…TIDAK
SEORANGPUN PENERIMA DARAH PERNAH TUNJUKKAN KESYUKURAN DAN TERIMA KASIH MEREKA
DENGAN MENYOKONG HARI PENDERMA DARAH SEDUNA PADA 16 JUN SETIAP TAHUN; MEREKA LANGSUNG
TIDAK FIKIRKAN YANG DARAH YANG MEREKA TERIMA ITU ADALAH IHSAN DARI ORANG YANG
BUDIMAN.
Oleh
Mansor Puteh
Dan kenapa
tidak ada Hari Penerima Darah Sedunia? Ini yang peliknya.
Penderma
darah menderma sebab mereka mahu derma. Penerima darah pula menerima darah
sebab mereka terpaksa terima, sebab mereka mengidap penyakit bahaya dan juga
untuk menjalani pembedahan.
Pertubuhan
Kedihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) ada memperuntukkan Hari
Penderma Darah Sedunia pada 16 Jun.
Tetapi
WHO tidak pernah memperuntukkan Hari Penerima Darah Sedunia. Itulah yang
menyebabkan semua penerima darah tidak pedulikan penderma darah yang telah beri
mereka darah selama ini untuk mereka dapat hidup dengan lebih sempurna.
Dan
tidak hairan pula kalau pada Hari Penderma Darah Sedunia, penerima-penerima
darah yang masih hidup tidak pula mahu menyokongnya, dengan menyertainya.
Mungkin
ramai penerima darah anggap darah yang mereka terima itu adalah hak mereka,
sedangkan ia adalah sumbangan peribadi dari penderma-penderma darah, yang tidak
pernah meminta sebarang balasan.
Tetapi
ini tidak bermakna penerima darah pula tidak harus menunjukkan sikap tidak
berterima kasih dan bersyukur mereka dengan menyokong sumbangan penderma darah.
Di
Malaysia terdapat hanya 80,000 penderma darah tetap, dan dikalangan merekalah
dari mana bekalan darah yang dapat diguna untuk kebaikan dan kesihatan
penerima-penerima seluruh negara yang mengidap pelbagai jenis masalah
kesihatan, dengan sejumlahnya diguna semasa pembedahan dan sebagainya, setiap
hari.
Tanpa
penderma darah yang memberi bekalan darah setiap hari, tentu ada mereka yang
kurang sihat atau yang menghadapi masalah kesihatan yang rumit, tidak boleh
menerima rawatan dan mungkin juga akan menjadi parah.
Dan
kenapa WHO tidak mempunyai atau memperuntukkan satu hari dalam satu tahun untuk
dijadikan Hari Penerima Darah Sedunia atau World Blood Recievers’ Day?
Tentu lebih ramai orang yang menerima darah dari yang mendermanya, tetapi jumlah ini tidak pernah pula didedahkan.
Yang
didedahkan hanya 2.5% penduduk di Malaysia adalah penderma, sedangkan jumlah
peratusan ini tidak tepat, sebab ia ambil kira jumlah pendermaan darah setahun
sebanyak 250,000 kali, tetapi orang yang menderma hanya 80,000 setahun, dengan
sebilangan besar merupakan penderma tegar atau berkala, yang menderma setiap
tiga bulan atau dua minggu sekali, mengikut jenis darah yang mereka derma –
darah penuh atau plasma.
Dan
kalau ada Hari Penerima Darah Sedunia diadakan, berapa ramai diantara mereka
yang sering menerima darah itu akan tonjolkan muka mereka dan hadir ke acara
seperti itu?
Mungkin
acara Hari Penderma Darah Sedunia pada 16 Jun harus disatukan dengan Hari
Penerima Darah Sedunia sebab tidak ada sebab untuk orang menderma darah kalau
tidak ada penerima untuknya?
Dan
slogan, ‘A Blood donor is a hero’ atau ‘Penderma darah itu adalah wira’. Jadi
apa agaknya slogan yang boleh diberi kepada si penerima darah itu?
‘A blood
receiver is a crook?’ sebab penentang untuk ‘wira’ adalah ‘pak sauk’.
Ini
tidak mungkin dilakukan. Ia sekadar untuk bercakap.
Orang
yang menerima darah itu tidak menerimanya tanpa sebab; ia berlaku olehsebab
masalah genetic atau nasib malang yang menimpa
atau kemalangan, yang kebanyakannya kemalangan itu disebabkan kecuaian sendiri,
dengan nasib malang
itu juga disebab oleh ketidakpekaan orang yang terbabit yang tidak tahu atau
tidak pandai jaga makanan dan kuat hisap rokok.
Penderma
darah rasa simpati dengan mereka yang memerlukan darah olehsebab mengidap
masalah genetik yang menyebabkan mereka mempunyai masalah kesihatan sejak kecil
yang memerlu atau memaksa mereka menerima darah setiap minggu.
Tetapi
banyak kes yang melibatkan kebodohan orang sendiri, yang gemar memandu dengan
cuai sehingga mereka terlibat dengan kemalangan yang memerlukan mereka dan
orang awam yang tidak bersalah terima darah orang.
Ia
adalah darah yang rugi digunakan secara salah oleh orang yang tidak fikir jauh;
mereka gemar merempit atau memandu dengan cuai sehingga melibatkan kemalangan
kepada diri sendiri dan lebih teruk sekali, kepada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan