman, dan mereka tekun bekerja.
            Kadang-kadang kita akan terserempak dengan lelaki Islam yang memakai kopiah putih dan jubah. Mereka begitu bangga sekali memakai pakaian seperti ini sebab ia lebih mencerminkan keperibadian dan ugama mereka.
            Ada juga penganut Islam lain dari kalangan muda yang memakai pakaian biasa.
            Saya perhatikan sekumpulan pemuda Afro-Amerika berjalan sesama sendiri. Wajah mereka lebih cerah dan mempunyai cahaya ‘nur’ yang boleh dibaca. Mereka berjalan dan terus masuk ke dalam restoran berhampiran di mana saya pergi untuk makan tengahari.
            Sememangnya pemuda dan pemudi Islam di sini mempunyai lagak yang tenang di wajah mereka. Kebanyakan mereka berpendidikan tinggi dan berdisplin.
            Kawasan Harlem ini mempunyai sejarah yang agak gemilang semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris dahulu. Tetapi keadaannya bertukar dengan drastik apabila kaum Afro-Amerika berpindah dengan banyaknya, sehingga seluruh kawasan ini dimilikki mereka.

Rabu, 11 April 2012

MENJELAJAH KELILLING TEBING BARAT DI PALESTIN.

Oleh Mansor Puteh




Perjalanannya seperti tiada akhirnya. Maklum sahajalah menjelajahi padang pasir yang tidak mempunyai batasnya membuat seseorang itu seakan tidak akan tiba di destinasi. Kereta rakan saya keturunan Palestin terus menjelajar melalui sebatang jalanraya yang agak baik dan bersih, menuju ke destinasi yang tidak kunjung tiba.
            Saya mengasyikkan fikiran dengan melihat ke arah luar jendela kereta dan perhati pemandangan berubah-ubah mengikut perubahan cahaya matahari yang kian membenam.
            Kadang-kala kita akan dapat lihat pokok-pokok yang segar seperti kurma dan semak-semak atau pohon rendang; tetapi biasanya pemandangan cuma  sekadar padang pasir yang kering kelontang. 
            Saya juga sempat mengambil gambar di bahagian-bahagian tertentu. Dan saya juga asyik melihat masyarakat Palestin menjalankan pekerjaan masing-masing.  Beberapa pekan dan kampung kecil terletak di sisi jalan. 
            Tetapi, oleh sebab kesuntukan waktu, kami tidak sempat untuk berhenti berihat sambil minum di kedai kopi dan bersua dengan masyarakat tempatan.
            Tambahan pula ini kali perjalanan saya di negara Palestin ini dan kami sudah agak lewat. Dan waktu kian muram, dan tidak lama lagi matahari akan membenam dan suasana akan menjadi lebih gelap. 
            Rasa seperti perjalanan lain yang pernah saya buat dari Jeddah ke Madinnah dan kembali ke Mekkah di Arab Saudi tidak lama dulu, di mana padang pasir yang luas menhiasi suasana, dan cahaya bertukar dengan begitu lekas dari terang hingga ke malam.
            Pemandangan di padang pasir di Palestin ini juga akan turut berubah. Sungguh tenang suasana; sungguh aman sekali. 
            Tetapi, seperti yang kita ketahui, dalam jiwa dan hati setiap rakyat Palestin bergolak bermacam-macam perasaan – marah, benci, takut, kuatir dan risau…
            Walaupun pada wajah setiap rakyat Palestin yang sempat kita temui dan lihat di kaki-lima jalan, atau di             bazaar dan pekan kecil atau kampung terpencil, menunjukkan wajah yang riang dan senyuman yang lebar dan mesra, serta perwatakan yang peramah, tetapi, wajah bersahaja itu sudah pasti menyembunyikan seribu perasaan.
            ‘Asalamulaikum,’ sebut saya apabila berhenti beberapa kali dalam perjalanan.  Dan semua mereka yang ketika itu sedang duduk di situ bergema menyambut salam, ‘mulaikum salam waramatullah hiwabarakatuh.’
            Walaupun kita tidak kenal sesiapa, mereka akan menyambut kita dengan begitu mesra.  Lebih-lebih lagi tatkala waktu sudah agak lewat, cahaya muram dan wajah tidak jelas, tetapi, kita tidak rasa kuatir akan diapa-apakan. 
            ‘Saya seorang Muslimin,’ kata saya, takut-takut mereka sangkakan saya bukan seugama dengan mereka. Mereka rasa lega dan gembira bertemu dengan seorang asing seugama dengan mereka. 
            Dan apabila saya mahu berangkat dengan dua orang rakan lain dalam satu kereta untuk meneruskan perjalanan, saya akan melambai tangan ke arah mereka. Dan semua mereka akan melambai kembali dan mengucapkan selamat jalan.
            Ternyata rakyat Palestin, tidak kira yang muda atau dewasa begitu gembira bertemu dengan sesiapa yang seugama dengan mereka; lebih-lebih lagi kalau dia datang dari jauh dan bukan keturunan Arab seperti mereka.
            Inilah Palestin, sebuah negara yang tertindas selama lima-puluh tahun, yang masih tidak mempunyai masa depan yang cerah. Pemerintah Yahudi masih mengawal sempadan mereka.  Dan setiap orang yang mahu ke Palestin mesti mendapatkan visa dari kedutaan Israel di Amman sebelum dia dibenarkan masuk ke wilayah Palestin.
            Lihat sahaja orang Arab dan Palestin dan lain-lain yang mahu mendapatkan visa di kedutaan Israel di pinggir bandaraya Amman. Mereka terpaksa berdiri di bawah pancaran sinar matahari berjam-jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam bangunan kedutaan. 
            Di sini mereka akan diperiksa, sebelum dibenarkan masuk ke dalam bilik lain di mana permohonan mereka untuk mendapatkan visa diproses.  Masa yang mereka habiskan mungkin sehari suntuk. 
            Ada orang Palestin yang mahu pulang ke kampung sendiri di sana, terpaksa menunggu di luar kedutaan Israel sejak awal pagi, sebabnya ialah kedutaan rejim kejam ini cuma memproses 150 permohonan visa sahaja walhal beratus-ratus, malah beribu-ribu rakyat Palestin yang mahu ke sana sebab ada urusan keluarga atau peribadi. Tetapi, ini sengaja tidak dibenarkan, dan sejumlah kecil sahaja yang diberi kelulusan setiap hari untuk ke sana.
            Pihak kedutaan Israel itdak peduli samada musim sejuk atau panas, mereka tetap menyuruh orang awam menunggu di dalam padang luar kedutaan mereka.
            Dan kedutaan Amerika di Amman juga sudah mengikut cara seperti ini, dan tidak benarkan orang awam untuk menunggu di dalam kawasan kedutaan mereka. 
            Kalau kita lihat di kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, suasananya tidak berbeza.
            Dan di sempadan Jordan dan Palestin, pegawai keselamatan Israel akan memeriksa setiap orang dengan begitu rapi. Kenderaan mereka akan dipandu ke dalam bilik khas di mana ia akan digeladah untuk memastikan barang merbahaya tidak diseludup oleh mereka.
            Ketika waktu malam, Palestin kelihatan begitu aman sekali. Suasana ketika ini menyembunyikan banyak bayangan dan sejarah hitam negara ini, yang telah selama 50 tahun kebelakangan ini memberi penderitaan dan keperitan ke dalam hati dan jiwa setiap insan Palestin, yang kebanyakannya tercampak di negara-neara jiran seperti Jordan, Lebanon, Syria dan Israel.
            Walaupun perjalanan dari Bandaraya Amman di Jordan ke Ramallah di Palestin tidak begitu jauh, setakat dua jam setengah, tetapi oleh sebab sekatan di sempadan dan pemeriksan oleh pihak imigresyen Israel yang mengawasi sempadan Palestin.
            Seseorang itu terpaksa diperiksa beberapa kali di sempadan, dan barang-barang digeladah dan di X-ray. 
            Pegawai-pegawai keselamatan kebanyakannya terdiri dari wanita yang agak muda. Mereka jarang senyum, dan bertanya bermacam-macam.
            Yang anehnya ialah kita bukan mahu masuk ke wilayah Israel, tetapi Palestin!
            Ternyata sekali, pihak rejim Yahudi begitu tegas sekali dengan keselamatan, dan sepanjang jalan terdapat beberapa sekatan di jalan. 
            Palestin sebenarnya mempunyai harapan cerah untuk menjadi sebuah negara yang maju, sekiranya negara ini mencapai kemerdekaan sepenuhnya, dan tidak separuh seperti sekarang.
            Tanahnya subur dan hasil semulajadinya banyak. Tambahan pula raknyatnya berbakat dan kuat bekerja. 
            Sudah pasti ini semua boleh membantu membangunkan Palestin sebagai sebuah negara yang maju di masa depan. Rakyat Palestin berdebar-debar menunggu ketika negara ini akan diberi kemerdekaan sepenuhnya oleh rejim Yahudi.
            Sepatutnya detik sejarah ini sudah dapat dicapai Mei lalu, tetapi terpaksa ditangguh sehingga kini oleh sebab rejim lama Yahudi yang diketuai oleh perdana menteri mereka, Benjamin Netanyahu keras kepala dan enggan membenarkan pihak Palestin membuat pengistirahan tersebut.
            Sekarang ura-ura Januari tahun depan, Palestin akan menjadi sebuah negara merdeka.  Kita sama-sama tunggu detik sejarah ini.
            Jalanraya di Palestin, iaitu di kawasan Tebing Barat kelihatan baik dan bersih. Tidak terdapat sebiji lobang dalam jalan, dan perjalanan menjalajah seluruh negara ini selamat. Kita tidak perlu juga kuatir dengan keselamatan peribadi. Kita cuma mesti pastikan bahawa minyak petrol dalam kereta menukupi oleh sebab stesyen minyak tidak terdapat dengan begitu banyaknya.
            Kami sempat melalui beberapa bandaraya utama di Palestin seperti Nablus.  Ketika itu waktu sudah malam, dan tidak sempat kami untuk melawatnya dengan tekun.
            Selain dari itu kami juga sempat pergi ke Ramallah. Ramallah, terletak 16 kilometer dari Baitulmukaddis. Ia adalah sebuah bandaraya lama seperti bandar-bandara utama lain di negara ini dan merupakan salah sebuah bandar terbesar di negara ini.
            Ia kelihatan agak usang sedikit, sebab telah dibiarkan akibat peperangan dan keadaan yang tidak menentu di bawah pemerintah Yahudi sekian lama. Sekarang ini terdapat usaha-usaha untuk membangunkannya, dan banyak bangunan baru sedang didirikan.
            Dalam perjalanan dari Ramallah, kami bertiga telah sempat melalui Jericho, yang merupakan sebuah bandaraya tertua di seluruh dunia.  Papandanda di pinggir bandar ini menyatakan bahawa bandar ini telah wujud sejak 10,000 tahun, dan ia merupakan bandar tertua seluruh dunia.
            Apa yang ketara ialah pihak rejim Yahudi telah merampas banyak kawasan tanah di Palestin dan bangunkan tempat penginapan untuk orang Yahudi.  Ia biasanya adalah di tempat-tempat puncak bukit di kawasan yang agak selesa dan subur. 
            Sementara itu kawasan yang tandus tidak diusik mereka.
            Di Baktulkumaddis, kami sempat melawat Mesjid Al-Aqsa atau dikenali dengan nama Al-Quds (Yang Suci) di mana terdapat satu bandar bertembuk yang memuatkan penduduk seramai 70,000 orang terdiri dari berbagai ugama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
            Rumah berhala Yahudi dan Kristen berdiri berhampiran Mesjid, dan orang mengerjakan sembahyang mengikut jadual sendiri.
            Kami cuma pergi ke bahagian Muslim dengan memasukkinya melalui pintu yang dikenali dengan nama Bab al-Amud atau Pintu Damsyik. Terdapat tujuh bab atau pintu yang terletak di sekelilling Bandar Bertembuk (Walled City) di Baitulmukaddis, dan Bab al-Amud inilah yang tertua.
            Di dalam bandar bertembuk ini terdapat rumah kediaman dan bazaar di mana barang-barang dijual. Ia adalah bandaraya yang telah wujud sejak beberapa ratus tahun lama yang masih kekal sehingga kini.
            Cuma yang kita rasa sedih sedikit ialah kawasan di bahagian Muslim tidak kelihatan baik, oleh sebab usaha pemulihan tidak dibenarkan oleh pihak Yahudi yang mahu melihat ia hancur, supaya mereka dapat menawannya.
            Dan Mesjid Al-Aqsa juga tidak dipulih seperti sediakala, dan dinding serta lantainya kelihatan usang.  Di sinilah tempatnya kibat untuk semua Muslimin dan Muslimat suatu ketika dulu sebelum ia ditukar ke Mekkah di Saudi Arabia.
            Sepanjang perjalanan balik dari Ramallah kami dapat melihat puncak-puncak bukit di kawasan subur dirampas oleh rejim Yahudi.  Dan di sini mereka buka kawasan penempatan untuk orang Yahudi yang baru datang dari luar Israel.
            Rumah-rumah mewah didirikan oleh rejim Yahudi dan dijual kepada penduduk Yahudi yang baru datang dari seluruh dunia dan mendapatkan kerakyatan negara Israel, supaya jumlah penduduk Yahudi bertambah dengan pesat, dan jumlah Arab di Israel sendiri dapat dikurangkan.
            Sekarang ini terdapat jumlah Arab yang besar menjadi rakyat negara Israel.  Ini yang membuat rejim Yahudi ini risau sebab jumlah mereka kian meningkat dan kalau usaha tidak dibuat, kemungkinan di masa depan, penduduk Arab akan menjadi kaum majoriti di negara Israel sendiri. 
            Maka itulah sebabnya rejim kejam ini menjemput dan membawa masuk orang Yahudi dari seluruh dunia untuk menjadi rakyat baru mereka.
            Ada juga orang bukan Yahudi dari luar Israel yang telah menganut ugama Yahudi dan mendapat kerakyatan serta-merta.
            Kami sempat lihat sekumpulan masyarakat Cina dan Jepun yang telah menganut ugama ini dan kini menjadi rakyat negara Israel.
            Siapa sangkat tidak berapa lama dulu, sebelum keadaan di benua Timur Tengah ini berubah oleh sebab perjanjian damai Kem David di Amerika, Palestin dan semua negara Arab berperang dengan rejim Yahudi.
            Sekarang kawasan ini kelihatan agak tenteram dan aman. Tetapi, disebalik ketenangan dan keamanan itu kita masih dapat rasakan ketegangan dan kekejaman yang masih dirasai oleh kaum Palestin yang telah hidup dalam keadaan tidak menentu ini sejak 50 tahun lalu…