– DENGAN TANPA MENITIS WALAUPUN SETITIK DARAH (WITHOUT SPILLING A SINGLE DROP OF BLOOD).
Oleh Mansor Puteh
Oleh Mansor Puteh
Bukan
mudah untuk jadi seorang pemimpin kebangsaan, jauh sekali untuk menjadi Bapa
Kemerdekaan sesebuah negara.
Dalam
usia masih muda setelah belajar di beberapa sekolah di Kedah, Pulau Pinang dan
Bangkok, Tunku Abdul Rahman akhirnya mendapat biasiswa dari kerajaan negeri
Kedah untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah sekoleh peribadi di Little
Stokeley, Cambridgeshire, tidak jauh dari Bandar Cambridge dimana ada sebuah
universiti terulung di England – Universiti Cambridge.
Ramai
kuatir apakah Tunku dalam usia yang begitu muda, hanya enam-belas tahun dapat
mengharung lautan India dan
Atlantik untuk mendarat di England
dan mula belajar di England
dalam bahasa asing baginya pada ketika itu.
Beliau
boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi kurang mengguna untuk
kehidupan seharian dengan dikelillingi oleh anak-anak sebaya dengannya yang
bertutur dalam Bahasa Melayu dan loghat Kedah.
Si Budak
Hitam, nama jolokan Tunku semasa kecil pergi ke negeri Orang Putih.
Pak Tam,
nama yang masih diguna oleh ahli kerabat dekat Tunku sehingga kini.
Pak Tam,
Budak Hitam atau Tunku Abdul Rahman akhirnya menjadi manusia berguna kepada
negara.
Beliau tidak
dihantar oleh bapa beliau Sultan Kedah ketika itu untuk belajar dimana-mana
sekolah dan universiti di negara Arab, sebab mereka tahu Tanah Melayu dijajah
oleh Inggeris; jadi tidak sesuai untuk Tunku si Budak Hitam atau Pak Tam mereka
pergi ke Kaherah, Mesir atau Amman, Jordan.
Mereka
mahu Tunku pergi ke England .
Dan bukan ke sebarangan tempat di England, tetapi di Cambridge, dimana terletaknya universiti tertua di England – Universiti Cambridge, dimana telah melahirkan ramai graduan yang menjadi perdana menteri dan pegawai kanan kerajaan Inggeris.
Dan di sinilah dimana mereka rasakan sesuai untuk letakkan Tunku.
Di The Old Rectory di Little Stokeley dimana Tunku belajar dari pengajar peribadi atau ‘tutor’. Dan di sinilah juga dimana Tunku tinggal bersama anak-anak Inggeris sebaya dengan mereka.
Dekat
Little Stokeley terdapat padang
lumba kuda. Dan di sinilah dimana Tunku juga belajar menjadi berminat dengan
sokan berkuda.
Dan apabila Tunku akhirnya berjaya dapat tempat belajar di Kolej Saint Catherine di Universiti
Secara kebetulan pula tidak jauh dari rumah sewanya ada sebuah
Tunku
mula belajar di Cambridge
dalam tahun 1922 selama empat tahun dengan memperolehi ijazah.
Dalam
masa ini Tunku mengalami pelbagai jenis dismriminasi khususnya dari pihak
pentadbir universiti yang fikir dia tidak layak untuk tinggal dalam asrama.
Tunku
mengadu kepada kerajaan Kedah yang menghantar Residen Kedah ketika itu ke Cambridge untuk terangkan
kepada pegawai pentadbir asrama yang Tunku adalah seorang anak raja.
Pegawai
asrama terkejut dan akhirnya bersetuju untuk berinya sebuah bilik dalam asrama.
Bagaimanapun,
Tunku tidak dapat menerima tawaran itu sebab menurutnya, Tunku akan tinggalkan
universitinya setelah tamat pengajian tidak berapa lama lagi, jadi dia terus
tinggal di rumah sewa di Grange Road, dengan menikmati kebebasan dan cara hidup
mewah, memandu motosikal mahal dan paling canggih ketika itu dengan memandu sebuah
kereta yang dia beli dalam sebuah pameran kereta, yang sudah pasti
naib-chanselor atau mana-mana dekan atau pegawai kanan universitinya tidak
mampu untuk membeli dengan harga yang begitu tinggi.
Si Budak Hitam akhirnya rasa ‘marah’ tetapi semangat amarahnya disimpan sehinggalah dia menjadi pegawai kanan sebuah parti nasionalis di Tanah Melayu iaitu Umno, dimana Tunku sendiri terkenang akan peristiwa bagaimana dia dia hina oleh Inggeris semasa belajar di Cambridge.
Tunku beritau saya dalam temuramah saya buat di kediamannya di Bukit Tunku pada tahun 1989, bahawa peristiwa pahit itulah yang membuat dia mahu ‘tendang Inggeris dari Tanah Melayu’ atau ‘to kick the English out of Malaya’.
Namun
demikian, Tunku masih tidak mengguna cara keras untuk melakukannya, tetapi
dengan diplomasi dan cara istana sehinggakan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan
Yew yang kini menjangkau usia 90 tahun sering rasa sukar untuk berhubung dan
faham fikiran Tunku sebab caranya begitu halus.
Tanpa Tunku, Tanah Melayu akan berkocak dengan usaha membebaskan negara dilakukan secara keras yang boleh membuat angkara dan bahaya kepada ramai rakyat berbilang kaum.
Tetapi mujur ini tidak berlaku dan Tunku akhirnya rasa bangga sebab beliau telah mencapai Kemerdekaan untuk Tanah Melayu ‘tanpa membuang walaupun setitis darah’ atau ‘without spilling a single drop of blood’.
Mahatma
Gandhi, pejuang kemerdekaan India ,
juga belajar dalam bidang undang-undang di England tetapi cara dia mencapai
kemerdekaan untuk negara menampakkan kegagalan sebab ia telah menyebabkan
ratusan rakyat India maut
dengan negaranya berpecah kepada India
dan Pakistan dan kemudian
kepada tiga negara iaitu India ,
Pakistan dan Bangladesh .
Jadi
semasa semua rakyat Malaysia
menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-57 adalah juga baik untuk semua kenangkan
akan jasa Tunku yang tidak terhingga, yang telah membawa kepada banyak
kemakmuran dan keharmonian kepada semua.