Sabtu, 30 Ogos 2014

DALAM TAHUN 1919 PADA USIA ENAM-BELAS TAHUN, TUNKU KE CAMBRIDGE, ENGLAND UNTUK BELAJAR. DAN DALAM USIA LIMA-PULUH-EMPAT, BELIAU BERJAYA MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU DARI BRITISH.

– DENGAN TANPA MENITIS WALAUPUN SETITIK DARAH (WITHOUT SPILLING A SINGLE DROP OF BLOOD).
Oleh Mansor Puteh



Bukan mudah untuk jadi seorang pemimpin kebangsaan, jauh sekali untuk menjadi Bapa Kemerdekaan sesebuah negara.

Dalam usia masih muda setelah belajar di beberapa sekolah di Kedah, Pulau Pinang dan Bangkok, Tunku Abdul Rahman akhirnya mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah sekoleh peribadi di Little Stokeley, Cambridgeshire, tidak jauh dari Bandar Cambridge dimana ada sebuah universiti terulung di England – Universiti Cambridge.

Ramai kuatir apakah Tunku dalam usia yang begitu muda, hanya enam-belas tahun dapat mengharung lautan India dan Atlantik untuk mendarat di England dan mula belajar di England dalam bahasa asing baginya pada ketika itu.

Beliau boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi kurang mengguna untuk kehidupan seharian dengan dikelillingi oleh anak-anak sebaya dengannya yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan loghat Kedah.

Si Budak Hitam, nama jolokan Tunku semasa kecil pergi ke negeri Orang Putih.

Pak Tam, nama yang masih diguna oleh ahli kerabat dekat Tunku sehingga kini.

Pak Tam, Budak Hitam atau Tunku Abdul Rahman akhirnya menjadi manusia berguna kepada negara.

Beliau tidak dihantar oleh bapa beliau Sultan Kedah ketika itu untuk belajar dimana-mana sekolah dan universiti di negara Arab, sebab mereka tahu Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris; jadi tidak sesuai untuk Tunku si Budak Hitam atau Pak Tam mereka pergi ke Kaherah, Mesir atau Amman, Jordan.

Mereka mahu Tunku pergi ke England.

Dan bukan ke sebarangan tempat di England, tetapi di Cambridge, dimana terletaknya universiti tertua di England – Universiti Cambridge, dimana telah melahirkan ramai graduan yang menjadi perdana menteri dan pegawai kanan kerajaan Inggeris.

Dan di sinilah dimana mereka rasakan sesuai untuk letakkan Tunku.

Di The Old Rectory di Little Stokeley dimana Tunku belajar dari pengajar peribadi atau ‘tutor’. Dan di sinilah juga dimana Tunku tinggal bersama anak-anak Inggeris sebaya dengan mereka.

Ada juga beberapa pelajar keturunan bukan-Inggeris yang turut belajar dengan Tunku ketika itu, yang berasal dari negara asing, tetapi tidak seorangpun dari mereka yang akhirnya menjadi orang seperti Tunku, yang membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris.

Dekat Little Stokeley terdapat padang lumba kuda. Dan di sinilah dimana Tunku juga belajar menjadi berminat dengan sokan berkuda.

Dan apabila Tunku akhirnya berjaya dapat tempat belajar di Kolej Saint Catherine di Universiti Cambridge, dia menyewa sebuah bilik di 11 Jalan Grange.

Secara kebetulan pula tidak jauh dari rumah sewanya ada sebuah padang bola sepak. Disinilah dimana Tunku mula berminat dengan sokan ini dengan bergaul dengan pemain bola sepak di sini yang hampir semuanya pelajar di Universiti Cambridge walaupun mereka belajar di kolej lain dan tidak pula akhirnya berjaya menjadi pemimpin negara mereka sendiri.

Tunku mula belajar di Cambridge dalam tahun 1922 selama empat tahun dengan memperolehi ijazah.

Dalam masa ini Tunku mengalami pelbagai jenis dismriminasi khususnya dari pihak pentadbir universiti yang fikir dia tidak layak untuk tinggal dalam asrama.

Tunku mengadu kepada kerajaan Kedah yang menghantar Residen Kedah ketika itu ke Cambridge untuk terangkan kepada pegawai pentadbir asrama yang Tunku adalah seorang anak raja.

Pegawai asrama terkejut dan akhirnya bersetuju untuk berinya sebuah bilik dalam asrama.

Bagaimanapun, Tunku tidak dapat menerima tawaran itu sebab menurutnya, Tunku akan tinggalkan universitinya setelah tamat pengajian tidak berapa lama lagi, jadi dia terus tinggal di rumah sewa di Grange Road, dengan menikmati kebebasan dan cara hidup mewah, memandu motosikal mahal dan paling canggih ketika itu dengan memandu sebuah kereta yang dia beli dalam sebuah pameran kereta, yang sudah pasti naib-chanselor atau mana-mana dekan atau pegawai kanan universitinya tidak mampu untuk membeli dengan harga yang begitu tinggi.

Si Budak Hitam akhirnya rasa ‘marah’ tetapi semangat amarahnya disimpan sehinggalah dia menjadi pegawai kanan sebuah parti nasionalis di Tanah Melayu iaitu Umno, dimana Tunku sendiri terkenang akan peristiwa bagaimana dia dia hina oleh Inggeris semasa belajar di Cambridge.

Tunku beritau saya dalam temuramah saya buat di kediamannya di Bukit Tunku pada tahun 1989, bahawa peristiwa pahit itulah yang membuat dia mahu ‘tendang Inggeris dari Tanah Melayu’ atau ‘to kick the English out of Malaya’.

Namun demikian, Tunku masih tidak mengguna cara keras untuk melakukannya, tetapi dengan diplomasi dan cara istana sehinggakan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang kini menjangkau usia 90 tahun sering rasa sukar untuk berhubung dan faham fikiran Tunku sebab caranya begitu halus.

Tanpa Tunku, Tanah Melayu akan berkocak dengan usaha membebaskan negara dilakukan secara keras yang boleh membuat angkara dan bahaya kepada ramai rakyat berbilang kaum.

Tetapi mujur ini tidak berlaku dan Tunku akhirnya rasa bangga sebab beliau telah mencapai Kemerdekaan untuk Tanah Melayu ‘tanpa membuang walaupun setitis darah’ atau ‘without spilling a single drop of blood’.

Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India, juga belajar dalam bidang undang-undang di England tetapi cara dia mencapai kemerdekaan untuk negara menampakkan kegagalan sebab ia telah menyebabkan ratusan rakyat India maut dengan negaranya berpecah kepada India dan Pakistan dan kemudian kepada tiga negara iaitu India, Pakistan dan Bangladesh.


Jadi semasa semua rakyat Malaysia menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-57 adalah juga baik untuk semua kenangkan akan jasa Tunku yang tidak terhingga, yang telah membawa kepada banyak kemakmuran dan keharmonian kepada semua.

Tiada ulasan: